Jumaat, 30 November 2012

Kenapa malas g kejer?

Aku ni suka g keje. Hari2 kalau boleh nak masuk opis wat keje. Tp aku pelik dgn sesetengah org tu yg malas nak dtg keje. Aku pun tak faham kenapa diaorg ni malas g keje. Padahal keje kat pejabat ni bkn susah mana. Dok kerusi empuk, ada air-cond, pejabat cantik, kawan2 pun baik2. Dulu masa aku susah semua keje aku buat. Dari keje kebun, ambik upah petik kopi kat kebun Cina Ah Kee, g tanam nanas kat kebun org, petik cili api, kutip buah nanas kat kebun yg penuh dgn duri, ambik upah baja pokok nanas, buat kuih karipap...semuanya la aku buat. Aku tak kesah pun yg penting dpt duit utk belanja ke sekolah. Yer la mak bapak pun bkn org senang, nak pakai baju baru pun susah. Baju selalu pakai lebihan org jer. Disebabkan terlalu susah, sampai nak beli seluar dlm pun tak mampu...iskh2.

Kalau cuti sekolah jer, mesti aku ambik upah keje kebun, tak pun buat kuih karipap...nak cari duit buat belanja ke sekolah. Lepas SPM je aku masuk Mitsumi Electronic Sdn Bhd Batu Pahat. Kalau org lain keje sekejap pas tu berenti, aku pulak tak akan berenti selagi takde keje baru. Sbb nak cari duit punya pasal. Duit keje kilang tu aku guna kan utk beli buku & bayar yuran STPM.

Lepas STPM pulak aku masuk KAMITECH Sdn Bhd. Keje kilang ni pulak asyik takde barang je, jadi kejap keje, kejap cuti mcm biskut Chips More tu..ada brg leh la keje, takder barang terpaksa dicutikan walaupun aku tak nak cuti. Kilang kecik je pastu Sub-con...mcm tu le jadinya. Tp keje tetap keje. Gaji masa tu cuma RM300 tp korbankan la juga tenaga ni sbb nak cari duit. Tak lama lepas tu aku dpt panggilan belajar, byk modal nak guna, yer la belajar di perantauan. Aku masuk USM tahun 2000...habis semua duit masa keje Kamitech aku gunakan utk masuk U.

Abis je belajar di USM, aku terus masuk Chang Huat Plastic Sdn Bhd di Tannjung Agas, Muar. Kilang cetak barang2 plastik. Ramai org tak tahan keje kilang ni, tau2 jer la kilang cetak barang plastik. bunyi mesin nya mcm nak pekak telinga..terutamanya bila mesin tu nak pecahkan plastik. Pas tu 3 ship pulak, seminggu siang 7.00 pg-3.00 ptg, seminggu pas tu ptg, kul 3.00 ptg - 11.00 mlm, pas tu ship mlm, 11.00 mlm - 7.00 pg..ni yg buat aku pening kepala, mana tak nya, waktu org tido aku keje, bila org lain celik aku tido...mmm tp aku pertahankan jg keje ni, yg penting ada income masuk setiap bln. Walaupun tak byk mana tp ada la duit utk belanja sendiri.

Bila keluar iklan utk buat Skim Latihan Graduan Mengganggur (SLG) aku pun terus apply..yer la sebulan dpt RM500.00 yg penting dtg ke kelas. Bukan susah mana. Nak tak nak jer la. Aku apa lg terus la mohon. Keje kilang 3 ship pun gaji setakat RM400.00 sebulan. Tu termasuk OT, ni masuk kelas & belajar, kerajaan bagi RM500.00 setiap bulan...kan senang tu. Abis je SLG terus praktikal di kedai komputer 2 bln, masa praktikal ni tak syok langsung, bkn belajar pasal komputer tp tenaga aku ni di perah utk menguntungkan taukeh kedai jer...kena gantikan staf dia yg cuti pas tu aku kena jaga kedai. Tu jer la keje aku. Yg paling tak syok nya, tauke kedai tu ajak aku kongsi business dgn dia pulak. Dia nak suruh aku bayar RM5 ribu utk bukak kedai Business card..kelakarnya la. Mcm la kitaorg ni bodoh sgt, padahal dia tu nak jual kedai runcitnya & nak beli kedai lain. Dia tak cukup duiot suruh pulak aku ni share business partner dgn dia. Apa la org Melayu ni, suka tipu kaum sendiri utk untung kan diri sendiri. Nasib baik aku tak terpengaruh.

Lepas abis praktikal aku keje di Pusat Komputer Hadi, Chaah, Segamat. Keje ni kawan SLG yg carikan..Noi..dia dah keje kat Yong Peng, aku pulak jaga di Chaah..Kedai komputer ni pun bkn besar mana, kecik jer...masa ni gaji yg aku dpt RM650 sebulan. Masa ni aku nekad dok rmh sewa sndiri, nak cari duit punya pasal, aku sanggup wat apa jer janji rezeki halal. Pas tu aku dok kawasan estet yg ramai org India, tau2 jer la Chaah ni mmg kawasan India. Jiran aku pun India. Keje kat kedai komputer ni dari kul 9 pg sampai kul 6 ptg. Tp kdg2 sampai mlm jg sbb ada org suruh taipkan keje dia. Tp yg paling tak suka bila ada customer yg marah2, yer la tak puas hati dgn segala2nya. Keje kat sini cuti sehari setengah jer, Selasa keje sampai kul 12 tgh hari pastu Rabu aku Cuti. Masa ni Siti Fatimah (Pengurus la jawatan dia) cuti bersalin. Aku la jaga kedai dia ni sorang2. Makan pun sampai tak ingat sbb terkejar sana sini. Mana nak ajar budak kelas komputer, pas tu layan kan customer yg tak puas hati & angkat telepon yg berdering2 jer...Masa dok sorang ni la aku kena ganggu, tp yg pastu aku tak bermimpi. Mula2 aku dok rmh sendiri takder per2 tp lama2 aku kena kacau benda ar...bila tido malam aku rasa ada benda sepak2 kaki aku. Bila aku celik kan mata takder pulak pe2...pastu besoknya selimut aku kena tarik2 la pulak. Ehhh....lain mcm jer rasanya. Aku bgtau la Lin, kakak aku tu, apa lg dia terus bgtau mak la...Tak pasal2 darah tinggi mak terus naik melambung2 sampai terus kena dok kat wad spital. Mak kata dia bimbang kan anak2 nya..Aku dgn dok rmh sewa sorang2, Adik lak tgh sakit kena gangguan misteri & Mor, kakak aku tu pulak tak nak kawin2... Mana mak  tak pening kepala pikir kan masalah anak2 nya ni.
Berbalik citer aku td, sebenarnya aku tak bgtau mak pun yg aku kena ganggu tp dah Lin bgtau mak...terus mak tak kasi aku keje jat Chaah lg. Mak suruh aku blik rmh dan cari keje yg dekat2 jer dgn rmh. Mmmm..mcm2 kilang aku pegi, nampak je kilang tampal jawatan 0 kat area BP ni mesti aku pegi. Tp dah bukan rezeki aku, dah isi byk borang pun takde yg sangkut. Lin, kakak aku ajak dok dgn dia kat Puchong.. Yer la selagi dok kg sampai bila2 pun tak kan dpt keje. Keje byk kat bandaraya. Aku pun ikut la dia berhijrah ke KL. Mula lah kehidupan aku sbg org KL. Pas tu aklu carik la keje sana sini.  Pergi Giant Puchong la nak mintak keje 0 tp takder jg. Pastu tanya keje kat Tadika Cahaya Intan, Puchong..keje jaga budak n guru tadika. Rezeki aku ada la kat sini. Masa aku minta ni cuti sekolah. Jadi budak2 takder la, tp aku dah kena masuk keje. wat persaiapan utk bukak sekolah awal tahun baru..20005. Aku pun buat la keje yg sepatutnya, seronok la jg jadi guru tadika ni., siap kemaskan kelas dgn macam2 gambar lg..semua nya aku lukis sendiri n warnakan. Nak tarik perhatian anak2 kecik supaya suka dgn sekolah. Sabtu & Ahad sebelum sekolah bukak, aku dok jaga kelas sbb katanya ada mak budak nak dtg utk bayar yuran sekolah. Aku la yg tunggu. Sampai tgh hari jg aku tunggu tp takder pun  ibu bapa yg dtg. mmm...sabar jer la. Bila masuk je 1 Januari 2005, mula la kelas...aku kena ngajar budak2 umur 4-5 tahun. 6 tahun kelas lain, baby di tempatkan kat rumah lain & 2-3 tahun rmh lain. Tauke tadikan ni, Kak Ros...dia sewa 4 buah rmh tepi utk business dia ni. Masa keje kat sini aku jadi guru tadika jer..tp bila ada pengasuh yg tak dtg keje aku la kena jaga baby.

Masa keje kat tadika ni, mcm2 ragam budak aku jumpa..yer la Puchong ni kat kawasan maju jadi anak2 kat sini pun anak org educated & berada..mak bapak diaorg keje jawatan besar..dtg sekolah speaking BI jer..aku lak speaking jawa..hahahah. Budak2 kecik ni lg teror ckp omputih drpd aku. Layan kan jer la. Kalau budak2 yg masuk tadika je, mereka akan balik sekolah kul 11.30 pg, yg sampai ptg pulak, aku kena la ajar solat mereka. Pas tu Kak Ros keje dia ambik budak sekolah dgn Kete UNSER dia..jadi budak2 tu terus parking kat kelas yg aku ajar td la.. Bila budak2 tu balik sekolah, aku la yg suapkan mereka makan, tukarkan baju diaorg & ajarkan diaorg menulis. Aku ajar diaorg menulis jawi dan doa2 yg pendek. Mak bapak diaorg ni akak tgok buku2 anak mereka. Jadi kalau tak puas hati jer diaorg terus mengadu pada Kak Ros, tu yg aku tak berapa nak berkenan. Keje kat sini, aku nak solat zohor pun susah. Dah lepas abis tadika, aku ajar budak2 solat tp aku nak solat pun kelam kabut. Kak Ros lak asyik terjerit2  wlaupun aku tgh solat. mmm....geramnya la.. Ada ke patut dia suruh aku solat sama dgn budak2 tu...Kalau aku solat sama dgn budak2 tu, mcm ner aku nak ajar diaorg bacaan dlm solat & nak tunjuk dia rukun2 solat. Ntah apa2 ntah la Kak Ros ni. Patut la ramai pekerja dia yg tak sanggup keje dgn dia, dia kuli kan betul2 rupanya staf dia. Tak pandai jaga hati staff nya la.

Sabtu, 24 November 2012

perasaan ku harini

Hujung minggu bg ku sama je mcm hari keje biasa..seawal jam 6 pg aku dah bgun tido, solat subuh & terus kemas meja dan dapur (cuci cawan & pinggan yg digunakan dan tak dibasuh lg) dan kemas rumah sikit. Lepas tu terus bersiap2 utk g psar tani, sebelum budak2 & bapak budak bgun....tu lah rutin ujung minggu ku. Walaupun jam baru kul 6.30 pg tp aku dah turun ke pasar..sbelum tu cucuk duit kejap di petronas & terus ke pasar. Smlm aku masak nasi lemak & sambal sotong, harini aku nak masak nasi ayam pulak....begitulah tugas ku seorg ibu & isteri....nak bagi makan kpd anak2. Sampai je ke pasar, aku terus tuju ke kedai sayur..nak beli salad, timun, halia, serai & lada merah. Pas tu aku beli ikan sikit. Harini aku beli ikan kembung je sbb bajet tak berapa nak byk..yer la gaji bln dpan lama lg tp duit dah nak abis...bkn aku berkira tp aku ni pantang ada duit lebih..mesti nak beli mcm2. Jadi harini beli apa yg patut je. Lepas tu aku beli ayam sekor dan cari perencah sup Knorr. Sarapan tak yah beli lah sbb kat rmh dh ada roti canai segera & keledek manis.

Sampai jer rumah Aiman & ayh dia masih lena tido... Aisy lak dh celik matanya, terkebil2 dia atas katil, nasib baik tak jatuh...aku terus ambik Aisy....lepas tu aku tukar lampin & mandikan dia. Bagi dia susu & duduk kan dia dlm walker..yg penting dia tak nangis..leh la aku buat keje2 kat dapur pulak. Aku masukkan kain kotor dlm washing mechine & basuh baju..tau je la air kat rmh ni slow sgt2..jadi kena la tadah dulu air sblm basuh baju. Pas tu aku siang ikan & ayam..bersihkan semua. Harini aku nak masak nasi ayam jer..ayam aku dah rebus dgn halia & bwg putih atas dapur, beras dah basuh dlm periuk nasi. Aisy lak melalak je...aku masukkan la Aisy dlm buai biar dia tido...senang sikit nak wat keje nanti..tp dia tak nak tido pun..dlm buai asyik jerit2 jer..bila ayh nya dgar marah la dia sbb ayh nya nak tidoooo jer. "Aisy ayah rotan kan, baru tau"...sedih aku dengar..bkn nak tolong jagakan anak tp makin nak rotan budak tu..aku tak jadi nak tido kan Aisy, aku ajak dia tgok TV..yer la hati ibu mana yg tak sedih bila aku dah buat segala2 nya tp dia tau nak marah jer...kecik hati aku ni.

Aku biar kan dia tgok TV dgn Aiman..lepas mandikan Aiman aku buat kan dia sarapan (roti canai), pas tu aku sambung masak semula..sampai tgh hari jg la aku masak....aku biasalah dah masak tp aku takde selera nak makan, aku cuma hirup kuah sup ayam je. Ayah tgok TV dgn budak2 aku abiskan roti canai atas meja yg tinggal sekeping. " Hai ibu, tak ajak pun"  kata ayh...aku diam jer tak balas pe2, sbb aku cuma mkn roti canai pagi td...sayang pulak kalau buang, membazir nanti. Kul 1 tgh hari ayh nak mkan, aku pun siapkan nasi, lauk semua dah ada atas meja. "Ibu ambikkan sudu" Baru je aku ambik sudu, ayh dah tuang je kuah kicap tanpa guna sudu... Aku tanya ayh..sedap tak makan. Dia kata biasa2 jer. Kecik hati aku ni...mmg la aku tak pandai sgt masak tp aku dah berhempas pulas belanja, masak, siapkan semua..leh pulak dia ckp mcm tu. Aku jadi marah, kecik hati aku ni..aku bkn mintak dipuji tp cukup la ckp terima kasih kat aku ni..apa lagi yg aku harus korbankan utk sebuah kebahagiaan..atau aku yg terkorban. Aku jg punya perasaan..

Aku tak pernah minta apa2..semua aku usaha sendiri, mungkin sedari kecil aku hidup susah, sbb tu aku tak kesah kalau aku tak punya apa2..tp tolonglah wahai suamiku, kasihanilah aku, aku kagum dgn mak mertua ku..dia boleh hidup berdikari kesana sini sendiri. Mungkin aku jg akan jadi mcm tu jg.

Selalu aku berdoa, supaya Allah swt lembutkan hati dia dan anak2 aku, jadi org yg solleh..itu jer yg aku mampu.

Khamis, 22 November 2012

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake: Hello peeps... Walaupun ayah aku selalu gelakkan aku sebab tak masuk dapur and confused between garlic and ginger ( sebab tak kenal rup...

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese: assalamualaikum wbt... entry seterus nya ibu nk kongsi resepi biskut lapis cheese..sedap tau biskut ni..masa hari raya baru ni,ibu buat...

"Sentuhan RasaKasihMama": BISKUT LAPIS CHEESE ... "Lemak BerKrim".....

"Sentuhan RasaKasihMama": BISKUT LAPIS CHEESE ... "Lemak BerKrim".....: Assalamulaikum dan salam sejehtera Aida ucapkan kepada semua kekawan dan pengunjung setia SRKM semua..Alhamdulillah hari ini  aida  cuba ...

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake

Namee Roslan: Recipe : Cheesecake: Hello peeps... Walaupun ayah aku selalu gelakkan aku sebab tak masuk dapur and confused between garlic and ginger ( sebab tak kenal rup...

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese

Resepi Ibu: Biskut Lapis Cheese: assalamualaikum wbt... entry seterus nya ibu nk kongsi resepi biskut lapis cheese..sedap tau biskut ni..masa hari raya baru ni,ibu buat...

HaNa's FamiLy: Biskut Merie Lapis Cheese

HaNa's FamiLy: Biskut Merie Lapis Cheese: Assalamualaikum... bersua kembali..... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna en.somi sudah kembali kepangkuan keluarga dari Bandung m...

Jumaat, 16 November 2012

Yati's Blog: Bila ketua keluarga tidak solat

Yati's Blog: Bila ketua keluarga tidak solat: Assalamualaikum.... Cerita: Ada satu keluarga, terdiri dari ibu, bapa, dan 5 orang anak lelaki dan perempuan. Anak yang paling sulong dala...

Rabu, 7 November 2012

seri: KHASIAT LOBAK MERAH

seri: KHASIAT LOBAK MERAH: Lobak  mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu, lobak mengandungi beta ...

Tahukah Anda?: Mengatasi Buncit Perut

Tahukah Anda?: Mengatasi Buncit Perut: Bersarapan Dengan Yogurt Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Den...

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih: Lobak merah  merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikela...

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih

Tahukah Anda?: Khasiat Lobak Merah & Putih: Lobak merah  merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikela...

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/a/ad/YosriLobakMerah.jpg/260px-YosriLobakMerah.jpg

Selasa, 6 November 2012

Harga Bagi Sebuah Kasih & Sayang

Agak2 berapa lah harga bagi sebuah perasaan yg dinamakan KaSiH & SaYaNG.....20 sen, 5 sen, RM1.00 atau RM100.00. Tapi bagi diriku, harga kasih sayang tu tak boleh dinilai dgn wang ringgit..ia terlalu mahal dan tak boleh dibeli di mana2 kedai sekalipun. Sbb tu aku tak sanggup utk sedekahkan kasih dan sayang aku pada org yg bukan haknya...samada org di tepi jalan, di laman sosial atau di mana2 tempat sekalipun. Aku sgt Syg dgn sebuah perasaan yang dinamakan KASIH SAYANG. Tapi aku musykil, ada jg manusia yg sanggup beri rasa kasih dan sayang pada sesiapa saja yg dia sendiri tak tahu asal usul org itu. Niat aku bkn nak menghina sesama manusia, tp cuma pelik dgn tindakan sesetengah org yg dgn mudah boleh memberi dan menyerahkan kasih sayang kpd sesiapa sja tak kira pempuan atau lelaki. Dalam diri ku, kasih dan sayang ku amat tinggi nilainya, sbb tu aku tak boleh sedekahkannya kepada sesiapa saja..
Bukankah lebih baik kasih dan sayang kita tu kita berikan pada yg hak nya.. ..pada Allah swt, pada Nabi Muhammad s.a.w, pada kedua ibu bapa kita, anak2 kita, suami/ isteri kita dan pada negara yg tercinta ini. Aku jadi pelik bila ada org baru jer kenal di laman sosial sudah mula panggil sayang, ayang, dsb... Murah sgt ke harga sebuah kasih dan sayang tu?

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu