Tu la yg En. Shahrom ckp dgn aku smlm apabila AA nak ajak aku jumpa pengarah dgn ZZ &Fara. Aku tak de masalah apa pun, sbb tu aku tak kesah & tak takut per2 pun. Citernya mcm ni....
Dlm perjumpaan dgn semua staff di KSL Hotel, JB..ucapan pengarah berkenaan dgn cuti, mc, penggunaan laman sosial dan pasal keje. Sblm tu ada taklimat bertajuk Integriti dlm Kerja. Semua tu sebenarnya utk motivasi diri kita supaya jadi lebih baik drpd yg ada skrg. Aku pun setuju dgn pengarah & penceramah. Sbb apa, kita ni kalau takde org tegur, kita akan rasa semua perkara yg kita buat betul saja...walaupun pd hakikatnya salah. Penceramah bg tahu cara nak meningkatkan integriti..ni termasuklah mintak kebenaran bila nak keluar pejabat..walhal, nak g solat pun kena minta kebenaran drpd bos sbb "KEJE ITU IBADAH"....kita dah dibayar gaji dgn keje kita, jadi kena mintak kbenaran bila nak keluar.
Penceramah jg ada cakap ciri2 org munafik..antaranya, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi keperecayaan dia khianati. Betul la apa yg penceramah cakap kan tu sbb ramai antara kita tak jujur dlm segala hal semata2 utk jaga hati kawan. Ramai juga antara kita yg suka berdusta bila bercakap semata2 nak jaga status dan ramai juga antara kita yg suka mengkhianati apabila diberi kepercayaan semata2 nak bgtau semua org yg kita adalah yg terbaik. Tp kita suka menuding jari kepada org lain utk menutup segala keburukan yg telah kita lakukan. Aku akui semua nya. Kalau tak byk, sedikit pun mmg kena batang idung sendiri tp itu semua aku jadikan motivasi diri kpd aku supaya keje dgn baik, tak curi tulang dan laksanakan keje dgn ikhlas.
Pengarah jg ada bgtau, kalau dah tak suka cara keje di pejabat, bolehlah mufarakah sendiri..maknanya letak jawatan. Ramai lg org berebut nak keje di pejabat ni kalau kita tak setuju dgn cara keje di jabatan. Ucapan pengarah ni sama dgn ucapan masa dia sampaikan waktu majlis penutupan kursus di melaka. Tp takde sapa pun nak complain ucapan bos tu sbb dah itu tanggungjwb bos utk ingatkan staff bawahannya. Kalau tak dia akan disoal di akhirat nanti.
Selama ni pun, kalau aku nak keluar pejabat aku akan bgtau dgn bos aku utk mintak kebenaran, kalau bkn En. Shahrom aku akan bgtau En. Sam. Kalau diaorg takde aku akan hantar sms. Selain itu, penceramah ada jg ckp bab cuti dan mc yg sering disalahgunakan oleh staff..aku akui semua tu. Mungkin ada antara kita suka beli MC dr klinik utk ponteng keje. Padahal kita sihat, kita tipu bos kata anak sakit, padahal anak sihat..penceramah kata tu semua doa kita..apa yg kita ckp akan jadi doa...napa kita mesti nak tipu utk elakkan tugas..kan dosa namanya tu. mmm... Penceramah bgtau, kalau nak solat sunat dhuha pun kita mesti minta kebenaran drpd bos, kalau bos bg kebenaran baru lah boleh keluar. Mungkin ada antara kita rajin beribadah tp tak laksanakan tugas, solat sampai berejam2 padahal solat dhuha 2 rakaat jer dan waktunya antara 8.30 pg -11.30pg...jadi 10 minit dah leh siap. Kita semua lupa, nak kejar akhirat tp keje dunia kita tak ambil peduli, padahal malaikat akan catit segala amal kebajikan kita. Tu yg penceramah bgtau. Mmg aku setuju dan akui apa yg penceramah ckp.
Berbalik pd cerita awal aku td, AA nak ajak aku jumpa pengarah dgn ZZ dan Fara, AA tak puas hati dgn aku. Sbb masa solat asar, ZZ tanya aku napa tak kesah dgn dia, aku ckp pd ZZ, AA dh bgtau semuanya, tp bila ZZ tanya pd AA, AA mcm salahkan aku pulak. Itu je sbbnya..sampai nak ajak aku jumpa pengarah...apalah diaorg ni, benda kecik pun nak dibesarkan. Aku tak kesah jumpa pengarah sbb aku tak salah pe2.. buat pe nak takut. ZZ pulak tak faham apa yg aku ckp..apa yg aku tak suka AA dah sampaikan pd dia pun..pasal aku diburukkan oleh org lain, pasl remove nama kat FB...ntah apa2 la diaorg ni. FB tu bkn keistimewaan bg aku, aku pun bkn 24 jam ngadap FB, byk lg keje lain yg aku nak layan drpd ngadap fb..kalau aku ni jenis suka berFB dah lama aku tukar phone aku yg tradisional kpd iphone...yg canggih dan ada segala2nya...tp takder pun...ZZ dah remove nama aku drpd list name dia..tu aku tak kesah la...aku pun bkn nak tahu sgt status org ni dan aku pun bkn gemar sgt tulis status aku kt fb sampai nak bergaduh sakan.. Sbb apa, fb ni la tmpat org bergaduh, dh tulis mcm2 akhirnya terbongkar rahsia...ibaratnya mcm tu la. Bila aku call AA ajak g jumpa pengarah, dia tak angkat pulak...aku terus sms la dia, jadi tak nak jumpa pengarah. Tp dia kata tak jadi sbb dia takder masalah dgn aku pun...la..pulak, padahal td beria2 nak ajak aku jumpa pengarah. Aku dah bersemangat waja ni....
Sebenarnya kisah ni ibarat kata En. Shahrom la..."Sapa mkn cili dia yg rasa pedas"...sapa yg buat salah, dia yg terasa dgn ucapan pengarah. Aku selama ni keje mcm ni jer...yg penting tugas2 pejabat aku laksanakan dgn sebaik mungkin krn dr rezeki itulah aku bg mkn anak & keluarga, bg duit kat mak, bayar bil2 dan bayar upah pengasuh & mcm2 belanja. Jadi aku tak nak rezeki yg aku perolehi tak diberkati dan tak halal.. Tak halal tu bkn bermakna buat keje kotor tp kerana curi tulang masa bekerja..