

Raya pertama di Bukit Mor, Pt. Jawa

Raya pertama di Semerah, BP
Letih tp puas beraya tahun ni, mana tak nya dari hari raya pertama sampai hari raya ke-6 asyik berjalan je..mmg letih tp puas hati sbb dapat ziarah rumah saudara mara. Aiman pun dapat byk collectin...hahaha.
Kitaorg balik kg hari Ahad, 28 Ramadhan, sempat la berbuka bersama keluarag mertua di Bukit Mor. Sebelum buka tu singgah la sekejap di bazar ramadan Parit Tengah, Muar..beli makanan bukan main byk..yer la ingatkan ramai org, beli martabak, beli apam balik, air soya...dah sampai rumah adik ipar tu beli pulak kuih2, air mata kucing & soya..bertambah2 la lagi makanan. Bila buka makan sikit jer...dah kenyang. Aku lak mana leh makan byk2, perut senak...dah makan buka tak makan pun nasi...
Hari Isnin, 29 Ramadhan dah sibuk masak ketupat, tp mak mertua tak buat ketupat tahun ni, dia masak ketupat segera jer..banyak la jg masaknya...sampai 3 periuk elektrik. Mak mertua suruh aku masak ayam ungkep..Farah, adik ipar tu kena masak rendang daging...Aku siap telefon kakak kat rumah nak resepi ayam masak ungkep...tp sudahnya aku buat resepi sendiri.. Yer la, nak masak ayam 6 ekor, mana aku tahu berapa banyak bahannya, selalu aku masak untuk 5-6 ketul ayam jer.. Tp aku agak2 jer, bawang, cili api, ketumbar, jintan, kunyit, halia aku blend jer..pas tu serai dan lengkuas aku titik kan je...Aku tumis sampai garing baru masukkan ayam. Masak ungkep sedap guna ayam tua/ayam kampung...Kalo ayam muda lembik..tak sedap jadinya. Nasib baik la apa yang aku masak ni jadi...lega la jg. Itu jer la yg aku masak. Sambal kacang dgn serunding mak mertua yg masak. Dah siap masak, aku siap2kan ketupat dgn lauk-pauk utk hantar rumah mak Semerah. Setiap tahun mcm ni la jadual aku, sbb raya pertama tahun ni kat rumah mak mertua, jadi buka puasa hari terakhir mesti kat rumah Mak Semerah.
Raya pertama, hari Selasa...aku dah mandi awal2 siapkan anak aku dan seterika baju raya. Dah siap pakai baju raya tunggu la mak mertua & makcik balik dari ziarah kubur. Aku tak ikut... Dah balik dari kubur tu kitaorg kumpul ramai2 bersalam2an, minta ampun dan maaf.. Part ni yg aku tak leh tahan, aku mesti nangis punya...rasa byk betul dosa aku pada mereka...isyk2... Dah tu aku bg wit raya kat mak & bapak mertua, makcik2... Dah siap agenda bersalam2an..kitaorg pun posing ambik gambar ramai2...
Tghari raya lak rumah Mak Semerah..mcm biasa la...dah salam2an dgn mak dan kakak kat rumah tu, kitaorg pun beraya la kat Semerah..rumah sedara mara sebelah arwah bapak..Sebelum tu sempat la ambik gambar ramai2... Dari pukul 2 ptg sampai kul 6.30ptg beraya...tu pun tak semua rumah yg kita org sempat g. Ada byk lg. Lepas solat asar, balik ke Pt. Jawa..sbb tahun ni giliran rumah mak mertua.
Raya ke-2, pukul 10.00 pg aku dah sampai rumah mak semerah, nak g ziarah kubur arwah bapak. Nak g raya pertama tak sempat sbb sibuk beraya. Buat tahlil ringkas kat kubur dgn Amy. Lepas tu balik semula ke Pt. Jawa. Raya ke-2 kat rumah Semerah ada marhaban lelaki.
Sebelum maghrib, Amy telefon, dia kata nak wat kenduri adik beradik kat rumah Kak Ngah..lepas maghrib kitaorg pun gerak g rumah Kak Ngah..Rumah nya tak jauh dari rumah Mak Semerah. Raya ni asyik berulang alik jer la dari Pt. Jawa ke Semerah. Banyak betul Kak Ngah masak lauk..ada sup lembu, rendang, sayur, sambal belacan, telur goreng, asam pedas ikan merah, ulam2an...
Raya ke-3 aku ikut mak mertua beraya di Muar..dapat la 2 buah rumah. Rumah sepupu ayah Aiman, kenyang sgt sbb dia masakkan nasi lauk asam pedas ikan pari. Pas tu singgah rumah mak metua adik ipar kat Parit Keroma. Malam kitaorg balik ke Semerah. Giliran rumah Semerah pulak. Sebelum balik Semerah g beraya rumah Kakak kat Taman Bukit Perdana, BP. Nak sampai BP punya la seksa....jem teruk jalan. Sampai rumah kakak dia dah siap masak malam.. byk lauk, tp aku makan tomyam je...sbb tekak aku ni teringin sgt makan tom yam. Budak2 sibuk main bunga api. Dah malam kitaorg pun gerak balik, tp Abg Arif sekeluarga tak balik sbb dia nak mendaki Bukit Soga, BP pagi2...
Ari Jumaat lepas sembahyang g beraya lg..Ikut Lin dgn Abg Sanif..raya kat Sungai Balang, Pt. Ponorogo dan Parit Yusuf..malam lak sibuk buatkan barang hantaran Amy..sbb dia nak tunang esoknya. Tp sbb byk sgt bual, sampai pukul 12mlm brg hantaran Amy tak siap lg. Nasib baik ada adik ipar tu tolong buatkan..dia yg abiskan semua.
Hari Sabtu...pagi2 lg Mor, kakak yg dok rumah tu dah masak nasi lemak, sambal sotong, sardin masak kicap. Rajin betul dia...pukul 4.00 pg dia dah bangun masak..yg lain sedap tido je la sbb dah penat beraya. Pagi tu kitaorg sarapan nasi lemak kukus. banyak masak tp habis jg semuanya. Ayah aiman lak bangun lambat, apalg mak suruh aku masak lg sambal tumis & goreng ikan bilis. Telur mmg dah abis terus. Terpaksala masak semula sambal tumis...Dah sarapan semua bersiap nak g Melaka, nak hantar Amy bertunang..dapat orh Ayer Molek, Melaka. Sebelum tu g rumah Kak Long dulu kat Taman Sri Rambai...dah makan tengah hari rumah Kak Long, baru la gerak g rumah tunang Amy.. Abg Wahid jadi tukang tunjuk jalan tp dia bawak kereta punya la laju, akhirnya kitaorg tertinggal jg. Dah la jalan sibuk. Last2 telefon jer la nak cari arah tempat tu...nasib baik jumpa. Abg Anif yg bawak mak pun tersesat tak jumpa tempatnya, sbb dah lewat sgt jadi majlis pun terpaksa dimulakan walaupun mak takder. Kak Long gantikan mak utk sarungkan cincin kat jari tunang Amy. Dah abis majlis barulah mak sampai, sian mak....tak per la, mak dapat bergambar2 jer la dgn tunang Amy. Ok lah, dah kul 5.00 ptg, jadi kitaorg nak balik ke Semerah dah, barang hantaran semua letak kat kereta Amy sbb keta dia besar.. Kitaorg balik dulu yg lain semua g jalan2 kat Melaka, ayah Aiman tak nak ikut sbb malam nak g beraya rumah Cikgu Silat dia kat Parit Penyengat, Muar. Lepas beraya singgah rumah Mak Mertua sampai kul 12.00 mlm bersembang. Mak mertua kata Diana, adik hubby dah sakit2 nak bersalin..sampai nangis2 dlm kereta. Dia nak bersalin anak ke-2.
Ahad, pagi2 lg mak mertua telefon ajak g KL tengok adik ipar tu. Tp hubby tak nak la pulak walaupun mak nak sponser duit minyak. Dah tak nak mak mertua pu gerak la g KL dgn adik yg sorang lg tu. Aku lak g beraya rumah Abg Sanif kat Jementah...jalan ramai2. Sempat singgah rumah Cikgu Ghazi kat Parit Yusuf. Sampai jer rumah Abg Anif..dia dah saip masak..biasalah lauk yg dia masak, ikan masak kari, kerabu sotong, ayam masak paprik dll. Sedap betul makan, lepas makan yg lain sibuk nak g jeram...tak jauh dari rumah Abg Anif..dlm 3km jer. Diaorg sibuk mandi kat jeram. Siap bawak bekal kuah kari dgn roti. Aku tak pergi pun, baring2 kat rumah je. Lepas diaorg balik, abg Anif masak lg..bihun goreng. Sekejap jer dia masak tp sedapnya la rasa bihun goreng dia tu. Hubby sampai bertambah2 makan. Mmg sedap..tak pedas sgt... Dah makan ptg pun kitaorg beraya rumah mak mertua abg tu..sebelah rumah je, dah beraya gerak balik ke Semerah. Aku dah siap2 solat jamak terus. Masa balik tu, adik beli la kupang & buah cempedak. Sampai jer rumah Semerah terus masak kupang bakar dgn kupang rebus. Makan nasi malam dgn lauk kupang je la cicah kicap.
Hari Isnin, hari raya ke-7 mak buat ketupat lg. Aku siapkan ketupat, buat 40 biji sbb nak bawak ke Surau. Lauk macam2 jg, ada rendang daging, ayam masak bumbu, lodeh sayur & sambal kacang. Siap bungkuskan Adik, Lin & Aris sbb diaorg nak balik dah. Tunang Amy dan kawan Pijan pun ada jg. Sampai habis lauk semua. Malam nak bawak g Surau masak lg ayam masak bumbu.
Selasa hari yg tak berapa nak ok buat Aiman dan aku, pagi2 jer lepas bangun tido Aiman termuntah, mula2 sikit lama2 makin byk. Minum susu je muntah, minum air teh jer muntah...sampai lembik badan dia...baring jer la depan tv. Petang masa nak ambik air sembahyang aku pulak termuntah, lepas tu muntah lg. Nasib baik barang dah siap kemas..teruk betul la aku muntah, habis semua keluar balik. Sebelum maghrib aku gerak balik ke JB, singgah Petronas Parit Yaani sbb nak solat maghrib..kat situ pun aku termuntah lg..seksanya la rasa badan ni. Sampai je JB terus g Klinik Faizal, turun jer kereta aku dah termuntah lg. Masuk je Klinik aku daftarkan utk Aiman, sbb badan dia dah panas...Aku bgtau doktor yg Aiman muntah2 & demam, aku pun kena jg tp aku mengandung. Doktor bg ubat utk Aiman je, utk aku doktor suruh minum air kosong byk2 sbb aku mengandung. Sampai jer kat tempat parking kat rumah, aku dah tak larat, aku suruh hubby & Aiman naik rumah dulu, aku duduk la lama kat parking sbb tekak rasa tak selesa sgt. Sampai rumah aku terus tukar baju tido n baring. Barang aku tak kemas pun.
Pagi Rabu aku rasa malasnya la nak bangun, tp aku gagahkan jg. Aku masakkan nasi dgn telur masak kicap buat bekal Aiman. Pukul 9.00 pg Kak Nani ajak g sarapan, aku ajak dia makan kat Wantan Sup, BBU...aku nak makan yg panas2, lepas jer sarapan tekak aku dah rasa lain macam. Aku apalagi terus g surau, bukak kipas baring sampai pukul 1.00ptg. Sekurang2nya kalo aku termuntah pun aku dah kat Surau bukan kat opis. Mmg terseksa betul la badan ni bila dah kena macam ni.