Abg Aiman dapat kelas 1 Bestari
11 Januari 2015 (Ahad) merupakan sesi persekolahan yang baru bagi tahun 2015. Ibu sangat teruja sebab dah nak hantar Abg Aiman ke sekolah sebenar. Sebelum ni Abg Aiman memang dah bersekolah, tapi sekolah tadika. Sekarang Abg Aiman dah masuk ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama pula. Bukan Abg Aiman sahaja yang teruja untuk ke sekolah, ibu pulak yang terlebih-lebih teruja. Abg Aiman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda dan Sekolah Agama Bandar Baru Uda.
![]() |
Hari pertama melangkah ke alam persekolahan |
Anak ibu ni memang seorang yang hebat dan kuat. Pagi-pagi, selepas ibu siap bersolat, ibu akan kejutkan Abg Aiman suruh dia mandi. Seawal jam 6.00 pagi, Abg Aiman akan bangun dan mandi pagi, bersiap pakai baju sekolah dan terus solat. Kemaskan diri, pakai kasut sekolah dan terus tunggu ibu untuk siapkan adik Aisy pulak.
![]() |
Perhimpunan Pertama buat Abg Aiman |
Hari pertama ke sekolah ibu hantar Abg Aiman ke sekolah sampailah Abg Aiman masuk ke kelas. Nilah kali pertama Abg Aiman berhimpun di tapak perhimpunan dan mendengar amanat guru. Kemudian baca ikrar, menyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah. Ibu perhatikan anak ibu sampailah Abg Aiman masuk ke kelas. Guru Besar tak benarkan ibu bapa ikut anak-anak ke kelas masing-masing sebab nanti anak-anak makin manja dan susah nak ditinggalkan.
![]() |
Abg Aiman beratur mengikut kelas |
Pukul 12.50 tengah hari, Abg Aiman dah habis kelas. Abg Aiman akan ke Taska As Sofea untuk bersiap-siap ke sekolah agama pula. Hari pertama ibu ada di Taska, untuk pastikan anak ibu dapat bersiap dengan sempurna. Ibu bantu Abg Aiman bersiap. Dah bersiap, Abg Aiman makan dan solat zuhur, kemudian tunggu bas sekolah untuk ke Sekolah Agama pula.
![]() |
Perhimpunan pertama |
![]() |
Naik Bas Sekolah Ke Sekolah Agama |
Pukul 1.50 petang Abg Aiman naik bas sekolah untuk ke Sekolah Agama sebab Kelas bermula jam 2.00 petang hingga 3.30 petang. Nilah kali pertama Abg Aiman naik bas sekolah. Risau juga ibu ni sebab Abg Aiman tak pernah naik van sekolah beramai-ramai. Hari pertama ibu uruskan Abg Aiman untuk ke Sekolah Agama. Ibu ikut ke sekolah agama dengan kereta.
![]() |
Perhimpunan Pertama di Sekolah Agama |
Sampai ke Sekolah Agama ada perhimpunan untuk murid tahun 1. Kemudian murid tahun 1 perlu menjalani sesi orientasi selama 3 hari di Dewan Sekolah Agama. Sebelum jam 3.15 petang, ibu dah tunggu di hadapan sekolah agama untuk pastikan anak ibu selamat. Hari pertama ke Sekolah Agama, Abg Aiman keliru dan tercari-cari bas sekolah dia sebab banyak sangat bas sekolah. Semua warna kuning, mana la dia nak ingat. Jadi ibu ajar dia tengok muka pakcik driver van tu. Lepas tu ada kawan sama Taska pun naik van yang sama, jadi Abg Aiman adalah kawan untuk balik ke Taska.
![]() |
Dah dapat kawan baru |
Hari pertama ibu uruskan Abg Aiman dari pagi sampai lah ke petang walaupun Abg Aiman duduk di Taska. Ibu nak pastikan semua berjalan dengan lancar dan anak ibu selamat pergi dan balik sekolah. Pukul 5.00 petang barulah ibu jemput Abg Aiman untuk balik ke rumah. Seronok juga dia duduk di Taska sebab dapat ramai kawan baru dan boleh bermain-main dengan kawan-kawan di situ.
![]() |
Ibu & Ayah Mengintai dari Cermin Kereta..Semoga Selamat |
Hari kedua ke sekolah, ayah masih bercuti lagi untuk perhatikan Abg Aiman dari jauh. Nak pastikan Abg Aiman selamat pergi dan balik dari sekolah. Ibu dah bekerja tapi tengah hari ibu keluar untuk pastikan Abg Aiman dapat uruskan diri sendiri di Taska dan dapat ke sekolah agama dengan sempurna. Tapi ibu dan ayah perhatikan dari dalam kereta jer. Bila ibu tengok dari jauh, Abg Aiman balik ke Taska dan uruskan diri sendiri untuk ke sekolah agama, lega hati ibu. Petang ayah perhatikan juga Abg Aiman dari jauh untuk pastikan dia tak keliru dengan bas sekolahnya. Alhamdulillah, Abg Aiman dah dapat kenal dengan bas sekolahnya. Lega hati ibu sebab Abg Aiman dapat faham jadual barunya sekarang. Lepas pukul 5.00 petang, barulah ibu jemput Abg Aiman di Taska dan pergi jemput adik Aisy pulak. Semoga anak ibu menjadi seorang yang bijak, cerdik, rajin belajar, berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi seorang anak yang solleh. Ibu dan ayah doakan abg berjaya dan menjadi anak yang berguna...aminn.