Sabtu, 17 Mac 2018

Majlis Ta'lim Nurul Hidayah

RAMADHAN BAKAL TIBA
Ambil peluang untuk kita mendidik dan persiapkan diri kita dan anak anak kita untuk menyambut bulan yang mulia.
Majlis Ta'lim Nurulhidayah akan menganjurkan pengajian Kanak kanak sempena cuti sekolah secara PERCUMA.
PENGHAYATAN RAMADHAN
Terbuka kepada kanak kanak lelaki dan permpuan yang berusia 8 hingga 16 tahun.
Bagi kanak kanak berusia 8 hingga 10 tahun,pengajian akan diadakan pada :
✅Hari Sabtu bersamaan 17 Mac 2018
Bagi kanak kanak berusia 11 hingga 16 tahun, pengajian akan diadakan pada :
✅Hari Ahad bersamaan 18 Mac 2018
Bermula jam 9.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari.
Makanan dan minuman pagi disediakan.
✅Persediaan menghadapi Ramadhan.
✅Mempelajari hukum berkaitan ramadhan.
✅Adab adab dibulan Ramadhan.
✅Perkara sunnah didalam bulan Ramadhan.
✅Menghayati Ramadhan dan Lailatul Qadr.
LOKASI : MAJLIS TA'LIM NURULHIDAYAH
No 18A Jalan Padi 2,Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru (Bahagian Atas Restoran Serambi Uda)
🆓PENGAJIAN ADALAH PERCUMA.
📚PENDAFTARAN TERHAD 100 KANAK KANAK.
50 BAGI KANAK KANAK YANG BERUSIA 8 - 10 TAHUN
50 BAGI KANAK KANAK YANG BERUSIA 11 - 16 TAHUN
✏Kepada sesiapa yang berminat untuk sertai,
✏sila berikan butiran berikut :-
✔.Nama Ibu/bapa/penjaga.
✔.Nama anak.
✔.Usia anak.
✔.No tel ibu/bapa/penjaga.
✔.Alamat kediaman.
Dan hubungi atau whats app ke no 0162097193
Untuk mengetahui segala aktiviti dan pengajian kanak kanak dan dewasa yang dianjurkan secara PERCUMA..Sila layari dan like Fb page :
Majlis Ta'lim Nurulhidayah
MAJLIS TA'LIM NURULHIDAYAH
ILMU - CINTA - AMAL


Aiman & Aqlan pergi ke kelas... yang hujung tu Aisy nak juga ikut abg Aiman ke kelas.
 

Kelas percuma, semoga diberkati hidup wahai anak-anak kecil


Restoran Serambi Uda ni popular dengan mee wantan, kelas Majlis Ta'lim dibuat atas restoran ni.


Sapa cepat dia dapat, penuh kelas dengan anak-anak umur 8-10 tahun. Sebab tu kena daftar awal, kalau lewat melepas ler anak-anak ke kelas ni.
 



KEM PENGHAYATAN RAMADHAN📖
Hari : Sabtu (17 Mac 2018)
Waktu : 9pg hingga 12tgh
Bagi anak2 yg berusia 8 tahun hingga 10 tahun
1) Nur Aisyah Bt Salim - 8 tahun
2) Muhd Solehuddin - 9 tahun
3) Adrian Haiqal B. Rahim - 8 tahun
4) Azreen Bt Mohd Azmar - 8 tahun
5) Amir Ajmal Abd Manaf - 8 tahun
6) Nur Afrina Insyirah Abd Manaf - 8 tahun
7) Muhammad Putra Al Bahaiqi - 8 tahun
8) Muhammad Nor Haqimi - 9 tahun
9) Hamizah - 8tahun
10) Husniyah - 10 tahun
11) Mohamad Zharif Iskandar Mohd Rozi - 10 tahun
12) Aqil Suffian - 9 tahun
13) Muhammad Azamuddin - 9 tahun
14) Isla Maisarah - 8 tahun
15) Nurhannah Edlina - 9 tahun
16) Harith Zaqwan bin Mohd Zaki - 8 tahun.
17) Muhammad Aqmar Haziq Mohd Zahir - 8 tahun.
18)Daisy Aimeen - 8
19) Qaseh azzarah - 8
20) Farah Dinah Bt Tajudin - 9 tahun
21)Danish Naqiuddin B. Tajudin - 10 tahun
22) Muhammad Aniq Putra - 8 tahun
22) Alya Myreen Putri- 9 tahun
23) Nur Syafinaz Aina Chan Binti Raime Chan
24) Nur Sabreena
25) Aziemah Azzahra Abd Halim - 7 tahun
26) Amirah Azzahra bt Abd Halim - 8 tahun
27) Nur Fatimah Alya bt Zainal - 8 tahun
28) Nur Fatihah Balqis bt Anuar - 8 tahun
29) Muhammad Amsyar Mustaqim - 10 tahun
30) Muhammad Arash Ajmain - 7 tahun
31) Siti Qurratul Ain - 8 tahun
32)Muhammad Kazim Iskandar Bin Irwan Iskandar - 9 tahun
33) Akmal Wafiy Bin Ali - 10 tahun
34) Muhammad Hadif Darwisy - 8 tahun
35) Wan Rose Ainur Qistina - 8 thn
36) Wan Muhammad Zikry Syamil -10 thn
37) Dania Farisha Bt Muhamad Hasri - 8 tahun
38) Nurul Dania - 10 tahun
39) Ayu Aqilah bt Azmi - 10 tahun
40) Ayu Athirah bt Azmi - 9 tahun
41) Muhd Nur Iman - 8 tahun
42) Umairah Najihah bt Hairol - 10 tahun
43) Muhammad Aqlan bib Amir James - 8 tahun
44) Muhammad Amirul Aimanshah bin Muhammad Shah - 10 tahun

45) Muhammad Aliff Putra - 8 tahun
46) Putri Nur Arissa - 10 tahun
47) Ahmad Amin bin Razali - 10 tahun
48) Rafiq Ramadhan b. Riduan - 10 Tahun
49) Aziz Qasyfi bin Azlan- 8 tahun
50) Azzalea bt Azlan - 10 tahun
51) Qawee Aqra Bin Noor Azlan - 8 tahun

 


Antara pesanan buat ibubapa yang menghantar anak ke kelas ini :
Ibu bapa yang dihormati,terima kasih atas sokongan ibu bapa menghantar anak anak untuk menyertai program cuti sekolah,pengisian sempena menyambut bulan Ramadhan.
InsyaAllah pengajian ini akan diadakan 2 sesi.
Sesi 1 bagi anak anak yang berusia 8 - 10 tahun pada hari Sabtu bersamaan 17 Mac 2018.
Sesi 2 bagi anak anak yang berusia 11 - 16 tahun pada hari Ahad  bersamaan 18 Mac 2018.
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh Hari.
Sebelum Ibu bapa menghantar anak anak ke tempat pengajian,ibu bapa harus memastikan :
✅ Memastikan anak anak memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat,memakai pakaian solat,bagi lelaki berbaju melayu/jubah bersongkok.Bagi perempuan berbaju kurung / jubah bertudung dan memakai stokin.
✅ Membuang air kecil atau besar sebelum pergi ke tempat pengajian.
✅ Mengambil wuduk sebelum pergi.
✅ Menghantar dan mengambil anak mengikut masa yang telah ditetapkan mengikut jadual.
✅ Tidak dibenarkan membawa apa-apa selain alat tulis,tidak perlu membawa beg.
✅ Pihak kami akan menyediakan makanan sahaja,oleh itu ibu bapa tidak perlu membekalkan makanan buat anak anak,hanya bekalkan minuman sahaja.
✅ Sebarang maklumat dan info mengenai pengajian ini dan aktiviti pengajian yang lain khas buat golongan kanak kanak dan dewasa secara percuma, boleh layari dan like fb : majlis ta'lim nurulhidayah.
Lokasi Tempat Pengajian :
Majlis Ta'lim Nurulhidayah
No 18A Jalan Padi 2,Bandar Baru Uda,81200 Johor Bahru.
( Bahagian atas Restoran Serambi Uda) tangga didalam kawasan restoran.
Mohon kerjasama dari ibu bapa semua.
Terima kasih dan harap maklum
Ustaz Mohd Hafiz bin Mohd Yusoff
Pembimbing Majlis Ta'lim Nurulhidayah



.
Ya Allah berkatilah kami pada bulan REJAB dan SYA'BAN dan sampaikanlah kami ke bulan RAMADHAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT,dipanjangkan usia kita..Hayati nikmat usia dan kesihatan dengan sentiasa bersyukur..diantara amalan amalan yang dilakukan oleh Baginda RasulAllah pada bulan Rejab adalah berpuasa,Nabi banyak berpuasa pada bulan bulan Haram,diantara bulan bulan haram adalah Rejab.
Bagi yang berkelapangan dan berkesempatan perbanyakkanlah berpuasa.
Bagi yang belum menganti puasa pada ramadhan yang lalu,wajib keatasnya mengantikan puasanya sebelum memasuki bulan ramadhan tidak lama lagi..
Bagi yang sengaja tidak mengantikan puasa dan telah masuk ramadhan maka berdosa besar keatasnya dan wajib membayar fidyah.
Ambil peluang manfaatkan waktu pada bulan mulia ini untuk beribadah..perbanyakkan puasa dan beribadat..
#rejab
#syaban
#ramadhan
#nurulhidayah
#usiamakinmeningkat


Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu