Isnin, 16 Mac 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis , ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya , Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu , dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang , dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur , Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu , Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur , setiap perbuatan orang yang benar , pahala nabi2 , serta Allah melimpahkan rahmat padanya.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya , maka Allah SWT mengutuskan 70 , 000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang , Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasulullah S.A.W. bersabda , 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' 'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu , utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu'


Subhanallah. .

10 Cara untuk selalu bergaduh dengan "ADIL"

Perbalahan sentiasa berlaku.Tidak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa.Orang lain juga pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita.Namun demikian,dalam percintaan/perhubun gan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.

1) Jangan Bersyarah
Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu `kuasa' memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap "anda adalah betul" dalam situasi seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam
Selalunya,bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula.Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa.Kononnya supaya pasangannya "sedar" bahawa kesalahan telah dilakukan.Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan. Jangan bertindak begitu.Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan,susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara
Bila emosi dan kemarahan menguasai diri,adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda.Walau apa pun,anda mesti ingat,merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik.Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain.Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif
Masa situasi konflik tengah hangat,janganlah terlalu sangat "terasa",jangan terlalu sensitif atau "take it too personal".Keadaan yang tengah "panas" boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini.Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja "melepas" cakap tanpa berfikir panjang.

5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil
Bila tengah bergaduh tu,jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah.Perkara- perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la,tak perlulah diungkit.Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah.Benda- benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti
Walaupun susah nak dibuat,anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,tak dengar dengan baik dan teliti,bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa
Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus! Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara,macam- macam isu, anda mengelirukan keadaan.Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai.Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat,jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!
Biasalah,dah terlalu marah sangat,anda pun "naik angin"…bila perkara macam ni berlaku,biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda.Sebelum perkara macam ni berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan.Anda ingin selesaikan masalah,bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat
Perbalahan/pertelin gkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik.Nak jadi macam ni,anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks "learning experience" atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja.Beri perhatian,sabar, tenang,buat "eye contact",tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai.Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda.Bersama, dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan
Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,dari mula sampai selesai.Ramai orang bila dah tak tahan,marah sangat,terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari "medan" konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi "tergantung" macam tu je.Pasangan pun dia tinggalkan sorang.Okay, walaupun rasa tak boleh tahan sangat,marah ke,"tension" ke,jangan angkat kaki,tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je.Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar,mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula.Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu