Ahad, 2 November 2014

Tiada Pengasuh Lagi

Bulan lepas, Mak Ony jaga Aisy dan Aiman hanya 8 hari jer. Selebihnya Uda terpaksa jaga Aiman dan Aisy. Sebelum tu Mak Ony selalu asyik buat check up di Klinik Pakar, HSA, JB sebab ada masalah dengan period dia. Mak Ony cakap dia dah menopous setahun yang lalu  tapi sejak akhir-akhir ini dia kena period yang banyak dan tak berhenti-henti. Tengah malam pun dia pergi ke Bahagian Kecemasan, HSA, JB untuk buat pemeriksaan dan doktor suruh pergi buat check up di Klinik Pakar. Bermula saat dan ketika itu jugalah, Aiman dan Aisy takde sapa yang jaga. Bulan lepas Uda, Mak Nok dan Acik sekeluarga pergi melancong ke utara tanah air. Mereka makan angin ke Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama seminggu. Mak Ony pulak asyik keluar masuk hospital jer, makanya anak-anak terpaksa aku bawa ke pejabat. Nak buat macam ner, tak kan aku nak ambik cuti rehat jer. Cuti rehat selalu  aku ambik memang untuk anak-anak bila mereka tak sihat. Tapi kalau mereka sihat aku masih boleh hadir kerja dan melaksanakan tugas seharian dengan membawa Aiman dan Aisy ke pejabat. Bagi mereka kertas dan pen, pandailah mereka menconteng kertas tu. Cuma kesian pulak sebab mereka tak dapat rehat dan baring macam di rumah. Kat pejabat apa yang ada, meja komputer, kerusi dan aircond. Nak suruh dia berbaring atas lantai, tak sampai hati la pulak sebab keadaan bilik ni yang sejuk.

Aiman & Aisy tertidur di surau

Apa masalah Mak Ony sebenarnya sampai doktor asyik tahan dia kat wad?? Selepas pergi ke Klinik Pakar Puan, HSA doktor ada buat checkup pada bahagian rahimnya. Selepas buat pemeriksaan dengan menggunakan camera, doktor maklumkan yang rahim Mak Ony elok dan tiada masalah. Semua dalam keadaan baik. Lega rasanya bila dengar Mak Ony cakap macam tu. Yer lah, dah aku bekerja dan dia pulak yang jaga anak-anak aku sebab tu lega rasanya bila dia kata dia takde apa-apa masalah. Tetapi seminggu lepas tu HSA telefon semula dia dan suruh masuk ke wad untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut mengenai rahimnya. Nak buat scan perut dan tengok apa yang ada dalam perut. Lama juga dia masuk hospital, hampir seminggu sebab menunggukan mesin tu kosong. Keputusannya, doktor maklumkan yang ada ketumbuhan dalam rahim Mak Ony. Doktor maklumkan yang kemungkinan ketumbuhan itu adalah kanser. Aku yang dengar ni pun dah rasa ngeri dan macam petir jer bila dapat tahu yang Mak Ony ada kanser rahim. Di hospital lagi Mak Ony maklumkan pada aku melalui telefon. Doktor kata nak buang rahim Mak Ony dengan kadar segera supaya kanser tersebut tak merebak ke luar organ lain. Bila dengar kanser jer, aku teringat pada Arwah Syafiq, anak sedaraku yang juga telah meninggal pada 22 November 2013 disebabkan penyakit kanser. Arwah Syafiq meninggal dalam usia yang sangat muda iaitu pada usia 15 tahun disebabkan kanser tulang. Bos cawangan aku ni pun kehilangan isteri sebab kanser payu dara. Padaku kanser ini memang pembunuh cuma kita tak tahu berapa lama seseorang boleh bertahan bila kena kanser. Arwah Syafiq sakit 2 bulan jer sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Hari ini. 3 Oktober 2014, Mak Ony perlu masuk ke wad lagi sebab doktor dah tetapkan tarikh untuk membuat operation pada 5 Oktober 2014 (Rabu). Doktor perlu buat pembedahan segera bagi mengelakkan kanser tersebut merebak ke organ lain. Aku cuma mampu doakan semoga Mak Ony cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Tentang anak-anak aku tu, aku dah tak kisah kalau Mak Ony dah tak boleh jaga sebab Aiman pun dah besar, tahun depan dah masuk darjah satu. Aisy pulak dah nak masuk umur 3 tahun, dah senang nak urus dan jaga dia. Sekarang Uda dan Mak Nok yang tolong jaga. Aku cuma usahakan juga untuk Aiman dan Aisy masuk taska pada awal tahun depan sebab Aiman pun dah sekolah. Pagi kena masuk sekolah kebangsaan dan petang kena pergi sekolah agama. Jadi kalau masuk taska berbaloi juga sebab Aiman hanya transit sekejap di taska sebelum ke sekolah agama. 

Komputer bertukar jadi citer ultraman..Ultraman Dyna pun ada kat sebelah PC

Hari Sabtu, masa nak pergi ke rumah Uda, aku sempat bersembang dengan Mak Ony. Aku cakap dengan dia yang Aiman dan Aisy tak nak duduk di rumah orang lain tetapi kalau Taska dia kata nak. Jadi kalau Mak Ony tak boleh jaga pun tak pe sebab aku nak hantar Aiman ke Taska tahun depan. Tapi Mak Ony cakap semoga dia cepat sembuh dan boleh jaga anak-anak aku lagi lepas ni. Yer la, sapa tak sayang dengan budak yang membesar depan matanya. Sejak lahir sampai besar Aiman dan Aisy duduk di rumah dia, tetiba nak hantar tempat lain. Mesti lah dia sayang. Anak-anak aku pulak tu sayang sangat dengan mak dan abah dia. Setiap hari, lepas balik rumah pun mereka akan pergi balik ke rumah Mak Ony. Abah pulak rajin melayan Aiman dan Aisy sebab tu budak-budak ni tak kesah. Harapan aku semoga Mak Ony cepat sembut dan selamat dalam proses pembedahannya. Dapat kembali sihat seperti sediakala. 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu