Bila Aiman dah umur 3 tahun, Mak Ony (pengasuh Aiman) ckp dgn aku "Aiman dah besar Misah, dah boleh bagi adik". Yer la, selama ni aku tak nak anak rapat sbb takut tak mampu untuk bahagikan masa dgn tugas di pejabat dan rumah tangga. Lagipun keje aku banyak melibatkan keje luar, sbb tu aku rancang betul2....kalau anak kecik2 susah juga nak tugas luar...Kalau nak pergi kursus pun, aku terpaksa tinggalkan anak dgn mak mertua, tu jer la harapan aku sbb takder org lain yg sanggup jaga anak kecik ni. Mak aku sendiri pun dah tak sanggup jaga budak kecik....yer la anak dia pun dah ramai, nak jaga cucu lg..bila masa dia nak berehat pulak. Tp bila Mak Ony ckp gitu, aku pun bersedia nak mengandung lg.
Bulan puasa tahun 2011, aku rasa lain macam jer, kepala asyik pening dah tu aku alah dgn bau2an.....bau sabun tak boleh, minyak wangi atau apa2 saja yg bau kuat...aku rasa benci sgt. Pas tu mulut ni rasa payau jer...dalam mulut mesti nak kena ada gula2 baru rasa selesa, kalau tak mesti rasa tak sedap. Kalau makan kat luar mesti aku order air fresh orange utk hilangkan pahit tekak aku ni. Tp aku tak check lg sbb tarikh dtg bulan lambat lg....ada 2 minggu lg. Tp keadaan macam ni buat aku tak selesa, nak buat keje atau nak berjalan2 semua serba tak kena.
Jadi lepas majlis buka puasa di pejabat tahun lepas, aku ajak hubby pergi ke farmasi, nak check sama ada aku ni mengandung atau tidak. Tp ikutkan firasat aku ni, aku mengandung sbb masa mengandungkan Aiman pun aku rasa mcm ni. Cuma masa Aiman, aku nak makan benda yg masam2 mcm belimbing buluh & limau kasturi. Kali ni, aku nak benda yg manis2 jer terutamanya gula2. Hubby dah mula perasan ttg perubahan aku ni, dia dah sibuk bercerita dgn kwn pejabat dia mengatakan aku dah mengandung walaupun belum check lg. Pagi besoknya lepas bagun tido utk bersahur aku pun buat check guna alat pregnancy test. Bila tengok seminit mcm takder apa2..lepas beberapa minit...nampak la 2 line merah..sah mmg aku mengandung, kalau ikutkan perkiraan aku masa tu aku baru mengandung 6 minggu.
Bila hubby bangun tido utk sahur terus dia tanya aku, "mengandung ke tak?" terus aku jawab yer..Kat pejabat bila kawan2 tanya, dah hutang puasa lom, aku jawab aku puasa sampai diaorg pelik...asyik puasa jer... Aku terus ckp jer aku dah mengandung 6 minggu. Alhamdulillah kata Kak Nani. Ikutkan perkiraannya aku akan bersalin 12 April 2012. Mulai saat dan ketika ni, aku terus menghitung hari utk saat2 berjuang di labour room...jadi kena makan makanan berkhasiat shj.
Tp bila kandungan masuk 10 minggu, tiba2 aku kena tumpah darah...masa tu baru jer sampai ke pejabat n baru jer duduk di kerusi. Tiba2 aku terasa ada air mengalir di kaki..bila aku check di tandas rupa2nya darah merah..Subhanallah...banyak tu sampai kain yg aku pakai basah dgn darah. Nasib baik aku sempat capai hset, aku terus telefon hubby suruh dia bawakkan kain batik & baju t-shirt, tp masa tu hubby baru jer sampai ke pejabat, nak patah balik mesti mengambil masa. Jadi aku tepon Kak Nani tp dia tak angkat..akhirnya aku telefon Fara..kawan yg sering aku ajak utk sembang & meluahkan perasaan. Fara & Kak Nani terus ajak aku g HSA, Bahagian Kecemasan dgn menggunakan unit jabatan. Masa tu aku rasa sedih sgt sbb aku pikir mesti aku dah keguguran...kena cuci dan buang kandungan. Sedihnya la...sbb dah lama menunggu. Sampai je HSA doktor terus buat imbasan ..tp bila tengok jantung baby ada lg..pastu berrdenyut2 lg...Alhamdulillah...maknanya kandungan aku ada lg. Doktor boleh pulak ckp "Anak awak ni saje nak acah2 awak ni, sbb tu turun darah"...Lepas tu doktor suruh aku buat check di Bahagian Pakar Puan utk buat pemeriksaan lanjut.
Bila ke Bahagian Pakar Puan...doktor buat imbasan lg....check jantung baby masih ok dan berdenyut lg..Doktor tanya lebih lanjut dgn aku, ada buat kerja2 berat ke tidak....aku rasa mcm takder cuma aku ada minum air Pandan Soda masa jamuan rumah terbuka kat rumah kakak. Tp doktor kata bukan berkaitan makanan, tp sbb buat kerja2 berat. Yer la kadang aku pun tak perasan kerja2 yg aku buat leh membahayakan kesihatan aku..tp sapa lg nak buat kalau bukan aku. Aku lak bukan jenis yg mengada2 asyik nak menyusahkan org lain, selagi aku boleh buat sendiri aku akan buat. Aku diberi ubat DUPHASTON ..utk kuatkan baby dlm rahim. (dos utk 2 minggu) ..pastu MC sehari. esoknya aku masuk keje balik...sbb dah sihat.
Tp bila abis ubat tu, darah keluar lg..aku pun pelik la apa masalah aku ni ...asyik turun darah jer. Kali ni aku buat check kat klinik swasta ..doktor pun tak pasti kenapa aku asyik keluar darah jer. Doktor pun bg ubat yg sama utk tempoh 1 minggu. Aku buat imbasan sekali....nampak la baby aku dah sempurna sifatnya dan dah bergerak2...syukur sgt melihat kebesaran Illahi menciptakan manusia dgn penuh keajaiban.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan...pada 6 Mac 2012 (Selasa)aku buat pemeriksaan mengandung mcm biasa, masa ni kandungan ku sudah berusia 35 minggu, maknanya tinggal beberapa minggu utk aku bersalin. Tp aku pulak kena tahan wad sbb tekanan darah aku yg naik banyak. Patutla selalu kalau balik keje aku rasa mata berpinar2, pastu perut pedih jer..rupanya darah tinggi dah naik. Apalagi doktor terus hantar aku ke HSA la...dok la aku kat HSA. Tarikh ni jg la hari lahir aku..aku sambut hari lahir di HSA la jawabnya...kena makan ubat dan cucuk ubat..Dudukla wad semalam sampai darah turun. Sebenarnya aku dah bgtau doktor yg aku nak pergi berkursus di Ledang tp doktor tak kasi sbb darah tinggi sgt...aku lawan jg kata doktor, aku ckp kursus duduk jer...tp doktor tetap tak benarkan aku pergi..katanya aku leh pitam nanti. mmm....yer la...Hari Rabu petang aku dibenarkan keluar wad tp kena buat check datah tinggi setiap hari sama ada di klinik atau farmasi. Nak pantau darah tinggi ni naik ke tak. Khamis pagi aku buat check kat Klinik Kesihatan Abdul Samad, JB lepas tu terus hantar MC ke pejabat n terus balik kg. Sebab dah mohon cuti hari Jumaat. Hujung minggu aku berada di kampung la...rehat2 di kampung.
Isnin- aku masuk keje macam biasa...sampai la ke 20 Mac 2012 (Selasa). Pagi hari Selasa tu aku g sarapan dgn En. Hamzah & Suhairi di Retoran Remaja, BBU..aku mkn roti canai sekeping jer sbb aku dah bawak bekal nasi dgn ikan masak sambal. Tp tgh hari masa rehat, perut rasa lain mcm jer..sakit & memulas. Tp aku buat tak kesah jer..jadi rehat aku dok jer kat meja aku ni...Sakit nya kejap datang kejap hilang...sbb tu aku buat tak kesah. Pukul 2.45 ptg baru la aku g surau utk solat zuhur tp perut sakit lg..jadi aku baring dulu sampai kul 3.15 ptg baru la solat. Perut masih sakit lg. Pukul 4.00 ptg aku makan la bekal nasi yg aku bawak, tp perut makin sakit la pulak...kejap sakit kejap hilang. Aku pun hantar la sms pada hubby bgtau dia jgn balik lambat sbb perut asyik sakit jer....lepas tu aku rasa nak buang air besar, aku pun g toilet tp takde pulak darah keluar, jadi aku rasa ni sakit perut biasa..sbb aku ada 4 minggu lg... Lepas tu aku kemas beg utk pergi surau, nak solat asar..tp sampai je pintu keluar aku tak tahan sgt..perut semakin sakit, sampai jer surau aku tahan jer sakit perut aku ni...nak solat asar tp aku dah tak tahan sangat dgn sakit perut ni...4.45 ptg hubby pun sampai. Aku terus masuk kereta n bgtau dia aku dah tak tahan sakit sgt. Hubby terus pecut kereta g HSA..sampai HSA kul 5.00 ptg...Hubby leh hantar aku ke bahagian Kecemasan..tp staff kat situ suruh terus ke Bilik Bersalin, bila hubby turunkan aku kat depan pintu Bahagian Bersalin..aku semakin tak tahan..nak jalan pun dah tak boleh..terus guard hantar aku ke atas...masa nak daftar nama aku dah tak boleh tahan sgt..aku terus masuk ke bilik saringan, doktor check je jalan aku dah terbukak abis..dah leh bersalin jer...doktor tanya aku "bila air ketuban pecah" ...aku jawab tak tahu...yg aku tahu aku sakit perut sgt.. Aku terus ditolak ke labour room. Sampai jer labour room aku terus bersalin....Alhamdulillah...aku bersyukur sgt sbb Allah swt memudahkan aku bersalin kali ini. Bidan yg sambut anak aku tunjukkan pada aku anak aku....dia tanya "tengok anak ni, laki ke pempuan" aku jawab laki....syukur padaMU Ya Allah..kerana beri aku seorg lg cahaya mata yg comel...Berat anak ku cuma 2.2kg jer..tp dia sempurna dan sihat. Anak aku tu aku berikan nama Muhammad Aisy Amirshah...maknanya, Putera Yang Kaya Raya & Terpuji...semoga Aisy menjadi permata hati ibu yang benar2 kaya dgn budi bahasa, akhlak pekerja dan menjadi org terpuji...doa ibu buat permata hati ibu.
 |
Ni lah permata hati ibu beberapa minit selepas dilahirkan. |