Ahad, 11 September 2011

Hujung Minggu yg Memeningkan

Hujung minggu semalam, 2 hari aku dok melepak jer kat rumah. Bangun pagi jer kepala dah pening. Hari Sabtu, lepas solat subuh aku baring lg. Nak mandi pun tak laratnya la. Dah kul 10.00pg aku masih baring di sofa. Lepas mandi aku baring lg atas katil, nak bancuh air pun tak larat. Aku cuma jerang air panas dan simpan dalam termos, kalo hubby nak minum pandailah dia bancuh air sendiri. Kepala ni asyik pening je la...tekak pulak rasa payau dan loya..eee...mmg tak selesa betul. Aku pun baring jer la atas katil sampai kul 1.00 ptg baru bagun. Pastu tanak nasi baring lg. Lauk pun takde. Apa ntah nak masak hari ni. Kul 2.00 ptg barulah aku masak nasi goreng kampung, bagi ikan bilis & bawang byk2...dah siap aku ajak Aiman makan, tak pedas sgt...sbb dah lapar makan jer la nasi goreng tu, byk jg Aiman makan. Pastu hubby pun makan sama, byk jg dia makan.

Petang lepas solat zuhur sambung tido balik, cuaca pun sejuk & ujan, apalg mmg sedap la berselubung atas katil. Dah masuk asar baru aku bangun. Jerang air dan bancuh air teh o panas, bila hubby bangun dia sambung makan nasi goreng td, bila Aiman nampak dia leh tegur "Ayah, jangan la habiskan, Aiman nak jg"...aku pun ambikkan nasi goreng tu utk Aiman, rupanya banyak dia makan, habis terus nasi goreng yg aku buat tu, selalu tak pernah habis pun..kalo masak mesti buang tp harini dah lapar sangat sampai licin nasi goreng dia makan.

Malam dah takde idea apa yg nak dimasak, lauk mmg takde, aku lak teringin makan sup, jadi aku buatlah sup sikit, letak carrot, tomato & kobis bunga....pastu celur bihun. Hubby mmg tak makan sup2 ni....jadi aku makan dgn Aiman je la, hubby goreng telur makan dgn roti.

Hari Ahad kepala ni pun pening lg.. lepas subuh pun aku baring jer la atas sofa.. nak basuh baju pun tak laratnya, tambah2 bau sabun dynamo tu buat aku bertambah sakit kepala. Hubby dah g keje, awal2 pg lg...ada sambutan hari kebangsaan kat Kulai..kul 6.00pg dia dah keluar rumah. Aku baring jer la, dah kul 8.00pg barulah aku buat lempeng 4 keping je, sambal tumis dah ada....sarapan la dgn Aiman sambil tgok kartoon, byk jg Aiman makan. Mak Ony ketuk pintu, belikan Aiman nasi lemak 2 bungkus, dia pun fahan yg aku tak larat nak masak...Kul 12.00 tgh hari barulah hubby balik keje.

Kul 3.00 ptg Aiman ikut Mak Ony beraya rumah sedara mara dia....Aiman biasalah...mesti nak ikut jer...aku pun dah tak kesah...kepala dah pening lebih baik aku baring jer, Tp bila Aiman takde ni la peluang aku nak g belanja. Aku g sorang2 belanja kat @Mart, Kempas..nak beli lauk sbb stok lauk kat rumah mmg dah takde langsung. Bila sampai @Mart aku terus tuju pasar...beli sayur sikit, beli ayam seekor dan beli daging sikit. Bila sampai jer gerai jual ikan...aku rasa macam nak pengsan kat situ jg...tekak pun dah mula rasa semacam jer...aku rasa time ni bau ikan tu terlalu busuk sgt...cepat2 aku tinggalkan pasar ikan terus beli buah..aku beli mangga muda & anggur. Pastu beli bawang 1guni...murah jer RM6.00, dah haus aku beli air kotak satu. Rasanya dah cukup la tu belanja hari ni, aku terus balik rumah...angkat la barang belanja tu ke atas, nak sampai rumah sampai 3 kali berenti...beratnya la...

Sampai je rumah aku simpan sayur2 dlm peti ais, bersihkan ayam & daging....harini aku masak daging kicap jer...tp aku tak makan pun, aku takde selera nak makan, aku rasa daging lembu ni kuat sgt bau lembunya...petang tu aku makan lempeng pg td tu jer la. Malam lak aku hirup sup semalam..Dah kul 8.00 mlm barulah Aiman balik dari beraya...dapat RM7.00 collection dia harini. Aku mandikan dia, lepas aku solat terus aku ajak dia tido...pening la kepala bila bau rokok..

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu