Sabtu, 25 Januari 2014

CHIA SEED WHITE

Khasiat biji Chia (Chia Seeds)


Chia Seed White - RM34.00

 KELEBIHAN CHIA SEEDS


1 - MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
- Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 10 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelak semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan.

2 - MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
- Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.

3 - MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
- EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung. 

Cantik Bentuk Botolnya 

4 - MEMBEKAL TENAGA
- Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan menyeimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet, ahli bina badan dan mereka yang sedang berdiet.

5 - ANTI-PENUAAN
- Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah agar sentiasa muda.

6 - MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
- Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.

Baru beli - Sebab Terbaca Khasiatnya Yang Sangat Baik

Aktiviti Hujung MInggu

Gaya Aiman 
Stok Susu Untuk Aisy
Sebelum ni hari Jumaat adalah hari bekerja bagi negeri Johor, jadi rehat yang panjang pada hari Jumaat akan dimanfaatkan dengan berbelanja barang keperluan rumah di mana-mana shopping complex. Tapi sejak Jumaat diisytiharkan sebagai cuti umum, maka tak dapatlah nak bershopping sakan lagi pada waktu rehat. Duduk jer la rumah. 

Cuti hujung minggu ni, saya sekeluarga pergilah berjalan-jalan sambil berbelanja barang-barang. Mula-mula pergi ke RHB Bandar Baru Uda, JB....mak aiii ramainya orang. Saya ke RHB sebab nak masukkan duit Aiman dan Aisy ke dalam akaun ASB dan ASD. Hubby pulak nak keluarkan duit dia. Hari Jumaat semua bank di negeri Johor adalah hari bekerja  kecuali BSN sahaja yang mengikut cuti umum kerajaan. Rupa-rupanya orang ramai berurusan di RHB sebab nak keluarkan bonus ASB dan ada yang nak update buku masing-masing. Kalau saya la setakat nak tengok berapa jumlah bonus tu, dengan keadaan orang yang ramai dan bersesak-sesak, lebih baik duduk rumah je. Bukan lari pun duit dalam akaun tu. Kalau ke Pejabat Pos pun orang masih ramai nak keluarkan ASB masing-masing. Kalau di Pejabat Pos, nak masukkan duit dalam ASB tak perlu pulak salinan kad pengenalan di RHB lain pulak prosedurnya. Kena salinan kad pengenalan dan tengok tanda tangan kita sepadan atau tidak dengan tanda tangan di buku akaun.
Hasil berbelanja di jualan Kad UO Angsana, JB
Selepas berurusan di RHB, kami semua ke Plaza Angsana, JB. Tapi saya sorang yang masuk sebab saya sekadar nak settelkan urusan bayaran kereta dan beli susu Aisy. Hari Jumaat biasanya harga susu murah sebab ada hari Kad UO. Hubby dan anak-anak tunggu jer dalam kereta. Susu Dutch Lady harga biasa ialah RM24.00 tapi sebab ada hari Kad UO dapat beli dengan harga murah iaitu RM18.88...jadinya saya belilah banyak untuk stok sebulan. 

Aiman & Aisy 


Selepas tu kami semua bergerak ke Kota Tinggi pula sebab nak shopping baju raya. Dah jadi kebiasaan bagi saya beli baju raya pada awal tahun dan setiap tahun saya akan membelinya di Kota Tinggi. Kedai Kain Sejahtera ni hubby yang pilih, sejak dia bekerja di Kota Tinggi sampailah sekarang, kami akan membeli kain pasang di sana. Saya pilih kain pasang untuk Mak Mertua, Mak Nok, Uda, Mak Ony, Mak dan Kakak. Beli kain pelikat untuk abah dan Tokki. Beli kain pasang untuk anak-anak dan hubby. Tahun ni hubby pilih warna  hijau. Saya beli kain 3 pasang...harganya RM60 dan RM40 sepasang. Murah jer tak mahal mana pun...semua sekali jumlahnya RM388 sebab dia bagi diskaun. Memang setiap tahun saya akan belikan sepasang kain untuk semua  yang tersenarai tu...kiranya sedekah saya anak beranak la ni.

Tahun-tahun sebelum ni saya dah buat perbandingan harga kain antara kedai di Kota Tinggi dengan di JB. Kalau kat Kota Tinggi sepasang dapat harga RM30 tapi di JB harganya RM65...dengan jenis kain dan meterial yang sama. Malahan corak pun sama. Beza harganya ialah RM35 sepasang...banyak tuuuu.....Kalau beli dah berpasang-pasang, lagi banyak lah kita untung. Beli kat Kota Tinggi dapat 2 pasang tapi di JB dapat sepasang jer...mmmmm... 


Aisy tak leh dok diam

Dah siap beli kain untuk baju raya, kami semua pergi makan nasi ayam di Restoran Bashir, Kota Tinggi....bersebelahan dengan kedai kain tadi.  Air pulak saya order Asam Boi, hubby minum fresh orange, Aiman minum air laici dan Aisy minum susu. Tapi Aisy nak juga minum air buah-buahan. Jadi bagi dia minum air yang diorder tu, habis tumpah air atas meja. Hubby cepat-cepat habiskan nasi dan terus ajak Aisy keluar. Saya dan Aiman jer yang terus makan. Yer la....kan tak pasal-pasal Aisy mengamuk pulak kat kedai makan. Lepas makan balik ke rumah untuk merehatkan diri selepas semua matlamat tercapai. 


Bakul pun leh jadi kereta Aiman & Aisy

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu