Disebabkan teruja dengan resepi-resepi kat blog, maka aku pun cubalah kek lumut yang banyak kat blog sekarang ni. Cuma kek ni manis sangat rasanya sebab bahannya susu pekat, kaya, gula dan horlicks.
Sumber resepi dari blog ini : http://dayangjack.blogspot.com/2009/10/kek-lumut.html
 |
Ni lah hasil kek lumut saya, sedap tapi manis sangat rasanya. |
Kek Lumut
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan :
loyang 7 " x 7 "
- 1 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 cawan horlicks
- 3/4 cawan gula halus
- 250 g mentega
- 4 biji telur A
- pewarna hijau secukupnya
- 4 sudu besar seri kaya
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
- Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang
dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
- Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
- Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati
(guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul
lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
- Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit
diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
- Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla.
Sebatikan.
- Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan
dgn kertas foil.
- Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika
hampir kering)
 |
Aiman dah bersiap sedia untuk ke sekolah |
Harini Ahad - 5 Januari 2014 merupakan hari pertama persekolahan buat Muhammad Amirul Aimanshah. Malam tadi pukul 9.00 malam ibu suruh Aiman tidur awal supaya senang untuk bangun pagi. Alhamdulillah, pagi tadi pukul 6.00 pagi Aiman dah bangun. Lepas mandi Aiman pakai baju dan solat subuh. Lepas tu minum milo yang ibu sediakan.
Pukul 7.00 pagi ibu dah hantar Aiman ke sekolah...semangat punya pasal, awal pagi dah sampai ke sekolah. Tapi malangnya sekolah belum buka lagi. Ibu dan Aiman tunggu sampai pukul 7.30 pagi, tapi tak juga dibuka pintu sekolah. Dah lambat sangat, ibu pergi ke pejabat dulu untuk punch card....kang tak pasal-pasal ibu pulak lambat datang kerja sebab tunggu cikgu sekolah yang tak muncul-muncul. Lepas punch card, pusing balik ke sekolah hantar Aiman semula, barulah sekolah dibuka dan dah ramai budak sekolah yang sampai.
Selepas Aiman bersalam dengan ibu, ibu tengok dan perhatikan Aiman dari tepi jalan. Disebabkan ni tahun ke-2 Aiman ke sekolah, jadi ibu tak la bimbang sangat sebab Aiman dah tahu selok belok kat sekolah tu. Budak lain semua baru, jadi ramailah yang masih bimbang-bimbang dan takut...ada yang tak nak masuk kelas. Ibu siap pesan dengan Aiman, jangan nakal-nakal, jangan suka kacau kawan atau buli kawan. "Ibu, Aiman mana suka buli kawan, Kawan jer yang suka kacau Aiman"....Yer la Aiman....
 |
Pisss...daripada Aiman |
Semoga anak ibu jadi orang yang cerdik, bijak, alim dan beramal, berjaya di dunia dan akhirat....aminnn.
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net