Isnin, 22 Disember 2014

Kenali Haiwan

Ibu    : Abg, esok nak makan lauk apa?
Abg   : Ada haiwan apa dalam peti ais ibu?
Ibu    : Haiwan apa pulak ni..mana ibu ada simpan haiwan dalam 
            peti ais.
Abg   : Haiwan apa dalam peti ais ibu....macam ikan ke, ayam ke...
Ibu   : Ada haiwan ayam, ikan bawal, ikan kaci, Ikan bilis dan 
          telur ayam yang belum jadi haiwan. (Hahaha..sambil 
           ketawa)
Abg  : Abg nak lauk ayam masak merah esok.
Ibu   :  Abg, Haiwan tu binatang yang masih hidup. Haiwan dan 
           binatang sama makna. Tapi tak bolehlah panggil ikan dan 
          ayam dalam peti ais tu haiwan sebab dia dah mati dan jadi 
          makanan kita. Kena panggil lauk.
Abg  : Habis tu kat sekolah cikgu ajar "Kenali Haiwan". Kat TV 
           pun sama juga, ada rancangan "Dunia Haiwan".
Ibu  : Yer lah Abg Aiman...

Rabu, 10 Disember 2014

Nak Sekolah Dah

Stoking Sekolah - 5 pasang

Kasut sekolah - 3 pasang

Tak lama lagi dah nak masuk sekolah. Abg Aiman dah 7 tahun, dah nak masuk darjah 1, sekejap jer masa berlalu, dah sekolah anak ibu dan ayah ni. Mula-mula nak beli barang keperluan sekolah di KL tapi disebabkan orang terlalu ramai di KL makanya beli di kampung jer.....Pekan Parit Jawa.  Lagi senang dan mudah sebab tak perlu bersesak-sesak dengan orang yang ramai.

Seluar dalam - 6 helai 

Baju uniform sekolah - 3 pasang

Walaupun beli di kampung, tapi semua ada. Saya belikan Abg Aiman baju uniform sekolah 3 pasang, baju melayu putih untuk sekolah agama 3 pasang, stoking 5 pasang, seluar dalam 6 helai, tali pinggang dua, kasut sekolah 3 pasang. Beli banyak senang sebab tak perlu bersusah payah untuk seterika baju setiap hari. Saya kerja, kalau setiap hari nak seterika baju mesti kelam kabut jadinya. Kalau boleh saya nak beli 5 pasang sekali tapi disebabkan kos tak berapa nak cukup, maka beli 3 pasang dulu.  Kalau baju kotor, ada lah baju untuk salin. Tau jer lah budak darjah satu macam ner, makan mesti comot, kasut mesti kotor, sebab tu kena beli banyak supaya boleh tukar baju setiap hari. Tak lah nanti orang kata anak saya comot semacam jer.

Kapur  kasut & Taling Pinggang

Kasut dah tulis nama Aiman

Kasut dan baju sekolah Abg Aiman, saya dah siap tulis nama dia. Sebab nanti dia duduk di Taska, tak nak lah nanti baju dan kasut tertukar dengan kawan yang lain. Budak lelaki ni bukan kisah sangat dengan barang dia. Masa tadika tahun lepas, berkotak-kotak pensel warna hilang entah ke mana, pensel pun sehari sebatang, pemadam sehari satu. Bukannya saya sayang duit atau kedekut nak belikan barang dia, tapi kalau dah setiap hari hilang, tak ker membazir namanya tu. Sebab tu kena tulis nama siap-siap supaya tak hilang atau tertukar. Tapi kalau nak hilang juga nak buat macam ne, redha jer la...

Sabtu, 6 Disember 2014

Bahulu & Kopi Kegemaran


Mini Bahulu ni antara makanan ringan yang selalu aku beli dan mesti beli bila keluar berbelanja di Mydin. Bahulunya kecil molek jer, lepas tu lembut. Tak rasa bahulu pun, rasa macam kek jer. Sedap untuk minum petang atau buat sarapan. Sambil makan bahulu dan minum air kopi. 



Kopiko 3 in One ni baru pertama kali cuba. Selalu minum nescafe atau teh. Tapi kali ni nak cuba kelainan dengan membeli KOPIKO 3 in One. Aku beli pun sebab harganya murah. Dalam satu bekas ni ada 30 paket ..harganya baru RM10.50. Kalau jenama lain satu bekas hanya ada 15 paket ..harganya pulak dah mesti RM12.00 ke atas. Aku ni semua nak jimat, mana guna barang mahal-mahal. Sekarang ni, semua kena berjimat-cermat, kalau tak diri sendiri yang merana....asal boleh jer.


Bila Jejalan Dgn Anak-Anak


Bila keluar berjalan-jalan dengan Abg Aiman & Aisy, mereka mesti nak g main-main kat sini. Kalau dah naik benda alah ni, mesti mereka berdua tak nak balik. Kadang tu bukan tak kasi mereka naik benda alah ni, tapi kadang syiling takde. Biasanya alat ni hanya boleh telan syiling 50 sen jer..tapi 50 sen lama. Kalau syiling 50 sen baru tu mesin ni tak leh telan...tu yang hampa.


Sesetengahnya pulak mesti nak guna token. Ada token yang sekeping RM1.00 dan yang ni pulak kena guna token RM2.00. Yer la, tempat duduk pun double, maka duitnya pun kena la double standard juga. 


Hari tu masa bawa Aisy ke Larkin Sentral, dia nak sangat naik benda alah ni...Apa nama sebenar mainan ni pun saya tak tahu, sebab tu panggil 'benda alah' ni. Dah la guna token, tapi bila dah masukkan token, benda alah ni tak berfungsi pulak...rugi jer duit kan. Lepas tu naik kan dia kat benda alah ni yang lain pula, tapi bila dengar muziknya macam lagu krismas jer....terus suruh Aisy turun. Hampa jer kan.  


Rabu, 3 Disember 2014

Tadika & Taska AsSofea



Disebabkan Mak Ony sakit dan tak dapat jaga anak-anak aku yang 2 orang tu, aku nekad nak hantar Abg Aiman ke taska awal tahun depan. Kalau Mak Ony nak jaga lagi, biarlah dia jaga Aisy sorang. Lagipun aku dah pikir panjang, Abg Aiman nak masuk sekolah tahun depan, jadi mesti ada orang kena uruskan dia untuk ke Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Kalau duduk rumah Mak Ony dan Mak Ony pula kena buat rawatan di HSA atau klinik, mana aku nak letak anak-anak. Aisy boleh la aku bawa ke pejabat tapi Abg Aiman..macam ner pulak? Tak kan aku asyik nak mohon Cuti Rehat bila Mak Ony buat rawatan atau checkup.

Sekarang ni, Mak Uda yang tolong jagakan anak-anak. Bulan depan kalau Mak Ony dah sihat bolehlah dia jagakan Aisy jer. Biarlah Aiman masuk Taska. Aku dah tanya kat Taska Sofea, bayaran bulanan untuk transit pun tak mahal mana..cuma RM150 jer. Lagipun Sekolah Kebangsaan di hadapan  taska, pengasuh taska boleh jemput Aiman depan sekolah. Kemudian Aiman bersiap untuk ke sekolah agama pula. Tinggal aku uruskan van ke sekolah agama la pulak dari taska ke sekolah agama. Petang bila aku balik kerja, aku terus jemput Aiman. Cikgu taska kata, petang lepas balik sekolah, semua anak-anak dah siap mandi dan tukar baju. Ok lah tu...harap-harap Aiman ok di taska yang baru. Biarlah dia belajar bergaul dengan kawan sebaya...kat rumah Mak Ony pun dia duduk jer dalam rumah, main dengan Aisy dan adik Mak Ony. 

Cuti Cuti Malaysia


Hujung minggu lepas kami sekeluarga dengan nenek Yo dan Mak Nok bercuti ke Kuala Lumpur. Sebenarnya tujuan utama untuk hadir majlis jemputan kahwin rumah sepupu di Putra Perdana, Puchong. Tapi bak kata orang, sambil menyelam minum air. Sambil datang majlis kawin, kami sekeluarga berjalan-jalan sekali bukan bershooping  tau. Jalan-jalan setakat isi minyak kereta dan  bayar tol jer, tapi kalau shooping poket kena tebal, baru seronok.



Diana, adik hubby ajak ler ke IOI Mall, yang baru bukak....Bila dah ke sana, nak cari parking pun susah. Kereta banyak sangat dan orang pun lagi lah ramai. Apa mereka cari ntah..semua tertumpu di IOI Mall. Saya dan En. Hubby pulak bawa 4 budak lelaki ni, yang dah sah-sah semua  tengah lasak dan lincah. Aisy terpaksa saya dukung sebab dah tertido. En. Hubby kena jaga 3 orang lagi. Memang kena berjaga-jaga la jawabnya bila bawak anak-anak ke tempat yang ramai orang ni, takut anak terlepas dari tangan dan hilang dari pandangan. Orang punya lah ramai di IOI Mall ni sampai nak masuk lif pun penuh memanjang jer.




Disebabkan dah terlalu lama tunggu lif  tapi tak dapat-dapat, maka En. Hubby ajak naik tangga jer. Pimpinlah 4 orang hero ni di tangga. Aisy pulak dah membuang air...semakin tak selesa lah nak berjalan-jalan. Mak mertua, Diana dan Mak Nok pula dah tak nampak bayang. Nak call pun line telepon boleh takde...mana tak susahnya. Akhirnya mesej je la jawabnya ..Dah lah terpisah sejak masuk parking kereta tadi, bila dah masuk dalam shooping mall lagi lah susah. Aku susah hati betul la bila IOI Mall di dipenuhi orang...dah macam ulat pulak aku tengok. Semua kedai penuh dengan manusia. Dari manalah mereka ni datang, sampai kedai emas pun penuh dengan orang. Hishhh...ramainya manusia. 


Aku dan En. Hubby tercari-cari Diana dan mak mertua. Mereka pun tercari-cari kami. Siap aku cakap pada hubby, "kita cari tandas jer lah, tukarkan lampin Aisy, lepas tu kita keluar, tak payahlah jalan di tempat yang sesak dengan orang ni dengan bawak budak. Takut tak selamat"..Tak lama lepas tu kami jumpa Diana dan Mak Mertua. Aku dan En. Hubby terus tuju ke tandas untuk salinkan lampin Aisy. Tandas pun penuh sampai kena berbaris panjang. Disebabkan tandas lelaki kosong, aku suruh En. Hubby tukarkan lampin Aisy. Lepas tu kami berpakat untuk keluar jer dari IOI Mall dan pergi ke tempat lain. Tak sanggup rasanya aku nak meredah manusia yang penuh di situ dengan bawa anak-anak. Kedai yang ada dalam shooping mall tu pun sama jer macam kedai di JB atau kat mana-mana. Akhirnya kami hanya beli Papa Roti untuk mengalas perut yang lapar dan terus keluar dari IOI Mall menuju ke Cyberjaya. Diana belanja makan Nasi Arab di Saba Restoran, Cyberjaya. Lepas tu terus balik ke Muar. 


Sempat pulak Aiman melaram.


Aiman dan Aisy di hadapan Masjid Putrajaya



Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu