Rabu, 27 Julai 2011

dr tuah iskandar

Hari ni 28 Julai 2011, Khamis, aku kena g seminar....Program Semurni Kasih, Anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam, Johor di Dewan Besar, Kompleks Islam....Aku dah pesan dgn hubby dr semalam lagi suruh dia hantar ke sana..


Pagi ni, sampai je ke opis, aku terus punch card...pastu panggil Kak Nani sbb nak ajak dia g sama. Abu pun kena g juga tp dia tak nak naik dgn aku...tak perla...dia nak g sendiri... Sampai kat Kompleks Islam awal lg..baru kul 8.20 pg...program start kul 9.30 pg...ada sejam lebih lg tu... Ingatkan ada sarapan pg..rupanya harini takder...biasanya kalo Jabatan Agama Islam buat seminar selalu ada sarapan pg..tp harini takde la pulak... Jadi Kak Nani pun ajak g sarapan kat kantin dulu...sbb nak daftar tp kaunter belum bukak...yg jaga pun takder lg... Ok la, kitaorg pun g kantin...aku makan kue tiau goreng dgn air teh o limau, Kak Nani lak ambik campur2....ada mee, nasi goreng, bihun & sotong goreng...dia minum teh tarik... lepas makan kitaorg pun g la foyer dewan islam...ada jual2 barang kat tepi tu....mcm2 la org buat promosi kat foyer dewan tu...


Dari satu tempat ke satu tempat aku g tgok...mula2 g tengok blause & tudung, tp selak2 je...tak beli pun, pastu g tgok barangan LENO...akak tu siap buat promosi kalo nak jd ahli.....bg la kita pamplet dan catalog...pastu g tengok org buat promosi kuih raya....dari nutrimetics.....Kak Nani beli lipbalm hg 7.90, aku lak beli deodoran....hg 11.00....padahal aku bawak duit cuma RM25 jer...dah tertarik dgn baunya...beli ler jg...


Dah bosan, Kak Nani ajak masuk ke dlm dewan..dia kata sambil duduk2 leh la selak catalog yg akak LENO tu bg...bila selak rupanya catalog tu dah expired...dah tamat tempoh....mmm....tp tgok jer la...bukan nak beli pun...


Ok dah kul 9.30 pg..tp program tak start jg...tak lama pastu baru la VIP sampai...Dr Tuah Iskandar, Pen. Pengarah Jabatan Agama, Mak Datin dll....Lepas bacaan doa, Pen. Pengarah rasmikan majlis....aku dengar ucapan pen. pengarah Jabatan Agama Islam tu betul2...sbb cara dia cakap mcm serupa jer dgn aku cakap.....tp dalam hati jer la aku cakap ni....Pen. Pengarah tu pelat 'R'..sama mcm aku......tp dia tak malu pun cakap dpn org ramai...kalo aku, segannya la nak cakap dpn khalayak ramai...dah la aku ni pelat...teruk lak tu...tp Pen. Pengarah Jabatan Agama tu relaks je...yer la kan...dah dia bos....mesti la dia relaks jer....kalo jenis 'gabra' mcm aku ni....eemmm...mmg tak layak la jadi bos.....hehehe..


Lepas perasmian, Dr Tuah pun start...mula2..aku tak kesah sgt pun...sbb aku sibuk tgok catalog Leno...dah bosan baru aku ambik port..dgr betul2....seronok gak ceramah dia...tak membosankan...sebenarnya ni kali ke-2 aku dgr ceramah dia...Dr. Tuah kata dia dah 3 kali bg ceramah kat Dewan Islam ni...maknya nya aku miss sekali la ceramahnya tu...


Antara ceramahnya yg masuk kat kepala aku ni ialah....kalo nak berjaya kita perlukan "DUIT"...Duit tu bukan wang....tp D=Doa, U=Usaha, I=Ikhtiar dan T=Tawakal.... Pas tu utk dapat kebahagiaan, kita mesti bahagia dlm 3 perkara = Mental, Fizikal & Spiritual..... Byk contoh2 dia bg...nak tulis pun panjang sgt la.... Tp satu yg aku ingat, dia kata dalam BAB KAHWIN...mesti antara suami & isteri sentiasa tak sependapat...Kalo suami pendiam, isteri byk cakap, kalo suami malas, isteri mesti rajin.... Contohnya, suami kalo lepas mandi suka sepahkan tuala kat merata2....isteri jadi tukang kutip & kemas.... Suami suka buat sampah, isteri kena rajin sapu....baru lah bahagia...bila dia bg contoh mcm tu...aku rasa mcm kena je kat batang idung aku ni.... tp tak kesah la...


Pastu Dr. Tuah kata, kenapa ramai org bercerai?...dlm 15 minit, sepasang suami isteri bercerai kat Malaysia....kalo dah sejam ...4 pasang suami isteri cerai...kalo 24 jam = 96 pasang....jadi Dr Tuah kata, kenapa pasangan suami isteri bercerai....sbbnya kahwin bukan kerana Allah... Masa bercinta, org laki baru cakap pinggang kita langsing jer..kita dah terima dia jadi suami, so bila pinggang dah tak langsing...hidung tak mancung, rambut dah beruban...maka jadilah cerai berai.... byk lg la dia cakap..tp tu la antaranya...


Lg Dr Tuah cakap, napa mesti nak cerai berai.....sepatutnya kita jaga rumah tangga kita baik2...jadi kena bayangkan yg kita akan mati esok...kalo bukan kita yg mati, pasangan kita yg mati....sbb kita pasti akan mati ... bila kita ingat mati, mesti kita akan sayang pasagan kita....Dr Tuah kata, dia dah siapkan kain kapan utk dia awal2...biar dia ingat mati....kalo ingat mati, kita akan ingat Allah, jd kita akan laksanakan tanggungjwb sebagai manusia.....mcm2 lg contoh yg Dr Tuah bagi, tp ni je yg lekat dalam otak aku ni....


Bila dah abis ceramah, aku & Kak Nani pun terpikir la macm ner cara nak balik opis....sbb pagi tadi pegi kan hubby aku yg hantar...mula2 nak bg tau Zaki, nak tumpang dia..tp dia dok jauh la pulak....hujung kanan dewan...aku & Kak Nani lak hujung kiri dewan...tp sempat gak Kak Nani lambai tgn dgn Abu...nk bgtau dia yg balik nak tumpang kete Zaki.... mula2 kak Nani nak tepon opis mintak no telefon Zaki, sbb tak save no dia dalam hset...rupanya masa dah nak balik tu, Zaki dah call Kak Nani....dia kata dia tunggu kat pintu besar Kompleks Islam...ooo...Zaki dah faham rupanya tanda isyarat td....


Keluar jer dewan, urusetia dah sediakan nasi bungkus, jadi bawak je la nasi bungkus tu ke opis...dah kul 1.00 pun, aku & Kak Nani terus je la g surau, makan nasi bungkus tu...pastu relaks2 sekejap & sembang2 ...dah kul 1.50 ptg baru la solat zuhur...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu