Rabu, 24 Ogos 2011

Mmg Tak Patut

Semalam masa hubby nak turun pergi keje, Aiman panggil... "Ayah, ayah..marahkan adik ayah, dia cakap bangang".....Hubby pun jeling jer la anak Mak Ony tu, tahu pulak dia takut, dia tak pandang pun ayah Aiman. Masa tu Mak Ony kat dapur, jadi dia tak tahu la Aiman ngadu pada ayahnya.

Petang semalam lepas ambik Aiman, Aiman cakap lg..."Ibu, tadi adik kan cakap bangang..mampus"... .."Lain kali kalau adik cakap mcm tu lg, abg bgtau dia nanti Allah tak sayang...pastu berdosa besar"...itu la yg aku balas. Patutla aritu masa hubby marah Aiman dia leh kata bangang kat ayah dia, rupanya ada org yg ajar...Nak marah budak tu, dia mmg sah2 dah OKU...terpaksala aku cakap dgn Aiman baik2...."abg jgn cakap mcm tu lg yer, nanti berdosa, Allah tak sayang" ..."Nanti kalo adik cakap mcm tu lg Aiman bgtau ayah, suruh ayah marahkan adik".....yer la ibu.

Selasa, 23 Ogos 2011

Kembara Merdeka Ramadhan bersama sehelaibaju.com

Pukul 3.00 ptg semalam ikut Program Kembara Merdeka Ramadhan bersama sehelaibaju.com. Program ni anjuran Jabatan Penerangan Johor dengan kerjasama sukarelawan sehelaibaju.com buat menyapu si air mata....Kitaorg berkonvoi, 3 unit jabatan dan 2 kereta sukarelawan, Majlis bermula dari IPPNJ terus masuk highwang Senai-Desaru, menuju ke bus stand Bandar Penawar...nak buat edaran bendera, pamplet, sticker, poster dan mcm2 lg la. Pertama kali la aku masuk highyway Senai-Desaru, dapat la lalu jambatan kat Telok Sengat tu, panjang la jg, ada la dalam 2km...Ok la juga kat situ banyak la buat edaran bendera dll. Pastu sukarelawan sehelaibaju.com nak sgt g Telok Sengat, Kota Tinggi. Jadi konvoi pun pergi la ke sana. Edarkan pamplet, sticker dan poster....tu jer yg tinggal. Tp ada sorang pakcik tu buat deek je masa kitaorg buat edaran, pastu dia tanya ada tak bendera, kawan tu pun cakap la bendera dah habis, tinggal psoter dan sticker jer. Yg buat sakit hati tu, ada ke patut pakcik tu kata mcm ni " takperla, kat rumah saya dah ada bendera, bendera PAS" ..hiss...geram betul aku dengar. Aku terus malas dan dok jer dlm unit.

Ok lah, dah settel keje kat situ, terus g Kota Tinggi, nak ke rumah anak yatim Kota Tinggi buat edaran baju raya. Sebelum tu singgah sekejap kat Pejabat Penerangan Kota Tinggi, aku sempat solat asar jap...nasib baik abg cameraman dari RTM pun nak solat gak...ada jg kawan nak naik ke tingkat 2 Bangunan Sultan Iskandar tu...yer la...waktu dah pukul 6.15 ptg, tanya yg lain semua cuti jer...aku pun solat la sorang2 jer...tak per la, solat kan wajib mesti dilaksanakan walau kat mana kita berada.

Dah selesai solat, terus naik unit menuju ke Rumah Anak Yatim Kota Tinggi, kedatangan kami disambut oleh YB Asiah Md. Arif, ADUN Johor Lama. Pengarah & the geng pun ada gak. Anak2 yatim tu siap berbaris menyambut kedatangan kami. Pastu kitaorg ambik tempat duduk, ada ucapan sikit dari Pengarah, wakil sehelaibaju.com & YB Asiah. YB bagi ucapan pun ringkas je sbb dah nak sampai waktu berbuka. Ada simpolik memakaikan baju raya pada anak2 yatim tu. Pastu dah masuk azan maghrib, waktu berbuka....Masa buka puasa makanan nya kuih karipap, kuih nagasari (perasa cendol) dan kurma jer. Lepas buka jer aku terus solat maghrib kat surau. Yg lain solat kat dewan sbb surau kecik, tak muat jadinya..

Selepas solat aku terus g makan, lauknya ayam goreng, ikan kerisi sambal, ikan masin sepat, ulam petai, pucuk selom & ulam raja, sambal belacan dan sayur pisang masak lemak. Aku makan ulam petai cicah sambal...sedapnya la. Sampai abis petai tu aku kerjakan....iskh2 tak senonoh betul la aku ni...aku tgok org lain tak nak sentuh pun, jadi aku la abiskan. ..

Tengah makan tu aku tengok Faizal (Ketua Unit aku) dah bersiap2 nak gerak, aku pun cepat2 abiskan nasi terus salam2 dgn semua...pastu naik unit. Kitaorg berkonvoi balik ke JB..Sampai pejabat kul 8.57 mlm, pastu aku tumpang Suhairi balik ke rumah, nak suruh Saipul hantar, dia tak tahu lak jalan keluar dari BBU ke Skudai, nak tumpang Faizal kesian la pulak sbb dia arah lain, aku lain, Nasib baik ada Suhairi...dia pun dok kat BBU jg. Sampai rumah dah pukul 9.00 lebih.

Sampai jer rumah aku tgok hubby & Aiman tgh ngadap TV citer MAHARAJA LAWAK...dia download kat internet pastu pasang kat TV...yer la rumah aku mana ada ASTRO...aku tak mampu lagi nak bayar bill astro tu. Atas meja ada ayam McD jer, dgn air pepsi...aku cakap dgn Aiman, ibu nak mandi kejap, abg tgok TV dulu je, pas mandi Aiman kata dia nak makan nasi dgn telur goreng. Padahal dah kul 10.00 mlm tu, tak per la, mesti dia lapar tak makan nasi kan. Aku pun tanak nasi kejap pastu goreng telur, aku suapkan Aiman....habis satu pinggan dia makan. Dah kul 11.30 mlm Aiman tak nak tido lg, dia ajak aku baca buku...aku dah ngantuk & letih jadi aku pujuk dia ajak tido sama....sbb pagi2 aku nak bangun masak sahur...Ok aku pun tido la dgn Aiman, rupanya tgh malam ayah aiman leh lak makan nasi dgn telur goreng yg ada kat atas meja...iskh2 mana badan tak montel..dah malam2 pun makan nasi gak...

Teksi Kupon di JB

Pagi Semalam ada program Kempen Kibar Jalur Gemilang Anjuran Jabatan Penerangan Johor Dengan PETEKMA (Persatuan Pemandu Teksi Malaysia) di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Majlis sekejap jer, dari pukul 10.30 pg - 12.00 tgh hari. YB Datuk Haji Ahmad bin Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang rasmikan. PETEKMA hantar memorandum bantahan penggunaan teksi berkupon..Aku pun sokong sgt dengan bantahan tersebut sbb kupon tu menjadikan tambang teksi mahal. Aku dah terkena dah. Aritu pergi Angsana dari opis ni, pergi tambang RM8.00 jer. Nak balik dari Angsana ke RTM kena lak beli kupon teksi kat kaunter, org jaga kaunter cakap tambang ke RTM RM13.00. Aku pun marah la, napa lak mahal sgt dari RM8 jadi RM13.00 lak....naik RM5.00. Org kaunter tu kata mmg dah itu harga di komputer. Hai...komputer tu sapa yg settingkan, bukan ke manusia jg. Pastu dia semak harga ke Hutan Bandar, JB. Tambang RM15.00 perghhh...ni boleh menyebabkan aku marah ni...yer la, mmg tak patut sgt...naik sampai mcm tu sekali. Aku pun malas la nak naik teksi guna kupon ni...cekik darah jer...last2 aku tunggu teksi kat depan menara LHDN...luar dari Angsana, sampai pejabat baru jer RM8.00....pas ni kalo nak naik teksi kat JB ni jgn la ambik teksi berkupon, menyusahkan pengguna jer. Tapi aku tengok dah banyak tempat dia bukak kaunter kupon tu kat JB.....Kat Pasaraya @Mart, Kempas, Angsana kat Larkin Sentral pun dah pasang...Syarikat tu mmg menyusahkan org la....

Isnin, 22 Ogos 2011

Syukur PadaMu Ya Allah

Hari Jumaat, lepas buka puasa kat pejabat aku suruh hubby hantar g farmacy, nak beli pregnancy test...sbb period dah lewat 2 minggu, dah tu aku asyik sakit kepala jer, rasa loya lagi, badan rasa letih semacam je....kalau boleh nak baring jer... Dah balik aku letak jer alat tu atas meja tak buat test pun, aku nak buat awal2 pagi sbb hormon aktif pada waktu pagi. Jadi sebelum sahur, aku pun gunakan la alat test mengandung tu.. Tengok2 tak nampak pun line yg keluar, ahhh....biar jer la alat tu kat bilik air, tunggu la dulu. Dah 2 minit aku jengah balik bilik air, tengok dah keluar ke belum line merah tu....Alhamdulillah, syukur sangat padaMu ya Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Kau berikan ku rezeki lagi......sukanya hati aku. Yer la, Aiman pun dah umur 3 tahun lebih, kalo bersalin besok Aiman dah masuk 4 tahun. Dah besar dan boleh diharap. Masuk opis hari Isnin, aku terus bukak internet, cari maklumat nak kira tarikh jangkaan bersalin. Ok, dah jumpa pun, aku masukkan tarikh last period aku 5 Julai 2011, Tarikh dijangka bersalin - 10 April 2012...

Harini, aku dah mengandung 7 minggu...syukur sgt. Cuma yg aku tak tahan, setiap hari rasa loya yg teramat sgt, aku dah tak boleh bau minyak wangi yg hubby pakai, kalo bau jer terus rasa pening sgt, bau sabun Dynamo yang biasa aku guna pun boleh buat aku rasa loya dan pening. Aku selalu citer pada hubby, tp dia leh kata lak mcm menyesal jer mengandung. Ada ke patut hubby aku kata mcm tu, aku bukan menyesal tp aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa pada dia. Takkan la aku nak menyesal...aku yg nak sgt anak, aku syukur sgt...cuma rasa loya dan pening kepala ni buat aku lemah... Apapun Syukur pada MU YA ALLAh...

Selasa, 16 Ogos 2011

Mercun POP-POP

Setiap hari bila ambik jer Aiman dari rumah Mak Ony, mesti Aiman siap pesan dgn Mak Ony. "Malam nanti mak panggil Aiman yer, kita main Pop-pop sama". " Yer la, lepas buka nanti mak panggil Aiman yer"..tu la jawapan Mak Ony.. Sebenarnya ibu pun tak pernah belikan Aiman mercun pop-pop tu, tapi Mak Ony yg ajar. Mula2 beli kat kedai bawah tu jer, sekotak harganya RM1. Masa mula2 main, Aiman takut, dia tengok jer Mak Ony baling mercun pop-pop tu, tapi lama kelamaan dia makin seronok main, setiap hari mesti dia tunggu Mak Ony panggil ajak main sama.

Semalam Mak Ony tak belikan Aiman mercun pop-pop tu.. Aiman biasala, bila dengar jer pintu rumah Mak Ony terbuka, mulalah dia buka pintu nak keluar rumah. Kadang tu bukan Mak Ony, Abg Zaini yg keluar...anak Mak Ony yang sulung tu nak g surau. Abg Zaini tu senyum jer la bila tengok Aiman...Pas tu bila dengar lagi pintu terbuka, cepat2 Aiman bukak pintu lg..dia tak sabar nak main mercun pop-pop. Salah lagi, rupanya bukan Mak Ony, adik, anak Mak Ony yg bongsu.... Disebabkan Mak Ony tak panggil2, Aiman pun panggil la Mak Ony. " Mak...oo...mak..Aiman nak main pop-pop"...." Mak tak beli la Aiman, esok la kita main yer"... bila dengar jer mercun pop-pop takder, apalagi mengamuk la si Aiman ni..menangis2 sampai tak nak masuk rumah.. Puas aku pujuk dia, cakap dgn dia kedai tak buka la, esok beli la, tengok citer ultraman la...tu pun Aiman menangis2 nak juga main mercun pop-pop...

Kalo sehari sekotak...RM1, ada 12 hari lg nak balik kg sebelum raya.....kena beli 12 kotak lagi la jawabnya mercun pop-pop tu... Hai Aiman2...

Isnin, 15 Ogos 2011

Kuih Raya

Hari ni dah masuk hari ke-16 umat Islam berpuasa, tinggal 13 hari jer puasa...sekejapnya la..pastu dah raya. Tapi sampai skrg pun aku lom sempat tengok kuih raya kat pasar raya. Setiap tahun aku mesti beli kuih...paling kurang 3 balang....utk rumah sendiri, mak mertua dan mak sendiri. Tahun ni ntah bila nak g beli...hari minggu keluar tp sekadar beli lauk je kat @mart, Kempas.... Hujung minggu ni rasa nak tinjau kuih raya la..kat Mydin biasanya murah, rasa pun boleh tahan. Kalo beli kat Mydin leh la dapat banyak bekas...tahun lepas beli kat Mydin 7 bekas ...tahun ni pun rasa nak beli kat Mydin la..murah sikit harganya. Dah tengok kat Angsana aritu, harga punya la mahal..satu bekas tak sampai 50 biji dah RM25-RM40.. kalo ambik 3 bekas dah nak RM100...mmm...tak berbaloi la... Lg pun bonus dah masuk...jadi mesti kena beli juga minggu ni, sbb minggu depan dah nak balik kg dah...

Isnin, 8 Ogos 2011

* Bonus Raya *

Alhamdulillah...malam tadi masa dengar Buletin Utama, aku menjerit besar..apa tak nya nampak tajuk utama " Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan Diberi Bonus Setengah Bulan Gaji" dan akan dibayar pada pertengahan bulan ini. Gaji aku skrg RM1,119.00 maknanya bonus yang aku dapat RM 559.50...syukur sgt. Ye la, nak raya ni banyak duit nak guna...nak g beli baju anak, isi minyak kereta, kuih utk bawak balik kampung, belanja barang dapur kat kampung....semua guna duit. Duit bonus tu kira duit utk belanja raya jer la.

Semalam Mak Nok dah tanya, nak tukar duit raya tak.....yer la setiap tahun aku tukar duit RM1 sebanyak RM200, bagi kat anak sedara yang dah puluh2 orang...tak per la, walaupun jumlahnya sikit tp sekurang2nya kita buat sedekah dan amal jariah...Bagi sikit kat mak, kakak yg kat rumah tu, Mak Ony dan anak dia.....Aiman pun ibu bagi juga....dah anak sedara aku bagi takkan anak sendiri tak dapat duit raya.....

Hujung minggu ni, kalo takder per2 aku nak ajak Aiman g belanja kuih raya la...Rasanya dah boleh start membeli ni, nak bagi mak Semerah dan Mak Bukit Mor....Rumah sendiri lg...ala beli kuih yg simple2 jer janji ada buah tangan utk bawak balik kg... Nak harap aku buat sendiri, mmg takder la...oven pun tak de, mana aku nak bakar kuih kat rumah.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu