Isnin, 27 April 2015

Program Permuafakatan Literasi & Numerasi SKKU

Sempat snap gambar di kelas jer masa mesyuarat perlantikan  AJK kelas, yang lain tak sempat nak snap. 


Program Permuafakatan Literasi dan Numerasi SKKU, JB telah diadakan pada Sabtu, 25 April 2015 jam 7.45 pagi - 10.00 pagi. Hari ni semua ibu bapa kena pergi ke sekolah sebab nak lihat keputusan Ujian Sariangan Literasi dan Numerasi anak masing-masing. Mula-mula bacaan doa oleh Ustaz, lepas  tu ucapan oleh  Naib YDP PIBG SKKU,BBU, JB. Lepas tu giliran Guru Besar beri ucapan. Panjang lebar ucapan Guru Besar sebab dia baru bertukar ke situ menggantikan guru besar lama yang telah bersara iaitu Puan  Hajah Norsihah binti Haji Darwish. Guru Besar baru ini ialah En. Sariat bin Mokmin..nama ala-ala jawa jer ni, macam sekapal jer la dengan saya ni. Asal dari Segamat  tapi dah lama duduk di JB sebab mengajar di sini. Banyak juga pengalaman dia mengajar dan dah macam-macam sekolah dia masuk. Dari sekolah bandar sampai lah sekolah di ulu bandar..kira kawasan pedalaman. Nama pun guru, kena lah ikut arahan kan. 


Guru Besar baru ini kata sebelum ni dia pernah mengajar di kawasan pedalaman yang susah nak sampai ke sekolah tu. Kena naik sampan untuk sampai ke sekolah Tapi sebab semua rajin berusaha maka sekolah tersebut menjadi sekolah yang berjaya dan cemerlang akhirnya. Kini, sekolah tu dapat peruntukan daripada Kementerian Pelajaran untuk mengecat dan memperindahkan lagi sekolah tersebut. Wah...panjang lebarnya saya tulis apa yang guru besar tu cakap. Padahal nak citer pasal Literasi dan Numerasi tapi boleh tulis pasal cerita guru besar pulak. 


Saya macam biasa, suka datang sekolah awal-awal..tak suka datang lambat sebab susah nak cari parking nanti. Sebab datang awal, senang la nak parking kereta tu. Anak-anak duduk di rumeh jer dengan ayah dia. Lagipun masa tinggalkan tadi semua masih tidur tak sedar diri. Bukan main sedap diaorang tidur....mentang-mentang hujung minggu tidur sampai pengsan nampaknya. Bila sampai ke sekolah terus daftar dan masuk dewan. Masa daftar tu sekali dengan Ungu Razi - kawan sekelas Aiman yang duduk di Blok B. Dia datang dengan mak dia. Walaupun mak dia ni orang Indonesia tapi tak nampak pun keindonannya. Cantik manis jer orangnya, putih gebu kulitnya. Cakap pun macam orang sini jer. Yer lah dah kahwin dengan orang sini, kerja pun kat sini dan duduk pun di sini, mana lah tak hilang semua keIndonannya. 



Sambung lagi citer pasal Literasi dan Numerasi...dah terlajak citer pasal lain la pulak. Seorang cikgu tu bentangkanlah keputusan Ujian Sariangan Literasi dan Numerasi. Mula-mula tengok darjah 1 punya, graf ikut kelas. Ada juga yang tak lulus dan tidak mencapai tahap..risau la juga saya ni,  apa lah keputusan ujian untuk Aiman ni. Lepas tu cikgu bentangkan keputusan ujian untuk darjah 2 dan 3 pulak. Selepas bentangkan keputusan ujian, ibu bapa kena berikrar untuk sama-sama majukan pelajaran anak-anak. 


Lepas tu naik ke kelas pulak untuk Bayar duit sumbangan PIBG dan lihat keputusan ujian anak. Nasib baik keputusan Aiman tak mengecewakan, cuma ada dua jer yang cikgu tanda pangkah X, maknanya masih gagal lagi, yang lain semua ok. Sebelum bayar duit PIBG dan lihat keputusan ujian, ada mesyuarat pulak di kelas untuk melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK setiap kelas yang terdiri daripada ibu-bapa. Jadi selepas tu semua AJK boleh bermesyuarat untuk majukan pelajaran anak-anak dan mencantikkan kelas anak-anak. Dalam mesyuarat tu telah diputuskan sumbangan untuk keceriaan kelas ialah RM20 setahun. Sebelum tu, setiap anak murid kena bawa kertas A4 setiap orang 1RIM ....baru sekolah darjah 1 pun dah macam-macam bayaran dan benda yang cikgu suruh bawa. Ni sekolah penuh kerajaan, kalau swasta berapa banyak la nak kena bayar. Anak yang sekolah baru seorang tapi dah macam-macam nak kena bayar. macam ner lah agaknya kalau anak yang sekolah tu 10-14 orang macam mak saya dulu. Sebab tu sekarang ni ramai orang tak tambah anak sebab banyak sangat nak kena bayar dan jelaskan. 

Bank oh..Bank ...Napalah Suka Sangat Ajak Orang Berhutang

Rasanya sejak dua menjak ni, asyik dapat call daripada bank jer la...Kejap kan Bank Rakyat, lepas tu Am Bank lepas tu Aeon Credit. Mak aiii....padahal takde apa-apa hubungan pun dengan mika ni. Saya punya gaji dalam tiger bank, simpanan dalam Tabung Haji dan ASB. Cuma buat hutang kereta jer dalam Bank Rakyat. Tapi kan potong gaji. Apasal lah setiap hari bank ni asyik call jer. Naik rimas mak nak bila tengok tepon call dari bank. Malas mak nak angkat.

Disebabkan dah hampir setiap  hari bank sana call, bank sini call, hari ni tergerak hati nak angkat dan jawab. Selalu malas layan. Biarlah dia bertalu-talu seberapa lama pun, malas nak angkat. mujur tepon sekarang ni canggih leh kenal nombor tu sapa punya. Bila bunyi tepon jer kita dah dapat tau nombor sedara mara or kawan-kawan atau nombor berdaftar. 


"Hello" "Hello, boleh cakap dengan Puan Ham...., "Yer, saya, ada apa? 
" Ok puan, boleh tak saya bercakap sebentar, saya dari Bahagian Pengurusan Kredit Bank Rakyat". "Ok, saya banyak kerja la, jadi saya takde masa nak layan" ...terus letak tepon...hahaha...


Saya ni bukan orang kaya mana pun, hidup sekadar cukup makan dan pakai tapi takde lah sampai merempat sana sini. Jadinya tak payah lah nak  rajin-rajin buat hutang atau buat kad kredit atau buat insuran yang entah apa-apa. Gaji yang ada ni dah cukup-cukup untuk anak beranak hidup. Jadi saya tak nak bebankan hidup yang sebenarnya serba mencabar ni dengan hutang lagi. 

Sebelum ni pun, saya pernah masuk insurans, walaupun tak banyak mana potongannya, tapi saya rasa terbeban. Bila tanya kawan-kawan yang nak buat claim insurans tu, bukan main susah lagi. Dah tu hasilnya tak berapa nak lumayan. Sebab tu saya terus stopkan dan masukkan duit insurans tu dalam simpanan Tabung Haji anak-anak. Lagi besar faedahnya. Sekurang-kurangnya kalau terdesak nak guna, ada lah juga simpanan sebab dah tau kan, kita ni bukan orang berada yang boleh hasilkan duit sekelip mata. 

Kepada bank-bank tu, tak payahlah nak pujuk orang yang tak berapa kaya macam saya ni untuk buat pinjaman, atau buat kad kredit atau buat insurans. Saya tak berminat. Carilah  orang lain yang lebih kaya untuk buat hutang dengan anda. Janganlah susahkan golongan marhain macam saya ni. 

Selasa, 21 April 2015

Hari Ini Dalam Sejarah

Semalam bangun pagi pukul 4.50 pagi, biasalah nak buat persiapan utk Aiman pergi ke sekolah, siapkan bekal untuk pergi tempat kerja dan bekal untuk Aisy pergi taska. Bangun pagi tu dah mula dengar bungi lori dan bas lalu di hadapan rumah ni, berderu-deru bunyinya. Motosikal pun banyak lalu di jalan hadapan rumah. Tengok kat jalan highway tu rasa macam tak gerak kereta dan lori. Tapi sebab awal pagi lagi dan gelap lagi, maka tak jelas la jalan tu cuma dapat lihat kenderaan diam di situ, tak gerak langsung. Bila hari dah semakin siang, semakin banyak pulak kenderaan lalu di jalan hadapan rumah ni dan aku ni pun tak tahu langsung apa sebab dan puncanya.


Pukul 9.00 pagi masih tak dapat keluar dari BBU 

Pukul 6.40 pagi hantar Aisy ke rumah Mak Ony macam biasa. Sembang sekejap dengan Mak Ony, tanya juga dia napa jalan macam sesak je hari ni. Mak Ony kata mungkin ada kemalangan sebab tengok semua motosikal lalu di jalan depan rumah ni. Aku pun macam biasa, turun rumah hantar Aiman ke sekolah, jalan dah mula slow tapi masih boleh gerak lagi. Lepas hantar Aiman ke Taska dan Sekolah, tengok kenderaan keluar ke Jalan Skudai macam laju jer, walaupun dah tahu sejak awal pagi tadi semua jalan ke Skudai dah mula masuk ke BBU.  Rupa-rupanya polis dah tutup jalan untuk keluar ke Skudai sebab ada kemalangan, treler terbalik dan langgar papan tanda jalan. Papan tanda jalan pun tumbang habis memenuhi jalan raya. 

Naik motor jer boleh lepas


Disebabkan jalan tutup, terpaksalah pusing di belakang petronas, BBU...kat sini semua  kenderaan yang nak keluar ke jalan Skudai dah mula masuk ke jalan belakang ni. Apalagi jalan terus slow dan stop bila terlalu banyak kenderaan masuk di sini. Mana tak penuh jalan, bila semua kenderaan yang keluar nak pergi kerja ke bandaraya tak dapat keluar macam biasa, memang jem yang teramat sangat la jawabnya. Keluar rumah jam 6.50 pagi tapi sampai jam 8.40 pagi masih ada di BBU lagi, memang tak gerak langsung. Mesti ramai yang stress semalam sebab tak sempat punch card awal disebabkan kesesakan yang melanda. Sampai jam 9.50 pagi masih juga tak gerak. Tetiba nampak kereta Mak Nok kat tepi jalan, telepon dia...dia cakap dia pun tak leh pergi kerja sebab dah lambat sangat. Dia ajak datang ke rumah. Sebab dah terlalu lama kereta tak gerak tapi enjin dan aircond hidup, rasa membazir pulak sebab bakar minyak tapi kereta tak jalan. Nasib baik tak berasap. Lama tu dari jam 6.50 pagi di BBU sampai jam 9.50 pagi masih di situ...3 jam juga bakar petrol. 

Ni la punca kesesakan lalu lintas

Akhirnya aku masuk ke flat Barli, cari parking dan terus ke rumah makcik. Dia yang tak dapat pergi kerja terus beli sarapan laksa Johor, aku bawa bekal nasi goreng, kitaorang terus sarapan sama-sama. Tengok jam dah pukul 10.30 pagi,  jalan dah lengang sikit, aku pun cuba keluar semula untuk pergi kerja, rupa-rupanya sampai trafic light depan rumah ni, jalan masih sesak sebab semua kenderaan dari jalan skudai masuk ke BBU, JB. Redah la juga jem tu sampai ke pejabat.... Akhirnya sampai ke pejabat pukul 11.00 tengah hari. Memang hari ini dalam sejarah la bila pergi ke pejabat yang hanya 15 minit tu jadi berjam-jam lamanya. Tapi disebabkan ni bukan salah aku dan semua orang tahu yang jalan sesak sebab ada kemalangan, maka kira halal la...nak buat macam ner...dah kemalangan. Malang kan tak berbau. Nak cuti macam sayang jer cuti tu, dah lah bersiap awal pagi, lepas tu tak kerja...ruginya la haiii...

Ahad, 5 April 2015

Selamat Hari Lahir Aisy

Kek Coklat untuk Aisy


Sebenarnya hari lahir Aisy dah lepas lama dah pun...dah lebih sebulan. Tapi tak sempat nak belikan kek untuk Aisy, semalam la baru sempat membeli kek untuk birthday boy ibu ni....3 Mac 2012 adalah tarikh lahir Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Sekarang Aisy dah berumur 3 tahun, dah semakin bijak dan semakin petah bercakap.


Dapat juga Aisy potong kek yg beralaskan periuk 

Bila sampai je rumah bagitahu dia, ibu belikan kek untuk hari lahir Aisy, tak sabar Aisy nak potong kek tu. Tak sempat ibu nak mandi dulu, dia dah sibuk nak potong kek. Disebabkan tak sempat nak kemaskan meja dan nak susun kek tu, letakkan jer la kek tu atas periuk nasi ibu...sebab masa ni tengah pegang periuk  nak masak nasi...asal boleh je la..

Akhirnya Abg Aiman tolong potongkan kek 
 Tapi sebab Aisy potong tak betol, Abg Aiman la yang sambung potong kek dia. Bersemangatlah Abg Aiman potong kek tu..

Bersemangat Abg Aiman tolong potong kek

Mengadap kek sendiri
Dah potong kek, Aisy makan kek sorang-sorang kat depan tv sebab ibu sibuk masak di dapur. Mula-mula dia makan la juga, tapi lepas tu dia buat main jer....hmmmm


Rabu, 1 April 2015

Sapa Harus Dipersalahkan ????

Sapa harus dipersalahkan bila benda gini berlaku??? Ibu Bapa, Kawan-Kawan Kelas, Pengasuh, Pusat Taska atau media sosial....sedih sangat-sangat dengan apa yang dah berlaku. Mmg tak sanggup nak cerita tapi sebagai ibu bapa, kena ambik tahu juga. Jangan biarkan anak-anak leka dengan kecanggihan gajet yang ada. Semua hanya di hujung kuku...bukan hujung jari dah...

Ceritanya begini, dua minggu lepas, dah lama la juga, dah setengah bulan, kalau makanan pun dah basi, tapi baru berkesempatan menulis di sini, aku jemput Aiman macam biasa di Taska. Sampai jer pintu pagar, Aiman berlari mendapatkan aku dengan mendukung beg sekolahnya. Pengasuh tolong bawakan beg sekolah agama dia menuju ke pintu pagar. Aiman memulakan cerita "Ibu tadi kan, FXYZ....(lupa nama budak tu) masa mandi, dia hisap KXXX...Aqeef".... Kitaorang mandi ramai-ramai dalam bilik air. Berderau darah aku bila Aiman yang baru darjah 1 bercerita macam tu. "Dia buat dengan Aqeef jer ke?" tanya ku...Ha ah...Ya Allah, nasib baik bukan Aiman yang kena. Apa masalah budak ni sebenarnya sampai boleh buat benda yang tak elok pada kawan-kawannya. 

Pengasuh taska kata, FXYZ tu kecik jer orangnya, anak orang berada. Mak bapak belikan ipad, jadi dia salah gunakan ipad untuk tengok video yang bukan-bukan. Ya Allah, kenapa jadi begini. Sebelum ni, aku selalu baca kisah macam ni dalam blogg jer, rupa-rupanya ia betul-betul berlaku di hadapan anak aku. "Habis tu, Abg Aiman bagitahu cikgu tak??" ..."Dah, Abg Aiman dah bagitahu ustazah, bagitahu teacher Mar dan cikgu lain"... Habis tu apa cikgu cakap? "Cikgu panggil FXYZ dan tanya dia kenapa buat pada kawan macam tu"...

Setelah hampir 3 minggu kejadian itu berlaku, aku baru berkesempatan jumpa dengan papa Aqeef. Aku pun mulakan cerita apa yang telah berlaku pada Aqeef sebab papa Aqeef tu satu jabatan dengan aku. Tapi disebabkan dia banyak  tugasan luar, barulah ni bersua muka. Ku fikirkan, ingatkan lah papa Aqeef tu tahu apa yang dah berlaku pada anaknya, rupa-rupanya dia pun tak  tahu. Aqeef pun tak nak bercerita dengan papa dan mamanya. Taska pulak selagi boleh nak sorokkan cerita sbb tak mahu ibu bapa salahkan taska. 

Disebabkan papa Aqeef baru tahu apa yang berlaku, maka dia pun buat aduan di taska...beritahu pada pengetua taska supaya dapat pastikan kejadian sama tak berulang kembali. Pengetua & cikgu taska pelik, macam mana ibu bapa Aqeef boleh tahu, padahal dia tak bagitahu pun. Dengan selamba mama Aqeef cakap, yang beritahu akulah, ibu Aiman. Apalagi, lepas tu pengetua tu cakap dgn Aiman, kalau ada apa-apa yang berlaku di taska, jangan beritahu pada ibu bapa lagi, nanti maluuuu... Selepas Aiman kena tegur macam tu, balik lepas ambik dia jer, dalam kereta lagi dia dah cakap, "Ibu, cikgu cakap, kalau jadi apa-apa kat taska, jangan beritahu ibu bapa, nanti malu"...."Eh....mana boleh tak bagitahu ibu bapa, semua ibu bapa kena ambik tahu hal anak-anak, bukan masalah malu, tapi biar jadi pengajaran dan jangan buat benda yang tak elok lagi".

Pada pandangan aku lah, Taska kena beritahu hal sebenar yang berlaku pada ibu bapa FXYZ yang dah buat perkara tak senonoh pada kawan dia, supaya ibu bapa dia boleh tegur, bukan nak sorokkan cerita, kalau disorokkan dan tidak ditegur, makin ligatlah FXYZ buat benda tak elok. Padahal umur baru 7 tahun tu....Lepas tu bagitahu perkara sebenar kepada ibu bapa Aqeef yang dah kena buat oleh kawan dia. Bila ibu bapa Aqeef tahu daripada org lain, kan dah tak sedap jadinya. Lepas di soal siasat mana, FXYZ tahu buat perkara tak senonoh macam tu, rupa-rupanya dia tengok hanset ibu bapanya, yang ada video 18SX...maknanya ibu bapa FXYZ lah yang suka tengok cerita tak senonoh sampai anak-anak ikut apa yang ada dalam video tu. Mak bapak ni pun satu, napalah buka benda yang bukan-bukan di hanset, kan ada anak yang sedang membesar, tak takut ker anak tu but benda yang sama?????

Ya Allah, lindungilah anak-anak aku daripada perkara-perkara yang keji dan maksiat, jadikanlah anak-anak aku orang yang solleh dan beriman, jadikanlah anakku orang yang sentiasa buat amal kebajikan, sesungguhnya aku hanya berharap padaMU Ya Allah.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu