Selasa, 20 Mei 2014

Cucur Udang Geragau


Petang-petang makan cucur udang geragau.......best juga. Dengan minum air teh tarik...pulamakkkk terangkat beb. Buat pun bukan banyak mana, cuma sepinggan jer. Bukan ramai pun ahli keluarga...saya, en. hubby dan dua orang hero saya. Tapi biasalah budak-budak mana nak makan cucur-cucur ni. 



Bila makan panas-panas memang menyelerakan, cicah sos cili...sedap sangat sampai tak perasan rupanya dah habis sepinggan. Bertambah lah lemak dan kilogram badan ni....sedap punya pasal sampai tak ingat nak jaga berat badan.

Ahad, 11 Mei 2014

Selamat Hari Guru


15 Mei ni adalah hari guru. Jadinya saya dah siap sediakan hadiah untuk cikgu Aiman yang dua orang tu....sekolah tadika jer, jadi cikgu tak ramai. 


Satu untuk Cikgu Mas dan satu lagi untuk Cikgu Erin....walaupun hadiahnya tak seberapa tapi ia sangat cantik bagi saya. Semoga dapat dijadikan kenangan buat Cikgu Erin dan Cikgu Mas yang telah mendidik Aiman pada tahun ini.


Dulu masa saya sekolah, nak beli hadiah untuk cikgu tak mampu....yer la orang susah, ke sekolah pun takde duit belanja, sebab tu tak dapat nak hadiahkan cikgu apa-apa. Sekarang saya nak ajar anak saya hargai pengorbanan dan jasa guru-gurunya yang telah mengajar dia. 


Saya masih ingat, masa saya di Darjah 3, nak belikan hadiah untuk cikgu duit tak berapa nak ada, jadinya saya hadiahkan cikgu kelas saya, sabun basuh baju sekotak dan sabun mandi seketul. Lepas tu saya sampulkan sabun tu dengan sampul coklat yang harganya 20 sen. Tapi itu lah kenangan yang manis bagi saya. 


Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru saya....jasamu mendidik ku tetap akan ku kenang. Doaku semoga semua guru-guruku bahagia dan sihat sejahtera hendaknya.

Rabu, 7 Mei 2014

Kerabu Pucuk Ubi

Kerabu Pucuk Ubi 

Hari minggu hari tu balik kampung bawak balik pucuk ubi. Dah sah-sah aku memang penggemar setia pucuk ubi ni. Sama ada masak lemak, celur jer, buat kerabu atau buat pecal. Semua aku suka.





Semalam pucuk ubi tu aku buat kerabu. Ratah jer bila makan kerabu pucuk ubi ni, dah tak yah makan dengan nasi. Punyalah minat dengan kerabu pucuk ubi ni. Sepinggan pun habis bila aku yang mengadapnya....(jgn bagi tau orang tau yang aku ni kuat makan sebenarnya) Tapi kalau makan sayur jer tak makan nasi boleh  gemuk juga ke badan ni????



  • Bahan-bahannya
  • Pucuk ubi - celur dan perah airnya
  • Sedikit kelapa parut
  • Cili api - 7 biji
  • Bawang Merah 3 ulas
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sedikit belacan
  • Sedikit Cekur
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit Taugeh (dlm 50 sen)

Cara membuatnya :
  • Mula-mula tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih, cekur dan belacan sampai lumat.
  • Masukkan kelapa parut dalam kuali dan panaskan.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk dan gaul-gaulkan dengan kelapa parut tadi.
  • Masukkan asam jawa. (jangan bancuh pulak) biar asam jawa tadi dengan biji-biji dia.
  • Tambah sedikit gula sebagai perasa.
  • Gaulkan pucuk ubi tadi dengan semua bahan sehingga sebati. 
  • Sebelum angkat masukkan taugeh. Jangan lama-lama nanti taugeh dah lecur sangat, dah tak sedap. Biar taugeh tu segar-segar sebab bila gigit nanti akan ada rasa ranggup taugeh.
  • Siap dan boleh diangkat. 

Bila Makan di Plaza Larkin

Mula-mula puasa, lepas kena hasut kawan-kawan boleh pulak aku tak puasa....apa lah aku ni kan. Disebabkan aku mmg niat nak puasa, jadi takde lah bawak bekal bungkus harini. Yer lah..dah nak puasa kan. Tapi bila kawan-kawan ajak makan kerepek yang bos bawak...boleh pulak aku cair....apalah aku ni. Bila dah termakan rasa menyesal la pulak...bukan makanan istimewa pun, cuma kerepek jer pun....kerepek ubi, kerepek ubi pedas, dodol, bahulu, cakar ayam...goodies semasa program Perhimpunan K1M peringkat Batu Pahat.




Air Asam Boi + Jambu Batu


Disebabkan dah termakan dan dah tak puasa, Ain ajak makan di Larkin.. Aku mmg penggemar air Asam Boi..jadinya order lah air asam boi. Cumanya selalu asam boi dengan limau tapi kali ni dengan jambu batu...boleh tahan juga la rasanya....yang aku paling suka air asam boi ni bila minum ada rasa masam2 masin, manis....mmg sedap la. Kalau makan kat tempat lain pun, kalau boleh nak order air asam boi juga tapi kadang dapat yang asam boi dah jeruk dgn limau kasturi.....jadinya rasa tak berapa nak menyengat...Kalau dapat air asam boi dengan limau yang segar....memang segar rasanya. 

Segarnya la...


Hilang rasa dahaga, celik biji mata ni bila dapat minum air asam boi...menyegarkan lah.

Teh Tarik 3 Layer 



Ni pulak teh tarik 3 layer. Ain yang order...tengok pun dah menggiurkan....belum rasa lagi.

Sesedap rasa

Memang sesedap rasa la teh tarik 3 layer ni...sedap sangat hingga memukau selera....
Ais Jagung


Ais jagung ini pulak Kak Yam yang order...rasanya macam air jagung tapi yang ni ditambah dengan jagung manis. 

Rojak Tauhu

Sedap sangat kuah rojak tauhu ni.


Rojak tauhu ni mmg sesedap rasanya la. Dengan rasa kacang tanah tumbuknya....tauhunya lembut sangat. Dengan taugeh dan kangkong lagi...mmg terbaik la. 

Rojak Asma

Rojak Asma ni dah nak habis makan pun baru nak snapp gambar.

Selasa, 6 Mei 2014

Duit Sekarang Mengelirukan

RM10 - Sumber Google

RM20 - Sumber Google
Semalam pergi ke kedai runcit, beli kelapa parut, berus periuk dan taugeh. Nilainya semua RM5.50 dan aku bayar guna RM20.00. Tapi taukeh kedai pulangkan duit bakinya RM4.50 jer. Aku tanya balik kenapa RM4.50 padahal bayar RM20.00, dia kata aku bayar RM10.00...ehh...ehh...aku bayar RM20.00 bukan RM10.00 tau...lepas tu dia kata duit sekarang warna sama, sebab tu tak perasan. 

Lagi satu duit syiling 20 sen dan 50 sen sekarang yang warna macam emas tu pun mengelirukan juga. Dua-dua besar dah nak sama, kalau tak tengok betul-betul mesti kita keliru...50 sen ke 20 sen. 

Ahad, 4 Mei 2014

Congo Bar


Teruja tengok congo bar yang banyak kat blog-blog resepi sekarang ni. Ada kawan kata, nak buat pun senang. Cuba la juga nak buat.Tapi rasanya congo bar saya ni kurang garing. Padahal dah ikut tempoh masa yang ditetapkan, tapi setiap oven kan berbeza-beza. Sebab tu congo bar saya ni kuning jer...sebelum keluarkan dari oven saya dah try test dgn lidi ...tengok licin jer, jadinya saya keluarkan lah...rupa-rupanya dia masih tak berapa nak garing...lepas ni kalau buat lagi kena tambah masa lagi la untuk membakarnya.


Ni ha resepi congo bar. Saya pun lupa ambik kat mana....tapi yang pasti mmg saya cedok dari internet la...bukan hak saya. Ampunkan kami penunggu gua, ampunkan kami penunggu gua...sebab dah ambik resepi tanpa kebenaran. Semoga perkongsian resepi ini dapat membantu semua yang tak pandai masak macam saya ni. 

Resepi Congo Bar yang simple dan sedap!

2 3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
150 gram butter/majerin
190 gram gula aising
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan fresh milk. -susu tepung pun boleh. buat suam2
200gram choc chip
25gram kacang pistachio
25gram kacang gajus

cara-cara

  •    ayak tepung, baking powder dan garam. ketepikan
  • panaskan oven
  •  guna mixer, pukul gula dan butter hingga kembang. sampai warna butter tu jadi lebih cerah
  •  tambahkan telur dan pukul lg
  •  tambahkan campuran tepung yang diayak tadi berserta fresh milk. pukul sebati.
  •  masukkan kekacang dan choc chip. gaul guna spatula sampai agak2 kacang dengan choc chip tu dah berselerak dalam adunan tu
  •  letakkan kertas minyak dalam dulang dan tuangkan adunan tadi. jangan lupa ratakan..hehehe ni pun nak cakap.
  •  bakar selama 30 minit pada suhu 180C
  • dah masak tu cucuk guna lidi/pisau/cake tester. kalau lidi yg keluar tu bersih maknanya dah masak la tu. :-)



Saya rasa congo bar saya ni rasanya macam muffin chocolate chip yang selalu saya buat. Mungkin tekak orang lain rasa lain.

Ujian Personaliti Diri


Saya pergi ke Kursus Keibubapaan (Parenting @ Work) Anjuran Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara pada 17 April 2014 (Ahad) bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di Dewan Besar, Tingkat 2, Pusat Keluarga LPPKN Negeri Johor, Taman Nusa Bestari, Skudai, Johor.



Antara perkara baru yang saya dapat di Pejabat LPPKN ialah mengenai karektor diri. Adakah kita  mempunyai  Karektor Merak, Karektor Helang, Karektor Burung Hantu atau Karektor Merpati.


Karektor Merak :
  • Penuh Bersemangat dan Ceria
  • Suka Menarik Perhatian
  • Kreatif Spontan/ Fleksibal/ Tidak Rutin
  • Kelakar & Suka Bercerita
  • Pelupa
  •  


Karektor Helang 
  • Mengutamakan Pencapaian dan Matlamat
  • Sentiasa Ingin Mengawal
  • Tidak Suka Bersosial
  • Suka Berbincang Pasal Kerja
  • Memberitahu Apa Yang Dimahukannya
  • Tidak Suka Orang Yang Tidak Efisyen/ Tidak Boleh Buat Keputusan



Karektor Burung Hantu
  • Memerlukan Fakta Yang Lengkap dan Terperinci
  • Keadaan Sistematik
  • Suka Menyendiri
  • Pentingkan Kesempurnaan/ Kurang Peka Dengan Perasaan Orang Lain
  • Selesa Sekiranya Telah Merancang dan Tidak Suka Kejutan



Karektor Merpati

  • Pentingkan Keluarga
  • Berdiplomasi/ Berlapik
  • Ambil Masa Untuk Buat Keputusan @ Idea Baru
  • Selesa Kalau ada Hubungan Rapat
  • Agak Senyap & Disenangi
  • Sentiasa Ingin Dihormati.


Jadi berdasarkan karektor di atas, apakah karentor diri kita???......Adakah kita sama karektor dengan burung-burung di atas?


Sabtu, 3 Mei 2014

Koleksi Kasut di Pejabat

Sepatu hitam - beli sebab masuk perbarisan hari kebangsaan


Kasut baru beli di  UO Angsana, JB

Dua-dua kasut ni baru beli dengan voucher UO kad.

Kasut-kasut lain yang ada di bawah meja

Kotak kasut pun ada juga...yer la baru beli kasut baru kan....

Banyak nya la koleksi kasut saya di pejabat. Semua  kasut yang dibeli ni sebab saya suka pakai dan semua ada tanggung jawab tertentu. Kalau selipar tu untuk pergi dan balik ke bilik kecik, sandal tu kasut untuk kerja luar sebab kalau banyak jalan dan pakai kasut penuh saya akan sakit kaki, jadi kena beli sandal. Sepatu pulak saya akan pakai apabila ada majlis-majlis rasmi atau jumpa bos besar...Sandal bertali warna coklat tu pulak saya akan pakai sama ada untuk majlis luar pejabat atau dalam pejabat sebab keadaan kasut tu yan sesuai  untuk semua keadaan, lagipun sandal bertali ni tak menyakitkan kaki apabila banyak berjalan. Pernah satu hari tu ada program di luar pejabat, saya pakai sepatu penuh, konon nak nampak smart la...kesudahannya, kaki saya sakit, rasa nak jer campak kasut dalam tong sampah. Bila sampai pejabat saya turus bagi pada kawan kasut tersebut. Sakit mata saya tengok kasut tu sebab cantik di luaran sahaja tapi bila pakai punya lah sengsara.


Sebenarnya ada lagi kasut saya dalam kereta..tak sempat nak ambik gambar...buat ada-ada la kata orang, sekurang-kurangnya tak la sama memanjang je kasut saya ni.

Hasil Kampung Yang Dibawa Balik Rumah

Ubi Kayu - Sedap direbus dan buat kuih getuk ubi




Sempena cuti hujung minggu dan sambutan hari pekerja, saya sekeluarga menghabiskan cuti bersama keluarga di kampung. Yer la mak di kampung asyik tanya jer kenapa dah lama tak balik kampung. Bukan lama sangat pun padahal baru 2 bulan tak balik kampung. Ibu mana yang tak  rindu pada anak-anaknya...mestilah  rindu. Kita rasa macam baru jer balik kampung tapi mak kata dah lama tak balik.  

Lengkuas - beli kat bandaraya mahal, kat kampung melambak-lambak


Sehari semalam duduk di rumah mak sendiri, sehari semalam duduk di rumah mak mertua. Sebelum balik ke bandaraya, saya ambik kesempatan mengutip hasil kampung untuk bawa balik ke rumah sendiri.
Limau Kasturi - sebab suka makan sambal belacan

 Macam-macam hasil kampung yang saya ambik, tengok jer la gambar-gambar ni....ada lengkuas, limau kasturi, pucuk ubi, mempelam muda, bunga kantan dan ubi kayu. Semua hasil kampung ni saya ambil di rumah mak mertua.

Pelam muda - sedap untuk buat kerabu mangga / sambal belacan mangga


Sebelum nak balik ke bandaraya, nak ambik la daun kesum  untuk masak asam pedas dan daun limau purut untuk buat tom yam atau masak paprik. Tapi disebabkan balik tak singgah lagi rumah mak sendiri, tak dapatlah nak ambik hasil kampung tu. Sebabnya mak ikut adik ke JB...hantar barang-barang untuk adik yang bongsu. Baru dapat kerja di bandaraya JB juga. Adik dah gerak naik motor sendiri jadinya baju dan keperluan lain mak hantar naik kereta.
Bunga kantan - untuk masak asam pedas






Bunga kantan ni memang sedap bila dimasukkan dalam kerabu mangga. Kalau masak asam pedas letak bunga kantan pun sedap juga sebab ada rasa masam-masam. Tapi hubby lebih suka masak asam pedas letak daun cik kesum....kalau letak bunga kantan, hubby kata jadi asam pedas Melaka...
 Yer la tu....tapi saya tak kesah..dua-dua saya suka....(menunjukkan diri ni mmg kuat makan kan?)
Pucuk ubi - sayur favourite saya.


Pucuk ubi pulak sayur kegemaran saya..suka kalau buat ulam cicah sambal belacan atau sambal asam atau sambal rebus. Tak pun masak lemak atau buat kerabu dan ditambah dengan taugeh yang segar.......mmmm.....memang banyak la saya makan. Teringat dulu masa zaman belajar, bila balik kampung cuti semester, mak tanya nak makan apa....saya jawab "nak makan sayur pucuk ubi masak lemak" ..hehehe...tu jer la yang saya suka.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu