Ahad, 31 Ogos 2014

Pertama Kali Masak LASAGNA

Jenama San Remo..ni jer yg ada jual kat pasar raya

Ambik pun yang besar..



Bila tengok banyak post kat facebook dan blog tentang Lasagna ni, maka aku pun nak try test juga la masak menu baru ni. Macam biasa, nak masak menu baru kena tunggu cuti hujung minggu jer la, hari bekerja mmg aku tak akan masak makanan macam ni sebab nanti tak de sapa nak makan.....yer la pagi-pagi semua dah keluar rumah mencari rezeki dan Aiman pulak akan ke sekolah...balik dah nak senja, malam mmg tak akan makan makanan macam ni.

Guna Cream Cheese TATURA




Antara bahan-bahan yang saya guna



Resepi masak lasagna ni sama jer macam masak Makaroni Bakar Bercheese  yang pernah aku buat sebelum ini. Tapi kali ni tak guna makaroni,  gantikan dgn lasagna. Sebelum susun lasagna dalam loyang, lasagna kena rendam dulu dlm air supaya lembut. Aku rendam sekejap jer, patut la dia keras kejong...tapi bila dah masak dan dah letak kuah mmg lembut la lasagna. 

Selepas siap masak dan dimakan

Saya dan suami jer yang makan, anak-anak tak minat



Bila makan panas-panas lepas keluar oven..mmg best la...dgn cheese yang tengah mencair tu...bertali-tali la dia keluar. Lepas ni jangan lupa timbang berat badan...kalau selalu makan cheese, badan pun jadi bercheese2 juga la jawabnya. 

Selasa, 26 Ogos 2014

Semoga Kekanda Cepat Sembuh

Dah 2 minggu kekanda saya ...Cik Mormi Sumar menjadi penghuni hospital. Mula-mula jadi penghuni Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat tapi sebab Batu Pahat takde yang pakar dalam bahagian kepala, makanya kekanda kena hantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


Hanya mampu terbaring sahaja

Untuk makluman semua, dalam 14 adik beradik saya, hanya tinggal kekanda saya yang ni sahaja belum berumah tangga. Yang lain semua dah merantau mencari rezeki merata-rata tempat tetapi kekanda saya ni sahaja yang duduk di kampung menjadi teman setia kepada bonda tercinta. Dia hanya bekerja di kilang yang berada di Taman Sri Sulong, Batu Pahat tapi saya tak pasti kilang apa. Sebelum ini dia kerja di kilang selipar di tempat yang sama tetapi sejak kerajaan tetapkan gaji miniman RM900 maka pihak kilang telah menutup operasinya dan menyebabkan kekanda saya diberhentikan. Lama juga dia duduk di rumah sahaja, hanya melakukan kerja-kerja kebun, petik buah kopi dan kutip buah kelapa sawit sambil temankan bonda yang semakin di mamah usia di rumah. Selepas tu dia masuk pula ke kilang papan...buat kerja-kerja kasar dengan mengelap dan menggosok papan. Kesian tengok dia...Mula-mula kami semua pun tak tahu dia kerja kilang apa sehinggalah bonda dan adik saya menjengahnya di kilang sewaktu dia sedang bekerja untuk mendapatkan kunci rumah. Sedih bonda saya melihatkan kekanda saya yang kerja di tempat yang sudah tentu kotor, berhabuk dan berat. Kekanda saya seorang yang kuat dan tabah...dia tak nak mengharapkan orang lain  untuk perbelanjaan sehariannya. Kalau saya pun belum tentu saya sanggup untuk bekerja di kilang yang penuh debu dan habuk dan melaksanakan kerja berat. Terpaksa mengangkat papan dan kayu untuk digosok dan dilap sehingga berkilat. Itulah sedikit sebanyak cerita mengenai kekanda saya.

Mata bengkak tak leh bukak, kepala berstapler..Semoga kekanda cepat sembuh dan pulih


Nak dijadikan cerita pada hari Ahad 2 minggu yang lalu, kekanda saya macam biasalah aktiviti sehariannya. Lepas balik kerja dia akan ambil penyapu dan pongkes untuk menyapu sampah di sekitar halaman rumah. Kalau tak pun dia akan pergi ke pasaraya berhampiran untuk membeli barang keperluan seharian. Tapi dua minggu yang lalu sedang dia asyik menyapu sampah di halaman rumah tetiba sahaja dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Mukanya pucat dan biru macam tiada darah lagi. Mak yang jumpa dia di bawah pohon jambu air di halaman rumah terkejut. Cepat-cepat mak panggil adik untuk angkat kekanda saya ni. Nasib baik adik ada kat rumah mak masa hari kejadian. Lepas bagi air minum, kekanda saya muntah-muntah yang banyak dan keadaan muntahnya memang sedikit pelik. Muntahnya berwarna hitam dan hampir menyamai najis kita. Waktu tu dah hampir senja, dia masih tidak sedarkan diri. Jadi apa daya bonda dan adik saya, maka dia pun hantar kekanda saya ke Hospital Batu Pahat.

Bila masuk je ke bahagian Kecemasan, kekanda masih tidak sedarkan diri lagi. Sampai pukul 4.00  pagi bonda dan adik menunggu kakak di bahagian kecemasan. Tentulah bonda dan adik keletihan menantikan jawapan daripada doktor dan menanti kekanda saya tu di hantar ke wad. Pukul 4.00 pagi adik dan bonda terpaksa tinggalkan juga kekanda di hospital sebab adik perlu ke sekolah untuk bekerja. Keesokan harinya barulah jengah semula kekanda....kemudian dapatkan jawapan daripada doktor tentang masalah kesihatan kekanda saya ni. Melalui x-ray yang dibuat, doktor mengesahkan kekanda saya mengalami masalah pendarahan di kepalanya. Jadi untuk menyelamatkan dia kekanda perlu dibedah dalam tempoh 24 jam. Tapi disebabkan di Hospital  Batu Pahat tiada doktor pakar, maka selepas dua hari menjadi penghuni hospital Batu Pahat, kekanda saya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dengan ambulans. 


Dawai kokot sepanjang bekas operation

Pukul 12.00 tengah hari adik telefon  saya memaklumkan yang kekanda saya ni dah dihantar ke HSA JB. Nasib baik saya tiga beradik ada di JB. Lagi bertuah sebab adik ipar bertugas di HSA jadi senang la dia cari kekanda. Petang lepas balik kerja saya dan adik terus menuju ke HSA, JB. Adik ipar saya maklumkan yang doktor mengesahkan kekanda mengalami pendarahan dalam kepala dan perlu buat pembedahan secepat yang mungkin bagi mengelakkan salur darah pecah. Namun disebabkan pembedahan lewat dibuat, salur darah di kepalanya dah pecah.  Selepas 5 hari di HSA, kekanda pun di operate...lama 7 jam doktor buat pembedahan. Doktor maklumkan risiko pembedahan itu ialah kemungkinan boleh menyebabkan strok dan koma. Ramai pesakit yang koma dan ada yang terus meninggal. Sebab pembedahan di kepalda memang mempunyai risiko besar. Masa tarikh pembedahan tu, Kak Long, suami dan anak, bonda, abg Arif, Kak Maringah datang melawat. Tapi masa pembedahan memakan masa yang  terlalu lama. Tak kan kita nak melanguk menunggu di hadapan bilik bedah. Jadinya abg ambik keputusan supaya bawa bonda yang yang lain-lain balik ke rumah adik di BBU untuk berehat. Kekanda dimasukkan ke bilik bedah jam 1.00 petang dan proses pembedahan memakan masa selama 6-7 jam. Makanya pukul 7.00 malam barulah pembedahan selesai. Pukul 8.00 malam barulah kekanda di pindahkan ke Wad HDU Neuro....semua wad ni kes kepala la. Macam-macam kes ada. Hanya adik dan mak yang datang melawat kakak di wad selepas pembedahan sebab Security tak benarkan yang lain naik. Bila tengok malam tu kekanda masih tak sedarkan diri. Kesian tengok dia, dengan kepala dah operate dan botak... kena tambah darah lagi. Badannya tak bermaya hanya terbaring sahaja.


Panjangnya macam kala jengking


Keesokan harinya barulah saya melawat kekanda di Wad HDU Neuro. Kekanda masih lemah dan tak bermaya walaupun sudah sedarkan diri. Dia tak leh bergerak dan bangun jadi terpaksa pakaikan dia lampin untuk buang air. Sedihnya tengok dia yang selalu aktif dan cergas tetapi tiba-tiba terbaring tidak bermaya. Semalam pergi datang melawat dia, doktor dah bukak plaster yang tampal pada operate dia tu...lagilah kesian bila tengok kepala dia kena stapler....macam guna stapler dinding tu. Sakitnya hanya dia yang tahu. Makan pun hanya sesudu dua...bila sakit semua hilang nikmat yang ada selama ini....Memang kesian tengok dia. Doktor kata lebih baik pakai dawai ikat kepalanya daripada berjahit. Kalau jahit nanti kepala boleh gegar dan tak kukuh. Lepas ni kekanda saya tak leh la buat kerja lasak. Kami adik beradik dah sepakat tak beri dia kerja lagi. Dia perlu duduk rumah temankan bonda. Dan entah berapa lama lagi dia perlu duduk di hospital...kami pun tak pasti. Kini rutin harianku setiap petang selepas balik kerja ialah akan ke hospital untuk melawat kekanda. Nak temankan dia sepanjang masa memang tak boleh sebab anak-anak pun perlukan penjagaan dan kasih sayang, jadi hanya waktu yang sebentar tu sahaja untuk uruskan kekanda ...suapkan dia makan, beri dia minum dan tukarkan lampin dia. Lap badan dia dan tengok apa keperluan dia. Saya doakan semoga kekanda cepat pulih dan sihat seperti sedia kala. Semua anak-anak sedara sayangkan Cik Mor...dia lah yang ada di kampung bila kami semua pulang bercuti. 

Selasa, 19 Ogos 2014

Aisy Operate Buang Hernia

Tangan kiri pasang jarum , tangan kanan kena balut..kalau tak habis jarum dibuangnya. 

Dulu saya pernah tulis mengenai hernia atau orang biasa cakap penyakit angin pasang. Ni lah yang berlaku pada anak saya Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah...yang dikesan ada hernia apabila alat kemaluannya membesar. Mula-mula saya buat tak tahu jer sebab dia  tak mengadu sakit tapi bila difikir-fikirkan semula rasa risau la pulak jika ia akan memberi kesan lain pada kemaluan Aisy.

 Selepas beberapa kali buat check up di Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak, HSA  dan Klinik Bius, HSA maka doktor telah menetapkan tarikh 13  Ogos 2014 yang lepas untuk operate Aisy. Makanya 12 Ogos 2014 Aisy kena masuk wad...bersama ibu la. Pukul 9.00 pagi Aisy dan ibu dah daftar di HSA dan terus masuk Wad Pembedahan Kanak- Kanak. Ramai pesakit ada kat wad, macam-macam jenis pembedahan yang dibuat. Ada yang buat salur untuk buang air besar, betulkan salur kencing, buang salur makan, operate kepala dan macam-macam lagi la. Semuanya dugaan yang diberikan oleh Allah SWT ...dugaan untuk Aisy ni hanya sedikit sahaja berbanding orang lain. Syukur sangat pada Allah SWT.

Walaupun tangan kena balut tapi masih sibuk main dengan ultraman dia ni...Aisy panggil TOTOMEN


Jam 4.00 pagi 13 Ogos 2014 Aisy dah kena puasa untuk buat operation pada jam 10.00 pagi. Masa pukul 12.00 malam ibu dan Aisy dah tertidur dengan lenanya sehingga lupa nak beri Aisy susu. Pukul 4.00 pagi nurse  yang bertugas dah start masukkan air dalam tangan Aisy dan start waktu itu juga Aisy dah kena puasa.  Tapi Aisy tak nak bila jarum di tangannya kena masukkan Air...apalagi mengamuk lah Aisy ni. Lepas tu menangis nak susu.. Susah juga nak pujuk dia. Disebabkan rasa kesian dgn Aisy, ibu nak jer bancuhkan air susu dalam botol untuk Aisy tapi kawan katil depan kata jangan bagi susu, nanti doktor akan cansel operate. Lepas tu doktor yang buat check pun cakap, "Kalau anak menangis nak susu, jangan beri susu, nanti kena cansel operate". Kena buat tarikh lain pulak. Nak dapat tarikh bukan senang, asyik full jer. Mujurlah kawan tu ingatkan, kalau tak mesti dah beri Aisy susu masa dia mengamuk  hari tu.


Tag nama kena pasang kat kaki sebab kalau pasang di tangan tak sampai beberapa minit Aisy dah buka. 

Pukul 9.30 pagi Aisy dah kena tukar baju untuk masuk ke bilik bedah. Sehingga pukul 11.45 pagi Aisy masih belum masuk bilik bedah sampailah dia bosan dan semakin haus. Apalagi mengamuk sekali lagi la Aisy kali ni. Disebabkan Aisy dah tak makan pujuk, saya cakap jer kat nurse yang jaga kaunter bilik bedah supaya cepatkan sikit operate Aisy ni. Nurse pun bagi la dia main hanset untuk tengok video shin chan, dah sampai 5 kali pusing video tu. Lepas tu ada yang bagi buku cerita, bagi bola....tapi Aisy tunggu dah lama sangat ...semua orang pujuk tak jalan. Jadi mintak nurse tu cepatkan sikit operate Aisy ni. Lepas tu barulah Aisy masuk ke bilik bedah. Sebelum doktor bagi ubat bius untuk lekakan dia, nurse pujuk Aisy untuk main buih sabun. Seronoklah sekejap dia dgn buih sabun tu sampai terlupa yang doktor sedang masukkan ubat bius dalam tangan dia. Lepas kena bius jer Aisy terus tertidur. Ibu nak tinggal kan Aisy terus kat dewan bedah  tapi doktor cakap ibu tak nak cium anak dulu ke? Bila cium jer Aisy, menitis air mata ibu ni...sedih pulak tengok anak ibu yang kecik ni nak kena operate...ibu terus keluar dari bilik bedah dan tunggu di ruangan menunggu. 

Pukul 1.45 petang barulah petugas panggil ibu  yang pampes Aisy dah basah, dan kena bawak pampes lain. Ibu naik ke wad untuk ambik baju Aisy, pampes dan telefon. Rupa-rupanya berpuluh miss call ibu dapat sejak ibu hantar Aisy ke dewan bedah. Pukul 3.20 petang ibu dibenarkan masuk ke ruangan bilik bedah untuk lihat Aisy dan tunggu dia sedar. Bila Aisy sedar dia mengamuk dan bukak jarum yang ada di tangan. Doktor pujuk pun tak jalan, ibu pujuk pun dia tak mahu juga. Akhirnya doktor terpaksa beri Aisy ubat tidur semula sebab nak pasangkan balik jarum di tangannya. Pukul 3.30 petang barulah Aisy naik ke Wad untuk berehat. Petang pukul 6.00 Aisy dah boleh balik ke rumah. Alhamdulillah selepas 4 hari operation, luka Aisy semakin kering dan pulih. Cuma Aisy ni balik je dari hospital terus lasak dan ligat macam takde apa-apa yang berlaku. Ibu pulak yang risau tengok dia ni. Semoga anak ibu terus sihat dan membesar  jadi kanak-kanak yang kuat.

Sabtu, 9 Ogos 2014

Masak dan Makan Hujung Minggu

Mee Tiau goreng untuk Sarapan Pagi



Macam biasa bila cuti hujung minggu jer kepala akan pening memikirkan juadah untuk makan anak beranak. Sarapan pagi maka saya buat la Mee Tiau Goreng ....Simple jer tapi Aiman makan sampai 4 kali.... 4 kali yer bukan sekali dua...macam tak percaya pulak bila tengok Aiman makan bertambah-tambah. Puasa cukup sebulan tapi bila dah bulan raya dia makan sampai bertambah-tambah....Kurus sekejap jer la jawabnya lepas ni confirm Aiman jadi budak yang montel semula....Aiman siap cakap "Ibu masak dah macam chef, sedap la" punyalah pandai Aiman nak mengayatkan ibu dia ni siap kata ibu masak macam chef....Yer la Aiman, makan la....kan ibu ni chef untuk Aiman, Aisy dan Ayah.


Ingatkan Mee Tiau Goreng tu tak laku, rupanya dah tengah hari pun En. Hubby balun balik Mee Tiau tu....Habis licin mee tiau ibu hari ni.....eeerrrrkkkkkk...Alhamdulillah...kenyang semuanya. Mula-mula goreng rasa banyak, sepekat ibu goreng semua...bila letak sayur dan perencah lain bertambah la banyak. Niat di hati nak hantar rumah Mak Ony sepinggan, rupanya orang kat rumah ni makan pun tak cukup... Kuatnya makan lahaiiiii...

Sambal Belacan Segera....ADABI yang punyerr


Disebabkan malas nak buat sambal belacan, makanya makan jer la sambal belacan segera ADABI yang punyer... baru pertama kali test ni sebenarnya jadi ambik sambal belacan yang moden...Kurang pedas dan manis.  Tapi bila makan takde rasa belacan pun....rasa macam sambal tumis la pulak. Lepas tu rasanya manis. Lain kali nak beli la pulak yang tradisi.....lebih cili dan perahan limau. Daripada takde sambal...boleh la juga sambal belacan ni...penambah selera bila makan nasi.



Tengah hari pulak En. Hubby request nak sayur taugeh masak lemak....terpaksa la menapak ke kedai runcit bawah rumah untuk beli kelapa parut...Tapi yang pasti kedai runcit kat bawah rumah ni kepala parutnya freshh...baru diparut jadi tak lah terbeli kelapa parut atau santan basi...sebab sebelum ni pernah beli kelapa dan santan parut dari pasar tani, tapi bila sampai rumah nak masak, santan dan kelapa dah bau semacam jer...dah basi...membazir jer kan. Jadi buat peringatan untuk diri sendiri atau orang laian, kalau nak beli kelapa parut, carilah kedai runcit yang jual kelapa yang baru diparut bila kita nak beli...tak lah nanti terbeli kelapa parut dah basi. 

Taugeh Masak Lemak Putih 

Asam Pedas Ikan Selar 


Lepas tu masak pulak asam pedas ikan selar papan...tak banyak mana pun masak setakat 4 ekor jer.... Selalu tengok Mak Uda masak asam pedas ikan selar ni...jadi kali ni aku cubalah masak. Sebenarnya aku jarang beli ikan selar papan ni sebab En. Hubby tak berapa nak berkenan dengan ikan ni. Selalu masak asam pedas ikan kaci, ikan pari, ikan kembung, ikan tenggiri atau ikan merah. Beli ikan pun kena tengok selera tekak orang dalam rumah ni, kalau beli dan dah siap masak  tapi takde sapa nak makan pun membazir jer nanti...tak masuk ke perut tapi masuk dalam tong sampah la jawabnya.

Ikan Terubuk Masin 


Lepas tu goreng ikan terubuk masin... ikan ni kawan pejabat yang beri masa dia bertugas di Sabah...ni kan oleh-oleh yang famous kat Sabah. Tapi yer lah, aku ni makan ikan masin jarang-jaring, jadi ikan masin ni dah tersimpan lama dalah peti ais, tak berusik pun, baru harini nak masak dan nak makan. Goreng sebelah jer la, lagi sebelah simpan semula dalam peti ais, ntah bila nak gorengnya nanti...makan tahun juga nak habiskan ikan masin terubuk ni.

Ikan Bawal Hitam Goreng 


Untuk anak-anak yang tak makan pedas jadinya gorengkan jer la ikan bawal hitam kecik ni ...Yang penting cukup sumber protein mereka untuk membesar...Aiman macam biasa la jual mahal jer bila bab ikan ni...sebenarnya dia belum cuba, jadi dia tak tahulah betapa sedap dan lemaknya rasa ikan bawal goreng ni. Bila dia dah makan tak cukup seekor ikan bawal ni, dia sebat sampai 2 ekor...macam biasa lah alasan Aiman " Sedaplah ibu ikan goreng ni, Aiman nak lagi" 

Cheese Cake

Dah lama tak buat cheese cake...Bila melawat blog-blog masakan, rasa teruja nak buat cheese cake lagi. Biarpun saya ni tak berapa pakar dalam membaking kek tapi yang penting leh la buat kek untuk makan sendiri. 

Nak cuba lah resepi cheese cake dari blog ini ... Resepi Cheese Cake Selalu cheese cake ini ada jual kat secret resepi....harga pun boleh tahan juga... Kalau buat sendiri mesti puas makan. Gemuk la balik badan ni lepas puasa Ramadan kalau makan cheese cake jer...tapi disebabkan dah suka nak buat macam ner...gemuk pun gemuk la...


Sebelum ni saya selalu beli cheese cake daripada kawan pejabat ni...besar sepiring kuih harganya RM30 .... Yer la masa tu tak tahu lagi nak membuatnya...sekarang bila tengok resepi rasanya buatnya simple jer....boleh lah cuba lepas ni.

Rabu, 6 Ogos 2014

Sambal Sotong dan Sayur Campur Goreng


Sambal Sotong


Ni jer lauk untuk makan malam....Sambal Sotong dan sayur campur goreng. 


Sambal Sotong


Simple tapi sedap...sedap ikut tekak sendiri. Disebabkan stok lauk dah habis dalam peti ais, makanya masak jer la apa yang ada. Balik kampung seminggu sempena cuti hari raya Aidilfitri maka semua lauk pun habis sebelum balik kampung lagi. Lagipun kalau simpan lauk banyak-banyak dalam peti ais lepas tu tak dimasak mesti rasa dah tak sedap. 


Sambal Sotong


Sayur Campur Goreng


Sayur goreng ni yang makan saya sorang....anak-anak dan En. Hubby memang tak gemar makan sayur...susah betul la nak ajak mereka makan sayur sama-sama. Padahal sayur bagus untuk kesihatan. Kalau makan takde sayur maka tak cukuplah zat dalam badan kita. Tapi dah mereka tak suka makan sayur, nak paksa makan pun tak boleh juga. 

Sayur Campur Goreng

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu