Isnin, 30 September 2013

Cuti

Tadi berbual sekejap dengan Pengarah. Biasa la sembang pagi mengenai masalah kerja ni. Sebab semalam dapat info daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan selepas ni tiada lagi jawatan Gred N1-11. Semua nak di naik tarafkan. Alhamdulillah. 

Tiba-tiba pengarah bercerita pasal cuti la pulak. Dia kata ada orang cuti tak pernah mohon pun, penuh je sepanjang tahun sampai pihak pengurusan terpaksa tolak cuti pegawai. Macam ner leh jadi macam tu pulak? Tak kan tak pernah bercuti walaupun untuk berhari raya..musykil juga ni. Rupa-rupanya ramai pegawai dan kakitangan ni yang bercuti tapi tak mohon cuti. Maknanya CAUTI la tu....tapi dalam punch card penuh je.  Tak tahu la sapa yang tolong punch card kan...ada hantu raya agaknya..

Tapi sebenarnya ramai yang tak masuk opis tapi tak mahu mohon cuti. Mereka ni akan tulis kerja luar dalam punch card masing-masing. Yer la dah kerja kat sini pun bayak kerja luar, mana pihak pengurusan nak tahu. Semua tu terletak dalam hati dan diri masing-masing. Kena jujur. 


Cuba bayangkan, kita tak masuk kerja tapi dapat gaji. Daripada gaji itu lah kita buat bayar bil, kereta, makan dan minum keluarga. Mana nak dapat berkat kalau gaji tak berkat. Sebab tu mungkin Allah SWT tak makbulkan doa kita, anak2 susah nak dapat ilmu dan nakal. Keluarga tak bahagia, duit yang dapat pun tak pernah cukup.  Kalau di swasta mungkin kita kena tolak gaji, elaun dikurangkan atau sebagainya. Tapi di sini  tiada siapa nak ambik peduli. Pihak pengurusan memang akan bagi surat amaran tapi kalau bos setiap cawangan tak buat laporan mengenai anak buah masing-masing, macam mana pengurusan nak buat tindakan. Akibatnya bukan sahaja  yang suka ponteng kerja dapat balasannya, malahan hampir semua orang terkena tempiasnya. 

Sejak En. Sam Kong Meng pindah ke Jasin, Melaka, bos suruh aku buat laporan punch card setiap bulan. Bos cawangan hanya boleh tanda tangan 3 kali je kesalahan anak buah sama ada datang lewat atau balik awal atau buat tugasan luar. Tapi kalau lebih 3 kali memang kena tulis dalam laporan. Kalau tak aku yang buat laporan punch card pun dapat saham sama dgn orang yang culas...mmm...tak nak la. 

Kadang tu pegawai balik awal sebab nak kejarkan bas ekspress. Yer la duduk di Kluang tapi kerja di Johor Bahru. Jadinya balik sebelum pukul 5.00 petang walaupun waktu kerjanya jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Kalau dia balik awal 15 minit setiap hari, maknanya sebulan dah berapa jam dia tak buat kerja. Orang yang nak balik awal ni pulak bukan pikir macam tu. Yang dia tau nak kejar bas jer..aduhai....


Selasa, 10 September 2013

Ya Allah, sembuhkanlah Syafiq

Hari raya yang lepas baru jer jumpa dengan Syafiq, anak sedaraku. Macam biasa lah dia, seorang remaja lelaki yang selalu tolong neneknya buat kerja kebun. Kalau cuti sekolah jer, mesti dia duduk kampung dengan Asyraf, adiknya. Dia tak nak balik ke rumahnya di Jementah, Segamat sebab seronok duduk kampung. 

Kalau duduk kampung Syafiq suka bawa gerabak.


Semalam kak Lin, telefon. Dia bagitau yang Syafiq sakit dan doktor bagitau Syafiq mungkin kena kanser tulang. Kaki dah bengkak dan nak jalan dah susah. Ya, Allah....terkejutnya aku bila dengar berita ini. Syafiq masih muda, umur baru 15 tahun dan tak lama lagi nak ambik PMR. 

Gambar Syafiq masa hari raya.

Hari ni, aku cari maklumat mengenai kanser tulang.  http://ubatkanserb17.blogspot.com/p/kanser-tulang.html

Banyak maklumat yang aku perolehi dan maklumat tu mengatakan kanser tulang kerap menyerang remaja lelaki. Petang ni Syafiq datang dengan papa dan mama dia ke JB. Esok dia akan buat rawatan di Hospital Sultan Ismail, JB. 

Acik doakan semoga Syafiq cepat sembuh seperti sediakala. Acik tak sanggup nak tanya pada Kak Ayu (mama Syafiq). Mesti dia sedih dan sebak bila mengenangkan Syafiq...Kak Ayu mudah menitiskan air mata. Ya, Allah aku mohon padaMu berilah kesembuhan kepada Syafiq dan semoga dia mampu menjalani hidup ini seperti sedia kala.

Isnin, 9 September 2013

Kek Coklat

Semalam tekak ni terasa nak makan Kek Coklat pulak. Bahan-bahan dah ada kat rumah. Apalagi mengadun kek coklat la semalam jawabnya.

Resepinya saya ambil di sini :


http://www.myresipi.com/top/detail/1


Terima kasih kepada fendi75@myresepi.com atas perkongsian resepi ni.

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk


Hasilnya memang tak mengecewakan, sedap dan moist sangat.... lebih-lebih lagi apabila diletak topping atasnya...mak ai...makan kek aje la saya ni. Patut la berat badan makin naik dan naik... makan kek tak ingat berat badan ni..

Ahad, 8 September 2013

"Ibu Engkaulah Ratu Hatiku"

Inilah bonda kesayangan saya



Pagi ni menitis air mata ku tatakala membaca Blog Kadi Kluang...tajuk entry terbaru dalam blog tersebut ialah " Dulu Saya Susah, Sekarang Alhamdulillah"....Tiba-tiba jer, saya teringat kesusahan yang saya alami dulu....dengan adik-beradik yang ramai, mak pulak kerja toreh getah di kebun orang dengan upah tak seberapa, makan apa yang ada jer, baju baru memang takde, kasut sekolah koyak, berjalan kaki pergi dan balik ke sekolah tu dah biasa, walau panas dan hujan kena harung juga, jiran-jiran pulak pandang serong sebab kesusahan kami sekeluarga, bila susah semua tak nak mengaku sedara...

Tapi tu dulu. Sekarang semua adik beradik saya dah dewasa, dah berkerjaya dan berjaya. Cumanya arwah bapak tak sempat lihat semua anaknya berjaya. Dia dah pergi menghadap Illahi tatakala anak2nya belajar di Universiti. Ketabahan bonda membesarkan saya 14 beradik memang saya kagumi. Tanpa dapur gas dan air paip, semua nya dibuat dengan kudratnya...

Ya Allah, ampunilah dosa ibu bapaku, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil...aminn

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu