Rabu, 31 Oktober 2012

Musim Tukar Kereta

Sorang demi sorang aku tengok kat opis ni tukar kete baru, wah...makin hebat semuanya..dan hampir semuanya ambik kete import. Mula2 Pengarah - Honda City, Faizal Aman - Alza, Shahda - Toyota Vios, Tan Tin Tun - Honda Civic, Rahman IT - VW dan yg harini aku tgok En. Iqbal - Honda Freed.... rezeki mereka kan..alhamdulillah..yer la, anak makin besar, keluarga makin bertambah jadi mmg patut tambah besar kereta tu. Aku lak, nak beli kete second hand pun tak berapa nak mampu..bila PK Aiman nak sekolah lg, hutang kete yg ada pun belum abis lg...jadi pakai jer la apa yg ada..lg pun kete ni aku tak berapa nak excited sgt, yg aku nak ialah rumah idaman yg lebih selesa. Mmg la aku dah ada rumah, tp kalau boleh nak rmh bawah, senang sikit nak belanja dan angkat brg bila balik kg...dok rmh atas, tau2 jer la...nak belanja pun tak larat nak angkat brg...bila agaknya nak dpt rmh idaman ni...Ya Allah semoga aku diberi peluang utk miliki rmh idaman ku sendiri..aminn.....

Ahad, 28 Oktober 2012

"KeSeT"

Itulah kata2 mak mertuaku bila lepas kenduri ada yg relax2 jer buat tak tahu. Tak mahu tolong itu dan ini ..ntah lah, sian jg aku tgok mak mertuaku dan makcik2 ...semua dah tua, dah wajib berehat saje. tp hakikatnya diaorg la yg sibuk dari awal majlis hingga ke akhirnya...yg lain semua lihat dan lihat saje org tua itu membuat kerja tanpa ada rasa belas simpati dan kasihan. Kalau aku dah tua, agak2nya mcm ner la anak2 ku besok..adakah anak2 ku sanggup lihat ibunya ni buat semua kerja...Aku setakat menantu jer, jadi apa yg terdaya aku buat, tolong kemas, basuh pinggan mangkuk, gulung semula tikar, buangkan sampah dsb la...dah la kenduri tu utk anak aku, tak kan la aku biarkan rmh mak mertua aku tu bersepah sana sini....aku pun tak tergamak buat mcm tu...

Khamis, 25 Oktober 2012

Petua,Idea dan Pandangan: Kenali Manfaat dan Kesan Sampingan Buah Acai Berr...

Petua,Idea dan Pandangan: Kenali Manfaat dan Kesan Sampingan Buah Acai Berr...: Ada banyak manfaat kesihatan yang boleh diperolehi dengan mengambil Acai berry. Artikel ini akan membincangkan mengenai manfaat dan kelebih...

Selasa, 23 Oktober 2012

BPFK - maklumat yg perlu diketahui.

BPFK -

Sbgai langkah berjaga2, kena semak status barang2 yg kita gunakan terutamanya yg melibatkan makanan dan alat2 kosmetik.

Pecaya Pada Diri Sendiri

Sebenarnya, dlm hidup ini, percaya pada diri sendiri adalah rahsia utama mencapai kejayaan. Betul...org lain tak leh bantu kita & kita pun tak boleh bantu org lain. Sbb tu ada pepatah mengatakan Hitam atau Putih Kehidupan Adalah Kita Sendiri Yang Menentukannya, Jadi Hadapilah Hidup Ini Dengan Penuh Keimanan. ...mmm....mcm lagu Sheila Majid tu. Aku tulis pasal ni sbb ramai dah aku tengok org ni semua tak boleh dipercayai, w/pun dia ckp depan kita dia akan simpan rahsia kita....sbb tu bg aku, kalau sesuatu perkara itu boleh menyebabkan seseorg bergaduh, buat apa nak menyampaikan citer itu..tp hakikatnya yg berlaku, sebenarnya ramai org2 ni yg tak jujur pd kita & akan menyampaikan apa sahaja citer yg kita luahkan pd dia. Jadi lebih elok kita simpan jer citer2 tu utk panduan hidup kita supaya tak jadi pd kita. Ye la, aku dah pernah kena marah dulu hanya kerana bgtau pd Alya tentang tempahan baju korporat..tetiba aku kena marah sbb hamba Allah tu dgn alasan aku bgtau pd Alya harga baju tersebut. Dah org tanya pasal beli brg, mestila dia pun akan tanya harga. Tp hamba Allah tu tak leh terima sbb dia kata hanya dia shj yg leh tawar dgn si penjual tu & dpt  harga murah...nanti penjual marah kat dia la sbb bgtau harga yg murah pd org lain..Jadi dia suruh jer aku ckp pd Alya beli jer baju tu di kedai luar....Angsana ke, Kip Mart ke....mmm.. aku pun bgtau la Alya pasal perkara tu...Rupa2nya Alya dah tulis isu ni dlm fb, so kwn baik hamba Allah tu pun berbalas2 msj tu dgn Alya & sampaikan perkara tu pd hamba Allah tersebut. Apa lg, mengamuk la hamba Allah tu pd aku...siap suruh aku bukak fb utk tgok isu yg Alya tulis tu..bila kena marah, aku sedih la...niat kita nak tolong kwn jer, rupanya jadi lain pulak. Masa rehat, kat surau aku tanya pada @#$% pasal perkara tu, ingatkan dia leh simpan citer, rupanya dia pun sama suka menyampaikan jg..dah lg marah la org tu. Aku nak pergi pejabat pun sampai takde mood..bila aku citer pd hubby, dia kata lain kalau jgn memandai2, bila org tanya ckp jer tak tahu w/pun kita tahu..jadi lebih baik kalau kita tak puas hati kita simpan jer perkara tu dlm hati jgn citer pd sapa2... Skrg ni pun, bila nama aku kena sebut lg oleh org tingtong tu, aku rasa mesti ada org yg suka menjadi kaki sampai...guna nama org lain utk naikkan nama sendiri..

Isnin, 22 Oktober 2012

damya beauty: Acai Berry Tulen & Asli

damya beauty: Acai Berry Tulen & Asli: ~Dapatkan Acai Berry Yang Original~ Kepada penjual Acai Berry yang berkenaan... jangan memburukkan acai berry ini dan mengatakan aca...

Ahad, 21 Oktober 2012

Nak kurus sgt???

Begini citernya, aku dah makan Acai Berry sejak raya haritu, yer la...mula2 adik ipar sponser sbb dia yg jual. Satu botol tu ada 30 biji, aku makan 15, hubby makan 15 biji... Dah abis tu aku tak makan lg, bila timbang, turun 1kg jer..mmm...jadi aku buat tak kisah jer la. Badan pulak makin naik, sejak bersalin haritu tak nak turun, dah puasa sebulan pun masih sama jer. Hubby lak order lg, tapi dia sorang yg mkn, aku tak mkn pun sbb mahal hg nya, nak  beli pun kena pikir byk kali. Masa raya hari tu mmg baju raya kena besarkan lg, baju raya tahun lepas pun dah sendat terutama tang perut & punggung..tu yg geram sgt2.. Pastu mak mertua tegur, dia kata badan aku dah naik. Bila tengok adik ipar yg bongsu tu, makan Acai Berry 2 botol, dah slim sampai kena kecikkan baju, tu yg jelous..apalagi aku pun terus order lg. Kali ni hubby yg bayarkan, bila timbang ada la jg turun sikit..dari 71kg - 67 kg. Lepas abis tu aku order lg dgn mak mertua pulak, utk hubby sebotol aku sebotol..bila g belanja kat Giant, Tampoi, tempat pertama yg kami singgah ialah timbang badan..nak tengok jg ada tak perubahannya...bila aku timbang berat dah jadi 65kg...mmmm....masih byk lg, kalau boleh aku nak berat bdn aku jadi 50kg, mcm dulu2...sblm mengandung ank pertama dulu berat bdn aku cuma 56kg je..bila dah dpt 2 org anak..berat tu jadi tebalik la pulak. Tu yg aku obses nak kuruskan bdn, tambahan pulak baju byk tak muat terutamanya baju blouse...sedih kan, pakai seluar panjang pun dah sendat, byk yg sempit...byk petua aku amalkan termasuk tak mkn nasi, mkn sehari sekali jer. Tp masih tak berhasil. Baju dah byk yg bagi kat org, tak pun bwk balik kg bgi kat anak sedara atau sapa2 yg nak..bukan tak nak pakai lg baju tu tp sbb dah tak muat terpaksa korbankan jg la...bila tengok baju ada kat almari tp tak leh pakai pun nak wat apa, lebih baik tak nampak depan mata. Berbalik semula kpd Acai Berry td, pagi ni aku sampai kat opis terus punch card n ambik surat kabar utusan Jumaat lepas, lepas tu aku selak satu persatu surat kabar tu...tiba2 keluar citer pasal produk pelangsingan yg dirampas oleh Kastam dan Kementerian Kesihatan di KLIA. Katanya produk tu ada "SIBUTRAMINE" iaitu racun yg boleh menyebabkan tekanan darah dan risiko kpd pesakit jantung & boleh membawa MAUT. Berderau darah aku bila baca citer ni, mana tak nya, aku dah termakan 2 botol setengah...yg jual pulak adik ipar sendiri. Apa lg, aku pun hantar mesej kat adik ipar, ada tak dia terbaca citer ni, dia kata ada..tp tu bkn produk dia..Yg dia jual, ok lg..bila aku check dia punya blog pun masih ada jg....tp aku dah mula seriau..kata org utara. Mana tak nya, anak kecik2 lg ...Ya Allah, slmtkan la hambamu ini. Sebenarnya, nak kurus kena la bersenam n jaga pemakanan. Bukan mkn ubat itu & ini, pastu leh kurus dlm sekelip mata. Skrg lak, byk penyakit berbahaya menyerang rakyat Malaysia walaupun umur masih muda. Ni membuatkan aku bertambah takut..Semoga aku sihat dan terus sihat serta dpt menjalankan kehidupan ini dgn lebih ceria.

Selasa, 16 Oktober 2012

Anak Penghilang Stress

Anak2 ibu adalah pemberi semangat pd ibu....semoga anak ibu jadi org berguna.
Mmg btul, bila tengok wajah anak ibu yg comel, hilang semua masalah ibu. Walaupun kat tempat keje ni macam2 masalah berlaku, tp semua hilang apabila ibu dapat pandang wajah anak ibu yg comel Aiman & Aisy. Besarnya kuasa Allah swt. Bila anak ibu tidur, ibu akan cium anak ibu sepuas-puasnya., Ibu peluk anak ibu erat2...Ibu berdoa semoga anak ibu jadi orang yg solleh, berjaya hidup di dunia dan akhirat dan dikurniakan jodoh yang baik.

Kat pejabat ni biasalah, macam2 hal berlaku...dan yg paling menyakitkan hati apabila kita dituduh itu dan ini oleh org yang tak punya hati & perasaan terutamanya oleh org yang rasa dirinya besar sgt, pangkat besar, kereta besar, rumah besar..segala2nya besar. Sbb tu sanggup mengherdik dan memaki sesuka hati. Sesungguhnya doa org yang teraniaya dimakbulkan Allah swt. Lagipun hidup ni kan umpama roda, kadang diatas dan kadang dibawah. Jadi kepada org2 yg rasa dirinya besar tu, beringatlah..suatu hari nanti org yang kena maki dan dikeji tu yg lebih bahagia hidupnya berbanding dia.  Hehehe..ni semua luahan rasa sbb dah terkena maki oleh org besar yg kecik..

Rabu, 10 Oktober 2012

Memperkenalkan Makanan Bayi dan Makanan Pepejal

Memperkenalkan Makanan Bayi dan Makanan Pepejal

Skrg Aisy dah masuk 6 bln, dah leh makan sikit. Tp bila ibu ada mesti Aisy tak nak susu botol.

Selasa, 9 Oktober 2012

Merajuk

Dah 2 minggu lebih Aiman tak nak dok rmh mak Ony, sbb anak Mak Ony (adik) pukul Aiman sampai lebam haritu. Pastu adik Mak Ony tu kata Aiman "BODOH & BONGOK". Nak masuk hospital Tampoi. Ibu yg dengar Aiman mengadu pun sedih sbb anak ibu diperlakukan sebegitu. Masa lepas raya aritu, Aisy tak nak minum susu botol, dia nak susu badan jer, apalagi menangis la dia sepanjang hari. Jadi aku balik la ke rmh waktu rehat utk susukan Aisy. Sampai jer depan pintu, aku dengar adik tu tengah marahkan Aiman dgn suaranya yg besar & kasar. Aiman & Aisy menangis. Mmg betullah Aiman selalu kena marah dan kena pukul. Tp nak buat mcm ner, hanya Mak Ony saja yg aku harapkan utk jaga anak2 aku. Kalau ada kenderaan lain dah tentu aku hantar tempat lain, tp kereta nak g keje pun cuma sebuah...lagi lah ayah tu yg rajin sgt bangun pagi. Lagipun Mak Ony dok sebelah rmh jer, dari dulu mmg dia yg jaga anak2 aku...tak kan hanya kerana anak Mak Ony tu marahkan Aiman, aku nak ambik hati & hantar anak2 ke tempat lain....Mesti perang besar jadinya. Skrg ni aku dah tak kisah kalau Aiman tak nak dok rmh Mak Ony lg sbb dia dah selesa tinggal di kampung dgn neneknya. Cumanya sebagai seorg ibu, ibu sedih jg sbb berjauhan dgn anak kesayangan ibu. Kalau Aiman ada, hari2 ibu bangun pagi masak utk Aiman. Petang lepas solat Maghrib ibu akan ajar Aiman solat dan mengaji...malam masa tidur ibu akan ajar anak ibu baca doa dan ayat2 lazim, pastu Aiman suruh ibu nyanyikan lagu utk dia...sampailah anak2 ibu tertidur...Ibu rindu sgt2 pada anak ibu ..AIMAN
Inilah Aiman, anak ibu yg manja dan periang.

Ahad, 7 Oktober 2012

Baby Aisy

Pening kepala bila ada tugas luar & kursus dalam masa terdekat ni. Yer la, baby Aisy ni bila siang ok jer, nak botol mcm biasa tp bila malam jer dia mesti nak susu badan. Aritu kena g kursus di Melaka 3 hari sampai bengkak mata dia nangis sbb tak leh tido...nak ngempeng jer... nenek dia yg jaga pun tak tido sama. 19-21 Okt 2012 ni ada program PEWARIS di Jasin, Melaka, lepas tu 1-4 Nov. 2012 ada Kursus Pem. Penerangan di Melaka jg. Bila tanya Mak Ony, dia pun tak nak jaga..Tanya mak sendiri..lagilah....terus cakap tak nak. Hanya harapkan mak mertua yg baik hati dan makcik2 sebelah suami jer la utk jaga kan Aisy ni. Dah tak tahu nak letak mana anak ni bila ada tugas dan kursus luar. Bukan nak elak tugas, tp dah anak takde sapa jaga...nak wat cam ner.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu