Sabtu, 11 Januari 2014

Siakap Masak Kari

Siakap Masak Kari


Hubby memamg suka makan ikan masak kari. Disebabkan hubby suka makan ikan kari, rasanya seminggu sekali mesti saya akan masak ikan masak kari. Selalunya saya akan guna ikan kaci, ikan bawal atau ikan merah. Tapi sekarang hari Ahad dah kerja, jadi tak dapat lah nak pergi ke pasar tani untuk beli ikan fresh dan sayur di pasar tani. Terpaksalah beli ikan di kedai runcit depan rumah jer. 

Bila pergi belanja di kedai runcit, ikan pun tak banyak pilihan. Yer la, kalau kat pasar tani macam-macam jenis ikan ada. Dari yang besar sampai yang kecil. Semua jenis makanan laut ada di jual. Jadi kalau beli ikan kat pasar tani, saya dah siapkan ikan tu untuk masak yang sesuai dengan jenis ikan yang dibeli. Ikan pari saya suka masak asam pedas sebab Aiman memang suka ikan pari. Ikan bawal masak merah, ikan siakap masak stim, ikan kaci masak kari, ikan kembung goreng je dan ikan cencaru selalunya saya bakar.

Cuti hari minggu ni saya ada ikan siakap jer. Hubby pulak nak makan ikan kari. Jadinya saya masak la ikan siakap masak kari. 

Teringat pulak pantun masa kecik-kecik dulu. Mesti semua pandai berpantun dua kerat ni :


Siakap senohong gelama ikan duri....
Bercakap bohong lama-lama mencuri...


Bahan-bahannya :

  1. Ikan Siakap 2 Ekor (Potong dan Bersihkan)
  2. 3 Sudu Serbuk Kari Ikan
  3. 3 Ulas Bawang Putih 
  4. 2 Biji Bawang Merah
  5. 1 inci halia
  6. 1 inci kunyit hidup
  7. Sedikit Daun kari 
  8. Sedikit Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga dan Cengkih
  9. 3 Biji Lada Merah 
  10. 2 Biji Buah Tomato
  11. 2 Keping Asam Gelugur
  12. Sedikit Susu Cair
  13. Garam
  14. Sedikit Gula Melaka
  15. Serbuk Perasa.
  16. Minyak untuk menumis.

Cara Memasak :
  1. Ikan Siakap disiang dan dipotong. Bersihkan.
  2. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit.
  3. Tumiskan bahan yang ditumbuk.
  4. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  5. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  6. Masukkan daun kari. 
  7. Tumis sehingga semua bahan sedikit garing.
  8. Masukkan 2 cawan air.
  9. Masukkan ikan siakap dan gula melaka.
  10. Masak sehingga ikan lembut.
  11. Masukkan tomato dan lada merah yang telah dipotong.
  12. Masukkan asam gelugur.
  13. Masukkan sedikit susu cair.
  14. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  15. Ikan Siakap masak kari siap untuk dihidangkan dengan nasi atau roti atau lempeng.

Muffin Coklat Chip

Muffin Coklat Chip

MUFFIN COKLAT CHIP
BAHAN A
1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran  / minyak masak
3/4 cawan susu segar atau buttermilk
1 sudu kecil esen vanilla 

BAHAN B
2 cawan tepung naik sendiri 
3/4 cawan gula kastor (boleh di kurangkan)

BAHAN C
1 cawan  Chocolate Chips 


CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan A
2. Satukan bahan B dalam mangkuk adunan, buatkan lubang di tengah campuran tepung.
3. Tuangkan bahan A kedalam lubang yang di buat pada bahan B
4. Masukkan bahan C, baru mula di kacau. Kacau jangan lebih dari 20 kali untuk mendapatkan tekstur muffin yang lembut.
5.  Pindahkan ke dalam acuan muffin dan bakar dalam 20 hingga 25minit (suhu 170'C) atau bergantung pada oven masing-masing.

Sedapnya muffin ni.




Makaroni Bakar Berkeju

Makaroni Bakar Berkeju untuk Sarapan Pagi


Dah selalu sangat buat mee goreng atau kuew tiau goreng untuk sarapan pagi, jadi cuti hujung minggu ni nak cuba buat  makaroni pulak. Ubah selera sikit...ala-ala western gitu. 

Sebelum tu, bahan-bahannya kenalah cari dulu kat pasaraya. Kat kedai biasa tak jual keju dan makaroni ni. Jadinya saya menjelajah la ke Giant Tampoi untuk dapatkan bahan-bahannya.

Alhamdulillah..memang sedap. Hubby dan Aisy suka sangat dengan baked pasta ni tapi Aiman tak nak makan pulak sebab dia kata rasa lain macam je.
Resepinya seperti biasa google di dapur orang lain.

Baked Pasta 

Oleh: Dapurmamasya 

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan 
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain 
150 g minced beef/chicken - guna beef 
2 ulas bawang putih (dicincang) 
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil) 
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya 
sedikit sos cili 
sedikit sos tomato 
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato 
1 sudu besar mentega 

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan 
2 cawan susu segar 
1 sudu besar mentega 
sedikit lada sulah 
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju 
sedikit garam dan gula 
lain-lain : keju parut dan oregano 

Cara-cara : 
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka. 

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. 
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih. 
Taburkan keju parut dan oregano. 
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt 
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 
nota dapur mamasya; 
utk sos putih tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 dan butter terus masuk dlm susu. 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu