.jpg) |
Sambal Hitam Pahang stail saya |
Sekarang ni macam tengah hangat pulak orang bercerita tentang Sambal Hitam Pahang. Sampai menjadi viral dalam media sosial. Saya bukan orang Pahang, tapi sebab cerita mengenai kesedapannya ni hampir setiap hari keluar dalam FB, maka nak lah juga saya mencubanya. Nak beli online memang tak lah sebab saya tak berapa yakin dengan shooping online ni sebab ramai yang kena tipu. Duit dah bayar tapi barang tak sampai. Kan rugi kalau gitu. Nak cari duit bukan senang tapi nak menghabiskan duit memang senang jer.
 |
Tapi En. Hubby kata Sambal Hangus |
Tapi saya buat ni macam terlebih minyak jer, sebab tu berlinangan minyak tu. Tak per lah, firt time kan. Sebenarnya ni pun buat secara tak sengaja sebab kat pejabat ni tengah musim belimbing buluh. Makanya, saya lah yang rajin kutip belimbing buluh ni untuk bawa balik ke rumah. Selalu ambik belimbing buluh ni untuk masak lemak atau masak masam manis, tapi bila tengok dalam FB orang sibuk bercerita pasal Sambal Hitam Pahang, apa salahnya kalau kita mencuba kan.
.jpg) |
Boleh tahan rasanya |
Bahan yang digunakan ialah cili api, bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belimbing buluh. Belimbing buluh tu saya rebus sekejap dengan sedikit air sampai lembik. Lepas tu saya blenderkan semua bahan. Dah tu, saya tumis sampai dia garing. Sebab saya tak tahan pedas maka saya tambah dengan gula sedikit. Letak garam dan serbuk perasa sedikit untuk seimbangkan rasanya.
 |
Cubaan kali pertama |
Lama juga saya tumis sambal hitam pahang ni, kalau orang yang berbisness sambal ni, mereka akan masak lebih 3 jam supaya kering dan boleh simpan lama. Tapi saya masak tak sampai pun tiga jam sebab Aisy dah merengek ajak baring atas katil. Aisy demam jadi dia nak kena peluk jer. Masa tengah baring dengan Aisy, saya kecilkan api di dapur jer dan biarkan sambal tu kering dalam kuali. Lepas tu sekali sekala saya gaul dia biar tak hangus dan hangit. Bila saya rasa, memang pedas la sebab guna cili api, jadi saya tambah dengan sedikit gula untuk kurangkan tahap kepedasannya. Saya ni memang dah tak kuat makan pedas, tapi nak juga makan sambal. Itu jer lah cara yang saya buat. Bila En. Hubby balik saya hidangkan dia ayam goreng dengan sambal hitam ni untuk makan malam. En. Hubby kata ni sambal hangus ke ???
 |
Bahan untuk sambal belacan |
Dari zaman kanak-kanak lagi, satu keluarga saya memang gemar makan nasi dengan sambal belacan atau sambal ulek. Bila makan nasi takde sambal ulek atau belacan ni macam tak lengkap pulak juadah makan. Nak-nak arwah bapak memang suka cicah sayur pucuk paku dengan sambal belacan. Memang menyelerakanlah bila makan nasi dengan sambal belacan atau sambal ulek ni.
 |
Lepas kena 'ulek' beginilah rupanya |
Arwah bapak pulak tak suka makan sambal belacan atau sambal ulek yang ditumbuk dengan lesung batu. Dia boleh tahu sambal tu ditumbuk atau guna "ulek'. Ulek ni piring tembikar yang biasanya orang guna buat gaul rojak petis. Sambal belacan yang buat guna ulek memang sedap. Tak terasa bau lesung. Tapi zaman sekarang ni ramai orang buat sambal belacan pakai blender jer kan. Sebab tu dah kurang kesedapannya.
 |
Bahan untuk buat sambal tutuk |
Kalau tak de belacan kat rumah, kita gantikan dengan ikan bilis goreng. Yang ni namanya sambal tutuk. Bahan-bahannya, cili api goreng, bawang merah goreng, ikan bilis digoreng, kemudian ditumbuk sampai lumat. Kalau suka letak sedikit gula untuk kurangkan rasa pedas dan perahkan limau kasturi. Memang best bila makan nasi dengan sambal tutuk ni. Bila kepedasan tu, makan sampai menitis air mata dibuatnya.
 |
Cili Api, Bawang Merah dan Ikan bilis goreng |
 |
Lepas tumbuk perahkan limau...mmg best |
Kalau dulu, masa zaman kanak-kanak, adik beradik ramai, jadi bila makan tengah hari atau makan malam dengan sambal ni memang menyelerakan. Siap tak cukup lagi bila makan ramai-ramai dengan sambal belacan atau sambal ulek ni. Sekarang bila dah ada keluarga sendiri, sesekali teringat pulak sambal kegemaran arwah bapak ni. Tapi bila makan sekarang ni dah tak seseronok zaman dahulu sebab yang makan sambal saya sorang. En. Hubby dan anak-anak memang tak makan sambal pedas, sebab tu dah hilang rasa keseronokannya. Kalau makan ramai-ramai memang menyelerakan. Mungkin, bila semakin berumur ni, perasaan nak makan pedas ni semakin berkurangan. Lidah pun dah tak sekebal zaman dulu-dulu yang memang gemarkan rasa pedas dan masam. Sekarang ni, makan pedas sikit jer dah tak tahan. Cuma bila sesekali teringin makan sambal ulek/ sambal tutuk ni, pasti menyelerakan.
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net