Isnin, 21 April 2014

Lesen Memandu Dah Baru

Semalam hari terakhir program MISTI Negeri Johor di Persada, Johor Bahru. Program MISTI ni ialah program Minggu Sains dan Teknologi. Kawan pejabat ni jadi juruacara majlis penutupan. Jadi sebab dah bertugas dia pun sempatlah tukar lesen memandu daripada versi lama ke versi baru. Tak perlu ke pejabat JPJ untuk perbaharui lesen memandu sebab JPJ buka kaunter bergerak untuk tukar lesen memandu di hadapan  Persada. Balik bertugas dari Persada, kawan tu pun menguar-uarkan maklumat tersebut. Apalagi berebutlah kawan-kawan di pejabat ni ke Persada untuk tukar lesen memandu. 



Beratur di kaunter segera JPJ



Aku pun tak kurang berebutnya.  Yer la, sapa tak nak tukar lesen memandu yang lebih cantik kan. Tapi disebabkan aku dan Kak Yam (kawan pejabat) nak ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, jadi rasanya macam tak sempat jerrr nak ke Persada, Johor. Aku pun kirim pada En. Hamzah (kawasan secawangan) untuk tukar lesen memandu ni. 


Lesen Berubah Wajah
Ingatkan aku nak tukar lesen dari  versi lama ke lesen versi baru, jadinya aku kirimlah Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan Duit RM 10.00 pada En. Hamzaliah. Yer la, kot2 kena caj bayaran sebab tukar lesen kan...RM10.00, ok lah tu. Lagipun lesen aku tamat tempoh setahun lagi. Lama lagi tu. Bila Kak Yam tahu yang JPJ buka kaunter bergerak di Persada, dia pun nak tukar lesen juga. Apalagi terus ke Persada la jawabnya. Kalau aku tahu yang Kak Yam nak ke Persada, tak perlulah aku kirim pada En. Hamzah tadi. Mmmmm...tapi dah kirim kan...tunggu jer la lesen aku pada orang. 


Lepas ke Persada, aku dan Kak Yam pun terus ke pejabat LHDN dengan matlamat nak buka e-filing, rakyat yang bertanggungjawab la katakan. Nak bayar cukai. "Kalau tak bayar nanti kena denda pulak. Lagipun cukai ni macam penyengat, kalau kita tak kacau atau usik pun, dia akan usik kita" ni lah antara kata-kata kawan kat pejabat dengan aku. Sebabnya semua orang sibuk isi borang e-filing untuk bayar cukai, tapi sepanjang aku kerja ni, aku tak pernah daftar atau bayar cukai. Pergi ke pejabat LHDN pun tak pernah.

Disebabkan nasihat kawan-kawan seopis ni lah aku pun dgn Kak Yam terus ke LHDN. Sampai jer ke Kaunter Pertanyaan, aku terus tunjuk Penyata Tahunan aku pada pegawai yang bertugas. Pegawai tu tanya, kerja kat mana. Aku dan Kak Yam cuma jawab, kerja kerajaan. Tapi bila tengok penyata tahunan aku yang tak seberapa gajinya, makanya dia pun cakap "Awak ni macam tanam pokok tak berbuah" "Kenapa pulak?" tanyaku. "Yerlah, gaji kecik lagi, memang tak payah bayar cukai. Kalau tanam pokok macam makan daun jer la awak ni. Kalau gaji tahunan dah masuk ke RM25k baru lah kena daftar". "Tapi saya ni tak perlu bukak e-filing ke?" "Yer, tak perlu pun. Buat apalah saya nak simpan fail yang tak mendatangkan hasil" jawab pegawai tersebut. 

Ohh...alhamdulillah, saya dan Kak Yam dah ada jawapan pasti yang tak menyerabutkan kepala otak ni. Kalau tak semua kata kena buka fail la, kena daftar la, kena denda la, banyak la....tu la antara kata-kata kawan kat pejabat. Yer la,  gaji diaorang sebulan dah sama gaji aku  yang 3 bulan, mmg sah-sah lah kena bayar cukai. Aku setiap bulan mmg makan duit gaji jer, mana ada kelim-mengelim ni. Orang lain pulak, setiap bulan, kelim jer dah sama macam separuh gaji mereka. Kelim tu mmg wajib bagi orang lain tapi aku tak mengharapkan kelim. Cukuplah apa yang aku ada sekarang.  Lega dah sekarang sebab tak perlu bayar cukai.

Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal lesen memandu tadi, dah terlajak cerita pasal cukai la pulak. Lesen tadi aku kirim pada en. Hamzah, bila balik dari pejabat LHDN aku terus minta pada En. Hamzah lesen baru aku. Dia pun beri lesen dan i/c aku. Lepas tu tunjukkan resit pembayaran. Semuanya berjumlah RM120.00. Mak ai...aku kirimkan RM10 jer tadi, rupa-rupanya En. Hamzah dah hidupkan lesen aku semaksimum yang boleh. (5 tahun). Disebabkan lesen aku ada tempoh setahun lagi, maka dia tambah 4 tahun lagi. Setahun bayarannya RM30, kalau 4 tahun kena RM120. Ni kan dah hujung bulan, nak tunggu gaji tinggal beberapa hari lagi, dia pun faham yang aku tengah pokai sekarang. Dia siap cakap dengan aku, bayar sikit-sikit....hahaha. Tapi aritu aku ada keluarkan wang simpanan sebab duit gaji dah habis buat belanja. Akhirnya duit yang aku keluarkan tu aku bayarkan untuk lesen memandu aku tu. Lagipun aku tak suka berhutang pada kawan-kawan. Selagi boleh bayar, lebih baik bayar. Dibuatnya aku lupa, mau tak berdosa. Selamatlah duit.....

Sabtu, 19 April 2014

Beriadah Di Hutan Bandar

Hutan Bandar salah satu tempat rekreasi di bandaraya Johor Bahru. Tak berapa jauh dari rumah dan sebenarnya ada di hadapan opis saya pun. Petang semalam, dapatlah beriadah di hutan bandar dengan dua orang anak bujang ibu. Seronok la bujang ibu ni main buai dan gelongsor. Sampai terjatuh Aisy masa jalan. Dapat tengok ikan besar, berjalan-jalan mengeluarkan peluh, melihat keindahan alam dan Aiman dan Aisy pun seronok dapat bermain-main.




Buai laju-laju, sampai pohon sena,
Apa dalam baju, sekuntum bunga Cina. 



Susah nak snapp gambar budak bertuah ni...Ni jer la yang dapat snapp...



Buai laju-laju, Sampai Pohon Sena
Sayangi bonda dan ayahandamu, Itu harta yang tiada gantinya. 





Buai laju-laju, Sampai pohon sena,
Berbakti pada keluargamu, Moga Balasan Disana.


Isnin, 14 April 2014

Sajian Istana Di Zaman Silam

Nak mudahkan kerja, bagi wanita/perempuan/ ibu/ makcik/ kakak/ sesapa saja  yang bekerja dari pagi sampai petang macam saya ni, makanya kenalah siap sediakan awal-awal bahan-bahan memasak kat dapur. Masak tu kan boleh jimatkan bajet dan kewangan rumah tangga, jadi hari-hari saya masak la. Kadang tu sampai dah takde idea nak masak menu apa untuk setiap hari.  Masak kicap, masak sambal, masak lemak, masak kari, masak merah.....semua lah dah saya cuba. 


KARI IKAN

Sebab nak mudahkan kerja, maka kena simpan lah bahan memasak kat dapur. Semua dah siap sedia dalam peti ais saya, dengan lada blendernya, serbuk kari, rempah ratus lain, ikan, ayam dsb...

KARI AYAM DAN DAGING

Disebabkan itulah, saya beli kari pun sepeket besar untuk kegunaan masa memasak. Nak masak tinggal ambik jer kari yang dah tersimpan dalam balang. Kan senang...tak yah pergi ke kedai hari-hari semata-mata nak beli serbuk kari.

Balang Serbuk Kari Ikan


Dah tu, tuanglah serbuk kari dalam balang. Simpan dalam peti ais. Cepat, mudah, senang untuk digunakan...

Balang Serbuk Kari Ayam dan Daging


Serbuk Kari Sajian Istana Di Zaman Silam....ni lah serbuk kari yang selalu saya gunakan. Dari dulu lagi saya  gunakan serbuk kari ni. 

Ahad, 13 April 2014

Keledek Rebus & Cekodok Pisang

Hujung minggu lepas, ni la sarapan pagi kat rumah. Keledek rebus dan cekodok pisang. Keledek ni memang saya suka sebab masa kecik-kecik dulu mak selalu rebus keledek atau keladi buat sarapan pagi. Kalau tak pun, rebus pisang atau ubi. Lepas tu makan dengan kelapa parut yang diletak dengan sedikit garam. Masa kecik-kecik selalu sangat sarapan makanan macam ni, sebenarnya ia lagi menyihatkan sebab tak perlu menggunakan minyak....hanya merebus dengan sedikit garam jer...Sihat la tu kan...kurang kolesterol dalam badan.
Keledek Manis dan Sedap


Bila dah dewasa macam ni (dewasa yer sebab tak nak mengaku diri dah tua) teringin pulak sarapan pagi yang simple macam ni. Apa lagi buat la keledek rebus. Keledek ni manis dan lembut rasanya. Selalu  jual kat Cameron Highlands. Tapi yang ni takde lah beli kat Cameron Highland sana, jauh benor nak dapatkan keledek ni, cuma beli kat pasar raya MassLee je. Jalan-jalan kat MasLee tetiba nampak pulak keledek merah ni, apalagi rembat la dalam 5 ketul gitu....harganya boleh tahan la..lima ketul dah RM5.50 la rasanya. 


Sekali Sekala Sarapan Dengan Menu Simple ni 

Tapi bila dah direbus dan makan....memang puas hati dengan keledek ni, lembut dan manis isinya. Kulit-kulitnya pun leh dimakan terus sebab dia nipis dan lembut juga. Tak akan kena sembelit lah kalau makan kulit keledek yang lembut ni, tapi yang pasti mungkin akan kena angin kentut...tutt..tutt.....ni Shin Chan yang cakap dalam TV. Makan Keledek Bakar boleh selalu kentut. Kalau sesapa pernah tengok kartun Shin Chin mesti tau macam ner perangai Shin Chan kan....Shin Chan kata "Mama Makan Keledek Bakar Jadi Kentut"

Lembut Sangat Keledek ni...Ala-ala Keledek Cameron Highland
 Ingatkan En.Hubby tak makan keledek rebus ni, rupa-rupanya dia pun suka dengan keledek ni. Cuma Aiman dan Aisy jer la, tak nak makan....Yer la, mereka berdua kan anak zaman millenium, mana nak makanan macam ni. Padahal ni la makanan yang paling sedap di dunia sampai orang Jepun pun makan makanan macam ni. 
Cekodok pisang - bulat macam tuan yang membuatnya
 Disebabkan bimbang En. Hubby dan anak-anak tak nak makan keledek rebus, makanya aku buat lah cekodok pisang yang comel lagi gebu gebas....tengok je lah gambarnya tu, kan comel tu cekodok pisang aku. 
Sedap dan Senang Dimakan...Tinggal ngappp je
 Buat cekodok ni pun bukan banyak mana, ala pisang monyet yang kecik-kecik tu, sesisir dapat la sepinggan cekodok pisang. Buat untuk anak-anak dan En. Hubby la ni. Rupa-rupanya anak-anak tak nak makan juga cekodok ibu dia yang comel lote ni...susah pulak nak suruh budak-budak ni makan. 

Sarapan ni untuk anak-anak..

Dah bila anak-anak tak nak makan, sapa lagi yang jadi tukang perabiskan makanan ni, ibuuuuu lahhh juga. Dah tau dah, napa badan ni tak nak turun berat, sebab rajin jadi tukang perabiskan makanan...alasannya sayang..dah masak...dah buat...modal tu semua....Sebab sayang penyayang ni lah jadikan badan ni mendak dan banyak lemak...




Aisy ohh Aisy

Sejuk hati ibu ni bila tengok Aisy dah mula belajar solat. Yer la dah nama pun baby...Aisy baru 2 tahun, baby lagi ke??? ...boleh la baby sebab umur baby kan selepas lahir sampai 2 tahun. Lepas tu baru panggil kanak-kanak kan....Ni Aisy kira baby tua la ni..hahaha
Ibu sebenarnya rindu nak pegang baby lagi tapi dah En. Hubby tak nak lagi...diam jer la..tak kan nak ambik anak orang pulak. Padahal yang mengandung ibu, bukan hubby pun...Ala...hubby tu saje jer la tu, kalau ada baby baru, hubby lah yang kena jaga dua orang hero ni, mau tak pening kepala dia...mesti nak keluar rumah dengan geng motor dia dah tak leh..

Siap nak okok...nak okok..(SONGKOK la tu)


Hari tu Aisy merajuk..tak tahu la apa yang dia rajukkan, semua benda dia tak mahu...menangis sampai takde suara, bahaya juga Aisy ni...Kalau nangis kena tengok dia, kalau sampai takde suara boleh lemas dibuatnya. Yer lah Aisy ni suka sangat merajuk dan menangis sampai takde suara, bibir sampai pucat, muka sampai biru. Boleh kurang oksigen macam ni. Kena tepuk muka dan badan..baru dia ok balik. Kadang tu dia nangis sampai badan lembik, jadinya kalau dia nangis memang kena tengok kan jer..Cumanya yang ibu tak faham ni, bila je dia merajuk dan menangis, Aisy akan masuk bilik dan tutup pintu...nasib baik la Aisy belum pandai kunci pintu, kalau tak ntah apa yang akan jadi. Biasa tau Aisy macam ni...bahaya betul la....

Sejadah pun Aisy bentang sendiri...pandai la Aisy ni


Satu hari tu Aisy menangis-nangis, tak tahu la apa benda yang dia nak kan....dia terus masuk bilik...Ibu perhatikan jer anak ibu ni. Rupa-rupanya dalam bilik dia bentang sejadah dan pakai songkok, dia bersolat rupanya. Dah nama pun baby solat nya sekejap jer la...Berdiri sekejap, lepas tu dia sujud...ok dah selesai Aisy bersolat....Alhamdulillah...nasib baik Aisy bersolat dan tak buat benda yang bukan-bukan. Ibu ni risau kalau Aisy menangis sebab susah nak pujuk. Aisy..ohhhh...Aisy..jangan lah kuat merajuk sayang.

Risau dan Semakin Risau

Risau nya la hai
Mana tak risau kalau berat makin hari makin naik dan naik dan naik
Bila nak turunnya....
Ntah..aku pun takde jawapannya
Sebelum ni berat 58kg jer..ok kan
Dengan ketinggianku 157cm...ok la tu
Berat ideal la..
Dulu sebelum kahwin saiz baju M (muat-muat)
Bila kahwin, saiz baju jadi L (Lebar) 
Ada anak satu, saiz baju jadi XL (extra lebar)
Ada anak 2, saiz baju jadi XXL (2 extra lebar)
Kalau ada anak 3, jadi apa la pulak badan ni....
Mana tak risau macam ni
Pagi tadi masa nak g kerja
Try baju lama, baju zaman baru-baru kahwin
Nak masuk pun dah tak nak
Baju pun terseksa
Bukan jer mata yang tengok terseksa
Aduhai la...macam sarung nangka gamaknya
Aritu masa mak datang rumah..
Kemas semua baju yang tak muat
Ada 2 beg..suruh mak angkut bawak balik kg
Bukan tak nak pakai, tapi dah tak muat
Sayang mmg sayang...tapi apakan daya
Cantik di almari jer...hakikatnya tak leh nak bergaya
Sebelum ni  pernah beli produk slim online
Ada lah 2 kali beli..
Harganya nya pun boleh tahan juga
Tapi risau pulak dengan effect produk ni
Yer la, takde kelulusan KKM
Asal makan jer...kang jadi lain la pulak
Isyk...tak mau la pikir yang bukan-bukan
Anak kecik2 lagi...ok..insaf la sikit 
Biar la gemuk janji hati bahagia
Tapi bila timbang, berat naik lagi
Manalah tak risau...
Nak sejukkan hati "Faktor umur la ni" hahaha
Nak beli blouse pun dah susah
Baju berkenan, tangan tak muat
Tak pun tang perut sendat..isyk malu la nak pakai
Minggu lepas buat skipping
Baru buat 15 minit, dah sakit kaki
Anak-anak pulak gelakkan ibu dia....
Nak turun tangga ke pasar tani, punya la terseksa 
Yer la, sakit kaki sebab berskipping la katakan
Sekang ni nekad, nak tak nak kena berskipping juga
Tu jer la sukan yang mudah 
Buat pun kat dalam rumah jer
Takde sapa nak ketawakan
Setiap hari, bila balik jer kerja buat la skipping 5 minit, kemudian 10 minit
Yang penting kena rajin...
Rasanya ni jer la cara untuk buang lemak yang ada
Nak kata aku makan banyak, tak juga
Sebab apa...aku makan sekali je
Tu pun kat pejabat, bila malam mmg tak makan pun
Tapi napa berat ni terus naik dan naik dan naik
Ni yang buat risau dan risau dan risau
Mula lah tengok iklan sana sini
Cari produk untuk kuruskan badan
Bila dengar ada orang mati sebab makan produk slimming
Takutlah juga
Sebenarnya, nak sihat kena lah bersenam
Tu jer lah resepi untuk sihat dan dapat kurangkan lemak yang ada
Bukan makan produk itu ini
Tak sampai beberapa hari jadi kurus
Kalau cepat kurus, cepat la pulak mati
Mau tak takut....

Zaman berkebaya - Tapi dah lama tinggalkan kebaya ni

Zaman Sekarang - Dah sama seimbang dgn En. Hubby kan?


Isnin, 7 April 2014

Apam Salju dan Nasi Lemak

Hujung minggu je kepala pusing memikirkan nak sarapan apa. Akhirnya En. Hubby request nak makan nasi lemak. Tekak ni pulak terasa nak makan apam. Apalagi dua-dua juadah pun aku sediakan untuk memenuhi selera sendiri dan selera keluarga.

Apam Salju 


Resepi Apam Salju ni daku ambik di sini Apam Salju.  Terima kasih yer Intai Dapur sebab share resepi. Sebelum ni pun aku dah buat apam salju ni. Rasanya ni kali ketiga mengApam. Apapun kejadiannya mmg best..lembut dan sedap. Sebelum ni buat apam salju ni siap tersengih, ada yang ketawa. Tapi kali ni, apam salju ni tak  nak senyum pulak....marah ke apa ni???


Yang Sebelum ni Tersenyum 

Yang ni tak nak senyum - tapi tetap lembut.


Sambal Tumis Sardin 


Paru Goreng My Favourite


Nasi Lemak 

Ahad, 6 April 2014

SaKuRa MaLaYsIa...Indahnya


Dari minggu lepas sehingga ke minggu ini, kawasan perumahan dan kawasan pejabat dipenuhi dengan bunga-bunga yang sedang mekar berkembang. Cantik sangat pemandangan sekeliling. Macam duduk di negara Jepun la pulak....Lihatlah indahnya ciptaan Yang Maha Kuasa...Subhanallah...


Bunga Sekitar Kawasan BBU

Kereta pun bermandikan bunga

Cantik Sangat Musim Bunga Ini

Pink dan Putih Menyerikan Suasana

Bunga-bunga Sedang Mekar

Sanggup Berhenti Tepi Jalan Untuk Snap Gambar Bunga

Sekitar Kawasan Rumah

Kawasan pejabat pun penuh dengan bunga



Cantik, Indahnya Ciptaan Illahi.. Subhanallah

Rabu, 2 April 2014

CINTA KENANGAN SILAM - LEMPENG KELAPA

 Lempeng Kelapa VS Sambal Sardin - Menu Sarapan Pagi.
Kadang-kadang bila teringat kenangan semasa zaman kecik-kecik dulu, teringat pulak sarapan dan juadah yang mak sediakan. Walaupun simple tapi disebabkan air tangan mak yang masak, mesti sedap. Yang pasti, masa zaman dulu-dulu, mak suka buat sarapan pagi lempeng kelapa. Sebab mengenyangkan. Kami adik beradik  ramai, semua berebut-rebut makan lempeng kelapa yang mak sediakan dengan sambal tumis kosong je. Nikmatnya la.

Mak masak lempeng kelapa dengan menggunakan dapur kayu. Yer la, zaman kecik-kecik dulu mana ada dapur gas, air pun guna air hujan yang ditadah di tempayan. Paip takde lagi masa tu. Sehinggalah umur aku 11 tahun, barulah dapat bekalan air paip.

Bila teringatkan lempeng kelapa zaman dulu-dulu, aku apa lagi mula la mengadun lempeng kelapa di dapur. Pagi-pagi buat lempeng kelapa untuk sarapan hubby dan anak-anak. Kelapa beli kat kedai runcit bawah rumah jer. Pagi-pagi kedai dah bukak. Cumanya kelapa yang kedai runcit jual dah agak tua, kalau mak yang masak, mak akan cari kelapa yang muda sebab lembut dan lemak lagi rasanya. Tak kesahlah kelapa muda or tua, janji aku dapat mengembalikan nostalgia lama makan lempeng kelapa dengan sambal tumis. Cinta kenangan silam aku dengan lempeng kelapa. 

Hernia

Hernia atau angin pasang adalah penyakit yang sering terjadi kepada kaum Adam. Sebenarnya aku pun tak pernah ambik kisah pasal penyakit ni. Tapi bila kena pada anak sendiri, barulah mencari-cari maklumat mengenainya dan cara-cara merawatnya. 

Sebenarnya dah dua tiga minggu aku perasan yang alat kelamin Aisy macam berubah menjadi besar dan bengkak. Tapi bila tanya ayahnya, dia kata biasa je. Aisy pun tak pernah menangis kata sakit. Dia masih lasak bermain dan masih suka berlari sana-sini. Disebabkan tidak nampak kesakitan pada Aisy, maka aku buat tak kesah je.

Tapi kepala ni  runsing juga bila teringatkan Aisy kat rumah Mak Ony. Apa masalah pada buah dia sampai  bengkak dan berkilat. Ibu mana tak risau kalau anak ada masalah. Walaupun dah sampai ke pejabat, akhirnya aku keluar untuk bawa Aisy ke  Klinik. Biasalah Klinik yang sering jadi tumpuan setiap kali sakit ialah Klinik Faizal dan Rakan-Rakan 24 jam. Sebab klinik ni ada depan rumah je, doktor pun sentiasa ada. Senang sikit.



Ayat Kursi - banyak kelebihannya





Bila doktor check, doktor kata Aisy kena hernia (angin pasang). Ubatnya hanyalah operate. Doktor bagi surat supaya aku rujuk kes Aisy ni pada Hospital Besar. Lepas keluar klinik, aku terus call my hubby supaya balik rumah. Padahal hubby ada mesyuarat. Aku suruh hubby balik juga demi anak. Lepas hubby sampai rumah, aku suruh hubby hantar ke HSA. Aku dah siap kemas baju dalam beg, beg pampes, susu dan barang-barang Aisy  yang lain untuk bawa ke hospital. Takut-takut Aisy kena tahan wad.

Sampai ke ke Poliklinik HSA, Bahagian Pembedahan, aku tunjuk surat yang klinik Faizal beri. Rupa-rupanya, nurse kat HSA cuma bagi tarikh untuk appoinment akan datang. Tarikhnya 28 April 2014. Mak ai....ujung bulan baru leh check. Aku tanya pada nurse kat situ, tak bahaya ke hernia ni?? Nurse jawab "masih terkawal, tapi kalau anak ada kembung perut dan muntah-muntah, boleh terus bawa ke kecemasan"...Ingatkan dah kena tahan wad, rupanya cuma dapat tarikh untuk buat check-up je...mmm.

Semalam masa masuk opis, aku ceritakan masalah Aisy pada kawan-kawan sepejabat. Disebabkan semalam adalah hari belajar mengaji dan tajwid, kawan tu tanyakan pada Ustaz Musa bin Muda, apa ubat untuk merawat angin pasang? Ustaz kata baca Ayat Kursi 7X dan Ayat 21-24, Surah Al-Hasyar. Tiup pada daun mengkudu yang telah disalai atas api, kemudian tekup pada kemaluan Aisy. Buat berkali-kali, In Sya Allah..sembuh.

Daun mengkudu - bila sakit barulah mencari.

Yer la, ibu mana tak risau kalau anggota badan anak ada kelainan. Tengah hari semalam aku ambik Aisy kat rumah Mak Ony dan hantar dia berurut di rumah bidan kampung. Ni pun kawan seopis yang rekmenkan...Lepas tu aku ambik daun mengkudu dari rumah kawan tu untuk ubatkan Aisy. Selalu daun mengkudu ni banyak bersepah-sepah kat kampung, tapi kita tak gunakan. Tapi bila ada masalah macam ni, barulah sibuk mencari pokok mengkudu...Balik rumah semalam aku salaikan  daun mengkudu dan tekup pada kemaluan Aisy. Tapi masih sama juga buah dia. Harap-harap sebelum buat operation, Aisy dapat pulih dengan rawatan  tradisional yang aku cuba buat ni. 

Ramai kawan di opis ni pulak kata, kalau buat operation di bahagian kemaluan lelaki, kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu mandul bila berkahwin....mana lah aku tak risau. Ada pulak kata, hernia / angin pasang ni boleh menyebabkan kematian pada kaum lelaki sebab nyawa lelaki terletak di situ. Yang ni lagilah aku risau. Anak dah la tak  ramai, tetiba kena pulak masalah macam ni...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu