Selasa, 23 April 2013

Badan Letih

3 minggu ni mmg sibuk jer sebab nak PRU ke-13. Apalagi kena kerja sampai malam la jawabnya menyiapkan laporan yang perlu dihantar ke Putrajaya dan MB. Memang la jadual tu bergilir-gilir tapi disebabkan yang mahir komputer tu tak berapa nak ramai, makanya bos aku suruh keje sampai malam. Aku boleh jer keje sampai malam tapi mengenangkan anak-anak yang kena tinggalkan, kesian la pulak.

Kelmarin balik rumah sampai pukul 2.00 pagi sebab nak siapkan laporan untuk MB. Bila balik kerja sampai pagi-pagi buta ni, dah takder perasaan takut pun. Yang penting sampai rumah dapat tengok muka anak-anak yang ditinggalkan seharian. Aiman dan Aisy mmg dah tido tapi bila Uda kata Aisy meragam sebab tak dapat susu badan, rasa bersalah sangat pada Aisy. Aisy menangis sampai muntah sebab tak dapat nenen. Siannya anak ibu, bukan ibu sengaja nak balik lewat tapi disebabkan tugas, ibu terpaksa laksanakan juga. 

Kesian Aisy sbb kena tinggalkan sampai malam. 

Semalam pulak bos suruh keje sampai malam juga, tapi aku bagi alasan tak dapat nak keje malam sebab baju belum basuh. Mmg betul pun, baju hubby dah seminggu belum basuh. Selalu kalau dah seminggu mesti balik rumah untuk kemaskan apa yang patut dan basuh kan baju hubby, tp minggu ni mmg sibuk sampai hujung minggu pun kena keje jadi rumah mmg tak sempat kemas. 

Tinggal seminggu lebih jer  untuk PRU ke-13, memang berharap sangat PRU ke-13 cepat berlalu dan kerajaan yang aku sayangi ini dapat membina sebuah negara yang cemerlang gemilang. Aku sayang negara ini, tanah air ku yang tercinta...aku berdoa semoga pemimpin yang dipilih nanti dapat menjadikan Malaysia yang lebih maju di mata dunia. In Sya Allah.

Selasa, 9 April 2013

Kedekut ker?

Aiman masih batuk lagi. Yer la kalau dah demam mesti batuk. Demam dah kebah tp batuk masih juga ada. Mmg lambat baik la batuk ni walaupun dah 2 kali pergi ke klinik. Bila Aiman batuk jer mula la Mak Nok bising. "pergilah bawak ke klinik misah, dah jadi kuman batuk tu" "Dah 2 kali ke klinik Mak Nok, batuk mmg lambat baik, Ala..kita pun kalau batuk bukan terus baik. Kan lambat. Dulu kena batuk sampai 2 minggu baru baik" jawab aku. Mak Nok pun balas...."Ala kita org tua, organ dalaman lain, Aiman budak kecik lagi, sbb tu kena bawak jumpa doktor" "Kalau bawak jumpa doktor pun, doktor kata ubat belum berkesan lagi, sebab tu belum baik" balas ku. "Kau tu sayang duit sangat, sebab tu susah nak bawak Aiman ke klinik"....Bila Mak Nok kata macam tu, hati ku terus berubah. Aku nak marah, makcik aku pulak tu. Jawabnya diam kan je la. Aku terus pergi makan. Cepat2 aku makan malam dan habiskan nasi. Terus angkat pinggan dan tengok TV. Sebab malas nak makan dengan Mak Nok. 

Bila Mak Nok kata aku ni sayangkan duit lebih dari anak aku, aku rasa terkilan sangat. Padahal selama ni setiap bulan gaji aku memang habis untuk anak2. Untuk diri sendiri pun jarang aku berbelanja. Aku lebihkan kepada belanja anak2. Bukan gaji aku ribu-riban sampai nak simpan duit sangat. Cukup makan je. Tapi pernah ke aku minta2 orang lain. Nak beli baju baru pun jarang, setahun sekali jer. Setiap bulan gaji habis untuk bayar kereta, pengasuh, bayar bil,  belanja dapur, susu anak, pampes dan minyak kereta. Tambahan pulak sekarang ni Mak Ony belum jaga Aiman & Aisy lagi, mmg banyak la minyak kereta nak kena isi sebab asyik berulang alik ke sekolah dan rumah. 
Aiman & Aisy la penguat semangat ibu. 


Lepas ambik Aiman sekolah kena hantar dia balik ke rumah Uda di Taman Dahlia lepas tu pergi ke pejabat semula. Setiap hari macam tu la jadual aku bila Mak Ony tak jaga anak2. Harap-harap Mak Ony cepat la sembuh dan boleh jaga Aiman & Aisy semula. Tak yah la aku dok rumah Uda dan berulang-alik setiap hari ke sekolah, jemput Aiman dan hantar dia balik. Kalau Mak Ony ada dah tentu dia akan jemput Aiman balik sekolah dan bawak balik ke rumah. Senang sikit keje aku sebab tak perlu bekejar-kejar ke sana-sini. Tapi aku bersyukur sangat sebab Uda memahami tugas aku. Dia la yang aku harapkan untuk jaga anak-anak aku apabila balik keje. Aku sayangkan Uda lebih daripada segala-galanya. Sebab tu aku tak pernah berkira dengan UDa sebab aku dah anggap dia macam ibu aku sendiri. Lagipun Uda tak ada anak sendiri, yang ada cuma anak tiri yang telah mempunyai keluarga masing-masing. 

Ahad, 7 April 2013

Aiman Demam Lagi

Jumaat lepas, jemput Mak Ngah di Tiram Travel, JB sbb dia baru balik dari umrah. Pergi ke Tiram Travel pukul 6.30 ptg, bas Mak Ngah dijangka sampai pukul 7.30 mlm. Bila sampai ke Tiram Travel, Kak siti, Abg  Rosli, Abg Johar dah ada menunggu kat sana. Tak lama lepas tu masuk waktu maghrib, maka semua terus la menuju ke Masjid Wadi Hassan yang terletak dalam 500 meter dari Tiram Travel. Uda dan yang lain semua dah masuk ke masjid. Aku dan Mak Nok tunggu la kat warung luar. Aku "offday" jadi lepas tu Mak Nok g la solat maghrib selepas orang yg solat berjemaah keluar.

Sementara tunggu kat warung luar tu, aku order la air milo suam untuk Aisy. Susu dia tertinggal kat kereta la pulak. Aisy dah selak baju nak "nenen" tp dah di khalayak ramai tak kan aku nak selak baju. Malu lee...Jadinya order la air milo suam. Pastu aku sudu kan Aisy air milo tu. Bila Aiman datang dgn Tok Uda dia, aku tanya dia nak minum apa. Dia cakap nak air teh O ais. Aku mmg tak bagi dia minum ais. Yer la, ais kan boleh buat batuk. Tp Aiman nak juga teh o ais. Order jg la tp ais sikit jer. Bila air dia dah sampai, dia kata air teh o tak sedap jadi dia nak air milo ais pulak. Tambah2 lagi bila tengok Kak Siti minum milo ais, lagi la teringin nak minum milo tu. Order la jg air milo ais utk dia. Tp dia minum tak habis, sikit jer. Bakinya Uda bungkuskan. 
 Walau sibuk sekalipun, Aiman & Aisy tetap jadi keutamaan.

Balik malam jer mula la dia batuk2. Badan mula panas. Ubat demam dia mmg ada lg kat rumah. Jadinya aku beli la jer ubat batuk Aiman kat klinik Faizal. Bila dah batuk, badan pun mula la panas dan muntah. Sabtu & Ahad aku kena keje pulak tu, jaga bilik gerakan. Nak tak nak keje la juga. Semalam balik keje Mak Nok kata tak leh biarkan Aiman ni, kena hantar ke klinik jg. Tp kalau aku bawak dia ke klinik, doktor selalu cakap ubat tu belum jalan lagi. Sbb tu belum berkesan. Yer la, baru makan ubat sehari tak kan terus baik. Tp Mak Nok mcm tak sabar tengok Aiman terbatuk2. Haritu masa Aiman demam dan batuk2 pun Mak Nok suruh hantar ke hospital. Aku boleh jer hantar ke hospital, tp kalau dah masuk wad sapa pulak nak jaga Aisy waktu malam? Aisy nak kene peluk dan nak "nenen" bila nak tido malam. Siang dia tak kesah sbb dah biasa kena tinggalkan pergi kerja. Mak Nok mungkin tak terpikir semua tu. Selama ni pun aku yang berkorban segala2nya utk anak2 aku tak kira la waktu dia sihat atau sakit. Semua aku uruskan sendiri. Bila ayah Aiman sakit pun aku yg uruskan dia, termasuk la makan dan minum dia. Walaupun aku dok rumah Uda tp aku terpaksa balik rumah hantar makanan kat ayah Aiman. Semua tu aku korbankan utk keluarga aku walaupun aku letih dan penat. 

Yer la, aku ni ibu dia, mesti la aku lg simpati dgn anak aku tu. Lagilah bila malam dia mengerang jer masa tido. Ibu mana yg tak simpati bila tengok anak dia sakit. Aku tepuk2 kan Aiman masa dia tido. Aisy pulak susah nak tido malam, asyik lasak jer kejenya. Bila abg dia tido, dia la yg kacau, mana tak menjerit Aiman tu. Aiman lak nak baring atas riba aku je. Aisy lak nak kena peluk jer...Dua2 nak dgn ibu dia ni...hai..anak..anak. Sbb Aisy tengah lasak, jadi aku tepuk kan Aiman dulu sampai dia tertidur. Lepas Aiman tidur barulah peluk Aisy pulak...sampailah Aisy tertidur dgn lenanya. Tengah malam Aiman asyik batuk2 jer. Aku bagi lah dia ubat batuk & demam. Nasib baik dia senang nak makan ubat. Lepas tu sambung tidur lagi. Harini, Isnin Aiman terpaksa cuti sekolah sbb tak sihat lagi. Aku macam biasa la, kalau Aiman tak sekolah, aku hantar mesej pada Cikgu Intan atau Cikgu Norli, bgtau yg Aiman tak dapat hadir ke sekolah sbb tak sihat. Semoga Aiman cepat sembuh dan dapat pergi sekolah macam biasa.

Isnin, 1 April 2013

Aiman Sedih

Pagi tadi masa dalam perjalanan ke sekolah, aku bagi la sikit motivasi pada Aiman. "Aiman, belajar rajin2 tau. Dah belajar pandai nanti semua org sayang. Kalau belajar pandai, nanti hidup senang, tak susah. Bila dah senang, semua benda Aiman boleh  beli. Boleh beli kereta, boleh beli baju. Dulu ibu hidup susah. Mak ibu keje toreh getah jer. Duit tak banyak mana. Sebab tu ibu belajar rajin2. Bila ibu dah habis belajar, ibu pergi kerja. Baru dapat duit. Boleh beli kereta, beli susu Aiman, baju Aiman. Masa ibu kecik2, nak pergi sekolah pun susah. Pergi sekolah jalan kaki, jauh pulak tu. Kasut sampai koyak. Baju sekolah yg cantik macam Aiman pun ibu tak mampu beli. Cikgu ibu sampai marah, napa tak beli baju sukan. Ibu cakap, tak der duit. Macam ne nak beli baju sukan. Duit belanja ke sekolah pun takde. Susahnya la hidup masa itu. Kadang2 balik sekolah terpaksa tolak basikal sebab pancit dgn jarak sekolah yg jauh. Sampai jer rumah, ibu rasa macam nak pengsan. Duit toreh getah pun  cuma dapat beberapa sen jer. Nak beli baju tak mampu..nak beli stoking sekolah pun tak mampu. Jadi Aiman kena belajar rajin2, jangan melawan kata cikgu. Datang ke sekolah bukan untuk bergaduh dgn kawan2 tp datang ke sekolah mesti belajar. Cari ilmu supaya jadi budak pandai" panjang lebar nasihat aku pada Aiman pg tadi masa dlm kereta.

Tiba-tiba, Aiman menangis. Menitis air mata dia. "Abg Aiman, kenapa abg menangis?" "Aiman sedih dengar cerita ibu". Kalau Aiman sedih, Aiman kena la belajar rajin-rajin. Jangan malas-malas. Kalau rajin belajar dan jadi budak pandai, semua orang sayang abg. Ibu dulu susah, sebab tu ibu belajar rajin-rajin. Dah habis belajar baru ibu kerja dan dapat cari rezeki untuk kehidupan harini. Untuk anak2 ibu yang ibu sayang. 

" Kalau ibu takder duit, ibu ambik jer duit Aiman. Aiman tak kesah. Ibu ambik la 1,2,3,4,5 duit Aiman tu" "Duit Aiman tu ibu simpan untuk masa depan Aiman. Sekurang2nya kalau Aiman nak belajar, Aiman ada duit simpanan. Tak la susah nanti"

Semoga dgn kata2 motivasi ni dapat menjadikan Aiman budak yang berguna, rajin belajar dan berjaya hidup di dunia hingga akhirat. Yang penting Aiman kena ingat pada Allah SWT. Rajin solat dan mengaji. 

Aiman kena rajin belajar, baru boleh menjadi org berguna.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu