![]() |
Letak gambar 1/2 jer ..sbb saya tak suka berselfie |
Sekarang ni tengah musim demam agaknya. Mula-mula Aisy demam, hari Khamis lepas badan dia dah panas, bibir kering dan pecah. Lepas tu bila balik kerja ambik Abg Aiman kat Taska, dia pun dah rasa tak sedap badan. Nak naik tangga balik ke rumah pun tak larat. Padahal dia bawa beg sekolah agama jer dgn rak kasut plastik yang aku baru beli kat Giant. Tu pun dah tak larat. Aku ni haa..tangan berbondong-bondong, dengan dukung beg sekolah dia, handbeg sendiri, beg belanja dua beg yang boleh tahan beratnya, semua tu pikul kat bahu sebelah kiri. Tangan kanan pulak bimbit ikan siakap & ikan talapia, sayur kobis seketol, labu manis sebiji, carrot, ubat gigi dan macam-macam barang lagi la yang aku belanja tadi. Duduk rumah kayangan macam ni lah setiap kali berbelanja, tangan kena kuat untuk membawa semua barang naik ke atas singahsana.
![]() |
Wah....bukan main kembang lg lubang hidungku...hahaha |
Disebabkan Abg Aiman dah mula rasa tak sedap badan, nak naik tangga pun tak larat. Setiap satu tangga dia akan berhenti dan duduk. Aku pun tak tahu sebenarnya yang dia nak demam, sebab tu cakap dengan dia "Abg tengok, tangan ibu dah penuh dengan barang, Abg tak kesian ke ibu"..Aku dah sampai ke atas, dia masih di tangga lagi. Malamnya dia dah mula rasa tak selesa, masa solat maghrib, dia solat bukan main laju lagi, ntah baca ntah tidak, lepas tu dia terus tertidur, tapi dia tak pulak cakap yang dia tak sihat. Bila pegang dahi Abg Aiman, bukan main panas lagi badannya. Seluruh badan panas. Aku letakkan tuala basah atas dahinya.
Aisy pun badan dia masih panas lagi, tapi Aisy ni susah sikit nak dengar kata, letak tuala basah pun tak mahu. Ubat demam masih ada dalam peti ais, jadi bagi lah diaorang ni makan ubat yang ada tu. Pagi Jumaat, lepas bangun pagi, tengok budak-budak ni ok, nak la juga tengok karton macam selalu tu tapi sekejap jer. Buat sarapan cekodok labu & pisang goreng pun tak laku. Abg Aiman lagi lah, tak nak makan langsung. Cuma minum susu secawan lepas tu baring lagi. Badan dia masih panas. Disebabkan panas sangat, kali ni aku letak ais ketul dalam tuala dan letak atas dahi Aiman dan Aisy. Nak kurangkan suhu badan diaorang. Tapi bagusnya diaorang ni masih nak mandi macam selalu.
![]() |
Cekodok labu manis |
![]() |
Pisang goreng untuk sarapan |
Ayah diaorang suruh letak air asam jawa pekat supaya hilang panas badan. Tapi mana ada orang suka letak benda yang masam-masam kat badan. Badan sendiri bau masam pun kita tak suka, ni kan pulak sengaja letak air asam yang masam kat badan, lagilah tak nak. Yang peliknya, diaorang demam ni berbalik-balik. Siang panas badan dah hilang tapi bila malam suhu badan naik mendadak. Ibu ni terpaksa tidur-tidur ayam jer untuk jaga anak-anak yang demam. Tidur malam, Abg Aiman sampai mengerang sebab terlalu panas.
Hari Sabtu, demam panas masih tak kurang, maka kena bawa Abg Aiman dan Aisy ke Klinik juga. Dan seperti biasa, aku bawa diaorang ke Klinik Faizal sebab dekat dengan rumah dan dah jadi klinik panel aku sekeluarga..hahaha..Doktor check sekejap dan doktor kata demam biasa. Aku risau sebab sekarang ni tengah musim demam denggi, takut anak-anak kena denggi la pulak. Lepas tu aku mintak MC untuk Abg Aiman sebab Ahad mesti dia tak dapat ke sekolah kalau badan masih panas. MC siap ambik dua lagi untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Siap pesan awal-awal dengan Abg Aiman, Isnin ke sekolah jangan lupa hantar MC pada guru kelas dia. Abg Aiman "Ibu, selalu murid kalau tak datang ke sekolah, ibubapa diaorang yang hantar surat pada cikgu, jadi ibu lah hantar surat pada cikgu"..."Abg, kan abg dah ke sekolah tu nanti, bagi jer la surat MC pada cikgu" "Kalau tak, Abg Aiman cakap jer lah, yang abg demam"..."La..pulak, daripada cakap lebih baik bagi MC kat cikgu, kalau tak buat apa ibu mintak MC pada doktor tadi"..hmmm.
![]() |
Iklan jawatan kosong Klinik Faizal |
Pagi Ahad, badan Abg Aiman masih panas lagi, dia kata kepala masih pening. Jadi memang tak ke sekolah lah jawabnya. Sebab kan aku kena pergi kerja, jadinya Abg Aiman & Aisy duduk di rumah Mak Ony. Yang peliknya, mereka berdua demam on-off...kejap panas, kejap sejuk. Sebab tu risau, kalau demam masih berlarutan, mahu jer aku hantar mereka ke hospital supaya doktor boleh pantau. Petang bila ambik diaorang dari rumah Mak Ony, Abg Aiman & Aisy dah nak main-main kat luar rumah, dah berlari sana sini. Maknanya dah kurang lah tu demamnya.
Pagi Isnin, kejutkan Abg Aiman suruh dia pergi sekolah. Tapi dia tak nak ke sekolah. Aku siap cakap kat dia "Abg, sekolah tinggal minggu ni jer bang, minggu depan dah cuti sekolah seminggu. Kalau tak sekolah hari ni, berapa hari jer abg sekolah nanti. Lagipun kan cikgu dah bagi surat yang minggu ni ada ujian LINUS 1&2. Kalau Abg tak datang ke sekolah, nanti abg tak dapat ujian kan".."Ibu, Abg janji esok abg ke sekolah, hari ni abg pening kepala lagi" Tapi lepas aku pujuk nak juga dia ke sekolah. Aku siap pesan awal-awal dengan dia, jangan lasak sangat kat sekolah, duduk jer dalam kelas sebab badan masih tak sihat.
Petang masa ambik dia kat Taska, dia cakap dia dah sihat cuma masa balik tadi kepala ada pening-pening lagi. Badan dah tak panas. Balik dia cakap nak makan ayam masak merah, aku pun masakkan lauk kegemaran dia ni. Aku tengok berselera juga dia makan, habis satu pinggan nasi dengan lauk ayam masak merah tu. Dah beberapa hari ni dia tak makan langsung, cuma minum susu dengan roti sekeping. Seronoknya bila tengok anak-anak dah selera makan dan semakin sihat. Alhamdulillah. Sekarang ni, aku pulak yang rasa tak sedap badan. Kepala dan pening, badan dah rasa seram sejuk jer, tekak rasa perit dan mulut rasa pahit. Mungkin dah kena virus demam juga agaknya.