Selasa, 1 September 2009

Siapakah yang rugi, siapakah yang untung?


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnyaseolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyuman nya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalahorang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikandi mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang matitidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak keranatelah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka...Waallahual am.

Menjaga keseimbangan puasa



Menjaga keseimbangan puasa
AMALAN berpuasa bukan hanya berkisar kepada sudut rohaniah, malahan didapati mempunyai kesan positif terhadap fizikal badan. Bukan setakat memberi peluang sistem penghadaman berehat, malahan membolehkan metabolisma badan menurun dan kembali seimbang dengan keperluan badan.
Namun, menahan diri daripada lapar dan dahaga lebih 13 jam sehari memerlukan kita menjaga keseimbangan tenaga badan dan aktiviti harian. Kerana itu juga, amalan bersahur dan tidak melengahkan waktu berbuka digalakkan, supaya keperluan nutrien dan tenaga badan tidak terjejas sepanjang berpuasa.


Air
Lebih 60 peratus (dua pertiga) struktur badan manusia dibina daripada air, elemen utama kehidupan. Berbanding nutrien lain yang diperlukan untuk tenaga badan, air merupakan satu keperluan asas yang diperlukan untuk badan terus berfungsi.
Kekurangan air badan (dehidrasi) boleh menjejaskan kesihatan dan juga mengancam nyawa bagi situasi kehilangan air berlaku secara berterusan (seperti muntah dan cirit-birit) .
Untuk memastikan badan mempunyai bekalan air secukupnya sepanjang waktu berpuasa, kita perlu menilai keperluan badan berdasarkan aktiviti harian, kesihatan diri dan juga cuaca.
Mereka yang kurang sihat, banyak melakukan aktiviti fizikal (berjalan, berlari) atau meredah cuaca panas memerlukan lebih banyak air dari biasa. Amalkan bersahur supaya dapat minum air secukupnya sebelum mula berpuasa.


Dehidrasi juga boleh berlaku akibat pengambilan kafein dan ubat tertentu, masalah sistem penghadaman, banyak berpeluh dan juga kandungan gula di dalam darah yang tinggi (diabetes). Adalah lebih baik mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman berkafein, serta mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang mungkin memberi kesan kepada kandungan air badan.


Kekejangan
Antara kesan dehidrasi dan terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari adalah kekejangan otot. Kekejangan otot juga tidak terhad kepada otot kaki, malahan otot leher, belakang, perut dan sebagainya.
Kebiasaannya, kekejangan otot bukan sahaja akibat kekurangan air, tetapi juga melibatkan kekurangan oksigen, pengumpulan asid laktik serta kandungan sodium dan potasium darah yang rendah.


Kekejangan otot dapat dielakkan dengan pengambilan air serta garam galian yang cukup, terutamanya makanan yang tinggi dengan potasium. Bernafas dengan laju pula dikatakan dapat meredakan kekejangan akibat kurang oksigen dan pengumpulan asid laktik pada otot.
Urutan lembut, regangan serta menggunakan sesuatu yang suam atau sejuk juga mungkin dapat membantu. Haba dapat meningkatkan aliran darah permukaan, menjadikan otot lebih fleksibel dan mengurangkan rasa kejang.
Tekanan atau urutan kuat pada otot yang kejang pula hanya akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakan sesuatu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membawa kepada kekejangan otot.


Asas yang ingin ditekankan di sini adalah pengambilan air secukupnya mengikut aktiviti fizikal, kesihatan badan dan cuaca. Elakkan berlakunya kekejangan mahupun mana-mana masalah kesihatan akibat kekurangan air atau nutrien keperluan badan.
Amalkan bersahur dan berhemah ketika berbuka.. Jangan tidur dijadikan alasan tidak bersahur dan jangan puasa dijadikan alasan 'membalas dendam' ketika berbuka. Jagalah keseimbangan berpuasa, mengikut keperluan agama dan juga badan.


Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52.

Solat benteng kekuatan iman, elak maksiat


Solat benteng kekuatan iman, elak maksiat


SOLAT lima waktu adalah tiang agama wajib dikerjakan setiap Muslim yang mengaku dirinya hamba Allah. Seseorang yang meninggalkan solat bererti mereka bukan saja menderhaka kepada Allah, malah benteng keimanan individu terbabit dalam keadaan cukup lemah. Mengerjakan solat dengan sempurna dapat membentuk pengukuhan iman sejati, sekali gus terselamat daripada melakukan maksiat kepada Allah.


Firman Allah SWT bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu untuknya akan menjadi cahaya, petunjuk dan jaminan selamat pada hari akhirat. Sesiapa tidak memelihara solatnya, maka tidak mempunyai cahaya, petunjuk dan jaminan selamat, bahkan pada hari kiamat dia akan bersama-sama dengan Karun, Firaun, Hamman serta dengan Ubay bin Khalaf."


Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat.


Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat:

• Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;

• Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;

• Dia akan dibenci oleh orang beriman.


Bala ketika saat meninggal dunia:

• Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;

• Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;

• Dia dikhuatirkan kehilangan iman. Bala di dalam kubur:

• Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir; • Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;


Bala di akhirat:

• Hisab menjadi berat;

• Dimurkai Allah SWT;

• Diseksa Allah SWT dengan api neraka


. Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu

Bulan Ramadan

Lampiran kat atas ni doa & zikir khas untuk bulan Ramadan yang diberikan oleh Dr. Fatma El Zahra.

Cebisan nasihat dari beliau spt dibawah:

1) Minta maaf sebelum Ramadan
2) Suami: patuh pada ibu baru pada isteri
3) Isteri: patuh pada suami baru pada family
4) Muroqobah: Kita tidak nampak Allah, Allah Nampak kita
5) Jihad; Bulan biasa- Lawan syaitan & nafsu
Bulan Ramadan- Lawan nafsu
6) Istighfar banyak2
7) Niat puasa- lebih baik utk seluruh ramadhan
8) Sahur- berkat, bangun utk lawan nafsu & doa makbul.
9) Tahajud – Cara terbaik lawan nafsu
10) Sendawa berlebihan – nabi murka
11) Khatam quran bulan Ramadan – 2 helai selepas setiap waktu solat untuk habiskan 1 juz.
12) Doa mustajab- Ketika buka puasa. Selepas sahaja azan berkumandang( Allahhu akhbar), baca bismillah
sebelum minum air serta merta terus berdoa, selepas itu barulah kita melantak(baca doa makan dulu).
Insya Allah makbul dengan Izinnya.
13) Beribadah 10 hari terakhir- Untuk dapat malam lailatulqadar( lebih baik dari 1000 bulan)
Ketika ini malaikat turun untuk melihat hamba Allah yang beribadah
& memohon doa(insyallah makbul). Doa seperti lampiran
Zikir untuk 10 malam terakhir. Istighfar 70 kali,Salawat 70 kali
Subhanallah 70 kali, Alhamdullillah 70 kali, Lailahaillallah 70 kali
Allahhuakhbar 70 kali & Auzubillahhiminasya itonirajim 70 kali.
Berdoalah semoga qodhok & qadar kita bertukar dari yang buruk
Kepada yang baik.
14) Tanda tanda pada malam lailatul qodar:
a) Sunyi-tiada bunyi
b) Masih ada cahaya walaupun kita tutup semua lampu
c) Dengar suara malaikat berkata2-
d) Di waktu pagi- redup, sejuk biarpun ada cahaya matahari
15) Beramal 1 fardhu bulan ramadhan seperti melakukan 70 fardhu, 1 sunat=1 fardu, sesiapa bersedekah bulan ramadan Allah
balas dengan 700 kali ganda

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu