Ahad, 30 Disember 2012

Aiman dah nak sekolah

Rasa macam baru semalam aku lahirkan Muhammad Amirul Aimanshah. Lusa 2 Januari 2012 (Rabu) Aiman dah nak masuk sekolah Tadika..kejap nya masa berlalu, dah besar dah permata hati ibu ni. Aku daftarkan Aiman kat Tadika Perpaduan, BBU..sbb dekat dgn rumah pas tu jimat sikit kos. Lgpun nanti Mak Ony leh la jemput dia balik rmh. Tadika ni pun sebelah Blok rumah aku jer...tak la susah Mak Ony nak jemput dia. Kalau aku ada kereta leh la aku ambik dia tp sbb kereta cuma satu terpaksalah aku berkorban bayar lebih sikit kat Mak Ony utk jemput Aiman balik sekolah. Yang penting Aiman selamat sampai ke rumah. Bimbang jg aku kalau Aiman balik sekolah sendiri sbb zaman sekarang ni mcm2 kes berlaku...ramai budak2 hilang..iskh2 mintak dijauhkan lah. Aiman dah tak sabar nak g sekolah. Hari2 tanya bila dia nak g sekolah. Lusa aku ambik cuti 2 hari sbb nak hantar dia sekolah. Semoga Aiman dapat menjadi  murid yang cemerlang dan berjaya di dunia & akhirat. Ibu sentiasa doakan kejayaan anak ibu. 
Aiman dah nak sekolah...semoga jadi anak yg cemerlang dunia akhirat.

Kerana Mulut Badan Merana

Peribahasa Melayu ada mengatakan, "Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya" itulah perumpamaan yg paling sesuai buat si mulut celupar...suka menyalahkan org lain atas kesilapan sendiri. Kan Allah swt telah anugerahkan manusia Akal utk berfikir, HATI/KALBU yg punya perasaan dan NAFSU yg ada keinginan/ Kehendak. Hati/Kalbu adalah RAJA Pemerintah diri, tetapi apabila NAFSU menaiki tahta kalbu rosaklah manusia. Maknanya, apabila kita hendak melakukan sesuatu perkara, kita perlu Fikir dahulu apa kesan dan akibat kpd perbuatan kita..jadi gunakanlah Akal sebaik mungkin. Walaupun kita dikurniakan NAFSU tetapi kita jgn menyalahgunakan nya semata2 utk memenuhi kehendak naluri kita.. sbb nafsu leh menjadikan kita seorang yg tamak, hipokrit dan mementingkan diri sendiri. Kenapa kita tak gunakan Hati kita sebaik mungkin utk laksanakan kerja yg berfaedah sahaja? Kan Allah swt telah ciptakan hati manusia sebaik mungkin. Sebab itu apabila baik hati seseorg itu, maka baiklah jg org tersebut tetapi jika rosak hati seseorg itu, maka rosaklah jg dia. Kesimpulannya, jgn suka cakap perkara yg tidak berfaedah nanti apa yg kita cakapkan itu akan menjadi doa dan akan makan diri senddiri..mudah2an aku terhindar dr perbuatan mazmumah.

Isnin, 17 Disember 2012

Aisy dah mula belajar berdiri

2 hari lg genaplah umur Aisy 9 bln, mlm td Aisy dah mula belajar berdiri. Dia dah mula paut2 pd kereta abgnya n cuba angkat punggung nya...Aisy dah mula belajar berdiri walaupun belum berjaya. Pas tu dia dah mula angkat badan & punggung ...seronoknya ibu tengok anak ibu membesar depan mata ibu... Ibu cium Aisy puas2 bila ibu ambik anak ibu dari rumah Mak Ony...Ibu syg sgt anak ibu... Aisy & Aiman. Anak ibu lah permata hati ibu...buat ibu tabah dan sgt bersyukur dgn kehadiran nya. 

Abg Aiman & Aisy 

Inilah dia permata hati ibu...ibu syg sgt anak2 ibu.

Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah

Bila Aiman dah umur 3 tahun, Mak Ony (pengasuh Aiman) ckp dgn aku "Aiman dah besar Misah, dah boleh bagi adik". Yer la, selama ni aku tak nak anak rapat sbb takut tak mampu untuk bahagikan masa dgn tugas di pejabat dan rumah tangga. Lagipun keje aku banyak melibatkan keje luar, sbb tu aku rancang betul2....kalau anak kecik2 susah juga nak tugas luar...Kalau nak pergi kursus pun, aku terpaksa tinggalkan anak dgn mak mertua, tu jer la harapan aku sbb takder org lain yg sanggup jaga anak kecik ni. Mak aku sendiri pun dah tak sanggup jaga budak kecik....yer la anak dia pun dah ramai, nak jaga cucu lg..bila masa dia nak berehat pulak. Tp bila Mak Ony ckp gitu, aku pun bersedia nak mengandung lg. 
Bulan puasa tahun 2011, aku rasa lain macam jer, kepala asyik pening dah tu aku alah dgn bau2an.....bau sabun tak boleh, minyak wangi atau apa2 saja yg bau kuat...aku rasa benci sgt. Pas tu mulut ni rasa payau jer...dalam mulut mesti nak kena ada gula2 baru rasa selesa, kalau tak mesti rasa tak sedap. Kalau makan kat luar mesti aku order air fresh orange utk hilangkan pahit tekak aku ni. Tp aku tak check lg sbb tarikh dtg bulan lambat lg....ada 2 minggu lg. Tp keadaan macam ni buat aku tak selesa, nak buat keje atau nak berjalan2 semua serba tak kena. 
Jadi lepas majlis buka puasa di pejabat tahun lepas, aku ajak hubby pergi ke farmasi, nak check sama ada aku ni mengandung atau tidak. Tp ikutkan firasat aku ni, aku mengandung sbb masa mengandungkan Aiman pun aku rasa mcm ni. Cuma masa Aiman, aku nak makan benda yg masam2 mcm belimbing buluh & limau kasturi. Kali ni, aku nak benda yg manis2 jer terutamanya gula2. Hubby dah mula perasan ttg perubahan aku ni, dia dah sibuk bercerita dgn kwn pejabat dia mengatakan aku dah mengandung walaupun belum check lg. Pagi besoknya lepas bagun tido utk bersahur aku pun buat check guna alat pregnancy test. Bila tengok seminit mcm takder apa2..lepas beberapa minit...nampak la 2 line merah..sah mmg aku mengandung, kalau ikutkan perkiraan aku masa tu aku baru mengandung 6 minggu. 
Bila hubby bangun tido utk sahur terus dia tanya aku, "mengandung ke tak?" terus aku jawab yer..Kat pejabat bila kawan2 tanya, dah hutang puasa lom, aku jawab aku puasa sampai diaorg pelik...asyik puasa jer... Aku terus ckp jer aku dah mengandung 6 minggu. Alhamdulillah kata Kak Nani. Ikutkan perkiraannya aku akan bersalin 12 April 2012. Mulai saat dan ketika ni, aku terus menghitung hari utk saat2 berjuang di labour room...jadi kena makan makanan berkhasiat shj. 
Tp bila kandungan masuk 10 minggu, tiba2 aku kena tumpah darah...masa tu baru jer sampai ke pejabat n baru jer duduk di kerusi. Tiba2 aku terasa ada air mengalir di kaki..bila aku check di tandas rupa2nya darah merah..Subhanallah...banyak tu sampai kain yg aku pakai basah dgn darah. Nasib baik aku sempat capai hset, aku terus telefon hubby suruh dia bawakkan kain batik & baju t-shirt, tp masa tu hubby baru jer sampai ke pejabat, nak patah balik mesti mengambil masa. Jadi aku tepon Kak Nani tp dia tak angkat..akhirnya aku telefon Fara..kawan yg sering aku ajak utk sembang & meluahkan perasaan. Fara & Kak Nani terus ajak aku g HSA, Bahagian Kecemasan dgn menggunakan unit jabatan. Masa tu aku rasa sedih sgt sbb aku pikir mesti aku dah keguguran...kena cuci dan buang kandungan. Sedihnya la...sbb dah lama menunggu. Sampai je HSA doktor terus buat imbasan ..tp bila tengok jantung baby ada lg..pastu berrdenyut2 lg...Alhamdulillah...maknanya kandungan aku ada lg. Doktor boleh pulak ckp "Anak awak ni saje nak acah2 awak ni, sbb tu turun darah"...Lepas tu doktor suruh aku buat check di Bahagian Pakar Puan utk buat pemeriksaan lanjut.
Bila ke Bahagian Pakar Puan...doktor buat imbasan lg....check jantung baby masih ok dan berdenyut lg..Doktor tanya lebih lanjut dgn aku, ada buat kerja2 berat ke tidak....aku rasa mcm takder cuma aku ada minum air Pandan Soda masa jamuan rumah terbuka kat rumah kakak. Tp doktor kata bukan berkaitan makanan, tp sbb buat kerja2 berat. Yer la kadang aku pun tak perasan kerja2 yg aku buat leh membahayakan kesihatan aku..tp sapa lg nak buat kalau bukan aku. Aku lak bukan jenis yg mengada2 asyik nak menyusahkan org lain, selagi aku boleh buat sendiri aku akan buat. Aku diberi ubat DUPHASTON ..utk kuatkan baby dlm rahim. (dos utk 2 minggu) ..pastu MC sehari. esoknya aku masuk keje balik...sbb dah sihat. 
Tp bila abis ubat tu, darah keluar lg..aku pun pelik la apa masalah aku ni ...asyik turun darah jer. Kali ni aku buat check kat klinik swasta ..doktor pun tak pasti kenapa aku asyik keluar darah jer. Doktor pun bg ubat yg sama utk tempoh 1 minggu. Aku buat imbasan sekali....nampak la baby aku dah sempurna sifatnya dan dah bergerak2...syukur sgt melihat kebesaran Illahi menciptakan manusia dgn penuh keajaiban. 
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan...pada 6 Mac 2012 (Selasa)aku buat pemeriksaan mengandung mcm biasa, masa ni kandungan ku sudah berusia 35 minggu, maknanya tinggal beberapa minggu utk aku bersalin. Tp aku pulak kena tahan wad sbb tekanan darah aku yg naik banyak. Patutla selalu kalau balik keje aku rasa mata berpinar2, pastu perut pedih jer..rupanya darah tinggi dah naik. Apalagi doktor terus hantar aku ke HSA la...dok la aku kat HSA. Tarikh ni jg la hari lahir aku..aku sambut hari lahir di HSA la jawabnya...kena makan ubat dan cucuk ubat..Dudukla wad semalam sampai darah turun. Sebenarnya aku dah bgtau doktor yg aku nak pergi berkursus di Ledang tp doktor tak kasi sbb darah tinggi sgt...aku lawan jg kata doktor, aku ckp kursus duduk jer...tp doktor tetap tak benarkan aku pergi..katanya aku leh pitam nanti. mmm....yer la...Hari Rabu petang aku dibenarkan keluar wad tp kena buat check datah tinggi setiap hari sama ada di klinik atau farmasi. Nak pantau darah tinggi ni naik ke tak. Khamis pagi aku buat check kat Klinik Kesihatan Abdul Samad, JB lepas tu terus hantar MC ke pejabat n terus balik kg. Sebab dah mohon cuti hari Jumaat. Hujung minggu aku berada di kampung la...rehat2 di kampung.
Isnin- aku masuk keje macam biasa...sampai la ke 20 Mac 2012 (Selasa). Pagi hari Selasa tu aku g sarapan dgn En. Hamzah & Suhairi di Retoran Remaja, BBU..aku mkn roti canai sekeping jer sbb aku dah bawak bekal nasi dgn ikan masak sambal. Tp tgh hari masa rehat, perut rasa lain mcm jer..sakit & memulas. Tp aku buat tak kesah jer..jadi rehat aku dok jer kat meja aku ni...Sakit nya kejap datang kejap hilang...sbb tu aku buat tak kesah. Pukul 2.45 ptg baru la aku g surau utk solat zuhur tp perut sakit lg..jadi aku baring dulu sampai kul 3.15 ptg baru la solat. Perut masih sakit lg. Pukul 4.00 ptg aku makan la bekal nasi yg aku bawak, tp perut makin sakit la pulak...kejap sakit kejap hilang. Aku pun hantar la sms pada hubby bgtau dia jgn balik lambat sbb perut asyik sakit jer....lepas tu aku rasa nak buang air besar, aku pun g toilet tp takde pulak darah keluar, jadi aku rasa ni sakit perut biasa..sbb aku ada 4 minggu lg... Lepas tu aku kemas beg utk pergi surau, nak solat asar..tp sampai je pintu keluar aku tak tahan sgt..perut semakin sakit, sampai jer surau aku tahan jer sakit perut aku ni...nak solat asar tp aku dah tak tahan sangat dgn sakit perut ni...4.45 ptg hubby pun sampai. Aku terus masuk kereta n bgtau dia aku dah tak tahan sakit sgt. Hubby terus pecut kereta g HSA..sampai HSA kul 5.00 ptg...Hubby leh hantar aku ke bahagian Kecemasan..tp staff kat situ suruh terus ke Bilik Bersalin, bila hubby turunkan aku kat depan pintu Bahagian Bersalin..aku semakin tak tahan..nak jalan pun dah tak boleh..terus guard hantar aku ke atas...masa nak daftar  nama aku dah tak boleh tahan sgt..aku terus masuk ke bilik saringan, doktor check je jalan aku dah terbukak abis..dah leh bersalin jer...doktor tanya aku "bila air ketuban pecah" ...aku jawab tak tahu...yg aku tahu aku sakit perut sgt.. Aku terus ditolak ke labour room. Sampai jer labour room aku terus bersalin....Alhamdulillah...aku bersyukur sgt sbb Allah swt memudahkan aku bersalin kali ini. Bidan yg sambut anak aku tunjukkan pada aku anak aku....dia tanya "tengok anak ni, laki ke pempuan" aku jawab laki....syukur padaMU Ya Allah..kerana beri aku seorg lg cahaya mata yg comel...Berat anak ku cuma 2.2kg jer..tp dia sempurna dan sihat. Anak aku tu aku berikan nama Muhammad Aisy Amirshah...maknanya, Putera Yang Kaya Raya & Terpuji...semoga Aisy menjadi permata hati ibu yang benar2 kaya dgn budi bahasa, akhlak pekerja dan menjadi org terpuji...doa ibu buat permata hati ibu.

Ni lah permata hati ibu beberapa minit selepas dilahirkan.




Jumaat, 14 Disember 2012

Mutiara Kata

1. Jangan suka aibkan org krn Allah swt akan aibkan kita di akhirat nanti.

2. Hitam atau putih kehidupan adalah kita sendiri yg menentukan, Oleh itu hadapilah hidup ini dgn penuh keimanan.

Jumaat, 7 Disember 2012

Sapa mkn cili dia yg rasa pedas..

Tu la yg En. Shahrom ckp dgn aku smlm apabila AA nak ajak aku jumpa pengarah dgn ZZ &Fara. Aku tak de masalah apa pun, sbb tu aku tak kesah & tak takut per2 pun. Citernya mcm ni....
Dlm perjumpaan dgn semua staff di KSL Hotel, JB..ucapan pengarah berkenaan dgn cuti, mc, penggunaan laman sosial dan pasal keje. Sblm tu ada taklimat bertajuk Integriti dlm Kerja. Semua tu sebenarnya utk motivasi diri kita supaya jadi lebih baik drpd yg ada skrg. Aku pun setuju dgn pengarah & penceramah. Sbb apa, kita ni kalau takde org tegur, kita akan rasa semua perkara yg kita buat betul saja...walaupun pd hakikatnya salah. Penceramah bg tahu cara nak meningkatkan integriti..ni termasuklah mintak kebenaran bila nak keluar pejabat..walhal, nak g solat pun kena minta kebenaran drpd bos sbb "KEJE ITU IBADAH"....kita dah dibayar gaji dgn keje kita, jadi kena mintak kbenaran bila nak keluar.  

 Penceramah jg ada cakap ciri2 org munafik..antaranya, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi keperecayaan dia khianati. Betul la apa yg penceramah cakap kan tu sbb ramai antara kita tak jujur dlm segala hal semata2 utk jaga hati kawan. Ramai juga antara kita yg suka berdusta bila bercakap semata2 nak jaga status dan ramai juga antara kita yg  suka mengkhianati apabila diberi kepercayaan semata2 nak bgtau semua org yg kita adalah yg terbaik. Tp kita suka menuding jari kepada org lain utk menutup segala keburukan yg telah kita lakukan. Aku akui semua nya. Kalau tak byk, sedikit pun mmg kena batang idung sendiri tp itu semua aku jadikan motivasi diri kpd aku supaya keje dgn baik, tak curi tulang dan laksanakan keje dgn ikhlas.
Pengarah jg ada bgtau, kalau dah tak suka cara keje di pejabat, bolehlah mufarakah sendiri..maknanya letak jawatan. Ramai lg org berebut nak keje di pejabat ni kalau kita tak setuju dgn cara keje di jabatan. Ucapan pengarah ni sama dgn ucapan masa dia sampaikan waktu majlis penutupan kursus di melaka. Tp takde sapa pun nak complain ucapan bos tu sbb dah itu tanggungjwb bos utk ingatkan staff bawahannya. Kalau tak dia akan disoal di akhirat nanti.

Selama ni pun, kalau aku nak keluar pejabat aku akan bgtau dgn bos aku utk mintak kebenaran, kalau bkn En. Shahrom aku akan bgtau En. Sam. Kalau diaorg takde aku akan hantar sms. Selain itu, penceramah ada jg ckp bab cuti dan mc yg sering disalahgunakan oleh staff..aku akui semua tu. Mungkin ada antara kita suka beli MC dr klinik utk ponteng keje. Padahal kita sihat, kita tipu bos kata anak sakit, padahal anak sihat..penceramah kata tu semua doa kita..apa yg kita ckp akan jadi doa...napa kita mesti nak tipu utk elakkan tugas..kan dosa namanya tu. mmm... Penceramah bgtau, kalau nak solat sunat dhuha pun kita mesti minta kebenaran drpd bos, kalau bos bg kebenaran baru lah boleh keluar. Mungkin ada antara kita rajin beribadah tp tak laksanakan tugas, solat sampai berejam2 padahal solat dhuha 2 rakaat jer dan waktunya antara 8.30 pg -11.30pg...jadi 10 minit dah leh siap.  Kita semua lupa, nak kejar akhirat tp keje dunia kita tak ambil peduli, padahal malaikat akan catit segala amal kebajikan kita. Tu yg penceramah bgtau. Mmg aku setuju dan akui apa yg penceramah ckp.

Berbalik pd cerita awal aku td, AA nak ajak aku jumpa pengarah dgn ZZ dan Fara, AA   tak puas hati dgn aku. Sbb masa solat asar, ZZ tanya aku napa tak kesah dgn dia, aku ckp pd ZZ, AA dh bgtau semuanya, tp bila ZZ tanya pd AA, AA mcm salahkan aku pulak. Itu je sbbnya..sampai nak ajak aku jumpa pengarah...apalah diaorg ni, benda kecik pun nak dibesarkan. Aku tak kesah jumpa pengarah sbb aku tak salah pe2.. buat pe nak takut. ZZ pulak tak faham apa yg aku ckp..apa yg aku tak suka AA dah sampaikan pd dia pun..pasal aku diburukkan oleh org lain, pasl remove nama kat FB...ntah apa2 la diaorg ni. FB tu bkn keistimewaan bg aku, aku pun bkn 24 jam ngadap FB, byk lg keje lain yg aku nak layan drpd ngadap fb..kalau aku ni jenis suka berFB dah lama aku tukar phone aku yg tradisional kpd iphone...yg canggih dan ada segala2nya...tp takder pun...ZZ dah remove nama aku drpd list name dia..tu aku tak kesah la...aku pun bkn nak tahu sgt status org ni dan aku pun bkn gemar sgt tulis status aku kt fb  sampai nak bergaduh sakan.. Sbb apa, fb ni la tmpat org bergaduh, dh tulis mcm2 akhirnya terbongkar rahsia...ibaratnya mcm tu la. Bila aku call AA ajak g jumpa pengarah, dia tak angkat pulak...aku terus sms la dia, jadi tak nak jumpa pengarah. Tp dia kata tak jadi sbb dia takder masalah dgn aku pun...la..pulak, padahal td beria2 nak ajak aku jumpa pengarah. Aku dah bersemangat waja ni....

Sebenarnya kisah ni ibarat kata En. Shahrom la..."Sapa mkn cili dia yg rasa pedas"...sapa yg buat salah, dia yg terasa dgn ucapan pengarah. Aku selama ni keje mcm ni jer...yg penting tugas2 pejabat aku laksanakan dgn sebaik mungkin krn dr rezeki itulah aku bg mkn anak & keluarga, bg duit kat mak, bayar bil2 dan bayar upah pengasuh & mcm2 belanja. Jadi aku tak nak rezeki yg aku perolehi tak diberkati dan tak halal.. Tak halal tu bkn bermakna buat keje kotor tp kerana curi tulang masa bekerja..

Jumaat, 30 November 2012

Kenapa malas g kejer?

Aku ni suka g keje. Hari2 kalau boleh nak masuk opis wat keje. Tp aku pelik dgn sesetengah org tu yg malas nak dtg keje. Aku pun tak faham kenapa diaorg ni malas g keje. Padahal keje kat pejabat ni bkn susah mana. Dok kerusi empuk, ada air-cond, pejabat cantik, kawan2 pun baik2. Dulu masa aku susah semua keje aku buat. Dari keje kebun, ambik upah petik kopi kat kebun Cina Ah Kee, g tanam nanas kat kebun org, petik cili api, kutip buah nanas kat kebun yg penuh dgn duri, ambik upah baja pokok nanas, buat kuih karipap...semuanya la aku buat. Aku tak kesah pun yg penting dpt duit utk belanja ke sekolah. Yer la mak bapak pun bkn org senang, nak pakai baju baru pun susah. Baju selalu pakai lebihan org jer. Disebabkan terlalu susah, sampai nak beli seluar dlm pun tak mampu...iskh2.

Kalau cuti sekolah jer, mesti aku ambik upah keje kebun, tak pun buat kuih karipap...nak cari duit buat belanja ke sekolah. Lepas SPM je aku masuk Mitsumi Electronic Sdn Bhd Batu Pahat. Kalau org lain keje sekejap pas tu berenti, aku pulak tak akan berenti selagi takde keje baru. Sbb nak cari duit punya pasal. Duit keje kilang tu aku guna kan utk beli buku & bayar yuran STPM.

Lepas STPM pulak aku masuk KAMITECH Sdn Bhd. Keje kilang ni pulak asyik takde barang je, jadi kejap keje, kejap cuti mcm biskut Chips More tu..ada brg leh la keje, takder barang terpaksa dicutikan walaupun aku tak nak cuti. Kilang kecik je pastu Sub-con...mcm tu le jadinya. Tp keje tetap keje. Gaji masa tu cuma RM300 tp korbankan la juga tenaga ni sbb nak cari duit. Tak lama lepas tu aku dpt panggilan belajar, byk modal nak guna, yer la belajar di perantauan. Aku masuk USM tahun 2000...habis semua duit masa keje Kamitech aku gunakan utk masuk U.

Abis je belajar di USM, aku terus masuk Chang Huat Plastic Sdn Bhd di Tannjung Agas, Muar. Kilang cetak barang2 plastik. Ramai org tak tahan keje kilang ni, tau2 jer la kilang cetak barang plastik. bunyi mesin nya mcm nak pekak telinga..terutamanya bila mesin tu nak pecahkan plastik. Pas tu 3 ship pulak, seminggu siang 7.00 pg-3.00 ptg, seminggu pas tu ptg, kul 3.00 ptg - 11.00 mlm, pas tu ship mlm, 11.00 mlm - 7.00 pg..ni yg buat aku pening kepala, mana tak nya, waktu org tido aku keje, bila org lain celik aku tido...mmm tp aku pertahankan jg keje ni, yg penting ada income masuk setiap bln. Walaupun tak byk mana tp ada la duit utk belanja sendiri.

Bila keluar iklan utk buat Skim Latihan Graduan Mengganggur (SLG) aku pun terus apply..yer la sebulan dpt RM500.00 yg penting dtg ke kelas. Bukan susah mana. Nak tak nak jer la. Aku apa lg terus la mohon. Keje kilang 3 ship pun gaji setakat RM400.00 sebulan. Tu termasuk OT, ni masuk kelas & belajar, kerajaan bagi RM500.00 setiap bulan...kan senang tu. Abis je SLG terus praktikal di kedai komputer 2 bln, masa praktikal ni tak syok langsung, bkn belajar pasal komputer tp tenaga aku ni di perah utk menguntungkan taukeh kedai jer...kena gantikan staf dia yg cuti pas tu aku kena jaga kedai. Tu jer la keje aku. Yg paling tak syok nya, tauke kedai tu ajak aku kongsi business dgn dia pulak. Dia nak suruh aku bayar RM5 ribu utk bukak kedai Business card..kelakarnya la. Mcm la kitaorg ni bodoh sgt, padahal dia tu nak jual kedai runcitnya & nak beli kedai lain. Dia tak cukup duiot suruh pulak aku ni share business partner dgn dia. Apa la org Melayu ni, suka tipu kaum sendiri utk untung kan diri sendiri. Nasib baik aku tak terpengaruh.

Lepas abis praktikal aku keje di Pusat Komputer Hadi, Chaah, Segamat. Keje ni kawan SLG yg carikan..Noi..dia dah keje kat Yong Peng, aku pulak jaga di Chaah..Kedai komputer ni pun bkn besar mana, kecik jer...masa ni gaji yg aku dpt RM650 sebulan. Masa ni aku nekad dok rmh sewa sndiri, nak cari duit punya pasal, aku sanggup wat apa jer janji rezeki halal. Pas tu aku dok kawasan estet yg ramai org India, tau2 jer la Chaah ni mmg kawasan India. Jiran aku pun India. Keje kat kedai komputer ni dari kul 9 pg sampai kul 6 ptg. Tp kdg2 sampai mlm jg sbb ada org suruh taipkan keje dia. Tp yg paling tak suka bila ada customer yg marah2, yer la tak puas hati dgn segala2nya. Keje kat sini cuti sehari setengah jer, Selasa keje sampai kul 12 tgh hari pastu Rabu aku Cuti. Masa ni Siti Fatimah (Pengurus la jawatan dia) cuti bersalin. Aku la jaga kedai dia ni sorang2. Makan pun sampai tak ingat sbb terkejar sana sini. Mana nak ajar budak kelas komputer, pas tu layan kan customer yg tak puas hati & angkat telepon yg berdering2 jer...Masa dok sorang ni la aku kena ganggu, tp yg pastu aku tak bermimpi. Mula2 aku dok rmh sendiri takder per2 tp lama2 aku kena kacau benda ar...bila tido malam aku rasa ada benda sepak2 kaki aku. Bila aku celik kan mata takder pulak pe2...pastu besoknya selimut aku kena tarik2 la pulak. Ehhh....lain mcm jer rasanya. Aku bgtau la Lin, kakak aku tu, apa lg dia terus bgtau mak la...Tak pasal2 darah tinggi mak terus naik melambung2 sampai terus kena dok kat wad spital. Mak kata dia bimbang kan anak2 nya..Aku dgn dok rmh sewa sorang2, Adik lak tgh sakit kena gangguan misteri & Mor, kakak aku tu pulak tak nak kawin2... Mana mak  tak pening kepala pikir kan masalah anak2 nya ni.
Berbalik citer aku td, sebenarnya aku tak bgtau mak pun yg aku kena ganggu tp dah Lin bgtau mak...terus mak tak kasi aku keje jat Chaah lg. Mak suruh aku blik rmh dan cari keje yg dekat2 jer dgn rmh. Mmmm..mcm2 kilang aku pegi, nampak je kilang tampal jawatan 0 kat area BP ni mesti aku pegi. Tp dah bukan rezeki aku, dah isi byk borang pun takde yg sangkut. Lin, kakak aku ajak dok dgn dia kat Puchong.. Yer la selagi dok kg sampai bila2 pun tak kan dpt keje. Keje byk kat bandaraya. Aku pun ikut la dia berhijrah ke KL. Mula lah kehidupan aku sbg org KL. Pas tu aklu carik la keje sana sini.  Pergi Giant Puchong la nak mintak keje 0 tp takder jg. Pastu tanya keje kat Tadika Cahaya Intan, Puchong..keje jaga budak n guru tadika. Rezeki aku ada la kat sini. Masa aku minta ni cuti sekolah. Jadi budak2 takder la, tp aku dah kena masuk keje. wat persaiapan utk bukak sekolah awal tahun baru..20005. Aku pun buat la keje yg sepatutnya, seronok la jg jadi guru tadika ni., siap kemaskan kelas dgn macam2 gambar lg..semua nya aku lukis sendiri n warnakan. Nak tarik perhatian anak2 kecik supaya suka dgn sekolah. Sabtu & Ahad sebelum sekolah bukak, aku dok jaga kelas sbb katanya ada mak budak nak dtg utk bayar yuran sekolah. Aku la yg tunggu. Sampai tgh hari jg aku tunggu tp takder pun  ibu bapa yg dtg. mmm...sabar jer la. Bila masuk je 1 Januari 2005, mula la kelas...aku kena ngajar budak2 umur 4-5 tahun. 6 tahun kelas lain, baby di tempatkan kat rumah lain & 2-3 tahun rmh lain. Tauke tadikan ni, Kak Ros...dia sewa 4 buah rmh tepi utk business dia ni. Masa keje kat sini aku jadi guru tadika jer..tp bila ada pengasuh yg tak dtg keje aku la kena jaga baby.

Masa keje kat tadika ni, mcm2 ragam budak aku jumpa..yer la Puchong ni kat kawasan maju jadi anak2 kat sini pun anak org educated & berada..mak bapak diaorg keje jawatan besar..dtg sekolah speaking BI jer..aku lak speaking jawa..hahahah. Budak2 kecik ni lg teror ckp omputih drpd aku. Layan kan jer la. Kalau budak2 yg masuk tadika je, mereka akan balik sekolah kul 11.30 pg, yg sampai ptg pulak, aku kena la ajar solat mereka. Pas tu Kak Ros keje dia ambik budak sekolah dgn Kete UNSER dia..jadi budak2 tu terus parking kat kelas yg aku ajar td la.. Bila budak2 tu balik sekolah, aku la yg suapkan mereka makan, tukarkan baju diaorg & ajarkan diaorg menulis. Aku ajar diaorg menulis jawi dan doa2 yg pendek. Mak bapak diaorg ni akak tgok buku2 anak mereka. Jadi kalau tak puas hati jer diaorg terus mengadu pada Kak Ros, tu yg aku tak berapa nak berkenan. Keje kat sini, aku nak solat zohor pun susah. Dah lepas abis tadika, aku ajar budak2 solat tp aku nak solat pun kelam kabut. Kak Ros lak asyik terjerit2  wlaupun aku tgh solat. mmm....geramnya la.. Ada ke patut dia suruh aku solat sama dgn budak2 tu...Kalau aku solat sama dgn budak2 tu, mcm ner aku nak ajar diaorg bacaan dlm solat & nak tunjuk dia rukun2 solat. Ntah apa2 ntah la Kak Ros ni. Patut la ramai pekerja dia yg tak sanggup keje dgn dia, dia kuli kan betul2 rupanya staf dia. Tak pandai jaga hati staff nya la.

Sabtu, 24 November 2012

perasaan ku harini

Hujung minggu bg ku sama je mcm hari keje biasa..seawal jam 6 pg aku dah bgun tido, solat subuh & terus kemas meja dan dapur (cuci cawan & pinggan yg digunakan dan tak dibasuh lg) dan kemas rumah sikit. Lepas tu terus bersiap2 utk g psar tani, sebelum budak2 & bapak budak bgun....tu lah rutin ujung minggu ku. Walaupun jam baru kul 6.30 pg tp aku dah turun ke pasar..sbelum tu cucuk duit kejap di petronas & terus ke pasar. Smlm aku masak nasi lemak & sambal sotong, harini aku nak masak nasi ayam pulak....begitulah tugas ku seorg ibu & isteri....nak bagi makan kpd anak2. Sampai je ke pasar, aku terus tuju ke kedai sayur..nak beli salad, timun, halia, serai & lada merah. Pas tu aku beli ikan sikit. Harini aku beli ikan kembung je sbb bajet tak berapa nak byk..yer la gaji bln dpan lama lg tp duit dah nak abis...bkn aku berkira tp aku ni pantang ada duit lebih..mesti nak beli mcm2. Jadi harini beli apa yg patut je. Lepas tu aku beli ayam sekor dan cari perencah sup Knorr. Sarapan tak yah beli lah sbb kat rmh dh ada roti canai segera & keledek manis.

Sampai jer rumah Aiman & ayh dia masih lena tido... Aisy lak dh celik matanya, terkebil2 dia atas katil, nasib baik tak jatuh...aku terus ambik Aisy....lepas tu aku tukar lampin & mandikan dia. Bagi dia susu & duduk kan dia dlm walker..yg penting dia tak nangis..leh la aku buat keje2 kat dapur pulak. Aku masukkan kain kotor dlm washing mechine & basuh baju..tau je la air kat rmh ni slow sgt2..jadi kena la tadah dulu air sblm basuh baju. Pas tu aku siang ikan & ayam..bersihkan semua. Harini aku nak masak nasi ayam jer..ayam aku dah rebus dgn halia & bwg putih atas dapur, beras dah basuh dlm periuk nasi. Aisy lak melalak je...aku masukkan la Aisy dlm buai biar dia tido...senang sikit nak wat keje nanti..tp dia tak nak tido pun..dlm buai asyik jerit2 jer..bila ayh nya dgar marah la dia sbb ayh nya nak tidoooo jer. "Aisy ayah rotan kan, baru tau"...sedih aku dengar..bkn nak tolong jagakan anak tp makin nak rotan budak tu..aku tak jadi nak tido kan Aisy, aku ajak dia tgok TV..yer la hati ibu mana yg tak sedih bila aku dah buat segala2 nya tp dia tau nak marah jer...kecik hati aku ni.

Aku biar kan dia tgok TV dgn Aiman..lepas mandikan Aiman aku buat kan dia sarapan (roti canai), pas tu aku sambung masak semula..sampai tgh hari jg la aku masak....aku biasalah dah masak tp aku takde selera nak makan, aku cuma hirup kuah sup ayam je. Ayah tgok TV dgn budak2 aku abiskan roti canai atas meja yg tinggal sekeping. " Hai ibu, tak ajak pun"  kata ayh...aku diam jer tak balas pe2, sbb aku cuma mkn roti canai pagi td...sayang pulak kalau buang, membazir nanti. Kul 1 tgh hari ayh nak mkan, aku pun siapkan nasi, lauk semua dah ada atas meja. "Ibu ambikkan sudu" Baru je aku ambik sudu, ayh dah tuang je kuah kicap tanpa guna sudu... Aku tanya ayh..sedap tak makan. Dia kata biasa2 jer. Kecik hati aku ni...mmg la aku tak pandai sgt masak tp aku dah berhempas pulas belanja, masak, siapkan semua..leh pulak dia ckp mcm tu. Aku jadi marah, kecik hati aku ni..aku bkn mintak dipuji tp cukup la ckp terima kasih kat aku ni..apa lagi yg aku harus korbankan utk sebuah kebahagiaan..atau aku yg terkorban. Aku jg punya perasaan..

Aku tak pernah minta apa2..semua aku usaha sendiri, mungkin sedari kecil aku hidup susah, sbb tu aku tak kesah kalau aku tak punya apa2..tp tolonglah wahai suamiku, kasihanilah aku, aku kagum dgn mak mertua ku..dia boleh hidup berdikari kesana sini sendiri. Mungkin aku jg akan jadi mcm tu jg.

Selalu aku berdoa, supaya Allah swt lembutkan hati dia dan anak2 aku, jadi org yg solleh..itu jer yg aku mampu.

Khamis, 22 November 2012

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake: Hello peeps... Walaupun ayah aku selalu gelakkan aku sebab tak masuk dapur and confused between garlic and ginger ( sebab tak kenal rup...

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese: assalamualaikum wbt... entry seterus nya ibu nk kongsi resepi biskut lapis cheese..sedap tau biskut ni..masa hari raya baru ni,ibu buat...

"Sentuhan RasaKasihMama": BISKUT LAPIS CHEESE ... "Lemak BerKrim".....

"Sentuhan RasaKasihMama": BISKUT LAPIS CHEESE ... "Lemak BerKrim".....: Assalamulaikum dan salam sejehtera Aida ucapkan kepada semua kekawan dan pengunjung setia SRKM semua..Alhamdulillah hari ini  aida  cuba ...

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake: Hello peeps... Walaupun ayah aku selalu gelakkan aku sebab tak masuk dapur and confused between garlic and ginger ( sebab tak kenal rup...

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese: assalamualaikum wbt... entry seterus nya ibu nk kongsi resepi biskut lapis cheese..sedap tau biskut ni..masa hari raya baru ni,ibu buat...

HaNa's FamiLy: Biskut Merie Lapis Cheese

HaNa's FamiLy: Biskut Merie Lapis Cheese: Assalamualaikum... bersua kembali..... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna en.somi sudah kembali kepangkuan keluarga dari Bandung m...

Jumaat, 16 November 2012

Yati's Blog: Bila ketua keluarga tidak solat

Yati's Blog: Bila ketua keluarga tidak solat: Assalamualaikum.... Cerita: Ada satu keluarga, terdiri dari ibu, bapa, dan 5 orang anak lelaki dan perempuan. Anak yang paling sulong dala...

Rabu, 7 November 2012

seri: KHASIAT LOBAK MERAH

seri: KHASIAT LOBAK MERAH: Lobak  mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu, lobak mengandungi beta ...

Tahukah Anda?: Mengatasi Buncit Perut

Tahukah Anda?: Mengatasi Buncit Perut: Bersarapan Dengan Yogurt Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Den...

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih: Lobak merah  merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikela...

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih: Lobak merah  merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikela...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ad/YosriLobakMerah.jpg/260px-YosriLobakMerah.jpg

Selasa, 6 November 2012

Harga Bagi Sebuah Kasih & Sayang

Agak2 berapa lah harga bagi sebuah perasaan yg dinamakan KaSiH & SaYaNG.....20 sen, 5 sen, RM1.00 atau RM100.00. Tapi bagi diriku, harga kasih sayang tu tak boleh dinilai dgn wang ringgit..ia terlalu mahal dan tak boleh dibeli di mana2 kedai sekalipun. Sbb tu aku tak sanggup utk sedekahkan kasih dan sayang aku pada org yg bukan haknya...samada org di tepi jalan, di laman sosial atau di mana2 tempat sekalipun. Aku sgt Syg dgn sebuah perasaan yang dinamakan KASIH SAYANG. Tapi aku musykil, ada jg manusia yg sanggup beri rasa kasih dan sayang pada sesiapa saja yg dia sendiri tak tahu asal usul org itu. Niat aku bkn nak menghina sesama manusia, tp cuma pelik dgn tindakan sesetengah org yg dgn mudah boleh memberi dan menyerahkan kasih sayang kpd sesiapa sja tak kira pempuan atau lelaki. Dalam diri ku, kasih dan sayang ku amat tinggi nilainya, sbb tu aku tak boleh sedekahkannya kepada sesiapa saja..
Bukankah lebih baik kasih dan sayang kita tu kita berikan pada yg hak nya.. ..pada Allah swt, pada Nabi Muhammad s.a.w, pada kedua ibu bapa kita, anak2 kita, suami/ isteri kita dan pada negara yg tercinta ini. Aku jadi pelik bila ada org baru jer kenal di laman sosial sudah mula panggil sayang, ayang, dsb... Murah sgt ke harga sebuah kasih dan sayang tu?

Rabu, 31 Oktober 2012

Musim Tukar Kereta

Sorang demi sorang aku tengok kat opis ni tukar kete baru, wah...makin hebat semuanya..dan hampir semuanya ambik kete import. Mula2 Pengarah - Honda City, Faizal Aman - Alza, Shahda - Toyota Vios, Tan Tin Tun - Honda Civic, Rahman IT - VW dan yg harini aku tgok En. Iqbal - Honda Freed.... rezeki mereka kan..alhamdulillah..yer la, anak makin besar, keluarga makin bertambah jadi mmg patut tambah besar kereta tu. Aku lak, nak beli kete second hand pun tak berapa nak mampu..bila PK Aiman nak sekolah lg, hutang kete yg ada pun belum abis lg...jadi pakai jer la apa yg ada..lg pun kete ni aku tak berapa nak excited sgt, yg aku nak ialah rumah idaman yg lebih selesa. Mmg la aku dah ada rumah, tp kalau boleh nak rmh bawah, senang sikit nak belanja dan angkat brg bila balik kg...dok rmh atas, tau2 jer la...nak belanja pun tak larat nak angkat brg...bila agaknya nak dpt rmh idaman ni...Ya Allah semoga aku diberi peluang utk miliki rmh idaman ku sendiri..aminn.....

Ahad, 28 Oktober 2012

"KeSeT"

Itulah kata2 mak mertuaku bila lepas kenduri ada yg relax2 jer buat tak tahu. Tak mahu tolong itu dan ini ..ntah lah, sian jg aku tgok mak mertuaku dan makcik2 ...semua dah tua, dah wajib berehat saje. tp hakikatnya diaorg la yg sibuk dari awal majlis hingga ke akhirnya...yg lain semua lihat dan lihat saje org tua itu membuat kerja tanpa ada rasa belas simpati dan kasihan. Kalau aku dah tua, agak2nya mcm ner la anak2 ku besok..adakah anak2 ku sanggup lihat ibunya ni buat semua kerja...Aku setakat menantu jer, jadi apa yg terdaya aku buat, tolong kemas, basuh pinggan mangkuk, gulung semula tikar, buangkan sampah dsb la...dah la kenduri tu utk anak aku, tak kan la aku biarkan rmh mak mertua aku tu bersepah sana sini....aku pun tak tergamak buat mcm tu...

Khamis, 25 Oktober 2012

Petua,Idea dan Pandangan: Kenali Manfaat dan Kesan Sampingan Buah Acai Berr...

Petua,Idea dan Pandangan: Kenali Manfaat dan Kesan Sampingan Buah Acai Berr...: Ada banyak manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dengan mengambil Acai berry. Artikel ini akan membincangkan mengenai manfaat dan kelebih...

Selasa, 23 Oktober 2012

BPFK - maklumat yg perlu diketahui.

BPFK -

Sbgai langkah berjaga2, kena semak status barang2 yg kita gunakan terutamanya yg melibatkan makanan dan alat2 kosmetik.

Pecaya Pada Diri Sendiri

Sebenarnya, dlm hidup ini, percaya pada diri sendiri adalah rahsia utama mencapai kejayaan. Betul...org lain tak leh bantu kita & kita pun tak boleh bantu org lain. Sbb tu ada pepatah mengatakan Hitam atau Putih Kehidupan Adalah Kita Sendiri Yang Menentukannya, Jadi Hadapilah Hidup Ini Dengan Penuh Keimanan. ...mmm....mcm lagu Sheila Majid tu. Aku tulis pasal ni sbb ramai dah aku tengok org ni semua tak boleh dipercayai, w/pun dia ckp depan kita dia akan simpan rahsia kita....sbb tu bg aku, kalau sesuatu perkara itu boleh menyebabkan seseorg bergaduh, buat apa nak menyampaikan citer itu..tp hakikatnya yg berlaku, sebenarnya ramai org2 ni yg tak jujur pd kita & akan menyampaikan apa sahaja citer yg kita luahkan pd dia. Jadi lebih elok kita simpan jer citer2 tu utk panduan hidup kita supaya tak jadi pd kita. Ye la, aku dah pernah kena marah dulu hanya kerana bgtau pd Alya tentang tempahan baju korporat..tetiba aku kena marah sbb hamba Allah tu dgn alasan aku bgtau pd Alya harga baju tersebut. Dah org tanya pasal beli brg, mestila dia pun akan tanya harga. Tp hamba Allah tu tak leh terima sbb dia kata hanya dia shj yg leh tawar dgn si penjual tu & dpt  harga murah...nanti penjual marah kat dia la sbb bgtau harga yg murah pd org lain..Jadi dia suruh jer aku ckp pd Alya beli jer baju tu di kedai luar....Angsana ke, Kip Mart ke....mmm.. aku pun bgtau la Alya pasal perkara tu...Rupa2nya Alya dah tulis isu ni dlm fb, so kwn baik hamba Allah tu pun berbalas2 msj tu dgn Alya & sampaikan perkara tu pd hamba Allah tersebut. Apa lg, mengamuk la hamba Allah tu pd aku...siap suruh aku bukak fb utk tgok isu yg Alya tulis tu..bila kena marah, aku sedih la...niat kita nak tolong kwn jer, rupanya jadi lain pulak. Masa rehat, kat surau aku tanya pada @#$% pasal perkara tu, ingatkan dia leh simpan citer, rupanya dia pun sama suka menyampaikan jg..dah lg marah la org tu. Aku nak pergi pejabat pun sampai takde mood..bila aku citer pd hubby, dia kata lain kalau jgn memandai2, bila org tanya ckp jer tak tahu w/pun kita tahu..jadi lebih baik kalau kita tak puas hati kita simpan jer perkara tu dlm hati jgn citer pd sapa2... Skrg ni pun, bila nama aku kena sebut lg oleh org tingtong tu, aku rasa mesti ada org yg suka menjadi kaki sampai...guna nama org lain utk naikkan nama sendiri..

Isnin, 22 Oktober 2012

damya beauty: Acai Berry Tulen & Asli

damya beauty: Acai Berry Tulen & Asli: ~Dapatkan Acai Berry Yang Original~ Kepada penjual Acai Berry yang berkenaan... jangan memburukkan acai berry ini dan mengatakan aca...

Ahad, 21 Oktober 2012

Nak kurus sgt???

Begini citernya, aku dah makan Acai Berry sejak raya haritu, yer la...mula2 adik ipar sponser sbb dia yg jual. Satu botol tu ada 30 biji, aku makan 15, hubby makan 15 biji... Dah abis tu aku tak makan lg, bila timbang, turun 1kg jer..mmm...jadi aku buat tak kisah jer la. Badan pulak makin naik, sejak bersalin haritu tak nak turun, dah puasa sebulan pun masih sama jer. Hubby lak order lg, tapi dia sorang yg mkn, aku tak mkn pun sbb mahal hg nya, nak  beli pun kena pikir byk kali. Masa raya hari tu mmg baju raya kena besarkan lg, baju raya tahun lepas pun dah sendat terutama tang perut & punggung..tu yg geram sgt2.. Pastu mak mertua tegur, dia kata badan aku dah naik. Bila tengok adik ipar yg bongsu tu, makan Acai Berry 2 botol, dah slim sampai kena kecikkan baju, tu yg jelous..apalagi aku pun terus order lg. Kali ni hubby yg bayarkan, bila timbang ada la jg turun sikit..dari 71kg - 67 kg. Lepas abis tu aku order lg dgn mak mertua pulak, utk hubby sebotol aku sebotol..bila g belanja kat Giant, Tampoi, tempat pertama yg kami singgah ialah timbang badan..nak tengok jg ada tak perubahannya...bila aku timbang berat dah jadi 65kg...mmmm....masih byk lg, kalau boleh aku nak berat bdn aku jadi 50kg, mcm dulu2...sblm mengandung ank pertama dulu berat bdn aku cuma 56kg je..bila dah dpt 2 org anak..berat tu jadi tebalik la pulak. Tu yg aku obses nak kuruskan bdn, tambahan pulak baju byk tak muat terutamanya baju blouse...sedih kan, pakai seluar panjang pun dah sendat, byk yg sempit...byk petua aku amalkan termasuk tak mkn nasi, mkn sehari sekali jer. Tp masih tak berhasil. Baju dah byk yg bagi kat org, tak pun bwk balik kg bgi kat anak sedara atau sapa2 yg nak..bukan tak nak pakai lg baju tu tp sbb dah tak muat terpaksa korbankan jg la...bila tengok baju ada kat almari tp tak leh pakai pun nak wat apa, lebih baik tak nampak depan mata. Berbalik semula kpd Acai Berry td, pagi ni aku sampai kat opis terus punch card n ambik surat kabar utusan Jumaat lepas, lepas tu aku selak satu persatu surat kabar tu...tiba2 keluar citer pasal produk pelangsingan yg dirampas oleh Kastam dan Kementerian Kesihatan di KLIA. Katanya produk tu ada "SIBUTRAMINE" iaitu racun yg boleh menyebabkan tekanan darah dan risiko kpd pesakit jantung & boleh membawa MAUT. Berderau darah aku bila baca citer ni, mana tak nya, aku dah termakan 2 botol setengah...yg jual pulak adik ipar sendiri. Apa lg, aku pun hantar mesej kat adik ipar, ada tak dia terbaca citer ni, dia kata ada..tp tu bkn produk dia..Yg dia jual, ok lg..bila aku check dia punya blog pun masih ada jg....tp aku dah mula seriau..kata org utara. Mana tak nya, anak kecik2 lg ...Ya Allah, slmtkan la hambamu ini. Sebenarnya, nak kurus kena la bersenam n jaga pemakanan. Bukan mkn ubat itu & ini, pastu leh kurus dlm sekelip mata. Skrg lak, byk penyakit berbahaya menyerang rakyat Malaysia walaupun umur masih muda. Ni membuatkan aku bertambah takut..Semoga aku sihat dan terus sihat serta dpt menjalankan kehidupan ini dgn lebih ceria.

Selasa, 16 Oktober 2012

Anak Penghilang Stress

Anak2 ibu adalah pemberi semangat pd ibu....semoga anak ibu jadi org berguna.
Mmg btul, bila tengok wajah anak ibu yg comel, hilang semua masalah ibu. Walaupun kat tempat keje ni macam2 masalah berlaku, tp semua hilang apabila ibu dapat pandang wajah anak ibu yg comel Aiman & Aisy. Besarnya kuasa Allah swt. Bila anak ibu tidur, ibu akan cium anak ibu sepuas-puasnya., Ibu peluk anak ibu erat2...Ibu berdoa semoga anak ibu jadi orang yg solleh, berjaya hidup di dunia dan akhirat dan dikurniakan jodoh yang baik.

Kat pejabat ni biasalah, macam2 hal berlaku...dan yg paling menyakitkan hati apabila kita dituduh itu dan ini oleh org yang tak punya hati & perasaan terutamanya oleh org yang rasa dirinya besar sgt, pangkat besar, kereta besar, rumah besar..segala2nya besar. Sbb tu sanggup mengherdik dan memaki sesuka hati. Sesungguhnya doa org yang teraniaya dimakbulkan Allah swt. Lagipun hidup ni kan umpama roda, kadang diatas dan kadang dibawah. Jadi kepada org2 yg rasa dirinya besar tu, beringatlah..suatu hari nanti org yang kena maki dan dikeji tu yg lebih bahagia hidupnya berbanding dia.  Hehehe..ni semua luahan rasa sbb dah terkena maki oleh org besar yg kecik..

Rabu, 10 Oktober 2012

Memperkenalkan Makanan Bayi dan Makanan Pepejal

Memperkenalkan Makanan Bayi dan Makanan Pepejal

Skrg Aisy dah masuk 6 bln, dah leh makan sikit. Tp bila ibu ada mesti Aisy tak nak susu botol.

Selasa, 9 Oktober 2012

Merajuk

Dah 2 minggu lebih Aiman tak nak dok rmh mak Ony, sbb anak Mak Ony (adik) pukul Aiman sampai lebam haritu. Pastu adik Mak Ony tu kata Aiman "BODOH & BONGOK". Nak masuk hospital Tampoi. Ibu yg dengar Aiman mengadu pun sedih sbb anak ibu diperlakukan sebegitu. Masa lepas raya aritu, Aisy tak nak minum susu botol, dia nak susu badan jer, apalagi menangis la dia sepanjang hari. Jadi aku balik la ke rmh waktu rehat utk susukan Aisy. Sampai jer depan pintu, aku dengar adik tu tengah marahkan Aiman dgn suaranya yg besar & kasar. Aiman & Aisy menangis. Mmg betullah Aiman selalu kena marah dan kena pukul. Tp nak buat mcm ner, hanya Mak Ony saja yg aku harapkan utk jaga anak2 aku. Kalau ada kenderaan lain dah tentu aku hantar tempat lain, tp kereta nak g keje pun cuma sebuah...lagi lah ayah tu yg rajin sgt bangun pagi. Lagipun Mak Ony dok sebelah rmh jer, dari dulu mmg dia yg jaga anak2 aku...tak kan hanya kerana anak Mak Ony tu marahkan Aiman, aku nak ambik hati & hantar anak2 ke tempat lain....Mesti perang besar jadinya. Skrg ni aku dah tak kisah kalau Aiman tak nak dok rmh Mak Ony lg sbb dia dah selesa tinggal di kampung dgn neneknya. Cumanya sebagai seorg ibu, ibu sedih jg sbb berjauhan dgn anak kesayangan ibu. Kalau Aiman ada, hari2 ibu bangun pagi masak utk Aiman. Petang lepas solat Maghrib ibu akan ajar Aiman solat dan mengaji...malam masa tidur ibu akan ajar anak ibu baca doa dan ayat2 lazim, pastu Aiman suruh ibu nyanyikan lagu utk dia...sampailah anak2 ibu tertidur...Ibu rindu sgt2 pada anak ibu ..AIMAN
Inilah Aiman, anak ibu yg manja dan periang.

Ahad, 7 Oktober 2012

Baby Aisy

Pening kepala bila ada tugas luar & kursus dalam masa terdekat ni. Yer la, baby Aisy ni bila siang ok jer, nak botol mcm biasa tp bila malam jer dia mesti nak susu badan. Aritu kena g kursus di Melaka 3 hari sampai bengkak mata dia nangis sbb tak leh tido...nak ngempeng jer... nenek dia yg jaga pun tak tido sama. 19-21 Okt 2012 ni ada program PEWARIS di Jasin, Melaka, lepas tu 1-4 Nov. 2012 ada Kursus Pem. Penerangan di Melaka jg. Bila tanya Mak Ony, dia pun tak nak jaga..Tanya mak sendiri..lagilah....terus cakap tak nak. Hanya harapkan mak mertua yg baik hati dan makcik2 sebelah suami jer la utk jaga kan Aisy ni. Dah tak tahu nak letak mana anak ni bila ada tugas dan kursus luar. Bukan nak elak tugas, tp dah anak takde sapa jaga...nak wat cam ner.

Khamis, 23 Februari 2012

Berat Badan Naik Mendadak

Mak ai..baru 2 minggu jer berat badan naik 4kg..macam mana ni? Klinik sampai suruh minum air gula..nasib baik resultnya ok. Pastu doktor suruh check darah tinggi 2 hari sekali..mmm.... Masa anak pertama dulu berat akhir mengandung 80kg jer..tp yg ni masuk 8 bulan je berat dah sampai 85kg..patutla nak jalan pun dah tak larat sgt..Harap2 semua ok la. Skrg ni dah masuk minggu ke 33, tinggal tunggu 6-7 minggu je utk bersalin. Mudah2an senang la bersalin kali ni & baby takder masalah.

Ahad, 8 Januari 2012

Jalan2 cari makan di tahun baru 2012






























Malam tahun baru 2012, aku sekeluarga....dgn family mak mertua g jalan2 cari makan kat Melaka. Seronok sgt2 sbb dapat bawak Aiman g pusing2 bandar Melaka. Balik kampung dari JB Jumaat malam...pastu tido kat Semerah semalam. Sabtu pagi terus g rumah mak mertua kat Bukit Mor, Parit Jawa... Tunggu yg lain sampai.



Mak mertua dgn makcik2 sempat buat kuih pau utk bekal ke Melaka. Pukul 6.00 ptg barulah kitaorg gerak ke Melaka...terus menuju ke Muara Sungai Duyung, Melaka...makan seafood kat sana. Order makanan banyak....tp biasalah, makanan sampai lambat. Yang datang awal nasi lemak, tahu bakar & jus buah2...Jadi makan la dulu apa yang ada...Bila seafood sampai, perut dah kenyang sgt dgn nasi lemak & air. Jadi makan sikit jer la. Aiman terus tak nak makan ketam walaupun sebenarnya ketam tu favourite dia sbb dia dah abis nasi lemak 2 bungkus....



Banyak jg order makan malam tu, ada ikan masak 3 rasa, ketam sambal, sayur kailan, sotong goreng & ikan bakar... Lepas makan g ronda2 bandar Melaka. Mula2 naik Melaka River Cruise, Mak Nok yang bayar tiket. Pastu Aiman ajak naik buai...Nenek dia la yg bayar tiketnya. Tp Aiman naik buai dgn ayah dia, Pak Yong Izwan & Danial Nasriq. Kat situ dah pukul 12.00 mlm...Lepas makan aiskrim, kitaorg pun balik rumah. Tido rumah Farah..adik ipar kat Kuarters Polis Seri Temenggong.



Pagi Ahad pulak, tengok citer Ombak Rindu sampai tengah hari. Sambil bersarapan mee goreng dan cekodok ikan bilis. Dah tengah hari barulah gerak balik ke Muar. Singgah sekejap kat Home Decor Melaka, beli dulang. Sampai Muar makan kat Tg. Mas....terus balik rumah.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu