Sejak semalam lagi aku pergi kerja dengan kereta Mak Nok......Kancil Klasik dia tu. Kereta, hubby bawak pergi kerja di Kota Tinggi sebab ada program besar-besaran kat sana. Aku tak pergi walaupun program ni untuk SeMalaysia. Tapi syukur juga la tak kena bertugas di sana, senang sikit sebab boleh jaga anak-anak. Mula-mula hubby suruh pergi kerja naik teksi. Kalau dari rumah sampai ke pejabat tambang teksi bandar raya dah RM20, balik kerja RM20 lagi. Kalau 4 hari naik teksi dah RM160...mak aiii...banyak tu. Boleh beli belanja dapur untuk 2 minggu punya.
Mak Ony, pengasuh anak-anak pulak mintak excuses sebab tak dapat jaga Aiman dan Aisy. Sebabnya adik tu mood tak berapa nak ok...asyik naik angin je, kang tak pasal-pasal bergaduh pulak dengan Aiman. Minggu lepas masa balik kerja Aiman dah bergaduh dengan adik Mak Ony hanya kerana berebut untuk angkat telefon. Lepas tu adik naik angin lagi sampai pecah kabinet TV Mak Ony disepaknya. Lepas bergaduh dengan Aiman, dia bergaduh pulak dengan Abg Jeny. Dah adik tu bujang, suara pun kuat la. Kalau dia naik angin, habis satu blok dengar suara dia. Aku takut juga dengar kalau adik ni mengamuk. Yer la, dah la Aiman & Aisy ni duduk rumah Mak Ony, adik pulak tu kerap naik angin, kang di apa-apa kan budak-budak ni....menangis air mata darah pun dah tak berguna. Walaupun setakat ni adik tu hanya naik angin jer, tapi dia takde mengapa-apakan Aiman dan Aisy.
Tak tahulah kenapa dia naik angin minggu lepas. Agaknya ubat dia dah habis kot.....Tapi yang pasti setiap 3 bulan dia kena buat check up doktor dan ambik ubat setiap hari untuk tenangkan otak dia. Mudah-mudahan anak-anak aku selamat la duduk rumah Mak Ony. Mana tak takut kalau dia mengapa-apakan anak-anak aku. Orang macam tu bukan kira kalau naik angin mesti tak ingat dunia.
Aku hanya mengharapkan Mak Ony jer untuk jaga anak-anak aku walaupun kadang-kala Mak Ony minta excuses tak boleh jagakan budak-budak, aku tak kesah. Ye la, kalau bukan Mak Ony yang nak jaga anak-anak aku, aku nak harapkan sapa lagi nak jaga mereka. Hanya harapkan Uda jer la untuk jaga budak-budak ni sementara aku pergi kerja.
Sekarang ni pun Aiman dah sekolah, Mak Ony jaga hanya setengah hari jer tapi aku tak kesah, masih bayar duit pengasuh penuh. Siap aku bagi lebih sebab tolong jemput Aiman balik sekolah yang hanya kat sebelah rumah jer. Kadang Aiman balik sekolah sendiri jer. Ni semua sebab tak nak berlaku perkara tak diingini kepada permata hati ibu. Semoga anak-anak ibu selamat walau dimana sahaja berada. Itu saja aset dan harta yang ibu ada.
![]() |
Semoga anak-anak ibu selamat ketika ibu keluar bekerja. |