Selasa, 24 Jun 2014

Kereta Baru Yang Tak Berapa Baru

Nissan Sentra 1.6

Memang dah lama nak cari kereta lain sebab kereta  yang ada dah sempit...dah lama kahwin badan pun makin naik nilai kapasitinya....lepas tu anak-anak semakin membesar, balik kampung pulak bawak makcik  dua orang, makanya kereta sedia ada aku tu (kereta kebal) dah sempit dan sendat.

Test duduk dulu sebelum beli kereta ini




Nak tak nak kena beli juga kereta lain yang lebih selesa, tapi apakan daya nak beli kereta yang baru keluar dari kilang memang tak mampu lerr....dah kalau kereta baru mesti harga pun cantik. Jadi kesimpulannya ambik jer la kereta second hand  yang penting luas dan selesa bila pergi jalan-jalan dan balik kampung.


Enjin kereta pun ok lagi

En. Hubby yang pergi survey kereta second hand kat internet...mudah.com...yer la bab kereta ni aku bukan pakar pun...tahu bawak dan jalan jer...bab servis atau lain-lain semua fail. Bila search punya search kat mudah.com En. Hubby berkenan dengan kereta Nissan Sentra ni...sebabnya keadaannya masih elok, tempat duduk kulit, enjinnya masih tiptop dan bunyi senyap. Terus dia usha tuan punya kedai kereta. Lagipun yang paling penting harganya masih di tahap kemampuan aku untuk membayarnya...nak bayar yang mahal-mahal memang aku tak mampu la...banyak benda kena fikir juga. Bukan fikir pasal kereta jer...makan pakai semua kena ambil kira. Kang tak pasal-pasal duit habis buat bayar kereta jer...tapi hari-hari makan telur jer lee..mmmm
Body pun boleh tahan masih berkilat dan cantik




Bila dah pergi ke kedai kereta dan tengok sendiri keadaan kereta tu memang puas hati la walaupun umur kereta ni dah 10 tahun juga...lebih tua  umurnya dari kereta sedia ada yang baru berusia darjah 2...tapi millage rate baru  167, 000 ..... kereta sedia ada pun dah 180,000 walaupun umur baru 8 tahun ...ni menunjukkan kereta sedia ada lebih banyak berjalan daripada kereta ni. Body pun masih tip top dan berkilat...cantik lah lagi.


Melaram dgn kereta baru

Disebabkan En. Hubby dah berkenan dengan kereta Nissan Sentra ni, maka setuju lah nak ambik kereta ni. Petang Jumaat pergi tengok kereta dan bayar duit booking RM2,000.00 ....terbang lah duit tu kat taukeh kedai...huhuhu...sabar ..sabar...nak dapat benda baru kena redha kan ajer la yer.
Ada gaya tak....???




Lepas tu baru lah pergi cari bank untuk buat pinjaman atau lebih cantik lagi buat hutang ...hahaha...Mula-mula pergi survey kat MBSB ...bila pegawai MBSB kira kan gaji aku tu memang layak sangat...aku bukan ada hutang apa pun....setakat ini hanya hutang kereta dan pinjaman ASB yang tak seberapa....cheewahhh.... memang sah-sah layak la nak tambah hutang. Siap pegawai MBSM tu isikan borang pinjaman lagi. Padahal En. Hubby suruh buat survey jerr pun bukan suruh isi borang...mmmm....menunggu la En. Hubby kat motor sebab aku lambat turun dari pejabat MBSB.


Tapi bila tengok kat Bank  Rakyat, bayaran balik lagi murah. Jadinya keputusan yang dibuat adalah ambik hutang di Bank Rakyat...beza banyak juga ..RM27 dengan jumlah pinjaman yang sama....banyak tu...boleh isi minyak kereta untuk seminggu pergi kerja. Terus jer isi borang pinjaman kat Bank Rakyat...pegawai bank tanya ada hutang apa...aku cakap hutang kereta dan ASB...rupa-rupanya hutang rumah aku pun ada nama aku juga walaupun En. Hubby yang bayar setiap bulan...Seriau juga aku  takut tak lulus pinjaman.  Alhamdulillah lulus juga pinjaman tu....Jumaat mohon, hari Selasa dah dapat duitnya. Cepat, mudah dan sedap lah...yer la kira jadi orang kaya sekejap la aku ni.

Masuk bengkel - tukar absober






Hari Khamis terus keluarkan duit dan bayar baki hutang pada tuan kedai kereta...Lepas tu pergi ke JPJ dan tukar nama kereta....terus dapat geran dan roadtax kereta. Tapi  sebelum tu pergi ker Kurnia Insurans dulu sebab nak tarik NCD kereta lama dan bawa ke kereta baru...kalau tak mahal la nak bayar insurans kereta ni nanti. 

Nak bagi elok dan selamat perjalanan, maka kena tukar juga absober




Seminggu dah En. Hubby naik kereta ni pergi kerja ...dapatlah dia merasa apa yang tak berapa nak kena dengan kereta ni...Rupa-rupanya Absorber dah rosak...patutlah bila lalu lubang sikit jer dah menyanyi-nyanyi tayar kereta ni. Apa lagi terus hantar bengkel dan tukar absorber yang baru. Sekarang tugas En. Hubby ialah menjadi tenaga pengajar kepada aku untuk belajar semula kereta sebab kereta ni kereta Auto...aku tak reti nak memandu kereta auto sebab kereta sedia ada adalah kereta manual... Ramai orang cakap kereta auto senang tapi bagi aku kereta manual lagi senang sebab dah sebati dalam hidup bawak kereta manual dari mula ambik lesen sampailah ada kereta sendiri. Ni tiba-tiba nak bawak kereta auto....sah-sah kena belajar balik la jawabnya. 


Selasa, 17 Jun 2014

Kue Tiau Goreng Stail Ibu


Bila hujung minggu jer pening kepala nak memikirkan menu untuk sarapan pagi. Nak siapkan hidangan untuk en. hubby dan anak-anak. Buat menu yang sama jer pun jemu juga. Hujung minggu lepas sarapan pagi yang dapat saya sediakan ialah Kue Tiau Goreng Stail Ibu.



Rencah yang diletak tak banyak manapun...cuma ada isi ayam, ikan bilis, telur dan ditambah dengan sayur taugeh dan daun kucai. Simple jer....sebab anak-anak dan en. hubby tak suka makan sayur-sayur. Yang suka makan sayur saya sorang je ni.


Walaupun kue tiau goreng ni simple tapi ia sungguh menyelerakan...apalagi bila dimakan panas-panas. Memang  sedap la rasanya. 


Bila Aiman Cabut Gigi

Aiman takut nak dok atas kerusi dentish 

Sebenarnya ini bukan kali pertama Aiman cabut gigi di Klinik Gigi Aspalela. Dah lebih 5 kali sebab giginya dah mula goyang satu persatu bermula umur dia 5 tahun. Mula-mula yang goyang gigi kapak bawah...kemudian gigi kapak atas...lepas tu gigi kacip atas...sekarang gigi kacip bawah.

Menitis juga air mata dia


Risau juga kalau tak cabut awal-awal nanti gigi baru dah tumbuh...gigi jadi tak cantik. Berlapis-lapis. Bila dah berlapis-lapis kena buat rawatan ortodontic.....mahal tu kosnya sebab dulu saya dah buat ortodontic...habis RM6,000  juga sebab gigi tak cantik la....mmm...tu la kesan kalau tak nak cabut gigi awal-awal. Yer la, zaman dulu cabut gigi sendiri, bukan pergi klinik, tu yang sakit dan gigi baru dah tumbuh tapi gigi susu masih belum tercabut. Jadinya gigi berlapis-lapis bila tumbuh. Gigi kekal pulak tumbuh besar-besar....gusi pulak masa kecik kan ruangnya sempit...bila gigi yang tumbuh besar macam kapak, tapi gusi sempit, tu pun menjadi punca gigi berlapis-lapis.


Tunjuk kat doktor gigi yang goyang


Bila naik jer kerusi dentish ni Aiman mula la merengek...takutt....menangis juga dia...walaupun tak kuat mana tapi menitis juga air mata dia. Gigi bawah tu ingatkan nak cabut 2 batang sekaligus, tapi doktor suruh cabut satu-satu sebab yang sebatang baru goyang sikit. Sekarang ni gigi kapak atas dan bawah dah tumbuh gigi baru yang kekal sampai dia dewasa....besar macam kapak giginya...bila senyum dah takde lagi rompong gusinya....


Ahad, 15 Jun 2014

Cute Cinderella



Dulu masa zaman sekolah rendah, suka baca buku tentang Cinderella, Snow White, Si Tanggang, Kisah Pak Pandir, Pak Kaduk, Lebai Malang dan yang seangkatan dengannya la. Cerita untuk kanak-kanak tapi banyak mesej berguna yang disampaikan. 

Bila dah semakin dewasa ni, kalau kita cerita balik kisah tersebut pada anak-anak mesti diaorang tak berapa nak gemar mendengarnya. Yer la...zaman sekarang, anak-anak sibuk dengan gajet masing-masing. Semua sibuk dengan game. Mana nak layan cerita macam tu. Kalau pergi kedai buku pun, sekarang banyak jual buku cerita tentang kisah haiwan-haiwan...takde lagi kisah dongeng macam dulu-dulu. Nak tak nak belikan lah juga untuk anak-anak. 

Walaupun Aiman dan Aisy tak pandai baca lagi, tapi ibu tetap belikan buku cerita untuk mereka...bacakan untuk mereka bila ada masa terluang...semoga mereka terhibur dan ambil iktibar dengan kisah yang berlaku. Cumanya buku sekarang tak berapa nak berkualiti...baru beli pun dah tanggal muka suratnya.

Ahad, 8 Jun 2014

APAM PISANG


Baru keluar dari pengukus

Panas-panas lagi




Bagi rumah Mak Ony dan rumah Uda Sepiring


APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT

Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak


Sedap dan lembut apam pisang ni





Isnin, 2 Jun 2014

Lemon Tree Song


Bermula bulan Mei hingga bulan Ogos, semua staff di pejabat ni kena belajar Bahasa Inggeris. Seminggu ada 2 kali kelas iaitu hari Isnin dan hari Rabu.  Awal-awal dulu ramai lah yang masuk kelas sebab Pengarah wajibkan semua masuk. Tapi sekarang kelas tak sampai 10 orang. Ramai yang tak nak masuk sebab tak tahu la...apa sebabnya. Tak per la...yang tak nak masuk tu dah pandai speeking English jadi tak perlulah belajar. Aku ni bila bab Bahasa Inggeris ni memang merangkak-rangkak. Nak tak nak kena masuk kelas juga. Lagipun pejabat dah bayar, rugi kalau tak nak belajar. Biarlah tak pandai yang penting kita nak belajar...bukan dah la tak pandai tapi malas pulak belajar.....huhuhu.

Semalam teacher ajar mengenai "Noun, Proper Noun, Verb, Abstract Verbs, Adjective, Adverb, pronoun, conjunction, A preposition, An interjection"

Di akhir kelas, teacher suruh cari perkataan yang ada dalam lagu lemon tree mengikut 'kelas perkataan' yang dah diajarnya. Akhirnya kami ni bukan cari perkataan tapi ikut sama-sama menyanyi sebab lagu lemon tree ni kan best...semua siap nyanyi sama-sama. Abis jer kelas mintak kebenaran kat teacher untuk save lagu lemon tree & pasang kat pc masing-masing. 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu