Sabtu, 30 Disember 2017

Kalau Aku Mati Harini

Hidup lawannya mati. Ya, semua orang yang hidup pasti merasai mati. Tapi kita tidak tahu, bila kita akan mati. Harini, esok, lusa, sebulan lagi, setahun lagi atau sepuluh tahun lagi. Kadang-kadang hati kecilku selalu mengusik, bertanya Andai Aku Mati Harini, Siapa Yang Nak Jaga Anak-Anakku? Tu lah soalan yang sering bermain-main di ruang fikiranku. Aku bukan  takut mati sebab mati itu pasti. Tapi yang aku risau, siapa yang nak jaga anak-anak kecilku. Mak aku dah tua dan dah tak berdaya. Mak mertua dan bapak mertua pun sama juga. Usia mereka dah banyak. Tak larat mereka untuk uruskan anak-anak kecil  ke sekolah. Jauhnya fikiran aku melayang.

Malam tadi sebelum masuk tidur, macam biasa, Aisy & Aiman akan minta maaf terlebih dulu dengan ku. Tapi malam  tadi Aisy boleh cakap "Ibu, jangan mati dulu, biar Aisy yang mati. Aisy   sayang ibu" Aku tak tahu napa Aisy cakap macam tu. Aku terus peluk Aisy erat-erat dan cium dia. Abg Aiman pun aku peluk juga. Tiba-tiba air mata ni menitis jatuh.  Masa ini Alisha dah lena dibuai mimpi. Ya Allah, aku mohon padaMu semoga aku sekeluarga diberi kesihatan dan keberkatan dalam hidup. Jauhkanlah aku sekeluarga dari penyakit yang berbahaya dan hindarkanlah kami semua dari malapetaka dan bahaya. Aminn

Hukum Ingat Mati

Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.    
 
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.  
 
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : 
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://jkim.islam.gov.my/e-jenazah/hukum-ingat-mat

Selasa, 28 November 2017

Beg Mahal

Rasanya ini lah  kali pertama aku beli beg paling mahal dalam hidup. Selalu beli beg harga RM50 hingga ke RM100 jer. Tapi kali ini harga beg yang aku beli RM560.. Bukan jenama Bonia, Sembonia atau Carlo Rino. Sebab dulu pakai jenama gini pun terkopek juga. Tapi kali ini jenama latherdiva.

Nekad, pejam mata jer masa bayar haritu. Sebelum tu pergi juga cari beg tangan di JPO tapi semua patern aku tak berkenan, harga pulak kemain mahal...aduuuhaiii.....

Beg kulit lembu asli


Sebenarnya ini kali ketiga aku beli beg online tapi biasalah beli beg harga murah, setahun pakai jer semua kulitnya terkopek, dah macam kudis la pulak. Lepas tu zip rosak & tali putus. Macam-macam pengalaman lah. Selalu beli kat Angsana jer la, sebab dekat dengan rumah.  Beli beg pun time nak raya gitu sebab nak balik kampung beg dah lusuh sangat, jadi sebelum dikata dek orang baik beli beg baru..hahaha. Yer lah, mana tak dikata dek orang, keje rajin, selalu OT tapi pakai beg rosak.

Kali ini bila kelim masyukkkkk...2 bulan punya pulak tu, aku nekad untuk beli beg. Biar duit habis untuk barang yang kita nak guna daripada habis macam tu jer.  Bagusnya, harini aku bayar, esok petang beg dah sampai ke tangan...Alhamdulillah mujur tak kena tipu. Zaman sekarang ni kan, ramai jual beli online, tapi ramai juga yang menipu. Selalu beli di Lazada jer tapi kali ni beli guna facebook jer.  Terima kasih lah pada akak yang jual beg ni sebab tak tipu saya. Semoga bertambah mewah rezekinya.






Isnin, 23 Oktober 2017

Kad Perakuan Nikah




Sebenarnya dah lama nak buat kad  perakuan nikah ni. Dulu dah pernah ambik borang nya, tapi nak hantar balik ke Pejabat Agama tu macam lambat pulak. Padahal bukan jauh pun nak ke Pejabat Agama dari pejabat ni. Lagipun selalu juga kena mesyuarat di Pejabat Agama. Tapi selepas ke Ekspo Johor Berkemajuan haritu, ada pulak Pejabat Agama buka kaunter jadi dia bagi ler borang permohonan Kad Perakuan Nikah. Ustazah tu kata siap dalam 2 jam. Tapi masalahnya maklumat lain seperti borang nikah, salinan ic suami isteri  & gambar passport tak bawa la pulak.

Makanya bawa balik ler ke pejabat borang tu. Isi di pejabat, esoknya terus bawa salinan maklumat yang diperlukan. Tapi ada masalah pulak bila gambar suami tak bersongkok. Gambar dia bersongkok banyak tapi tu semua gambar program, untuk passport memang takde. Bila Tanya pada ustazah tu, dia tak kesah, janji ada gambar. Ok lah kan..

Dengan sepantas kilat ler, saya hantar borang ke Pejabat Agama Islam Negeri Johor. Ingatkan hantar pagi, petang boleh ambik. Rupanya kena ambik esoknya. Tak sabar rasanya nak ada kad perakuan nikah ni selepas 10 tahun bernikah dengan suami. Dan inilah hasilnya, kad perakuan nikah saya ni...hehehe..TQ Pejabat Agama Negeri Johor.



Gambar ni masa umur 10 tahun yang lalu

Isnin, 31 Julai 2017

Sekejap jer masa berlalu, Alisha dah setahun

Selepas dilahirkan, kat HSA lagi ni.

Dah balik rumah tokde.

Dah duduk rumah sendiri, tido dalam buai.

Dah semakin comel dan buat ibu geram dgn anak ibu ni.

Dah meniarap

Sekejap jer masa berlalu, rasanya baru semalam ibu lahirnya Nur Alisha Safiya binti Muhammad Shah, sekarang Alisha dah setahun. Dah semakin ligat dan lasak, asyik nak mengemas rumah jer. Memang la  ibu penat nak kemas rumah bila anak-anak sepahkan rumah, tapi sebenarnya itu yang buat ibu bahagia. Bila anak-anak besar ibu akan teringat telatah anak-anak ibu. Semoga anak ibu sihat sejahtera, jadi anak yang sollehah, cemerlang di dunia hingga akhirat dan bahagia selalu.  Aminn

Isnin, 19 Jun 2017

Sedekah di Bulan Ramadan

Malam semalam Abg Aiman ambik tabung duit dia. Tabung ni dia akan simpan duit baki belanja sekolah yang tak habis.  Sehari belanja sekolah Abg Aiman RM3.00 untuk sekolah Agama dan Kebangsaan, tapi selalu tak habis pun. Abg Aiman kata waktu rehat dia akan pergi solat Asar dan tak makan, sebab tu duit yang ibu beri dia tak belanjakan. Kalau sehari RM1.00 yang dia tak belanjakan, dah sebulan jadi RM20. Kalau dua bulan jadi RM40. Kalau dah masuk  tiga, empat, lima bulan, banyak la juga duit tabung Abg Aiman ni. Ada syiling dan ada wang RM1.00

Tapi tiba-tiba malam semalam Abg Aiman pergi ambik tabung duit dia, tuang duit  yang ada. Lepas tu dia kira. Tapi ibu tak tanya pulak berapa jumlahnya. Lepas dah kira Abg Aiman bagitahu "Ibu, esok lepas Abg Aiman balik sekolah agama, ibu ambik abg boleh tak? Abg nak sedekahkan duit tabung abg ni kat tabung masjid." Esok kan ibu kerja abg, jadi ibu tak boleh keluar, nanti bos ibu cari. Kalau abg nak sedekah, bila-bila jer boleh bang. Banyak masa lagi. "Tapi abg nak sedekah masa bulan Ramadan." Bila dengar abg aiman cakap sedekah bulan Ramadan, sejuk hati ibu ni. Tak sangka Abg Aiman ni seorang yang lembut hati dan pemurah orangnya. Semoga jadi orang yang pemurah sepanjang hayatnya.

Petang semalam, masa ambik anak-anak di Taska, ibu bawa sekali tabung Abg Aiman tu. "Abg, ibu dah bawa tabung abg tu. Abg kata nak sedekahkan kat masjid kan. Lepas ni kita pergi singgah masjid depan rumah tu, nanti abg masukkan duit dalam tabung masjid yer. Cumanya setiap kali abg masukkan duit dalam tabung masjid tu, abg niatkan dalam hati semoga abg jadi anak solleh, keluarga sihat sejahtera, dimewahkan rezeki, senang terima ilmu pengetahuan, berjaya di dunia dan akhirat dan jadi orang yang cemerlang. Doakan ibu ayah, nenek, tokki, tokde, ony, tokcik dan semua saudara kita.

Berhenti jer kereta depan masjid, abg aiman terus masuk ke masjid. Rupa-rupanya tabung masjid ada kat corridor masjid jer, jadi ibu pun turun temankan abg masukkan duit dalam tabung. Alhamdulillah setiap kali masukkan duit dalam tabung tu, abg aiman siap berdoa macam yang ibu dah pesan tadi sampai habis duit dalam tabung dia.

Sampai jer rumah, abg aiman cakap "ibu, harini abg aiman rasa sejuk jer walaupun puasa. Abg Aiman tak rasa lapar pun" "Mungkin sebab berkat sedekah abg aiman tadi". Ya Allah, jadikanlah anak-anakku seorang yang pemurah, lembut hatinya, taat pada perintah agama, dan cemerlang hidup di dunia dan akhirat. Aminn

Selasa, 23 Mei 2017

RAHSIA JARI...


RAHSIA JARI...
Sumber:
http://shah2008-inilahaku.blogspot.my/search/label/Renungan

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang????

Sabtu, 20 Mei 2017

Lawatan ke Zoo Johor & Malay Culture Village


Semalam, 20 Mei 2017 Tadika As-Sofea buat lawatan ke Zoo Johor & Malay Culture Village.


Seronok Aisy dapat naik bas dengan kawan-kawan & teacher Taska.




Banyak aktiviti yang dibuat di sana.




Teacher pun cantik dan manis jer  orangnya.


Ada wayang kulit


Dalam bas




Dah penat dan letih berjalan di Zoo, rehat sekajap.


Di Malay Culture Village, Larkin, JB ... ibu pun tak pernah sampai ke sini.




Aisy dah letih tapi dia seronok dapat jalan-jalan. Sampai rumah Aisy kata dia pergi Zoo tengok singa takde rambut....hehee



Jalan-jalan dengan teacher dia elok jer, tapi bila jalan dengan ibu, tak cukup tanah ibu nak kejar dia.


Sabtu, 15 April 2017

Sukaneka Tadika As-Sofea & Ummi Sayang


Sabtu, 15 April 2017  jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang diadakan Sukaneka Tadika As-Sofea dan Ummiku Sayang di Dewan Sekolah Taman Tampoi Utama, JB.


Walaupun Aisy masuk 1 acara jer tapi seronok tengok dia bersukan. Comel jer budak2 ni masuk acara sukan. Aisy masuk acara jalan dengan trompah...dapat tempat ketiga. Bila nak balik tu  teacher kata, hadiah nanti teacher bari kat taska, tapi Aisy tak sabar nak juga hadiah dia.


Sebelum bersukan  ada acara perbarisan masuk semua kontinjen. Walaunpun masih anak-anak kecil lagi, tapi mereka bersemangat waja untuk bersukan. Ibu bapa pun ada acara sukaneka termasuk kanak-kanak transit yang duduk di Taska As-Sofea.



Rabu, 12 April 2017

Sukaneka Tadika As-Sofea


Sabtu, 15 April 2017 akan diadakan Sukan Tadika As-Sofea dan Ummiku Sayang. Sukaneka akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman  Tampoi Utama, Johor Bahru.

 
Ni lah antara jalan yang ditunjukkan oleh Teacher Mar sebagai panduan kepada semua ibu bapa  yang hendak ke sukaneka tersebut. Saya lah antara orang yang tak tahu sekolah tu kat mana. Teacher Mar kata kalau ibu bapa tak tahu jalan nak ke sekolah itu, boleh hantar anak ke taska dan anak akan naik dengan teacher Mar ke sukaneka. Tapi kesian pulak dengan Aisy kalau ibu tak teman dia ke sana. Dah lah ayah keje jauh, ibu pulak tak berapa pandai nak pergi jalan-jalan di JB ni.
 

Bangunan ni agak usang, Nampak macam villa Nabila pulak. Kisah seram yang berlaku dua tiga tahun lepas tentang remaja hilang tak balik-balik rumah selepas masuk ke villa Nabila. Polis, orang ramai, mak bapak, jiran tetangga semua sibuk mencari budak remaja ni. Bomoh pun dah dipanggil  juga.. Sampai kecoh juga lah satu Johor ni  terutamanya di Johor Bahru sampai jem jalan dibuatnya sebab semua orang berkumpul di villa Nabila nak cari remaja yang hilang. Rupanya budak tu bukan hilang, tapi duduk di rumah kawan dia....hehehe. Nak cerita pasal sukaneka tapi dah tercerita pasal misteri nusantara la pulak....adehhhh
 

Ni antara jalan nak ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama, JB. Walaupun saya ni dah duduk di Johor  Bahru lebih 10 tahun tapi saya tak berapa perasan la pulak tempat ni. Tak berapa nak cam.
 

Tapi tempat ni saya tahu..ni kat Kip Mart Tampoi. Dulu selalu bayar hutang kereta kat sini sebab ada Hong Leong bank kat Kip Mart Tampoi ni.
 

Bannner program yang ada kat taska dan teacher Mar kongsi pada semua ibu bapa di whatsupp group Tadika Assofea.
 

Antara jalan yang teacher Mar tunjuk untuk ke sana Sabtu ni. Harap-harap ibu tak sesat lah ke sana yer. Aisy pun dapat bersukan dengan seronok dan dapat menyertai sukan hingga akhirnya.

Ahad, 19 Mac 2017

Hilang Segala Duka Nestapa Bila Melihat Wajahnya

Ibu mana yang tak sayangkan anak bila lihat anak membesar di depan mata. Dari sekecil tapak tangan, ibu dodoikan anak ibu ni.  Nur Alisha Safiya, kini makin bijak, kuat dan sihat. Bila lihat wajah Alisha, hilang segala duka nestapa ibu, hilang segala masalah yang ada. Besarnya anugerah yang Allah SWT berikan pada ibu. Alisha pun anak yang baik, tak banyak meragam. Mungkin Alisha faham yang ibu sibuk, lepas balik kerja, masak untuk anak-anak dan terus ambik anak-anak di Taska. Lepas maghrib ajar anak-anak mengaji dan siapkan jadual untuk esok. Semoga Alisha jadi anak yang baik hingga dewasa.

Setiap hari ibu cium dan peluk anak ibu ni, tapi ibu rasa tak puas juga. Sayang yang teramat sayang ibu terhadap anak ibu. Ya Allah, berilah kesihatan, kekuatan dan keberkatan hidup pada anak-anak ibu. Bahagiakanlah anak-anak ibu di dunia dan akhirat.

Aisy Makin Seronok Ke Sekolah

Masa mula-mula masuk sekolah awal tahun haritu, ibulah orang paling risau bila Aisy tak nak ke sekolah. Keluar jer rumah, sampai traffic light jer dia menagis tak nak ke sekolah.

Aisy tak nak ke sekolah sebab nak duduk rumah tokde dia. Sampai sekolah, mulalah dia buat perangai, guling-guling depan taska, campak beg dan menangis semahu-mahunya.Ibu mana tak risau kalau anak asyik mengaruk jer setiap hari.

Tapi tu cerita awal tahun dulu, sekarang ni Aisy dah berubah. Dah semakin baik dan tak menangis lagi. Aisy makin seronok ke sekolah sebab dah dapat ramai kawan baru. Pandai menyanyi dan pandai bergaul, dah mula belajar menulis dan belajar macam-macam lagi.

Apa yang cikgu Siti pesan Aisy akan ingat. Kadang-kadang dah malam tu, dah nak tidur Aisy baru teringat dengan homework yang cikgu Siti bagi. Dia sanggup bangun balik siapkan kerja sekolahnya. Alhamdulillah...Aisy dah banyak berubah sekarang.

Harini genap umur Aisy 5 tahun. Ibu dah belikan beg goodies untuk bagi pada kawan-kawan sekolah Aisy, tapi sebab sekarang ni cuti sekolah, tak jadilah ibu bawa ke taska. Tunggu minggu depan, dah naik sekolah barulah sambut hari lahir Aisy sebab masa tu kawan-kawan dia semua ada. Selamat Hari Lahir anak ayah dan ibu, Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Semoga Aisy sihat sejahtera, diberi keberkatan dalam hidup dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sentiasa sayang dengan Aisy.


Rabu, 15 Mac 2017

BoBoBoi Ayah & Ibu

 Abg Aiman & Aisy...Permata Hati Ibu, Kawan ibu kala kesunyian, harta ibu, kawan gadoh ibu.
Ibu sayang Abg Aiman & Aisy.








Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu