Isnin, 31 Oktober 2011

Hutang PTPTN

Aku mmg rajin check baki hutang PTPTN aku...leh katakan hampir setiap hari aku nak bukak laman web PTPTN sbb nak tengok baki hutang aku tu. Syukur alhamdulillah, sbb hutang aku dah semakin sikit walaupun belum habis sepenuhnya tp sekurang2nya dah tak sebanyak dulu. Itu semua sbb aku bayar potong gaji setiap bulan RM250, kalo aku bayar sendiri rasanya hutang aku byk lg..Aku potong gaji sejak masuk keje lg..tahun 2005...Skrg baki hutang aku tinggal RM4,500.00...Bila tengok baki tinggal sikit, lega rasanya..yer la tahun depan aku dah nak bersalin, anak nak masuk 2 org jadi kos pun bertambah..Nak bayar pengasuh RM400, susu anak, pampes, ubat2an dia lg....jadi kalo aku dapat settelkan hutang ptptn tahun depan, boleh la aku gunakan duit tu utk anak pulak...


Kalo aku congak2, hutang aku akhir tahun ni tinggal RM3,750.00. Aku rasa nak bayar abis je la guna simpanan ASB aku...Macam tahun2 sblm ni, aku akan bayar guna dividen ASB yang aku dapat.. Tahun lepas aku bayar RM2,500....tahun sebelumnya aku bayar RM1,000... Tahun ni kalo boleh aku nak bayar dalam RM2,500 lg.....Jadi baki hutang nanti tinggal RM1,250... maknanya tinggal 5 bulan je perlu potong gaji..


Aku bersalin awal bulan 4, kalo gaji potong sampai bulan 5...naik keje nanti aku dah dapat guna duit tu utk anak pulak....tak la terbeban sgt. Tp aku bersyukur sgt sbb Allah swt permudahkan hidup aku utk jelaskan hutang piutang aku. Walaupun aku tak semewah mana, tp aku cukup makan dan pakai...syukur sgt.

Isnin, 24 Oktober 2011

Cian Aiman

Semalam hari munggu, macam biasa la lepas solat subuh aku bersiap2 g Pasar Tani, BBU, mmg aku akan pergi sorang2..sbb tu g awal pagi..anak dan hubby tido lg jadi tinggalkan jer la dia. Aku belanja pun tak lama, lepas beli sayur, ikan, sarapan pagi & buah aku pun balik la..masa sampai kat tempat parking kereta, aku nampak van jabatan. Pastu nampak hubby dalam van tu....Rupanya dia g keje awal pulak hari ni, aku ingatkan dia g keje tengah hari...sbb tu aku tinggalkan dia dgn Aiman... Dia marah la sbb aku tak bawak hphone....Pastu dia leh bgtau aku yang dia tinggalkan Aiman sorang2 kat rumah...aku risau la takut jadi apa2 kat anak tu...

Aku terus cepat2 bawak kereta & naik ke rumah. Bila aku buka pintu jer, aku terus panggil anak aku..Nasib baik dia tak nangis...Dia tengok tv sorang diri jer la...mujur la dia tak buat benda yang bukan2... Hubby aku ni pun, dah tau nak cari aku tu, bawak jer la sekali Aiman ke pasar tani...ni leh pulak dia tinggalkan anak sorang2 kat rumah....Kalo lah dia main kat bilik air ker...main kat dapur ker, kan bahaya...Nasib baik la Aiman ni bukan jenis yang terlalu lasak....kalo lah dia main benda yang bukan2...iskh2...tak yah la pikir....

Ahad, 16 Oktober 2011

Demam Selesema Batuk

Hari Isnin lepas keluar sarapan pagi dgn En. Rashid & Abu di Restoran Bumbu Asli, Kolam AIr, JB. Pari tu hujan lebat, tp redah jer la...sbb parking keta pun depan kedai je..Jalan sikit jer la. Malam balik terus kena selesema dan bersih tak berenti2....hidung dah mula berair dah. Selasa lak ikut En. Jasman, Jas, Kak Nani & Ila makan kat Larkin. Hujan juga tp tak selebat semalam. Redah je la.. Petang mak & Amy datang ke pejabat, ajak g HSA, JB tengok Cik Nah sakit.. keluar opis awal...kul 3.45 ptg bgtau bos nak balik awal sbb nak g spital. Makan malam kat Restoran Remaja, BBU...adik ipar yg belanja, dia dah siap order nasi dgn lauk ikan siakap 3rasa, sayur kailan goreng, tomyam & udang goreng butter. Air fresh orange...Rupanya malam tu selesema bertambah teruk.
Rabu pagi lak ikut Fara PA g Klinik Ibu & Anak sbb nak tanya pasal apa turun darah jer..tp disebabkan doktor takder nurse suruh terus g hospital besar. Ajak hubby g spital tp dia tak nak hantar, dia kata lambat g spital..jadinya dia ajak g klinik swasta kat depan rumah jer. Scan baby...tgok baby ok & dah mula gerak2...tp doktor pun tak pasti apasal asyik keluar darah jer. Doktor bg ubat kuatkan rahim (Duphaston) utk seminggu, kalo keluar lg kena jg g spital. Tp skrg dah ok.
Khamis badan mula tak selesa, kepala dah pening, selesema makin teruk & batuk2 lg....Balik keje singgah Pasar Tani Datin Halimah....beli ikan merah & sayur bayam, cadang nak masak nasi, goreng ikan & msak sayur bayam jer..Rupanya sampai je rumah badan terus menggigil...Ambik Aiman jer terus baring atas sofa...mmg tak larat nak bangun masak. Aiman tngok CD jer la kejenya. Dah maghrib....solat pun cepat2 sbb dah tak larat sgt. Bila tak dilayan, Aiman pun balik semula rumah Mak Ony..tak per la...aku pun dah tak larat sgt..Call hubby suruh dia beli nasi bungkus je utk Aiman dan dia. Lepas tu aku sambung balik baring kat katil pula.
Badan makin gigil dan sejuk. Tangan dan kaki rasa kebas..nak bangun mmg tak larat, tambah pulak batuk2...seksanya la. Malam tu mmg tak bangun langsung..terus baring jer la.
Kul 3.30pg barula bangun solat isyak...Aiman pun bangun sama, dia apa lg nak susu la. Hari Jumaat datang opis jg walaupun badan tak sihat dan masih tak kuat. Tp tak kan nak cuti jer... masak kan la jg Aiman nasi & ikan goreng....Masa ngaji kat pejabat pun suara dah hilang sbb batuk jer... Lepas ngaji badan menggigil lg...apalg bgtau Abu nak g surau..apa2hal kalo org cari aku ada kat surau...Badan ni rasa tak larat sgt. Kirim Abu nasi goreng bungkus..tp masa makan tu rasanya pahit nya la... Balik rumah masak la jg....pastu aku minum air suam banyak2 sbb nak hilangkan rasa perit tekak...nak minum ubat batuk takut la pulak sbb baby dlm perut ni baru 15 minggu.
Ahad kuatkan jg badan ni g Pasar Tani, nak beli lauk & sayur... beli ikan kembung, buah jambu air, sayur sikit & sarapan pg. Balik masak nasi, sayur bayam & ikan masak asam rebus. Aku hirup kuah asam rebus tu banyak2...sedapnya la rasa kat tekak ni..yer la ada rasa masam, masin, pedas2...lega sikit tekak ni....Lepas asar lak terus g spital tgok Makcik tu...anak dia takder pun jaga...cian nya la..terlantar la dia sorang2 kat spital...aku dah call anak dia suruh jaga mak dia....tp dah anak dia tak nak datang, tak kan aku nak paksa2 lak.....siannya la... rezeki dia mcm tu..nak wat cam ne....Mmmm....mak dah sakit kena kanser pun anak tak nak jaga...jgn sampai maknya dah meninggal baru nak menyesal, semua dah terlambat...

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu