Jumaat lepas, jemput Mak Ngah di Tiram Travel, JB sbb dia baru balik dari umrah. Pergi ke Tiram Travel pukul 6.30 ptg, bas Mak Ngah dijangka sampai pukul 7.30 mlm. Bila sampai ke Tiram Travel, Kak siti, Abg Rosli, Abg Johar dah ada menunggu kat sana. Tak lama lepas tu masuk waktu maghrib, maka semua terus la menuju ke Masjid Wadi Hassan yang terletak dalam 500 meter dari Tiram Travel. Uda dan yang lain semua dah masuk ke masjid. Aku dan Mak Nok tunggu la kat warung luar. Aku "offday" jadi lepas tu Mak Nok g la solat maghrib selepas orang yg solat berjemaah keluar.
Sementara tunggu kat warung luar tu, aku order la air milo suam untuk Aisy. Susu dia tertinggal kat kereta la pulak. Aisy dah selak baju nak "nenen" tp dah di khalayak ramai tak kan aku nak selak baju. Malu lee...Jadinya order la air milo suam. Pastu aku sudu kan Aisy air milo tu. Bila Aiman datang dgn Tok Uda dia, aku tanya dia nak minum apa. Dia cakap nak air teh O ais. Aku mmg tak bagi dia minum ais. Yer la, ais kan boleh buat batuk. Tp Aiman nak juga teh o ais. Order jg la tp ais sikit jer. Bila air dia dah sampai, dia kata air teh o tak sedap jadi dia nak air milo ais pulak. Tambah2 lagi bila tengok Kak Siti minum milo ais, lagi la teringin nak minum milo tu. Order la jg air milo ais utk dia. Tp dia minum tak habis, sikit jer. Bakinya Uda bungkuskan.
 |
Walau sibuk sekalipun, Aiman & Aisy tetap jadi keutamaan. |
Balik malam jer mula la dia batuk2. Badan mula panas. Ubat demam dia mmg ada lg kat rumah. Jadinya aku beli la jer ubat batuk Aiman kat klinik Faizal. Bila dah batuk, badan pun mula la panas dan muntah. Sabtu & Ahad aku kena keje pulak tu, jaga bilik gerakan. Nak tak nak keje la juga. Semalam balik keje Mak Nok kata tak leh biarkan Aiman ni, kena hantar ke klinik jg. Tp kalau aku bawak dia ke klinik, doktor selalu cakap ubat tu belum jalan lagi. Sbb tu belum berkesan. Yer la, baru makan ubat sehari tak kan terus baik. Tp Mak Nok mcm tak sabar tengok Aiman terbatuk2. Haritu masa Aiman demam dan batuk2 pun Mak Nok suruh hantar ke hospital. Aku boleh jer hantar ke hospital, tp kalau dah masuk wad sapa pulak nak jaga Aisy waktu malam? Aisy nak kene peluk dan nak "nenen" bila nak tido malam. Siang dia tak kesah sbb dah biasa kena tinggalkan pergi kerja. Mak Nok mungkin tak terpikir semua tu. Selama ni pun aku yang berkorban segala2nya utk anak2 aku tak kira la waktu dia sihat atau sakit. Semua aku uruskan sendiri. Bila ayah Aiman sakit pun aku yg uruskan dia, termasuk la makan dan minum dia. Walaupun aku dok rumah Uda tp aku terpaksa balik rumah hantar makanan kat ayah Aiman. Semua tu aku korbankan utk keluarga aku walaupun aku letih dan penat.
Yer la, aku ni ibu dia, mesti la aku lg simpati dgn anak aku tu. Lagilah bila malam dia mengerang jer masa tido. Ibu mana yg tak simpati bila tengok anak dia sakit. Aku tepuk2 kan Aiman masa dia tido. Aisy pulak susah nak tido malam, asyik lasak jer kejenya. Bila abg dia tido, dia la yg kacau, mana tak menjerit Aiman tu. Aiman lak nak baring atas riba aku je. Aisy lak nak kena peluk jer...Dua2 nak dgn ibu dia ni...hai..anak..anak. Sbb Aisy tengah lasak, jadi aku tepuk kan Aiman dulu sampai dia tertidur. Lepas Aiman tidur barulah peluk Aisy pulak...sampailah Aisy tertidur dgn lenanya. Tengah malam Aiman asyik batuk2 jer. Aku bagi lah dia ubat batuk & demam. Nasib baik dia senang nak makan ubat. Lepas tu sambung tidur lagi. Harini, Isnin Aiman terpaksa cuti sekolah sbb tak sihat lagi. Aku macam biasa la, kalau Aiman tak sekolah, aku hantar mesej pada Cikgu Intan atau Cikgu Norli, bgtau yg Aiman tak dapat hadir ke sekolah sbb tak sihat. Semoga Aiman cepat sembuh dan dapat pergi sekolah macam biasa.
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net