Khamis, 22 Disember 2011

Babyku

Harini dah masuk 24 minggu 3 hari aku mengandung...alhamdulillah...semakin aktif baby dalam perut ibu ni. Terasa nikmatnya la bila baby gerak2 dgn aktif..tp bila baby diam jer..ibu pun jadi risau sgt..mungkin dia tido...Kalau pergi jalan ke luar pun, dah mula beli baju baby...walaupun tak tahu lg apa jantinanya..tp beli jer la baju baby yg boleh pakai laki or pempuan... Dah keluar nanti barulah beli baju baby lain. Aiman pun seronok sgt nak dapat adik... Aiman dah tanya kat Mak Ony "Mak, nak tak jagakan adik Aiman besok"....Mak Ony kata "Yer, mak jagakan adik Aiman nanti"....lega rasanya bila Mak Ony nak jagakan anak ni. Senang la sbb sebelah rumah jer...Harap2 anak ibu yang ini sihat, selamat dan tak banyak meragam....jangan susahkan ibu dan ayah yer...

Tension

Tensionnya la....mana tak nya, orang lain punya keje, saya pulak yang kena buatkan. Mmg la tu semua kira amal kebajikan...tp yg lebih menentionkan apabila org tu sibuk berseronok2 kat tempat lain, tp yang takder kaitan ni menjadi mangsa utk siapkan keje dia...heee...geramnya la... Kalau la saya ni jenis hati busuk...saya biarkan jer la keje dia tu....Tp atas nama jabatan, saya buat kat la juga apa yang termampu, janji jabatan tak la hantar laporan 0...mmmm...

Skrg ni senang je...kalau sapa tak tahu buat keje, terus tak yah buat keje kan...tp gaji setiap bulan dapat...Yang jadi mangsa ni, yg takder kaitan...itulah dunia2....

Isnin, 14 November 2011

Cameron Highland

Seronok sangat2 bila dapat g Kursus di Cameron Highland.. Apa tak seronoknya, semua dah disediakan percuma oleh jabatan. Cuma sediakan duit utk shopping sakan jer. Kursus ni anjuran Jabatan Penerangan Johor utk semua Pem. Penerangan...Kursus Pemantapan Profesionalisme, Jabatan Penerangan Johor Tahun 2011.

Bertolak dari JB pukul 9.00 pg, naik bas Pejabat Peladang Negeri Johor Tour & Travel Sdn. Bhd. Terus ambik En. Mazlan kat tol Air Hitam...huhuhu...dialah sorang yg byk songeh sebelum pegi. Apa taknya, semua org salah, dia je yg betul hanya kerana tak leh naik bas kat Air Hitam... sbb tu dia salahkan urusetia..mmmm...dah tu boleh pulak dia pertikaikan keje org lain. iskh2..

Pastu terus g Pejabat Penerangan Ledang, ambik PP daerah Muar, Kluang, Muar, Ledang & Segamat. Sampai Ledang pun dah pukul 11.30 pg. Terus gerak ke Utara. Sampai Seremban bas berenti rehat & makan. Adalah dalam 1 jam. Sbb dah masuk waktu solat zuhur, aku, Saedah, Nurul & Dila g solat zuhur. Rupanya yang lain terus naik bas lepas makan.

Bas pun terus jalan sampai la ke Tol Simpang Pulai, berhenti sekejap sbb ramai nak membuang air.. Sepanjang perjalanan tu, abg bas bukak karaoke lagu2, pastu bukak movie pulak.. Rais & Nabil jadi pemandu pelancong dlm bas...Seronok sgt2....rasa mcm g rombongan zaman sekolah pulak.

Sebelum sampai ke Hotel, bas berhenti sekejap kat kedai jual2 souvenir...masa ni dah sampai ke Cameron Highland. Aku terus capai baju t-shirt Aiman & pelekat peti ais. Takut tak sempat nak beli sbb Kursus sampai mlm. Sampai hotel pun dah hampir pukul 7.00 mlm, dah masuk waktu solat maghrib. Lepas Check in, aku terus masuk bilik. Aku sebilik dgn Dila, Idah & Kak Tipah. Bila sampai je ke CH, terasa sejuk yg amat sgt, nasib baik aku bawak baju blazzer... Air kat tandas hotel pun sejuk sgt. Rasa mcm disimpan dlm peti ais jer.

Lepas mandi & solat maghrib, kitaorg turun makan mlm.. pastu masuk kelas utk taklimat urusetia. Urusetia mula la melantik Penghulu & Penghuluwati. Penghulu - M. Shah, my hubby & Penghuluwati - Idah Husin. Lepas taklimat urusetia, ada taklimat mengenai Kesatuan & Koperasi Jabatan. Suhairi yg sampaikan. Dia pujuk supaya semua org masuk Kesatuan & potong gaji bulan2 RM10. Aku sebenarnya tak setuju sbb duit yg ditolak setiap bulan tu tak memberi apa2 ganjaran & faedah kat aku. Duit kita tu buat bayar elaun pengerusi. Padahal Kesatuan ni pun bukan aktif sgt. Kalo masuk Koperasi pun tak pernah untung, ni kan pulak masuk Kesatuan. Tp dia paksa semua masuk Kesatuan ni dgn alasan memperjuangkan nasib PP. Dia kaitkan pasal pertambahan PP, kenaikan gaji, bayaran OT & TNT dgn Kesatuan. Aku rasa mmg tak relevan langsung sbb semua tu adalah keje JPA. JPA lah yang serap anggota baru dan kenaikan gaji baru. Bukan Kesatuan. Mmm... Kalo jabatan tolak gaji secara paksa setiap PP utk masuk Kesatuan ni, mmg aku tak akan halalkan....Cuba bayangkan, aku keje ada 27 tahun lg (kalo pencen umur 58thn) pastu sebulan tolak gaji RM10, setahun RM120. Kalo aku keje 27 thn lg maknanya duit yg kena tolak jadi RM3,420. Kalo lah aku simpan duit sebanyak RM3,420 utk pendidikan anak2 kan lebih bagus drpd aku bayar elaun pengerusi kesatuan yg aku sendiri tak pasti apa fungsinya. mmmmm...

Hari kedua, 12 November 2011, Ahad, bermula lah kursus. Aku bangun awal pagi sbb alarm telefon Kak Tipah asyik berbunyi jer sejak pukul 3.00 pg. Mulanya aku nak sambung tido sbb hari ni tak perlu kelam kabut mcm selalu. Tp tak leh juga tido. Bangun je la terus mandi dan solat subuh. Lepas siap2 kitaorg g sarapan. Pastu taklimat bermula daripada Cawangan KPK, PKPM, PSP & GSPI. Dengar jer la taklimat yg disampaikan ni. Taklimat daripada GSPI disampaikan oleh Sam Kong Meng...taklimat drpd Sam la paling kecoh sbb Sam suka buat lawak. Lepas tu kitaorg bergambar beramai2 dgn Pengarah & makan tgh hari ..rehat.

Ptg sesi Keje Berkumpulan. Urusetia dah bg kumpulan utk buat Resolusi Jabatan. Aku dpt Kumpulan 3 dgn Murad, Kak Tipah, Saedah, Hamzaliah & Lim Sey Ken. Murad jadi pembentang bg kumpulan kami. Lepas semua kumpulan dah bentang, kitaorg dibawa ke Tanah Rata...jalan2 dalam 1 jam. Aku belikan topi Aiman jer sbb tgok duit dah tak berapa nak byk. Aku kirim Kak Aida keluarkan duit RM100 sbb esok nak berjalan lg. Mlm majlis perasmian penutup oleh Pengarah. Mula2 Penghulu bg ucapan barulah Pengarah bg ucapan penutup. Dlm ucapan Pengarah, dia boleh lak perli aku & hubby sbb aku selalu cakap yg hubby aku suka balik keje mlm2. Pengarah kata, walaupun hubby aku balik mlm tp aku leh pulak mengandung...huhuhu... Lepas tu Pengarah sampaikan sijil kpd semua peserta. Habis je majlis perasmian, mula la majlis Dialog bersama Pengurusan Tertinggi. Mcm2 masalah yg berlaku di daerah. Aku lak Pen. Pengarah PSP suruh jadi pencatit..dah masuk GSPI pun kena catit jg ke..padahal anggota PSP semua ada. Ni yg aku tak boleh terima ni. Org lain punya keje aku lak yg kena buat. Mmg tak patut.. Yg paling aku tak tahan sebak masa Idah Husin ceritakan masalah dia kat daerah, menitis air mata aku ....aku sebak bila tengok dia terseksa di daerah sampai dia menangis2, aku pun apalg terus mengalir jer la air mata ni, nasib baik ada sapu tgn...siannya Idah. Kalo aku yg ada kat tempat dia, lom tentu aku setabah Idah. Takper la Idah, Allah tu maha adil & maha mengetahui segala2nya. Lepas tamat sesi Dialog, g makan & terus masuk bilik. Mlm ni sblm tido aku kemas baju sbb esok pg2 dah nak gerak balik.

Hari ketiga, 13 Nov. 2011 - lepas solat subuh & mandi, terus g sarapan. Kul 8.30 pg gerak ke MARDI Cameron Highland. Ada sesi taklimat oleh MARDi & terus g meronda2 ladang di MARDI. Mula2 tgok pokok strawberry, beli la strawberry 4 paket utk bawak balik. Pastu ronda2 tgok ladang ros, anggur, tomato, buah labu air, ladang teh... Pastu aku shopping kat kedai kat situ beli teh utk bwk balik JB. Belikan acik, mak, mak mertua, Mak Ony & utk rmh sendiri.

Lepas tu bas bawak kami ke Ladang Teh Boh, Cameron Highland...kat situ tengok jer la ladang teh yang hijau sgt2. Tak beli apa2 pun. Lepas tu g Kelab Golf SAS, CH utk makan tgh hari bersama Pengarah Pahang. Lepas habis makan, bas bawak kami ke tempat utk membeli belah. Aku beli baju t-shirt utk Aiman, Nasriq & Afiq. Pastu g jalan2 lg beli baju aku lak. Mula2 tak nak beli tp Saedah tunjuk baju cantik2, tu yg tak tahan..beli la jg sehelai. Pastu bas pun gerak balik, singgah jap tepi jalan tgok sayur2an. Aku tak turun pun sbb duit dah tak berapa nak ada.

Bas pun terus turun bukit utk keluar dari CH...masuk tol Simpang Pulai dan berhenti sekejap di R&R. Bila turun bukit jer telinga jadi berdengung, tekak loya & rasa terkencing. Nasib baik tak termuntah dlm bas. Ingat turun nak muntah rupanya tak jadi, sapu jer la minyak angin kat kepala. Sampai Tapah, bas berhenti rehat. Aku solat jap Asar & Zuhur..jamak, pastu beli DUNKIN DONUT 2 biji & air mineral. Mahalnya la air mineral..sebotol RM3.00, Sampai dah nak kul 7.00 mlm, bas gerak lg, berhenti kat Dengkil utk mkn mlm. Tp aku tak makan pun sbb masa dlm bas Kak Aida bg nasi lemak...aku yg makan sampai habis. Aku solat isyak dan Maghrib kat Dengkil pastu minum Horlick Panas dgn Mazlin & Kak Tipah. Pastu bas gerak terus ke Ledang. Sampai Ledang Pukul 12.00 mlm, terus g Air Hitam turunkan org BP dgn En. Mazlan & Saedah. Sampai IPPNJ dah pukul 2.00 pg. Terus balik rumah, kemas barang dah pukul 4.00 pg barulah tido. Lepas subuh ingatkan nak g ambik Aiman kat rumah Acik tp kaki kejang lak, pukul 9.00 pg baru g ambik dia. Cian Aiman, demam, batuk & cirit birit.

Isnin, 31 Oktober 2011

Hutang PTPTN

Aku mmg rajin check baki hutang PTPTN aku...leh katakan hampir setiap hari aku nak bukak laman web PTPTN sbb nak tengok baki hutang aku tu. Syukur alhamdulillah, sbb hutang aku dah semakin sikit walaupun belum habis sepenuhnya tp sekurang2nya dah tak sebanyak dulu. Itu semua sbb aku bayar potong gaji setiap bulan RM250, kalo aku bayar sendiri rasanya hutang aku byk lg..Aku potong gaji sejak masuk keje lg..tahun 2005...Skrg baki hutang aku tinggal RM4,500.00...Bila tengok baki tinggal sikit, lega rasanya..yer la tahun depan aku dah nak bersalin, anak nak masuk 2 org jadi kos pun bertambah..Nak bayar pengasuh RM400, susu anak, pampes, ubat2an dia lg....jadi kalo aku dapat settelkan hutang ptptn tahun depan, boleh la aku gunakan duit tu utk anak pulak...


Kalo aku congak2, hutang aku akhir tahun ni tinggal RM3,750.00. Aku rasa nak bayar abis je la guna simpanan ASB aku...Macam tahun2 sblm ni, aku akan bayar guna dividen ASB yang aku dapat.. Tahun lepas aku bayar RM2,500....tahun sebelumnya aku bayar RM1,000... Tahun ni kalo boleh aku nak bayar dalam RM2,500 lg.....Jadi baki hutang nanti tinggal RM1,250... maknanya tinggal 5 bulan je perlu potong gaji..


Aku bersalin awal bulan 4, kalo gaji potong sampai bulan 5...naik keje nanti aku dah dapat guna duit tu utk anak pulak....tak la terbeban sgt. Tp aku bersyukur sgt sbb Allah swt permudahkan hidup aku utk jelaskan hutang piutang aku. Walaupun aku tak semewah mana, tp aku cukup makan dan pakai...syukur sgt.

Isnin, 24 Oktober 2011

Cian Aiman

Semalam hari munggu, macam biasa la lepas solat subuh aku bersiap2 g Pasar Tani, BBU, mmg aku akan pergi sorang2..sbb tu g awal pagi..anak dan hubby tido lg jadi tinggalkan jer la dia. Aku belanja pun tak lama, lepas beli sayur, ikan, sarapan pagi & buah aku pun balik la..masa sampai kat tempat parking kereta, aku nampak van jabatan. Pastu nampak hubby dalam van tu....Rupanya dia g keje awal pulak hari ni, aku ingatkan dia g keje tengah hari...sbb tu aku tinggalkan dia dgn Aiman... Dia marah la sbb aku tak bawak hphone....Pastu dia leh bgtau aku yang dia tinggalkan Aiman sorang2 kat rumah...aku risau la takut jadi apa2 kat anak tu...

Aku terus cepat2 bawak kereta & naik ke rumah. Bila aku buka pintu jer, aku terus panggil anak aku..Nasib baik dia tak nangis...Dia tengok tv sorang diri jer la...mujur la dia tak buat benda yang bukan2... Hubby aku ni pun, dah tau nak cari aku tu, bawak jer la sekali Aiman ke pasar tani...ni leh pulak dia tinggalkan anak sorang2 kat rumah....Kalo lah dia main kat bilik air ker...main kat dapur ker, kan bahaya...Nasib baik la Aiman ni bukan jenis yang terlalu lasak....kalo lah dia main benda yang bukan2...iskh2...tak yah la pikir....

Ahad, 16 Oktober 2011

Demam Selesema Batuk

Hari Isnin lepas keluar sarapan pagi dgn En. Rashid & Abu di Restoran Bumbu Asli, Kolam AIr, JB. Pari tu hujan lebat, tp redah jer la...sbb parking keta pun depan kedai je..Jalan sikit jer la. Malam balik terus kena selesema dan bersih tak berenti2....hidung dah mula berair dah. Selasa lak ikut En. Jasman, Jas, Kak Nani & Ila makan kat Larkin. Hujan juga tp tak selebat semalam. Redah je la.. Petang mak & Amy datang ke pejabat, ajak g HSA, JB tengok Cik Nah sakit.. keluar opis awal...kul 3.45 ptg bgtau bos nak balik awal sbb nak g spital. Makan malam kat Restoran Remaja, BBU...adik ipar yg belanja, dia dah siap order nasi dgn lauk ikan siakap 3rasa, sayur kailan goreng, tomyam & udang goreng butter. Air fresh orange...Rupanya malam tu selesema bertambah teruk.
Rabu pagi lak ikut Fara PA g Klinik Ibu & Anak sbb nak tanya pasal apa turun darah jer..tp disebabkan doktor takder nurse suruh terus g hospital besar. Ajak hubby g spital tp dia tak nak hantar, dia kata lambat g spital..jadinya dia ajak g klinik swasta kat depan rumah jer. Scan baby...tgok baby ok & dah mula gerak2...tp doktor pun tak pasti apasal asyik keluar darah jer. Doktor bg ubat kuatkan rahim (Duphaston) utk seminggu, kalo keluar lg kena jg g spital. Tp skrg dah ok.
Khamis badan mula tak selesa, kepala dah pening, selesema makin teruk & batuk2 lg....Balik keje singgah Pasar Tani Datin Halimah....beli ikan merah & sayur bayam, cadang nak masak nasi, goreng ikan & msak sayur bayam jer..Rupanya sampai je rumah badan terus menggigil...Ambik Aiman jer terus baring atas sofa...mmg tak larat nak bangun masak. Aiman tngok CD jer la kejenya. Dah maghrib....solat pun cepat2 sbb dah tak larat sgt. Bila tak dilayan, Aiman pun balik semula rumah Mak Ony..tak per la...aku pun dah tak larat sgt..Call hubby suruh dia beli nasi bungkus je utk Aiman dan dia. Lepas tu aku sambung balik baring kat katil pula.
Badan makin gigil dan sejuk. Tangan dan kaki rasa kebas..nak bangun mmg tak larat, tambah pulak batuk2...seksanya la. Malam tu mmg tak bangun langsung..terus baring jer la.
Kul 3.30pg barula bangun solat isyak...Aiman pun bangun sama, dia apa lg nak susu la. Hari Jumaat datang opis jg walaupun badan tak sihat dan masih tak kuat. Tp tak kan nak cuti jer... masak kan la jg Aiman nasi & ikan goreng....Masa ngaji kat pejabat pun suara dah hilang sbb batuk jer... Lepas ngaji badan menggigil lg...apalg bgtau Abu nak g surau..apa2hal kalo org cari aku ada kat surau...Badan ni rasa tak larat sgt. Kirim Abu nasi goreng bungkus..tp masa makan tu rasanya pahit nya la... Balik rumah masak la jg....pastu aku minum air suam banyak2 sbb nak hilangkan rasa perit tekak...nak minum ubat batuk takut la pulak sbb baby dlm perut ni baru 15 minggu.
Ahad kuatkan jg badan ni g Pasar Tani, nak beli lauk & sayur... beli ikan kembung, buah jambu air, sayur sikit & sarapan pg. Balik masak nasi, sayur bayam & ikan masak asam rebus. Aku hirup kuah asam rebus tu banyak2...sedapnya la rasa kat tekak ni..yer la ada rasa masam, masin, pedas2...lega sikit tekak ni....Lepas asar lak terus g spital tgok Makcik tu...anak dia takder pun jaga...cian nya la..terlantar la dia sorang2 kat spital...aku dah call anak dia suruh jaga mak dia....tp dah anak dia tak nak datang, tak kan aku nak paksa2 lak.....siannya la... rezeki dia mcm tu..nak wat cam ne....Mmmm....mak dah sakit kena kanser pun anak tak nak jaga...jgn sampai maknya dah meninggal baru nak menyesal, semua dah terlambat...

Isnin, 26 September 2011

12 minggu dah

Hari ni dah genap 12 minggu baby dalam kandunganku..maknanya dah 3 bulan la aku mengandung. Alhamdulillah, aku sihat...jantung baby pun dah terasa getarnya...seronok bila rasa jantung baby berdenyut dalam perut ni. Rasa loya dan muntah masih ada lagi tp tak la seteruk awal2 ngandung dulu. Sekarang ni penyakit malas pulak melanda..rasa nak baring jer...sampai atas meja PC ni pun aku boleh terlentok. Lantak la apa org nak kata sbb rasa letih sgt...tp balik rumah aku masih buat kerja rumah mcm biasa..masak, basuh baju....kemas rumah sikit2 jer sbb rumah mmg bersepah pun..emmm...dah kemas nanti ada jer org yg tolong sepahkan. Harap2 sampai akhirnya la aku sihat. Buku merah pun dah buat kat Klinik Kesihatan Abdul Samad, JB...belakang opis ni je...lepas ni start la sebulan sekali g klinik...takper la yg penting aku dan baby sihat & selamat.

Isnin, 19 September 2011

Bleeding.

Semalam baru je sampai opis, terus duduk kat kerusi, buka PC mcm biasa, selak email kejap. Baru jam 8.30pg, rasa macam ada air menitis di kaki..bila bangun, terkejut sgt sbb darah merah keluar terlalu byk...sampai menitis2... Capai hset terus g toilet, kat toilet, darah keluar lg..habis basah kain dalam...dalam keadaan takut, terus call hubby, cakap dgn dia yg saya dah tumpah darah....masa tu hubby baru sampai pejabat dia..Dia pun mungkin terkejut bila dapat call emergency mcm tu.

Saya suruh hubby ambik kan kain batik & baju t-shirt, sbb kain dah habis basah dgn darah. Tp nak tunggu hubby mesti lambat sbb dia dari Kulai nak singgah rumah lg...Jadi saya pun call kawan pejabat kat KPK, mula2 call Kak Nani, tp dia tak angkat la pulak, pastu call Fara...nasib baik dia angkat phone..mintak tolong dgn dia sbb dah tak tahu nak buat apa..

Bila dia masuk tandas je, diaorg pun terkejut sbb tgok darah byk sgt kat lantai...Kak Nani suruh bukak kain dan seluar dalam, dia bg seluar dalam pakai buang yg dia simpan..pastu pakai pad..Bos KPK suruh Fara cari unit hantar saya g hospital terus...nasib baik ada En. Rahman Elias, dia yg hantar saya ke HSA...

Sampai ke ke Bahagian Kecemasan, Kak Nani yg tolong daftarkan...tak lama pastu nurse panggil, ambil tekanan darah dan suhu badan. Pastu doktor buat check....bila scan..alhamdulillah sbb baby masih bernafas lg...Doktor kata mungkin saya lasak2 sbb tu turun darah. Tp sya bimbang sangat takut berlaku keguguran..sbb darah turun byk sgt. Tp doktor kata ada kes mengandung mmg jadi macam tu, ada yg gugur dan ada yg selamat. Doktor suruh rujuk ke Klinik Puan di bahagian Pakar.

Bila ke Klinik Pakar Puan..kena daftar lg...tak lama lepas tu baru la doktor panggil masuk, byk jg soalan doktor tanya...antaranya doktor tanya masa turun darah tu ada tak ketulan darah keluar....tp saya kata tak de pun, yg keluar cuma darah merah jer. Ok doktor pun suruh tunggu di bilik Ultrasound utk scan baby.....keputusannya, alhamdulillah...baby masih bernyawa lg...tp doktor tak puas hati, dia scan lalu jalan bawah pulak...nasib baik ok...

Lepas tu doktor suruh ambil ubat & boleh balik..sblum balik tu baru ingat..tak kan tak dapat MC..yer la dah sakit, tak kan nak ambik cuti rehat pulak. Jadi tanya la nurse yg jaga kat kaunter tu, nurse kata kena tunggu doktor dulu sbb doktor dah urus pesakit lain pulak. Tak lama lepas tu baru lah doktor sampai dan dia bg MC sehari, ingatkan dapat 2 or 3 hari....tp doktor dah bg ubat utk kuatkan rahim...ok lah tu..Bila ingat2 rasanya sbb makan pajeri nanas la jadi macam ni, pastu minum air pandan soda masa g rumah terbuka kakak kat Taman Bukit Perdana, BP...mujur la selamat, kalo kena tahan kat wad...tension jg.

Balik rumah jer, beli makanan bungkus...hubby makan nasi bungkus, saya lak makan kuew tiow sup...lepas makan je terus tido....dah cakap dgn Mak Ony awal2 yg saya dapat MC harini, jadi Aiman tinggalkan je la kat rumah dia....Kalo ambik kan tak dapat la berehat.

Petang Mak Nok datang, sbb dia call td napa tak keje, jadi kena mengaku je la..bgtau dia kena tumpah darah.... Nasib baik lepas petang tu darah dah tak keluar lg....syukur sgt sbb selamat..risau jg kalo2 keguguran....tp syukur sgt pada Allah sbb selamatkan kandungan ini.

Ahad, 11 September 2011

Hujung Minggu yg Memeningkan

Hujung minggu semalam, 2 hari aku dok melepak jer kat rumah. Bangun pagi jer kepala dah pening. Hari Sabtu, lepas solat subuh aku baring lg. Nak mandi pun tak laratnya la. Dah kul 10.00pg aku masih baring di sofa. Lepas mandi aku baring lg atas katil, nak bancuh air pun tak larat. Aku cuma jerang air panas dan simpan dalam termos, kalo hubby nak minum pandailah dia bancuh air sendiri. Kepala ni asyik pening je la...tekak pulak rasa payau dan loya..eee...mmg tak selesa betul. Aku pun baring jer la atas katil sampai kul 1.00 ptg baru bagun. Pastu tanak nasi baring lg. Lauk pun takde. Apa ntah nak masak hari ni. Kul 2.00 ptg barulah aku masak nasi goreng kampung, bagi ikan bilis & bawang byk2...dah siap aku ajak Aiman makan, tak pedas sgt...sbb dah lapar makan jer la nasi goreng tu, byk jg Aiman makan. Pastu hubby pun makan sama, byk jg dia makan.

Petang lepas solat zuhur sambung tido balik, cuaca pun sejuk & ujan, apalg mmg sedap la berselubung atas katil. Dah masuk asar baru aku bangun. Jerang air dan bancuh air teh o panas, bila hubby bangun dia sambung makan nasi goreng td, bila Aiman nampak dia leh tegur "Ayah, jangan la habiskan, Aiman nak jg"...aku pun ambikkan nasi goreng tu utk Aiman, rupanya banyak dia makan, habis terus nasi goreng yg aku buat tu, selalu tak pernah habis pun..kalo masak mesti buang tp harini dah lapar sangat sampai licin nasi goreng dia makan.

Malam dah takde idea apa yg nak dimasak, lauk mmg takde, aku lak teringin makan sup, jadi aku buatlah sup sikit, letak carrot, tomato & kobis bunga....pastu celur bihun. Hubby mmg tak makan sup2 ni....jadi aku makan dgn Aiman je la, hubby goreng telur makan dgn roti.

Hari Ahad kepala ni pun pening lg.. lepas subuh pun aku baring jer la atas sofa.. nak basuh baju pun tak laratnya, tambah2 bau sabun dynamo tu buat aku bertambah sakit kepala. Hubby dah g keje, awal2 pg lg...ada sambutan hari kebangsaan kat Kulai..kul 6.00pg dia dah keluar rumah. Aku baring jer la, dah kul 8.00pg barulah aku buat lempeng 4 keping je, sambal tumis dah ada....sarapan la dgn Aiman sambil tgok kartoon, byk jg Aiman makan. Mak Ony ketuk pintu, belikan Aiman nasi lemak 2 bungkus, dia pun fahan yg aku tak larat nak masak...Kul 12.00 tgh hari barulah hubby balik keje.

Kul 3.00 ptg Aiman ikut Mak Ony beraya rumah sedara mara dia....Aiman biasalah...mesti nak ikut jer...aku pun dah tak kesah...kepala dah pening lebih baik aku baring jer, Tp bila Aiman takde ni la peluang aku nak g belanja. Aku g sorang2 belanja kat @Mart, Kempas..nak beli lauk sbb stok lauk kat rumah mmg dah takde langsung. Bila sampai @Mart aku terus tuju pasar...beli sayur sikit, beli ayam seekor dan beli daging sikit. Bila sampai jer gerai jual ikan...aku rasa macam nak pengsan kat situ jg...tekak pun dah mula rasa semacam jer...aku rasa time ni bau ikan tu terlalu busuk sgt...cepat2 aku tinggalkan pasar ikan terus beli buah..aku beli mangga muda & anggur. Pastu beli bawang 1guni...murah jer RM6.00, dah haus aku beli air kotak satu. Rasanya dah cukup la tu belanja hari ni, aku terus balik rumah...angkat la barang belanja tu ke atas, nak sampai rumah sampai 3 kali berenti...beratnya la...

Sampai je rumah aku simpan sayur2 dlm peti ais, bersihkan ayam & daging....harini aku masak daging kicap jer...tp aku tak makan pun, aku takde selera nak makan, aku rasa daging lembu ni kuat sgt bau lembunya...petang tu aku makan lempeng pg td tu jer la. Malam lak aku hirup sup semalam..Dah kul 8.00 mlm barulah Aiman balik dari beraya...dapat RM7.00 collection dia harini. Aku mandikan dia, lepas aku solat terus aku ajak dia tido...pening la kepala bila bau rokok..

Rabu, 7 September 2011

Raya Sakan Tahun ni.

Raya ke-2 rumah Kak Ngah




Raya pertama di Bukit Mor, Pt. Jawa








Raya pertama di Semerah, BP





Letih tp puas beraya tahun ni, mana tak nya dari hari raya pertama sampai hari raya ke-6 asyik berjalan je..mmg letih tp puas hati sbb dapat ziarah rumah saudara mara. Aiman pun dapat byk collectin...hahaha.


Kitaorg balik kg hari Ahad, 28 Ramadhan, sempat la berbuka bersama keluarag mertua di Bukit Mor. Sebelum buka tu singgah la sekejap di bazar ramadan Parit Tengah, Muar..beli makanan bukan main byk..yer la ingatkan ramai org, beli martabak, beli apam balik, air soya...dah sampai rumah adik ipar tu beli pulak kuih2, air mata kucing & soya..bertambah2 la lagi makanan. Bila buka makan sikit jer...dah kenyang. Aku lak mana leh makan byk2, perut senak...dah makan buka tak makan pun nasi...


Hari Isnin, 29 Ramadhan dah sibuk masak ketupat, tp mak mertua tak buat ketupat tahun ni, dia masak ketupat segera jer..banyak la jg masaknya...sampai 3 periuk elektrik. Mak mertua suruh aku masak ayam ungkep..Farah, adik ipar tu kena masak rendang daging...Aku siap telefon kakak kat rumah nak resepi ayam masak ungkep...tp sudahnya aku buat resepi sendiri.. Yer la, nak masak ayam 6 ekor, mana aku tahu berapa banyak bahannya, selalu aku masak untuk 5-6 ketul ayam jer.. Tp aku agak2 jer, bawang, cili api, ketumbar, jintan, kunyit, halia aku blend jer..pas tu serai dan lengkuas aku titik kan je...Aku tumis sampai garing baru masukkan ayam. Masak ungkep sedap guna ayam tua/ayam kampung...Kalo ayam muda lembik..tak sedap jadinya. Nasib baik la apa yang aku masak ni jadi...lega la jg. Itu jer la yg aku masak. Sambal kacang dgn serunding mak mertua yg masak. Dah siap masak, aku siap2kan ketupat dgn lauk-pauk utk hantar rumah mak Semerah. Setiap tahun mcm ni la jadual aku, sbb raya pertama tahun ni kat rumah mak mertua, jadi buka puasa hari terakhir mesti kat rumah Mak Semerah.
Raya pertama, hari Selasa...aku dah mandi awal2 siapkan anak aku dan seterika baju raya. Dah siap pakai baju raya tunggu la mak mertua & makcik balik dari ziarah kubur. Aku tak ikut... Dah balik dari kubur tu kitaorg kumpul ramai2 bersalam2an, minta ampun dan maaf.. Part ni yg aku tak leh tahan, aku mesti nangis punya...rasa byk betul dosa aku pada mereka...isyk2... Dah tu aku bg wit raya kat mak & bapak mertua, makcik2... Dah siap agenda bersalam2an..kitaorg pun posing ambik gambar ramai2...


Tghari raya lak rumah Mak Semerah..mcm biasa la...dah salam2an dgn mak dan kakak kat rumah tu, kitaorg pun beraya la kat Semerah..rumah sedara mara sebelah arwah bapak..Sebelum tu sempat la ambik gambar ramai2... Dari pukul 2 ptg sampai kul 6.30ptg beraya...tu pun tak semua rumah yg kita org sempat g. Ada byk lg. Lepas solat asar, balik ke Pt. Jawa..sbb tahun ni giliran rumah mak mertua.


Raya ke-2, pukul 10.00 pg aku dah sampai rumah mak semerah, nak g ziarah kubur arwah bapak. Nak g raya pertama tak sempat sbb sibuk beraya. Buat tahlil ringkas kat kubur dgn Amy. Lepas tu balik semula ke Pt. Jawa. Raya ke-2 kat rumah Semerah ada marhaban lelaki.
Sebelum maghrib, Amy telefon, dia kata nak wat kenduri adik beradik kat rumah Kak Ngah..lepas maghrib kitaorg pun gerak g rumah Kak Ngah..Rumah nya tak jauh dari rumah Mak Semerah. Raya ni asyik berulang alik jer la dari Pt. Jawa ke Semerah. Banyak betul Kak Ngah masak lauk..ada sup lembu, rendang, sayur, sambal belacan, telur goreng, asam pedas ikan merah, ulam2an...


Raya ke-3 aku ikut mak mertua beraya di Muar..dapat la 2 buah rumah. Rumah sepupu ayah Aiman, kenyang sgt sbb dia masakkan nasi lauk asam pedas ikan pari. Pas tu singgah rumah mak metua adik ipar kat Parit Keroma. Malam kitaorg balik ke Semerah. Giliran rumah Semerah pulak. Sebelum balik Semerah g beraya rumah Kakak kat Taman Bukit Perdana, BP. Nak sampai BP punya la seksa....jem teruk jalan. Sampai rumah kakak dia dah siap masak malam.. byk lauk, tp aku makan tomyam je...sbb tekak aku ni teringin sgt makan tom yam. Budak2 sibuk main bunga api. Dah malam kitaorg pun gerak balik, tp Abg Arif sekeluarga tak balik sbb dia nak mendaki Bukit Soga, BP pagi2...


Ari Jumaat lepas sembahyang g beraya lg..Ikut Lin dgn Abg Sanif..raya kat Sungai Balang, Pt. Ponorogo dan Parit Yusuf..malam lak sibuk buatkan barang hantaran Amy..sbb dia nak tunang esoknya. Tp sbb byk sgt bual, sampai pukul 12mlm brg hantaran Amy tak siap lg. Nasib baik ada adik ipar tu tolong buatkan..dia yg abiskan semua.


Hari Sabtu...pagi2 lg Mor, kakak yg dok rumah tu dah masak nasi lemak, sambal sotong, sardin masak kicap. Rajin betul dia...pukul 4.00 pg dia dah bangun masak..yg lain sedap tido je la sbb dah penat beraya. Pagi tu kitaorg sarapan nasi lemak kukus. banyak masak tp habis jg semuanya. Ayah aiman lak bangun lambat, apalg mak suruh aku masak lg sambal tumis & goreng ikan bilis. Telur mmg dah abis terus. Terpaksala masak semula sambal tumis...Dah sarapan semua bersiap nak g Melaka, nak hantar Amy bertunang..dapat orh Ayer Molek, Melaka. Sebelum tu g rumah Kak Long dulu kat Taman Sri Rambai...dah makan tengah hari rumah Kak Long, baru la gerak g rumah tunang Amy.. Abg Wahid jadi tukang tunjuk jalan tp dia bawak kereta punya la laju, akhirnya kitaorg tertinggal jg. Dah la jalan sibuk. Last2 telefon jer la nak cari arah tempat tu...nasib baik jumpa. Abg Anif yg bawak mak pun tersesat tak jumpa tempatnya, sbb dah lewat sgt jadi majlis pun terpaksa dimulakan walaupun mak takder. Kak Long gantikan mak utk sarungkan cincin kat jari tunang Amy. Dah abis majlis barulah mak sampai, sian mak....tak per la, mak dapat bergambar2 jer la dgn tunang Amy. Ok lah, dah kul 5.00 ptg, jadi kitaorg nak balik ke Semerah dah, barang hantaran semua letak kat kereta Amy sbb keta dia besar.. Kitaorg balik dulu yg lain semua g jalan2 kat Melaka, ayah Aiman tak nak ikut sbb malam nak g beraya rumah Cikgu Silat dia kat Parit Penyengat, Muar. Lepas beraya singgah rumah Mak Mertua sampai kul 12.00 mlm bersembang. Mak mertua kata Diana, adik hubby dah sakit2 nak bersalin..sampai nangis2 dlm kereta. Dia nak bersalin anak ke-2.


Ahad, pagi2 lg mak mertua telefon ajak g KL tengok adik ipar tu. Tp hubby tak nak la pulak walaupun mak nak sponser duit minyak. Dah tak nak mak mertua pu gerak la g KL dgn adik yg sorang lg tu. Aku lak g beraya rumah Abg Sanif kat Jementah...jalan ramai2. Sempat singgah rumah Cikgu Ghazi kat Parit Yusuf. Sampai jer rumah Abg Anif..dia dah saip masak..biasalah lauk yg dia masak, ikan masak kari, kerabu sotong, ayam masak paprik dll. Sedap betul makan, lepas makan yg lain sibuk nak g jeram...tak jauh dari rumah Abg Anif..dlm 3km jer. Diaorg sibuk mandi kat jeram. Siap bawak bekal kuah kari dgn roti. Aku tak pergi pun, baring2 kat rumah je. Lepas diaorg balik, abg Anif masak lg..bihun goreng. Sekejap jer dia masak tp sedapnya la rasa bihun goreng dia tu. Hubby sampai bertambah2 makan. Mmg sedap..tak pedas sgt... Dah makan ptg pun kitaorg beraya rumah mak mertua abg tu..sebelah rumah je, dah beraya gerak balik ke Semerah. Aku dah siap2 solat jamak terus. Masa balik tu, adik beli la kupang & buah cempedak. Sampai jer rumah Semerah terus masak kupang bakar dgn kupang rebus. Makan nasi malam dgn lauk kupang je la cicah kicap.

Hari Isnin, hari raya ke-7 mak buat ketupat lg. Aku siapkan ketupat, buat 40 biji sbb nak bawak ke Surau. Lauk macam2 jg, ada rendang daging, ayam masak bumbu, lodeh sayur & sambal kacang. Siap bungkuskan Adik, Lin & Aris sbb diaorg nak balik dah. Tunang Amy dan kawan Pijan pun ada jg. Sampai habis lauk semua. Malam nak bawak g Surau masak lg ayam masak bumbu.

Selasa hari yg tak berapa nak ok buat Aiman dan aku, pagi2 jer lepas bangun tido Aiman termuntah, mula2 sikit lama2 makin byk. Minum susu je muntah, minum air teh jer muntah...sampai lembik badan dia...baring jer la depan tv. Petang masa nak ambik air sembahyang aku pulak termuntah, lepas tu muntah lg. Nasib baik barang dah siap kemas..teruk betul la aku muntah, habis semua keluar balik. Sebelum maghrib aku gerak balik ke JB, singgah Petronas Parit Yaani sbb nak solat maghrib..kat situ pun aku termuntah lg..seksanya la rasa badan ni. Sampai je JB terus g Klinik Faizal, turun jer kereta aku dah termuntah lg. Masuk je Klinik aku daftarkan utk Aiman, sbb badan dia dah panas...Aku bgtau doktor yg Aiman muntah2 & demam, aku pun kena jg tp aku mengandung. Doktor bg ubat utk Aiman je, utk aku doktor suruh minum air kosong byk2 sbb aku mengandung. Sampai jer kat tempat parking kat rumah, aku dah tak larat, aku suruh hubby & Aiman naik rumah dulu, aku duduk la lama kat parking sbb tekak rasa tak selesa sgt. Sampai rumah aku terus tukar baju tido n baring. Barang aku tak kemas pun.


Pagi Rabu aku rasa malasnya la nak bangun, tp aku gagahkan jg. Aku masakkan nasi dgn telur masak kicap buat bekal Aiman. Pukul 9.00 pg Kak Nani ajak g sarapan, aku ajak dia makan kat Wantan Sup, BBU...aku nak makan yg panas2, lepas jer sarapan tekak aku dah rasa lain macam. Aku apalagi terus g surau, bukak kipas baring sampai pukul 1.00ptg. Sekurang2nya kalo aku termuntah pun aku dah kat Surau bukan kat opis. Mmg terseksa betul la badan ni bila dah kena macam ni.

Rabu, 24 Ogos 2011

Mmg Tak Patut

Semalam masa hubby nak turun pergi keje, Aiman panggil... "Ayah, ayah..marahkan adik ayah, dia cakap bangang".....Hubby pun jeling jer la anak Mak Ony tu, tahu pulak dia takut, dia tak pandang pun ayah Aiman. Masa tu Mak Ony kat dapur, jadi dia tak tahu la Aiman ngadu pada ayahnya.

Petang semalam lepas ambik Aiman, Aiman cakap lg..."Ibu, tadi adik kan cakap bangang..mampus"... .."Lain kali kalau adik cakap mcm tu lg, abg bgtau dia nanti Allah tak sayang...pastu berdosa besar"...itu la yg aku balas. Patutla aritu masa hubby marah Aiman dia leh kata bangang kat ayah dia, rupanya ada org yg ajar...Nak marah budak tu, dia mmg sah2 dah OKU...terpaksala aku cakap dgn Aiman baik2...."abg jgn cakap mcm tu lg yer, nanti berdosa, Allah tak sayang" ..."Nanti kalo adik cakap mcm tu lg Aiman bgtau ayah, suruh ayah marahkan adik".....yer la ibu.

Selasa, 23 Ogos 2011

Kembara Merdeka Ramadhan bersama sehelaibaju.com

Pukul 3.00 ptg semalam ikut Program Kembara Merdeka Ramadhan bersama sehelaibaju.com. Program ni anjuran Jabatan Penerangan Johor dengan kerjasama sukarelawan sehelaibaju.com buat menyapu si air mata....Kitaorg berkonvoi, 3 unit jabatan dan 2 kereta sukarelawan, Majlis bermula dari IPPNJ terus masuk highwang Senai-Desaru, menuju ke bus stand Bandar Penawar...nak buat edaran bendera, pamplet, sticker, poster dan mcm2 lg la. Pertama kali la aku masuk highyway Senai-Desaru, dapat la lalu jambatan kat Telok Sengat tu, panjang la jg, ada la dalam 2km...Ok la juga kat situ banyak la buat edaran bendera dll. Pastu sukarelawan sehelaibaju.com nak sgt g Telok Sengat, Kota Tinggi. Jadi konvoi pun pergi la ke sana. Edarkan pamplet, sticker dan poster....tu jer yg tinggal. Tp ada sorang pakcik tu buat deek je masa kitaorg buat edaran, pastu dia tanya ada tak bendera, kawan tu pun cakap la bendera dah habis, tinggal psoter dan sticker jer. Yg buat sakit hati tu, ada ke patut pakcik tu kata mcm ni " takperla, kat rumah saya dah ada bendera, bendera PAS" ..hiss...geram betul aku dengar. Aku terus malas dan dok jer dlm unit.

Ok lah, dah settel keje kat situ, terus g Kota Tinggi, nak ke rumah anak yatim Kota Tinggi buat edaran baju raya. Sebelum tu singgah sekejap kat Pejabat Penerangan Kota Tinggi, aku sempat solat asar jap...nasib baik abg cameraman dari RTM pun nak solat gak...ada jg kawan nak naik ke tingkat 2 Bangunan Sultan Iskandar tu...yer la...waktu dah pukul 6.15 ptg, tanya yg lain semua cuti jer...aku pun solat la sorang2 jer...tak per la, solat kan wajib mesti dilaksanakan walau kat mana kita berada.

Dah selesai solat, terus naik unit menuju ke Rumah Anak Yatim Kota Tinggi, kedatangan kami disambut oleh YB Asiah Md. Arif, ADUN Johor Lama. Pengarah & the geng pun ada gak. Anak2 yatim tu siap berbaris menyambut kedatangan kami. Pastu kitaorg ambik tempat duduk, ada ucapan sikit dari Pengarah, wakil sehelaibaju.com & YB Asiah. YB bagi ucapan pun ringkas je sbb dah nak sampai waktu berbuka. Ada simpolik memakaikan baju raya pada anak2 yatim tu. Pastu dah masuk azan maghrib, waktu berbuka....Masa buka puasa makanan nya kuih karipap, kuih nagasari (perasa cendol) dan kurma jer. Lepas buka jer aku terus solat maghrib kat surau. Yg lain solat kat dewan sbb surau kecik, tak muat jadinya..

Selepas solat aku terus g makan, lauknya ayam goreng, ikan kerisi sambal, ikan masin sepat, ulam petai, pucuk selom & ulam raja, sambal belacan dan sayur pisang masak lemak. Aku makan ulam petai cicah sambal...sedapnya la. Sampai abis petai tu aku kerjakan....iskh2 tak senonoh betul la aku ni...aku tgok org lain tak nak sentuh pun, jadi aku la abiskan. ..

Tengah makan tu aku tengok Faizal (Ketua Unit aku) dah bersiap2 nak gerak, aku pun cepat2 abiskan nasi terus salam2 dgn semua...pastu naik unit. Kitaorg berkonvoi balik ke JB..Sampai pejabat kul 8.57 mlm, pastu aku tumpang Suhairi balik ke rumah, nak suruh Saipul hantar, dia tak tahu lak jalan keluar dari BBU ke Skudai, nak tumpang Faizal kesian la pulak sbb dia arah lain, aku lain, Nasib baik ada Suhairi...dia pun dok kat BBU jg. Sampai rumah dah pukul 9.00 lebih.

Sampai jer rumah aku tgok hubby & Aiman tgh ngadap TV citer MAHARAJA LAWAK...dia download kat internet pastu pasang kat TV...yer la rumah aku mana ada ASTRO...aku tak mampu lagi nak bayar bill astro tu. Atas meja ada ayam McD jer, dgn air pepsi...aku cakap dgn Aiman, ibu nak mandi kejap, abg tgok TV dulu je, pas mandi Aiman kata dia nak makan nasi dgn telur goreng. Padahal dah kul 10.00 mlm tu, tak per la, mesti dia lapar tak makan nasi kan. Aku pun tanak nasi kejap pastu goreng telur, aku suapkan Aiman....habis satu pinggan dia makan. Dah kul 11.30 mlm Aiman tak nak tido lg, dia ajak aku baca buku...aku dah ngantuk & letih jadi aku pujuk dia ajak tido sama....sbb pagi2 aku nak bangun masak sahur...Ok aku pun tido la dgn Aiman, rupanya tgh malam ayah aiman leh lak makan nasi dgn telur goreng yg ada kat atas meja...iskh2 mana badan tak montel..dah malam2 pun makan nasi gak...

Teksi Kupon di JB

Pagi Semalam ada program Kempen Kibar Jalur Gemilang Anjuran Jabatan Penerangan Johor Dengan PETEKMA (Persatuan Pemandu Teksi Malaysia) di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Majlis sekejap jer, dari pukul 10.30 pg - 12.00 tgh hari. YB Datuk Haji Ahmad bin Maslan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang rasmikan. PETEKMA hantar memorandum bantahan penggunaan teksi berkupon..Aku pun sokong sgt dengan bantahan tersebut sbb kupon tu menjadikan tambang teksi mahal. Aku dah terkena dah. Aritu pergi Angsana dari opis ni, pergi tambang RM8.00 jer. Nak balik dari Angsana ke RTM kena lak beli kupon teksi kat kaunter, org jaga kaunter cakap tambang ke RTM RM13.00. Aku pun marah la, napa lak mahal sgt dari RM8 jadi RM13.00 lak....naik RM5.00. Org kaunter tu kata mmg dah itu harga di komputer. Hai...komputer tu sapa yg settingkan, bukan ke manusia jg. Pastu dia semak harga ke Hutan Bandar, JB. Tambang RM15.00 perghhh...ni boleh menyebabkan aku marah ni...yer la, mmg tak patut sgt...naik sampai mcm tu sekali. Aku pun malas la nak naik teksi guna kupon ni...cekik darah jer...last2 aku tunggu teksi kat depan menara LHDN...luar dari Angsana, sampai pejabat baru jer RM8.00....pas ni kalo nak naik teksi kat JB ni jgn la ambik teksi berkupon, menyusahkan pengguna jer. Tapi aku tengok dah banyak tempat dia bukak kaunter kupon tu kat JB.....Kat Pasaraya @Mart, Kempas, Angsana kat Larkin Sentral pun dah pasang...Syarikat tu mmg menyusahkan org la....

Isnin, 22 Ogos 2011

Syukur PadaMu Ya Allah

Hari Jumaat, lepas buka puasa kat pejabat aku suruh hubby hantar g farmacy, nak beli pregnancy test...sbb period dah lewat 2 minggu, dah tu aku asyik sakit kepala jer, rasa loya lagi, badan rasa letih semacam je....kalau boleh nak baring jer... Dah balik aku letak jer alat tu atas meja tak buat test pun, aku nak buat awal2 pagi sbb hormon aktif pada waktu pagi. Jadi sebelum sahur, aku pun gunakan la alat test mengandung tu.. Tengok2 tak nampak pun line yg keluar, ahhh....biar jer la alat tu kat bilik air, tunggu la dulu. Dah 2 minit aku jengah balik bilik air, tengok dah keluar ke belum line merah tu....Alhamdulillah, syukur sangat padaMu ya Allah, di bulan Ramadhan yang mulia ini, Kau berikan ku rezeki lagi......sukanya hati aku. Yer la, Aiman pun dah umur 3 tahun lebih, kalo bersalin besok Aiman dah masuk 4 tahun. Dah besar dan boleh diharap. Masuk opis hari Isnin, aku terus bukak internet, cari maklumat nak kira tarikh jangkaan bersalin. Ok, dah jumpa pun, aku masukkan tarikh last period aku 5 Julai 2011, Tarikh dijangka bersalin - 10 April 2012...

Harini, aku dah mengandung 7 minggu...syukur sgt. Cuma yg aku tak tahan, setiap hari rasa loya yg teramat sgt, aku dah tak boleh bau minyak wangi yg hubby pakai, kalo bau jer terus rasa pening sgt, bau sabun Dynamo yang biasa aku guna pun boleh buat aku rasa loya dan pening. Aku selalu citer pada hubby, tp dia leh kata lak mcm menyesal jer mengandung. Ada ke patut hubby aku kata mcm tu, aku bukan menyesal tp aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa pada dia. Takkan la aku nak menyesal...aku yg nak sgt anak, aku syukur sgt...cuma rasa loya dan pening kepala ni buat aku lemah... Apapun Syukur pada MU YA ALLAh...

Selasa, 16 Ogos 2011

Mercun POP-POP

Setiap hari bila ambik jer Aiman dari rumah Mak Ony, mesti Aiman siap pesan dgn Mak Ony. "Malam nanti mak panggil Aiman yer, kita main Pop-pop sama". " Yer la, lepas buka nanti mak panggil Aiman yer"..tu la jawapan Mak Ony.. Sebenarnya ibu pun tak pernah belikan Aiman mercun pop-pop tu, tapi Mak Ony yg ajar. Mula2 beli kat kedai bawah tu jer, sekotak harganya RM1. Masa mula2 main, Aiman takut, dia tengok jer Mak Ony baling mercun pop-pop tu, tapi lama kelamaan dia makin seronok main, setiap hari mesti dia tunggu Mak Ony panggil ajak main sama.

Semalam Mak Ony tak belikan Aiman mercun pop-pop tu.. Aiman biasala, bila dengar jer pintu rumah Mak Ony terbuka, mulalah dia buka pintu nak keluar rumah. Kadang tu bukan Mak Ony, Abg Zaini yg keluar...anak Mak Ony yang sulung tu nak g surau. Abg Zaini tu senyum jer la bila tengok Aiman...Pas tu bila dengar lagi pintu terbuka, cepat2 Aiman bukak pintu lg..dia tak sabar nak main mercun pop-pop. Salah lagi, rupanya bukan Mak Ony, adik, anak Mak Ony yg bongsu.... Disebabkan Mak Ony tak panggil2, Aiman pun panggil la Mak Ony. " Mak...oo...mak..Aiman nak main pop-pop"...." Mak tak beli la Aiman, esok la kita main yer"... bila dengar jer mercun pop-pop takder, apalagi mengamuk la si Aiman ni..menangis2 sampai tak nak masuk rumah.. Puas aku pujuk dia, cakap dgn dia kedai tak buka la, esok beli la, tengok citer ultraman la...tu pun Aiman menangis2 nak juga main mercun pop-pop...

Kalo sehari sekotak...RM1, ada 12 hari lg nak balik kg sebelum raya.....kena beli 12 kotak lagi la jawabnya mercun pop-pop tu... Hai Aiman2...

Isnin, 15 Ogos 2011

Kuih Raya

Hari ni dah masuk hari ke-16 umat Islam berpuasa, tinggal 13 hari jer puasa...sekejapnya la..pastu dah raya. Tapi sampai skrg pun aku lom sempat tengok kuih raya kat pasar raya. Setiap tahun aku mesti beli kuih...paling kurang 3 balang....utk rumah sendiri, mak mertua dan mak sendiri. Tahun ni ntah bila nak g beli...hari minggu keluar tp sekadar beli lauk je kat @mart, Kempas.... Hujung minggu ni rasa nak tinjau kuih raya la..kat Mydin biasanya murah, rasa pun boleh tahan. Kalo beli kat Mydin leh la dapat banyak bekas...tahun lepas beli kat Mydin 7 bekas ...tahun ni pun rasa nak beli kat Mydin la..murah sikit harganya. Dah tengok kat Angsana aritu, harga punya la mahal..satu bekas tak sampai 50 biji dah RM25-RM40.. kalo ambik 3 bekas dah nak RM100...mmm...tak berbaloi la... Lg pun bonus dah masuk...jadi mesti kena beli juga minggu ni, sbb minggu depan dah nak balik kg dah...

Isnin, 8 Ogos 2011

* Bonus Raya *

Alhamdulillah...malam tadi masa dengar Buletin Utama, aku menjerit besar..apa tak nya nampak tajuk utama " Kakitangan Awam dan Pesara Kerajaan Diberi Bonus Setengah Bulan Gaji" dan akan dibayar pada pertengahan bulan ini. Gaji aku skrg RM1,119.00 maknanya bonus yang aku dapat RM 559.50...syukur sgt. Ye la, nak raya ni banyak duit nak guna...nak g beli baju anak, isi minyak kereta, kuih utk bawak balik kampung, belanja barang dapur kat kampung....semua guna duit. Duit bonus tu kira duit utk belanja raya jer la.

Semalam Mak Nok dah tanya, nak tukar duit raya tak.....yer la setiap tahun aku tukar duit RM1 sebanyak RM200, bagi kat anak sedara yang dah puluh2 orang...tak per la, walaupun jumlahnya sikit tp sekurang2nya kita buat sedekah dan amal jariah...Bagi sikit kat mak, kakak yg kat rumah tu, Mak Ony dan anak dia.....Aiman pun ibu bagi juga....dah anak sedara aku bagi takkan anak sendiri tak dapat duit raya.....

Hujung minggu ni, kalo takder per2 aku nak ajak Aiman g belanja kuih raya la...Rasanya dah boleh start membeli ni, nak bagi mak Semerah dan Mak Bukit Mor....Rumah sendiri lg...ala beli kuih yg simple2 jer janji ada buah tangan utk bawak balik kg... Nak harap aku buat sendiri, mmg takder la...oven pun tak de, mana aku nak bakar kuih kat rumah.

Jumaat, 29 Julai 2011

Salam Ramadan Al-Mubarak

Isnin, 1 Ogos 2011 umat Islam bakal menunaikan rukun Islam yg ke-3 iaitu menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadan al-Mubarak... Tahun ni adalah tahun ke-5 aku menunaikan ibadah puasa bersama suami ...mudah2an aku diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa pada tahun ni dan tiada sebarang masalah yg berlaku. Kalo boleh, aku nak puasa cukup tahun ni....leh buat amal ibadah sepanjang bulan Ramadan yang penuh berkat....

Biasanya setiap tahun, kalo waktu sahur, aku akan bangun pada jam 4.00 pg...masak nasi dan bancuh air panas....pastu masak lauk...biasanya lauk utk sahur simple2 jer...hubby suka lauk telur cincang, aku lak suka lauk ikan bilis tamban goreng + lada hijau + bawang besar....itu jer lauknya dah cukup....pukul 4.45 pg aku akan kejutkan hubby utk bangun sahur..tp hubby aku ni suka sahur dah nak habis waktu, dia kata nak dapat pahala lebih...lepas sahur aku akan baring sekejap, kdg tu tertido la jg.....bila dah pukul 6.00 pg, barulah aku bangun semula, mandi siapkan bekal utk anak, solat, seterika baju keje..dan siap2 g keje....

Tp biasalah, dah bulan puasa ni, sampai opis jer mesti mengantuk....mulut pun asyik menguap jer...Kdg tu belum waktu rehat pun aku dah cabut g surau, baring2....mmm....nak buat mcm ner, dah ngantuk sgt..tp bos tak marah..bos pun faham...org pempuan kan bangun pagi2 sbb tu ngantuk waktu keje...tp keje aku buat jg...

Tahun ni adalah tahun ke-4 beraya bersama Muhammad Amirul Aimanshah...anak aku yg sorang tu... baju Melayu hubby dah siap lama dah, sebelum puasa lg...baju aku dan Aiman jer tak tahu lg khabar beritanya..sbb Kak Long yg tolong jahitkan...biasa masa nak balik raya tu la baru ambik baju dan terus pakai utk raya... Tahun ni hubby pilih colour meroon....cumanya baju aku mcm tak berapa nak kena jer dgn warna baju melayu hubby...aku punya baju kurung warna purple.....sekali tengok mcm sepadan, dah 2 kali tgok nampak sgt lain colournya...tak kesahlah...janji ada baju baru kan....

Aku dan hubby setiap tahun buat baju kurung dan Melayu je. Tp untuk Aiman kena la cari kasut, t-shirt dan seluar jin baru dia...yg tahun lepas punya semua dah tak muat..

Rabu, 27 Julai 2011

dr tuah iskandar

Hari ni 28 Julai 2011, Khamis, aku kena g seminar....Program Semurni Kasih, Anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam, Johor di Dewan Besar, Kompleks Islam....Aku dah pesan dgn hubby dr semalam lagi suruh dia hantar ke sana..


Pagi ni, sampai je ke opis, aku terus punch card...pastu panggil Kak Nani sbb nak ajak dia g sama. Abu pun kena g juga tp dia tak nak naik dgn aku...tak perla...dia nak g sendiri... Sampai kat Kompleks Islam awal lg..baru kul 8.20 pg...program start kul 9.30 pg...ada sejam lebih lg tu... Ingatkan ada sarapan pg..rupanya harini takder...biasanya kalo Jabatan Agama Islam buat seminar selalu ada sarapan pg..tp harini takde la pulak... Jadi Kak Nani pun ajak g sarapan kat kantin dulu...sbb nak daftar tp kaunter belum bukak...yg jaga pun takder lg... Ok la, kitaorg pun g kantin...aku makan kue tiau goreng dgn air teh o limau, Kak Nani lak ambik campur2....ada mee, nasi goreng, bihun & sotong goreng...dia minum teh tarik... lepas makan kitaorg pun g la foyer dewan islam...ada jual2 barang kat tepi tu....mcm2 la org buat promosi kat foyer dewan tu...


Dari satu tempat ke satu tempat aku g tgok...mula2 g tengok blause & tudung, tp selak2 je...tak beli pun, pastu g tgok barangan LENO...akak tu siap buat promosi kalo nak jd ahli.....bg la kita pamplet dan catalog...pastu g tengok org buat promosi kuih raya....dari nutrimetics.....Kak Nani beli lipbalm hg 7.90, aku lak beli deodoran....hg 11.00....padahal aku bawak duit cuma RM25 jer...dah tertarik dgn baunya...beli ler jg...


Dah bosan, Kak Nani ajak masuk ke dlm dewan..dia kata sambil duduk2 leh la selak catalog yg akak LENO tu bg...bila selak rupanya catalog tu dah expired...dah tamat tempoh....mmm....tp tgok jer la...bukan nak beli pun...


Ok dah kul 9.30 pg..tp program tak start jg...tak lama pastu baru la VIP sampai...Dr Tuah Iskandar, Pen. Pengarah Jabatan Agama, Mak Datin dll....Lepas bacaan doa, Pen. Pengarah rasmikan majlis....aku dengar ucapan pen. pengarah Jabatan Agama Islam tu betul2...sbb cara dia cakap mcm serupa jer dgn aku cakap.....tp dalam hati jer la aku cakap ni....Pen. Pengarah tu pelat 'R'..sama mcm aku......tp dia tak malu pun cakap dpn org ramai...kalo aku, segannya la nak cakap dpn khalayak ramai...dah la aku ni pelat...teruk lak tu...tp Pen. Pengarah Jabatan Agama tu relaks je...yer la kan...dah dia bos....mesti la dia relaks jer....kalo jenis 'gabra' mcm aku ni....eemmm...mmg tak layak la jadi bos.....hehehe..


Lepas perasmian, Dr Tuah pun start...mula2..aku tak kesah sgt pun...sbb aku sibuk tgok catalog Leno...dah bosan baru aku ambik port..dgr betul2....seronok gak ceramah dia...tak membosankan...sebenarnya ni kali ke-2 aku dgr ceramah dia...Dr. Tuah kata dia dah 3 kali bg ceramah kat Dewan Islam ni...maknya nya aku miss sekali la ceramahnya tu...


Antara ceramahnya yg masuk kat kepala aku ni ialah....kalo nak berjaya kita perlukan "DUIT"...Duit tu bukan wang....tp D=Doa, U=Usaha, I=Ikhtiar dan T=Tawakal.... Pas tu utk dapat kebahagiaan, kita mesti bahagia dlm 3 perkara = Mental, Fizikal & Spiritual..... Byk contoh2 dia bg...nak tulis pun panjang sgt la.... Tp satu yg aku ingat, dia kata dalam BAB KAHWIN...mesti antara suami & isteri sentiasa tak sependapat...Kalo suami pendiam, isteri byk cakap, kalo suami malas, isteri mesti rajin.... Contohnya, suami kalo lepas mandi suka sepahkan tuala kat merata2....isteri jadi tukang kutip & kemas.... Suami suka buat sampah, isteri kena rajin sapu....baru lah bahagia...bila dia bg contoh mcm tu...aku rasa mcm kena je kat batang idung aku ni.... tp tak kesah la...


Pastu Dr. Tuah kata, kenapa ramai org bercerai?...dlm 15 minit, sepasang suami isteri bercerai kat Malaysia....kalo dah sejam ...4 pasang suami isteri cerai...kalo 24 jam = 96 pasang....jadi Dr Tuah kata, kenapa pasangan suami isteri bercerai....sbbnya kahwin bukan kerana Allah... Masa bercinta, org laki baru cakap pinggang kita langsing jer..kita dah terima dia jadi suami, so bila pinggang dah tak langsing...hidung tak mancung, rambut dah beruban...maka jadilah cerai berai.... byk lg la dia cakap..tp tu la antaranya...


Lg Dr Tuah cakap, napa mesti nak cerai berai.....sepatutnya kita jaga rumah tangga kita baik2...jadi kena bayangkan yg kita akan mati esok...kalo bukan kita yg mati, pasangan kita yg mati....sbb kita pasti akan mati ... bila kita ingat mati, mesti kita akan sayang pasagan kita....Dr Tuah kata, dia dah siapkan kain kapan utk dia awal2...biar dia ingat mati....kalo ingat mati, kita akan ingat Allah, jd kita akan laksanakan tanggungjwb sebagai manusia.....mcm2 lg contoh yg Dr Tuah bagi, tp ni je yg lekat dalam otak aku ni....


Bila dah abis ceramah, aku & Kak Nani pun terpikir la macm ner cara nak balik opis....sbb pagi tadi pegi kan hubby aku yg hantar...mula2 nak bg tau Zaki, nak tumpang dia..tp dia dok jauh la pulak....hujung kanan dewan...aku & Kak Nani lak hujung kiri dewan...tp sempat gak Kak Nani lambai tgn dgn Abu...nk bgtau dia yg balik nak tumpang kete Zaki.... mula2 kak Nani nak tepon opis mintak no telefon Zaki, sbb tak save no dia dalam hset...rupanya masa dah nak balik tu, Zaki dah call Kak Nani....dia kata dia tunggu kat pintu besar Kompleks Islam...ooo...Zaki dah faham rupanya tanda isyarat td....


Keluar jer dewan, urusetia dah sediakan nasi bungkus, jadi bawak je la nasi bungkus tu ke opis...dah kul 1.00 pun, aku & Kak Nani terus je la g surau, makan nasi bungkus tu...pastu relaks2 sekejap & sembang2 ...dah kul 1.50 ptg baru la solat zuhur...

Isnin, 25 Julai 2011

Anak....



Setiap hari aku harap sgt supaya aku dikurniakan cahayamata ke-2. Yer la, umur pun dah 31 thn, tp setiap bulan....hampa.... Lgpun skrg Muhammad Amirul Aimanshah dah umr 3 thn lebih, dah besar sgt dan boleh diharap.... sbb tu aku rasa nak mengandung lg...tp sampai skrg lom ada rezeki utk aku...

Dulu masa Aiman kecik, mmg la aku merancang....sbb nya, gaji aku pun kecik...dah tu byk pulak yg nak kena setelkan..tp Allah s.w.t tu maha Adil dan Maha mengetahui segala2nya.. Walaupun gaji aku kecik dan byk pulak nak kena bayar, tp setiap bulan aku tak pernah kehabisan wang...ada saja rezeki yang Allah berikan buat aku sekeluarga...selama ni pun, kat rumah tu tak pernah kehabisan beras atau lauk...semua cukup walaupun tak semewah mana, tp syukur sgt sbb masih boleh menikmati segala2nya.....Rezeki tu semua kerja Allah..bukan manusia yg menentukannya.


Masa Aiman umur 2 thn, aku dah bersedia utk mengandung lg...tp sampai skrg masih tak nampak bayang aku mengandung lg....ramai kawan aku yg anaknya lebih muda drpd Aiman dan sebaya dgn Aiman dah ada adik lg...ada yg dah masuk anak ke-3 pun....bila teringat Aiman takder adik lg, rasa mcm hampa pun ada...tp kita tak leh kecewa...kena usaha bersungguh2 dan berdoa semoga Allah kurniakan aku cahayamata lagi kali ni... Tp sekurang2nya aku bersyukur sbb dah ada sorang anak....ada kawan lain langsung takder anak....jadi aku lebih baik drpd org lain kan...


Di usia aku yg dah masuk ke 31 thn ni, aku berharap sgt semoga Allah kurniakan aku cahaya mata lg.....aku target nak anak 3 org..harap2 adalah rezeki nanti.....sbb nya kalo umur dah meningkat, pastu mengandung lg, mesti nurse kat Klinik marah dan bebel...padahal tu semua kerja Allah, buat apa la nurse dan doktor nak bebel tak tentu pasal...Dulu mak bersalin anak yg ke 14 pun pada usia 45 thn...tp org dulu2 lain..kerja kuat, sbb tu sihat... zaman dulu takleh nak samakan dgn zaman skrg, dulu leh hidup walau tak sesempurna mana...zaman skrg, semua perlukan kos utk belanja dan teruskan hidup....



Ahad, 24 Julai 2011

Kenduri




Hari Sabtu, 23 Julai 2011..aku ada undangan ke majlis jemputan kawin...anak CC Hjh Junaidah..CC lama Penerangan. Jumaat malam, bila hubby dah balik keje, aku pun bgtau dia pasal majlis kawin anak CC Jun tu, tp hubby kata dia malas nak g....jadinya aku pun sms Kak Nani (geng shopping hari Jumaat), kalau2 dia nak g majlis kawin tu. Aku sebenarnya nak tumpang dia. Tp dia kata, dia tak pasti samada pegi atau tak..


Aku pun tunggu jawapan dari Kak Nani pagi Sabtu tu... Sampai tgh hari, dia tak bagi jawapan..dah nak pukul 12.00 tgh hari, akhirnya Kak Nani sms..dia kata dia tak dapat pegi majlis tu sbb anak kak Nani sekolah, dan tak tahu balik pukul berapa... Ok lah...aku tak kesah..sbb kak nani pun ada urusan keluarga..


Tp aku rasa tak sedap hati la pulak bila tak pegi majlis kawin rumah anak CC Jun ni, sbb nya masa aku kawin dulu, CC Jun sekeluarga datang ke majlis aku...dah la jauh...dari JB dia sanggup turun ke BP semata2 nak datang majlis kawin aku....jadi bila dia jemput aku ke majlis kawin anaknya, rasa bersalah pulak kalo tak pegi...

Pikir punya pikir, aku pun nekad nak g majlis kawin anak cc jun tu...tp kalo bawak keta dgn anak berdua, aku rasa macam tak yakin sgt...yer la, aku bukan terar bawak keta pun, lagilah jalan kat Taman Perling tu....mmg tak pernah bawak keta sampai ke sana, selalu yg drive hubby, aku dok sebelah jer... Jadi sbb nak sgt pegi majlis tu, aku pun call Mak Nok (mak sedara sblh hubby aku yg very sporting).....ajak dia temankan...mulanya dia tak nak juga sbb dia nak basuh curtain rumah dia...yer la, kan dah nak puasa...kena la kemas rumah awal2... tp akhirnya dia setuju nak temankan aku pegi...


Sebelum pegi majlis kawin tu, aku cepat2 masak nasi dan lauk utk hubby kat rumah, aku masak lauk ikan cencaru bakar cicah kicap dgn sayur bayam goreng....lepas siap masak aku siapkan Aiman pulak.....pastu aku bersiap...lepas solat zohor jer aku gerak g rumah Mak Nok...


Pelan rumah cc Jun aku siap2 letak kat keta, leh la tengok dan baca awal2....padahal aku dah pernah pegi rumah cc jun...masa awal2 masuk keje dulu, CC Jun la yg tumpangkan aku tido kat rumahnya.....yer la, aku pun bukan ada sedara mara kat JB ni, bila lapor diri kat pejabat ni...aku tak tahu nak dok mana, tu yg CC Jun tumpangkan bermalam rumah dia.....tu yg aku rasa terhutang sgt budi dgn CC Jun...kalo dia takder, ntah kat mana aku nak tido masa awal2 masuk keje dulu....nasib baik ada CC Jun yg sgt prihatin....Sbb jasa dia la, aku rasa bersalah kalo tak g majlis kawin anak dia tu...


Bila dah on the way, dah masuk ke Taman Perling, aku pun bawak keta slow jer..yer la takut terlepas..dah la jalan Perling tu baru...baru tak baru la..tp aku tak pernah bawak keta sampai ke sana...jadinya aku pun terus naik fly over kat Perling tu, bila dah nak masuk simpang Jln Camar 3, aku pun signal keta, nasib baik aku tak bergesel dgn keta sebelah...yer la sbb dah nak masuk simpang tu baru aku bg signal...dah la keta banyak....iskh2....nasib baik keta belakang tak marah...bila aku dah masuk simpang Jalan Camar 3, Mak Nok kata simpang tu depan lg..dah masuk mana leh keluar..terpaksa la masuk terus....tapi bila masuk je simpang tu, terus aku nampak masjid Taman Perling...jadi mmg betul la simpang tu....dah tu aku nampak banyak keta berderet2 tepi jalan, bawak hantaran...mmg sah la ni rumah CC Jun...


Ok, jalan dah betul, tp takder parking la pulak...keta pulak banyak..aku pun terus la drive ke depan...tp aku tak tahu nak parking kat mana...aku pun terus ambik jalan tepi dan parking tepi jalan...tp jauh la sgt dgn rumah CC jun tu..dah tu keta byk...bahaya kalo berenti kat situ.... masa aku nak ambik parking tepi, aku tak bg signal...apalagi marah la keta belakang aku....sory yer keta belakang.....sbb aku tak tahu nak parking kat mana....tu yang teragak2 bawak keta...


Sbb parking jauh sgt, aku pun keluar balik jalan Camar 3 tu...nak cari parking yg dekat sikit dgn rumah CC Jun tu, tp aku nak undur..keta punya lah banyak...berderet2..ada la 5 minit aku tunggu...hehehe...bawak keta tak profesional betul la aku ni....aku pun terus drive ke Jalan Camar 10..aku redah jer...mula2 takut gak tp rupanya jalan camar 10 tu betul2 depan rumah CC Jun...mmm...senang la sikit..baru dekat...


Sampai je majlis kawin tu, aku terus duduk...ambik kan nasi utk Aiman..tp tak letak lauk pun, dan aku ambik nasi utk aku pulak... Boleh tahan sedap gak nasi beriyaninya...lauk ayam masak merah, rojak buah, dalca dan kurma daging...masa aku makan tu pengantin pun baru jer sampai...kompang pun tengah bertalu2 bunyi... ada lak nasyid dari kanak2...bingit gak telinga aku ni, tak khusyuk aku nak makan....tp dengar jer la... Dah abis makan, aku pun terus jumpa CC Jun, salam dia....dia bagi beg goodies....ada mug dan bagi anak aku goodies...ada gula2 dan kek Apollo...Aku sempat la bual dgn dia sekejap....terus balik...

Dah alang2 keluar ni, tak kan nak keluar g majlis kawin jer....sampai kat Uda, aku terus g Danga Bay, masa tu baru pukul 3.00 ptg...mmg tgh panas sgt...ni pun sbb Mak Nok yg ajak..rupanya skrg Danga Bay dah sepi sgt..dah tak macam dulu...masa sampai tu..yang jalan2 kat situ cuma aku bertiga...pastu ada budak India 4 org tgh shoot gambar...pastu ada pasangan couple sdg dating...mmg dah berubah sgt..dah tak macam dulu....Dulu Danga Bay ni la tempat yang paling meriah utk bersantai kat JB ni...skrg semua dah berubah..yang tinggal hanya kedai makan yang dah tak beroperasi....sunyi sepi jer....

Dah puas jalan2...aku pun nak balik...hubby call suruh belikan ubat dia...lepas beli ubat kat pharmacy, aku ajak Mak Nok makan cendol kat tepi pharmacy tu...sedapnya la waktu panas2 makan cendol..lega rasanya...Dah abis makan cendol, terus hantar Mak Nok balik rumah dia...tp dia ajak g kedai gunting rambut (bawah rumah Mak Nok je) ..nak guntingkan rambut Aiman yg dah panjang...cumanya rambut Aiman ni tak nampak panjang sbb rambut jenis kerinting...mula2 Aiman tak nak...tahu jer la dia...masa aritu g gunting rambut pun dia nangis2..mmmm....terpaksa la untie tu pujuk dia...aku pun terpaksa pujuk dia, bgtau dia kalo dah gunting rambut leh ajak g Angsana pulak...akhirnya cair juga dia...tak sampai 5 minit, dah siap dah rambut dia tu...dah hilang la rambut dia yg kerinting2 tu...pastu singgah jap kat kedai runcit, dia nak beli MAMEE....


Sampai jer rumah Mak Nok, dia terus bukak baju...mungkin gatal sbb baru potong rambut, pastu ngadap TV.....sampai la dia tertido....Mak Nok suruh aku beli me goreng bungkus, aku pun turun kejap beli la me goreng 2 bungkus.. Rupanya lama pulak la si Aiman tido...aku nak g yassin ni, kat surau flat rumah aku tu la...tp sian lak nak kejutkan Aiman ni...dah nak masuk maghrib ni...Mak Ony (pengasuh Aiman) dah sms..ajak g kenduri, aku pun call dia balik bgtau dia yg Aiman tido tak nak bangun... Ok lah, sbb dah pukul 7.30 mlm, aku terpaksa la kejutkan Aiman, rupanya dia mengamuk tak nak balik. Dia kata nak tgok Cartoon BAKUGAN sampai abis...aku pun tak fahan cartoon ni citer pasal pe...tp Aiman kata tak nak balik selagi Bakugan tak abis...mmmmm...terpaksa tunggu je la... Tengok jam dah nak pukul 8.00, carton tak abis lg...bila masa pulak aku nak g kencuri yassin ni...Aku pun pujuk Aiman, cakap dgn dia yg Bakugan ada lagi sambungannya esok..." kalau abg tak nak balik, ibu tinggalkan abg dgn Ony yer"...akhirnya dia nak juga la balik...

Sampai jer tangga rumah flat aku tu, jumpa la Mak Ony...Aiman pun terus la ikut Mak Ony ke surau bawah rumah flat aku tu jer...aku lak, sempat la balik rumah sekejap, mandi, tukar baju, buat susu Aiman, ambik yassin dan terus g surau bawah...masa aku sampai pun, org baca yassin dah nak abis......tp yg penting aku pegi juga kan...nak harap kan ayah Aiman tu...mmg takder la dia nak g yassin tu...

Bila Aiman nampak jer aku kat Surau, terus jer dia datang dok sebelah aku...padahal masa ikut Mak Ony td dia tak kesah pun..yer la, dah namanya anak ..mesti dia nak ikut ibu dia sendiri kan...Kat Surau, ada anak Ustaz tu...umur 6 thn, namanya Helmi....Aiman ni bila dah jumpa kawan menjadi2 la lasaknya...dia nak jadi ultraman la...bergasak la dgn Helmi tu...sampai mak Helmi tu pujuk la anak dia dgn Aiman...jgn lasak2..tp dah namanya budak, sekejap jer la dia baiknya...pastu lasak balik...Aiman lak, masa org pujuk makin lasak dia punya perangai...bila aku marah, terus jer dia baik..kata nak solat..tp sekejap jer la....


Bila dah abis solat isyak, ustaz tu bg la sikit tazkirah...pastu terus g jamuan makan kat khemah...rupanya Aiman ni dah lupa makan bila jumpa si Helmi ni, dia main kejar2 pulak...Aku lak dah ambik nasi dgn ayam goreng dan sayur jer..tak nak bg kuah kari sbb nak suapkan dia... Mmmm....tp Aiman tak nak makan pun, dia lebih suka main dgn Helmi tu la....jadinya aku yang makan nasi sampai abis.....Pastu aku ajak Aiman balik, dia tak nak...dia asyik main kejar2 dgn Helmi jer...aku apalagi...tarik jer la tangan dia...kalo tak, sampai malam pun dia tahan, dah ada geng baru la katakan.....Masa nak balik tu, Sabri (org kuat PAS kat flat aku) tanya "mana suaminya?" ...aku senang je jawab " dia keje"....malas nak cakap panjang...


Naik je rumah rupanya hubby aku tgh baring atas sofa sambil tgok TV..kan malam ni ada pertandingan Bola Sepak Malaysia lawan Singapura...patut la dia khusyuk ngadap TV.. tp kalo tak de bola sepak pun dia mmg tak akan pegi kenduri tu.....dah mmg itu gayanya...aku cuma tanya dia ...sapa menang? dia kata Singapura 5, Malaysia 3....mmm...aku pun bukan minat dgn bola ni, jadi aku tak kesah la sgt...


Lepas tukar baju, aku pun solat isyak...mata pun dah ngantuk...dah kul 11.00 mlm lebih...aku nak masuk tido...pastu Mak Ony panggil...rupanya, Mak Ony hantar nasi kenduri dgn lauk daging dan ayam goreng..dah malam, bukan ada yg nak makan pun..aku simpan jer la bawh tudung saji...hubby lak suruh masakkan telur cincang..lauk favourite dia...lepas dia makan, aku kemas dapur jap..terus masuk bilik.... tidooo....

Jumaat, 22 Julai 2011

Cek APC...



Masa kursus kat Cherating...19 Julai 2011, CC ada call aku, bgtau pasal cek APC aku dah diterima. Tapi disebabkan surat tu boleh dibukak, CC pun tengok la cek dan sijil aku tu...rupa2nya cek tu dah nak expired...tinggal 2 hari jer...tarikh tamat tempoh 21 Julai 2011...


Disebab kan dah nak tamat tempoh, CC pun cadang nak bg cek APC tu pada hubby aku..tp aku bgtau CC, lebih baik CC bank in jer cek tu sbb kalau nak harap hubby aku masukkan dalam akaun aku...nampak gayanya takder la...selalu dia terlupa...dan tertinggal je dalam kete tu...


CC pun setuju la nak bank in kan cek aku tu...aku pun apa lg mesti la tertunggu2 duit tu...yer la...bukan sikit...banyak tu...RM1,000 ...bukan senang nak dapat.. Petang lepas CC call tu, Azila KPK pun sms kata dah bank inn kan cek aku tu....dia kata leh la aku shopping kat Cherating nanti...dah g jalan2 mesti la nak pakai duit kan....


Masa majlis penutup kursus....Shahda sms suruh call dia balik...bila aku call, rupanya dia nak bgtau aku yg cek aku tu tak leh nak dibank inn kan...sbb nya cek tu dah tertulis no. akaun Public Bank aku...padahal aku dah close akaun tu tahun 2007...Akaun Public Bank tu aku guna masa keje kilang kat Chang Huat Plastic, Tanjung Agas, Muar dulu....tahun 2003... jadi bila aku masuk keje Penerangan kat KL, aku guna la nombor akaun tu sekejap..tapi bila dah balik Johor aku pun tutup akaun Public tu sebab cek OT dan TNT susah nak masuk bila guna bank lain....Aku bukak akaun Maybank kat Johor ni... Tak sangka la pulak, rupanya KL masih simpan nombor akaun lama aku tu..



Masa on the way balik ke Johor, baru je keluar dari Cherating, CC call aku balik...dia bgtau pasal cek aku tu...Aku pun bgtau CC yang tu bukan rezeki aku nampak gayanya...tp CC bgtau aku, bukan mcm tu, sebenarnya cek tu dia akan pulang balik ke KL, suruh KL ganti dgn cek baru dan guna nombor akaun lain..tp CC kata kena la sabar sbb duit seribu tu nanti lambat la aku nak dapat....tak per la, biar lambat, janji dapat...kalau aku dapat cepat pun ...cepat la abis duit tu nanti...


Masa dalam kete, aku bgtau hubby aku yang aku nak singgah kedai beli lauk...sbb nya kat peti ais rumah tu, mmg dah takder sgt lauk...ada telur dan ikan masin jer la... tp hubby aku tanya, ada ker duit nak g belanja, dah la akhir bulan, pastu baru balik kursus... Aku pun bgtau dia la yg CC call pasal cek APC tu...hubby kata...."ohhh...rupanya tgh kaya la ni"...aku belum abis citer dia dah kata aku kaya... Aku pun bgtau dia citer sebenarnya pasal cek tu.... jadi takder la duit seribu tu....emmm....disebabkan takder duit, tak jadi la beli lauk...


Sampai jer rumah, aku tanak nasi...lauknya, hubby aku kata masak telur cincang..ni la lauk favorite hubby aku..mudah, ringkas dan senang.....

Khamis, 21 Julai 2011

letihnya badan...

Semalam baru balik Kursus Multimedia Adobe Indesign CS4 di Suria Cherating Beach Reosrt, Kuantan, Pahang dgn Saedah & Ijad..Kluang. Kursus 5 hari...seronok sgt...release tension....walaupun apa yang diajarkan kat Kursus tu tak masuk otak aku pun, tp sekurang2nya dapat aku g jalan2 makan angin.

Kalau aku saje2 nak g jalan ke Cherating tu...ntah bila la jawabnya. Mesti nak kena pikir kos nya. Nak g kursus ni pun, nasib baik ada unit Kluang. Jimat sikit kos, cuma aku kena turun Kluang la...tak per la, dah mudah sikit. Tapi aku bersyukur sgt2 sbb hubby nak hantar kan ke Kluang... kalau nak naik bas, dgn bawak beg baju, beg laptop yang berat ya amat...rasa malas aku nak g kursus ni... Ni pu baru bawak beg laptop yg sgt la berat, beg baju, beg kasut dan handbag.....lengan dan kaki aku dah sakit2...yer la umur pun dah masuk 3 series (pinjam kata2 Pengarah Pahang)...sbb tu badan dah mula sakit2.

Bercerita tentang kursus multimedia ni, aku minat dgn kursu s Indesign ni, tp disebabkan laptop tak cukup dan terpaksa berkongsi, aku ajdi tukang dengar jer la..yang buat keje Saedah..sbb dia rajin ....aku ni pulak jadi tukang menyembang je masa kursus.. Assessment kena buat kulit folder, buat kat bilik malam2...tp hasilnya..hehhe..malu nak tunjuk. Masa nak presentation tu, Saedah buat balik, siap tambah gambar xtvt jabatan lg..tp yang kali ni kira cun la..sbb dia dah buat aku jadi tukang present jer la... adil dan saksama kan...

Kat kursus ni, lecture nya dari KLMU...ngajar pun sikit2 jer..pastu suruh kita buat, kalo ada masalah baru tanya....kalau dia nak ajar semua rasanya tak cukup kursus 5 hari tu. Tp ok gak, sbb dia mudah beri tunjuk ajar, tak tahu jer, panggil dia...mesti dia datang.. Namanya En. Khairul Ezedy bin Abdul Rahman... Fasilitator utk kursus ni En Khafiruddin bin Faijan, dari Pembangunan sumber Manusia, Jabatan Penerangan Malaysia...muda lagi orgnya...macam adik2 aku jer..tp dah sebab dia jadi Fasi...kena lah hormat pada dia...tp dia very sporting.... seronok bila berkursus dapat fasi yang memahami dan sporting ni...rasa macam tak nak balik lak g kursus ni....hahaha (padahal anak kat rumah tu dah nangis2 sbb kena tinggalkan dia)...

Masa kat kursus tu, sempat la juga g ambik angin laut di tepi pantai Cherating, cumanya pantai Cherating ni tebingnya macam dah terhakis jer.. Aku lak berdiri atas pasir yang tinggi tu, tetiba jer....pasir tu jerlus..tak apsal2 aku jatuh... Nasib baik Saedah ada sama, dia yang tolong tarik tgn aku. Bila yang lain turun, mereka ajak la berposing tepi pantai, sbb nya ada jurufoto Pahang..'Nurul' ni..mmg asyik snappp gambar jer la.

Pas tu teringin pulak main bola tampar bila tengok orang dari Jabatan Perangkaan main ...so Nurul ni pun mintak pinjam la bola dari mereka...kitaorg pun main jer la..padahal aku bukan tampar pun bola tu, tp aku pukul jer la....janji bola tu leh naik atas... lepas main bola, aku dan Saedah terus g makan...ingatkan diaorg yang lain ikut, rupanya semua berendam dalam kolam renang...n sambung main bola... iskh2... aku malas nak basahkan baju...sebab dah nak balik dah.

Sepanjang kursus ni, makan sehari 6 kali, dah la makanan sedap2... aku pun makan je la.... rasanya bila ditimbang, berat aku mesti naik byk ni... perut pun sampai boncit...tu nasib baik makan malam tak turun, kalau la makan mlm pun aku bedal....lg la banyak lemak yang terkumpul dalam badan aku ni....

Rabu, pukul 10.30 pg Kursus dah abis...majlis penutup oleh Pengarah Pahang, Datuk Hjh Hasnah...rupanya dia dah pencen... tp sbb tugas Datuk Hajah sanggup g kejra..mmg layak dia dapat pangkat dan gelaran... sbb komitmennya pada kerjaya... Sampai la pukul 1.00 ptg..lepas makan tgh hari jer, terus balik bilik, kemas2 barang n check out...

Balik tu singgah jap tepi jalan beli keropok ikan...sepeket ada yang RM10, RM5 dan RM3. Aku beli yang sepeket RM3 - 10 bungkus..yer la dah jalan jauh, tak kan tak bawak buah tangah utk sedara mara kat sini. Pastu utk rumah sendri aku beli yg RM5 dan sotong bergula. Aku beli juga sos pencicahnya sampai 3 botol..sbb nya masa kat hotel, ada makan cekodoh cicah sos pencicah tu..aku rasa sedapnya la sos tu...tp aku beli 3 pun utk bg makcik2 kat JB ni...Abis la RM47 aku belanja keropok tu..

Balik Ijad tak lalu Segamat, dia ikut Mersing - Kluang. Bila dah masuk Mersing, dia suruh aku call hubby aku...hubby aku kata jauh lg...ermmm.... yer la kan...aku bgtau awal2..pastu dah masuk Felda Nitar, n sampai Kahang aku call balik hubby aku, dia kata dia dah sampai Machap...ok la..dah dekat dgn Kluang kan... Bila aku sampai ke Pejabat Penerangan Kluang, rupanya hubby aku dah tunggu dalam kereta...sampai tertido dia...siannya la abg aku ni....tapi takper la, tu satu pengorbanan kan... Balik tu singgah pam minyak sekejap..aku terasa nak buang air la.....yang teruknya, ada lelaki India tu, dah buang air kecik, sajer jer muka dia tinggalkan kecing dia kat mangkuk tandas tu...iskh2...aku dah tak tahan buang jer la air...tapi aku siap basuh dulu...aku pasang getah paip tu sampai la air kecing dia hilang, baru la aku membuang....baru la lega....bila aku bgtau hubby aku, dia marah aku balik, dia kata dah aku guna tandas awam...mmg la gitu...mmmm....

Sampai JB dah nak pukul 9.00 mlm..... letak beg dan barang2 terus ambik Aiman kat rumah Mak Ony..rindu betul aku pada anak aku yg sorang ni, tp aku tengok dia seronok jer kat rumah mak Ony tu, bila aku balik pun dia buat tak kesah jerrr.... nasib baik la Aiman ni dah sayang dgn mak Ony sekeluarga....Mak Ony pun sayang sgt dgn dia....tu yang dia buat deeekkkk jer bila aku balik...aku bagi la keropok kat Mak Ony 2 peket...

Esoknya aku tak keje..sakit betul badan dan kaki aku..rasanya semua anggota lenguh2, mungkin sbb penangan main bola tampar..kat rumah pun pagi2 aku dah bangun, lepas mandi dan basuh baju kursus tu, aku terus baring kat sofa...Aiman tengok la TV sorang2.... pukul 11.00 baru la aku masak nasi, goreng telur dan masak sambal tumis sotong... lepas suapkan dia jer..aku ajak dia tido kat bilik...sbb harini aku nak rehat.....aku tertido sampai pukul 3.45 ptg...iskh2 lama gak tu, nasib baik ada masa solat zohor....

Rabu, 22 Jun 2011

Tangani Stres



Tangani StresKemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:



  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’

  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap

  • Kenal pasti kenapa anda marah

  • Cuba dengar penjelasan orang lain

  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan

  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan

  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:




  • Berfikir secara positif

  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan

  • Belajar menyukai diri sendiri

  • Belajar bertenang

  • Adakan hobi

  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

  • Dapatkan tidur yang cukup

  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah

  • Bersifat tegas/asertif

  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Ahad, 19 Jun 2011

Tips Pengurusan Masa utk Ibu yang Sibuk



Justeru, yang penting adalah bagaimana anda menguruskan kesibukan itu sehingga anda tampil 'tidak sibuk' dan 'teratur'. Pengurusan masa adalah perkara crucial dalam hidup setiap individu. Pengurusan masa yang cemerlang hanyalah pada individu yang cemerlang. Kurangkan merungut, lebihkan tindakan. Tidak ada siapa mampu melakukan semua kerja untuk anda seperti yang anda mahukan.






  1. Buat jadual peribadi.

  2. Jauhkan diri dari memberi dan mencari alasan.

  3. Cut masa untuk bersenang-senang terlampau lama.

  4. Jadikan setiap masa adalah masa untuk berfikir.

  5. Sentiasa rasa ‘kalau tak buat sekarang nanti tak buat-buat dah’.

  6. Adakan masa untuk Tuhan, Tuhan akan ‘adakan’ masa untuk kita.

  7. Kurangkan masa untuk berbual-bual dan memikirkan perkara yang tidak berfaedah.

  8. Kurangkan masa untuk mengeluh, berharap kepada orang, membebel, merungut dan lain-lain perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa kecuali kecewa, letih dan penat.

  9. Sentiasa berusaha untuk challenge diri sendiri.

  10. Anggap setiap halangan yang datang adalah masa untuk berehat, misalnya waktu-waktu anak meragam, komputer rosak, telefon rosak dan sebagainya.

  11. Dapatkan rehat yang optimum, bukan rehat yang melampau.

  12. Bawa sekurang-kurangnya sebuah buku ke mana-mana agar masa yang terluang dapat diisi dengan membaca buku.

  13. Galakkan perbincangan yang berfaedah dengan orang terdekat, terutama pasangan.

  14. Tahu limitation yang kita ada. Kemudian, push to that limit.

  15. Jangan jadikan orang yang tak berjaya sebagai ‘demotivator’ untuk kita, sebaliknya lihat pada mereka yang sibuk dan berjaya mengurus masa mereka, then belajar dari mereka.

  16. Sentiasa berdoa agar diberi masa dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan.

  17. Katakan tiada masa pada perkara-perkara remeh-temeh.
    __._,_.___

Khamis, 16 Jun 2011

Sejarah Ayat Kursi



SEJARAH AYAT KURSI






Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segeramemerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.






Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk
~~setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,
~~setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,
InsyaAllah akan terpeliharalah dirinyadari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akanmemudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.






Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkanmembacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka….
~~ akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
~~ dimurahkan rezekinya,
~~ dinaikkan darjatnya dan
~~ diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
~~ terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.




Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu…
~~ ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya
.






"Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."Orang yang selalu membaca ayat Kursi…
~~ dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
~~Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
~~Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.~~Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
~~ Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
~~Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.~~Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.~~Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
~~Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,
~~dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
~~Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.~~Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
~~Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
~~Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s.a.w.bersabda," SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu