Ahad, 16 Jun 2013

Bawa Aisy Naik Kereta

Aisy naik kereta....memang lah dia dah naik kereta. Lepas lahir jer nak balik rumah naik kereta.  Tapi selalu Aisy naik kereta dgn ibu dan ayah. Ibu pegang Aisy dan ayah pandu kereta. Tapi semalam Aisy dok kat belakang dgn Abg Aiman, ibu pandu kereta. Sebenarnya risau juga nak pandu kereta dgn Aisy yang tengah lasak. Tapi cuba-cuba la dulu..mana tahu dia ok. Semalam hubby nak hantar motosikal dia ke bengkel. Nak servis. Jadinya terpaksalah jemput dia di bengkel. Aiman dan Aisy mestilah kena bawak sbb hari minggu Mak Ony cuti. Tak kan nak tumpangkan budak2 kat rumah Mak Ony. Lagipun pergi bukan lama, sekejap jer. 

Motor nak kena servis sbb dah penat berjalan jauh.


Jadinya dgn beraninya aku cuba bawak Aiman & Aisy naik kereta. Abg Aiman la yg pegang Aisy. Mula-mula Aisy tak nak duduk belakang, dia nak duduk dgn aku kat depan. Abis tu macam ner aku nak pandu kereta. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia nak duduk belakang. Dia berdiri jer kat belakang.

Harini, Aisy kena g check up Klinik untuk umur 15 bulan. Ayah pula demam. Pagi2 lagi aku dah siapkan Abg Aiman dan Aisy. Kejutkan ayah, dia kata dia tak larat sbb demam. Jam dah pukul 7.30 pg..ayah masih baring lagi. Nak hantar Aiman sekolah lagi. Apalagi aku beranikan diri bawak Aiman dan Aisy. Lepas hantar Aiman ke sekolah, Aisy duduk la kat belakang..nasib baik dia ok..diam jer.  Lepas ni boleh la bawak Aiman dan Aisy pergi Angsana atau  @Mart, Kempas sbb Aisy dah leh duduk diam kat kereta. 

Isnin, 10 Jun 2013

OVEN

Teruja betul bila aku tengok blog-blog orang yang cerita pasal masak memasak ni. Terutamanya bila tengok diaorg buat kek yang cantik2, lagi lah aku teruja. Aku nak juga buat kek cantik2 macam diaorang buat, masalahnya oven pulak takde. Kalau teragak nak buat kek kat rumah, aku pakai jer kuali vantage aku tu...hehehe...

Kuali ni la yang aku guna buat kek kat rumah. Asal boleh je...
Sumber google

 Hari tu dapat duit topup dah belikan almari dapur dan meja kopi. Nanti kalau dapat duit kelim, boleh la aku beli oven. Yang biasa2 pun ok juga. Aku dah survey kat UO Angsana, harga RM 200, Kat Giant Tampoi, jenama ELBA harganya RM149. Kat Mydin, BBU, OVEN jenama ELBA harganya RM119. Jadinya Mydin la paling murah. Boleh la beli lepas ni. Sekurang-kurangnya nampak la juga duit kelim tu drpd habis aku belanja yang bukan-bukan, lebih baik beli barang rumah. Ada juga fungsinya. 

Macam ni la OVEN yang aku tengok tu. Tak besar mana tp boleh la untuk bakar kuih.

Khamis, 6 Jun 2013

Facebook, Twitter, whatsapp, wechat

Skrg dah mcm2 aplikasi ada dlm internet utk membolehkan org berbicara. Kalau dulu ada Yahoo messenger jer tp skrg dah mcam2. Mula-mula mmg la seronok dpt berhubung dgn semua kawan2 di laman sosaial ni, dapat tengok gambar2 lagi, tengok video lagi, macam2 la semua boleh dgn kecanggihan dunia skrg. Selepas tu dapat baca luahan perasaan orang, ada suka ada duka. Tapi lama2 aku makin bosan dgn kecanggihan alam maya sekarang ni. Sebabnya semakin lama semakin ramai orang bergaduh, memaki sesuka hati, marah sampai macam hilang akal, sanggup membunuh hanya kerana perbezaan pendapat dan idea..semuanya hanya kerana laman maya ini. Macam dah tak ingat agama dan Allah SWT. Padahal, Malaikat Rakib dan Atit sentiasa ada di sisi kita untuk mencatit segala amalan kita, jahat atau baik.
Sepatutnya dgn kecanggihan dunia skrg, hubungan manusia makin baik, makin rapat silaturahim tp lain pulak ceritanya. Dah macam perang saudara la pulak. Bila tulis sikit jer, ada pula sesetangah tu yang terasa...sampai sanggup maki sakan. Ingatlah semua tu hanya pinjaman dari ALLAH SWT. Besok di akhirat kita akan dipertanggung jawabkan dengan semua yang kita luahkan dan tuliskan. Kalau di alam maya ni kita tidak berbicara dgn mulut tp berbicara dgn tangan dan tulisan, di akhirat besok mulut kita akan dibisukan dan yang berkata-kata hanyalah tangan yang menulis ini, mata yang melihat, kaki yang menuju ke komputer dsb... Subhanallah...Insaflah wahai manusia semua. 


Isnin, 3 Jun 2013

Kursus Pertolongan Cemas dan Kebakaran

Semalam dan harini 3-4 Jun 2013 pergi ke Kursus Pertolongan Cemas dan Kebakaran di RTM Johor. Kursus ini disampaikan oleh Jabatan Pertahanan Awam, Daerah Johor Bahru. Nama penceramahnya, En. Mohd Sham. Ada la 2 org pegawai wanita dan 2 orang pegawai lelaki JPAM yg sama2 dtg ke kursus tersebut. Dalam kursus ni, ada la penceramah sampaikan sedikit maklumat mengenai pertolongan cemas, kebakaran dan kesihatan. Buat praktikal sikit macam ner nak buat CPR dan buat check kesihatan (untuk darah tinggi).  Sebenarnya aku pun tak tahu mengenai kursus ini tp bila Kak Nani ajak, aku pergi jer la. Lg pun kursus di RTM jer...dekat dan sekurang2nya bolehla aku isi buku log aku tu. Dah bulan Jun 2013 tp Buku Log masih tak terisi lagi, mana nak cari kursus kalau dah akhir tahun nanti..setahun kena pergi kursus sekurang-kurangnya 7 hari.
Kursus ni ok jer, dengar ceramah oleh pegawai JPAM dan buat sedikit latihan praktikal. Yang aku tak tahan tu bila jurufoto RTM sebelah aku ni, Shumali namanya suka buat lawak pulak..macam2 lawak dia buat, mana aku & kak nani tak tergelak. Hilang terus rasa ngantuk aku. Bukan khusyuk dgr kursus  tp dengar lawak dia je. Ada ke patut dia nak suruh JPAM dtg rumah dia utk kemas kan barang2 rumah sbb JPAM kan jawatan sukarelawan. Pas tu dia ckp nak suruh JPAM tangkapkan nyamuk kat rumah. JPAM tangkap ular ke, biawak ke, kucing ke adalah..bukan tangkap nyamuk. Pastu bila tengok muka penceramah tu, dia kata dia jadi mengantuk...dia nak tangkap gambar penceramah tu nak bawak balik. Kalau tak leh tido dia nak tengok gambar penceramah tu..mak aiii...sengal la dia ni. 
Pastu JPAM tunjuk la video yang ngeri2 pasal org excident dan kematian yg mengerikan...baik2 ada hati nak jadi sukarelawan, terus terpadam rasa hati nak jadi sukarelawan bila tengok gambar mengerikan ni... Hilang terus minat. Tambah2 lagi bila tengok org terputus sana sini, bayi la, org hilang kepala, tangan, kaki, pecah perut..mak ai....ngeri la...Tp yg pasti kursus ni memberi sedikit input pada aku pasal kemalangan dan pertolongan cemas. Mmg la kita perlu elakkan semua kemalangan..tp malang kan tak berbau. Kalau jadi pada keluarga sendiri, nak tak nak kita kena hadapi juga. Jadi kena tahu serba sedikit ilmu pertolongan cemas ni.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu