Khamis, 28 Mac 2013

Aisy dah pandai jalan

Semalam petang bila sampai je rumah, Aisy dan Aiman kejar ibu kat pintu. Seronoknya la ibu rasa bila balik keje anak2 ibu kejar ibu. Walaupun penat, hilang terus rasa penat kejer bila tengok wajah anak2. Bila  masuk pintu rumah jer, Aisy asyik tunjuk aksi dia yang semakin lasak. Dia pusing sana pusing sini, nak tunjuk kat ibu dia yang dia dah semakin besar dan lasak. Pastu dia bangun dan berjalan...wah...Aisy dah pandai jalan rupanya. Alhamdulillah..Aisy dah semakin besar, dah berjalan pun anak ibu ni. Sebelum ni dia hanya mampu berdiri dan tepuk tangan je. Skrg dia dah menapak...walaupun tak banyak langkahnya tapi pandai la juga..Semalam dia tunjukkan yang dia dah pandai berjalan 3 langkah..Ok la tu. Mula2 mmg la takut2, lama2 nanti Aisy dah biasa dan semakin ligatlah dia.

Kejap jer dah besar anak ibu ni.

Rabu, 27 Mac 2013

Alahai Uda..

Semalam aku pergi keluarkan gaji. Ambik duit untuk bayar kereta, bayar pengasuh anak dan beli belanja sikit. Bulan ini Mak Ony jaga cuma 3 hari, jadi aku nak bayar dia dalam RM100. Bakinya aku nak bayar pada Uda sbb dah jagakan Aisy & Aiman sepanjang Mak Ony cuti buat operation ni. Tengah hari semalam aku keluar kejap bayar hutang kereta, lepas tu aku beli belanja. Petang bila sampai je ke rumah aku bayar la duit pada Uda sbb dah jagakan anak2 aku. Tapi Uda tak nak. Uda kata "Kalau Uda ambik duit ni, Uda tak nak tolong jaga lagi. Uda tolong jagakan jer budak2 ni. Tak yah bagi duit" Ya Allah...terharunya aku dgn Uda. Dah la dia jagakan Aiman & Aisy yang semakin nakal dan lasak, bila aku bagi dia duit, dia tak nak pulak. Padahal Uda bukan ada pendapatan pun. Dia hanya bergantung pada Mak Nok untuk makan dan belanja dapur. Kalau ada pun, anak2 arwah Pak Uda yang bagi. Tapi bukan selalu, kadang-kadang je. Sebelum ini, semasa arwah Pak Uda ada, mmg la anak-anak dia bagi duit belanja setiap bulan, tapi lepas Pak Uda tak der, anak-anak dia bagi duit kadang2 jer. Sian pulak aku tengok Uda. Tapi bila aku bagi duit, dia tak nak pulak. Alahai...uda...Aku doakan semoga Uda sentiasa sihat dan diberkati hidupnya. Walaupun dia hanya makcik sebelah hubby aku, tapi aku rasa, aku lebih rapat dgn dia berbanding makcik2 sebelah aku. Syukur sangat....

Ni gambar masa raya lepas. Uda dan Mak Nok la makcik yg byk berjasa kpd aku .

Selasa, 19 Mac 2013

Ponteng Sekolah

Esok 21 Mac 2013 ada Majlis Dialog Media di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru anjuran BPAM, KPKK. Disebabkan majlis ini tugas Cawangan GSPI, maka aku terpaksalah bertugas untuk majlis ini. FO dan PPD daerah pun kena turut serta dalam majlis tersebut. Bila pengasuh takde dan aku dan hubby kena tugas luar, ni yang masalah ni. Nak tak nak terpaksalah Aiman cuti sekolah. Kalau dah tugas luar, belum tentu balik on time. Makanya, Aiman takde la sapa nak ambik  kat sekolah. Sebab tu aku terpaksa cuti kan dia sekolah. Kesiannya la Aiman.. nak buat macam mana, dah terpaksa. Aku kena korbankan  sekolah Aiman. Dulu masa aku sekolah, aku tak suka ponteng. Begitu lah juga dgn Aiman. Aku tak suka dia ponteng sekolah. Tapi kerana tugas macam ni dan Mak Ony takder..nak tak nak Aiman kena cuti. Maafkan ibu sayang...bukan niat ibu nak ajar Aiman cuti sekolah. Tapi sebab tugas...Ibu rasa bersalah pulak..
- Maafkan ibu sayang - 



Muhammad Aisy Amirshah dah setahun

Aisy - buah hati ibu yang comel. Ibu sayang Aisy
Harini 20 Mac 2013 - genaplah setahun usia Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Rasanya macam baru semalam ibu lahirkan dia, kejapnya masa berlalu. Skrg Aisy dah pandai berdiri tp belum jalan lagi. Dia paut kerusi kalau nak jalan. Ibu doakan semoga Aisy jadi anak yang solleh, berjaya hidup, cemerlang hidup, diberi kesihatan dan kekuatan dan dimewahkan rezeki dalam segala hal. Jangan susahkan hati ibu yer sayang.

- 20 Mac 2012, 4.50 ptg  Aisy dilahirkan di HSA - 






Rabu, 13 Mac 2013

Demam

Minggu lepas Aisy depan panas sangat, mungkin sbb nak tumbuh gigi dan umur dah nak masuk setahun. Tapi yang bagusnya Aisy ni jarang demam. Tak macam Aiman, tukar bulan demam, tukar tahun demam, nak  tumbuh gigi demam...asyik ke Klinik Faizal jer la kejenya. Yer la Klinik Faizal tu 24 jam pastu depan rumah je. Jadi mmg klinik Faizal la tempat yang jadi tumpuan. Dulu masa Aiman demam panas, pukul 4.00 pagi aku ke Klinik Faizal. Tak sanggup la tengok anak demam panas sampai mcm terkujat2..jadi tak kira la pukul berapa pun mesti aku akan hantar anak ke Klinik Faizal. Aiman la yang selalu kena masukkan ubat dari dubur dia sbb demam panas sgt. Yer la, demam panas kalau tak di control boleh menyebabkan anak terencat akal. Tu yang aku bimbang. Lebih2 lagi anak kecik yang umur bawah 1 tahun. Sebenarnya anak kecik yang umur bawah 3 tahun kena kawal suhu badan dia. Kalau panas sangat tu yang boleh jadi cacat atau terencat. 

Kalau demam panas jer aku dah bimbang, ni ditambah pulak dengan batuk2. Lagi la aku risau. Hujung minggu lepas pergi ke Kluang, rumah Mak Ngah. Dia nak g umrah 23 Mac ni, jadi sebelum dia g umrah pergi la jenguk dia dulu. Masa kat Kluang tu la Aiman kena demam panas. Panas sangat badan dia. Ditambah pulak batuk2. Tu yang hantar dia ke Klinik Nora, Kluang. Doktor bagi ubat batuk dan buang kahak. Tapi bila petang badannya mula panas. Kesian tengok dia. Pak Ngah bawak la dia ke Klinik semula lepas maghrib. Doktor bagi la ubat demam & antibiotik. Bila bagi ubat mula la badan dia berpeluh2..demam dah nak kebah, tp esoknya panas semula. Berulang-ulang pulak demam nya. 

Aisy semakin bijak dan lasak. 
Aisy & Aiman....jgn sakit yer sayang. 

Bila dah balik ke JB demam panasnya dah mula ok. Tp batuk dia tak hilang2 pulak. Mak Nok pulak suruh hantar Aiman ke Hospital. Kalau hantar ke hospital dan masuk wad, macam ner la pulak dgn Aisy. Sapa nak tolong jagakan dia waktu malam. Aisy kalau malam mesti nak susu badan. Dia nak peluk jer. Iskh..pening jg kepala aku dibuatnya. Sebenarnya bila kita sakit mana terus baik. Mestilah makan masa jg. Tp Mak Nok macam tak sabar pulak bila tengok Aiman batuk2 terutamanya tengah2 malam. Mmg la sapa yg tak risau tengok budak kecik demam dan batuk. Tu yg dia suruh hantar ke spital. Bila batuk tengah malam, aku terus bagi ubat batuk pada Aiman. Tp Aiman tak nak ubat batuk dr Klinik Nora, Kluang. Dia nak ubat batuk Klinik Faizal jer. Aiman kata ubat batuk Kluang tak sedap...sbb yang dari Kluang tu mcm ubat batuk org tua. Tengah2 malam dia akan nangis dan cakap "Ibu, Aiman tak nak ubat batuk Kluang, nak ubat batuk Klinik Paijal jg"....sedihnya la ibu dengar. Cian ibu tengok anak ibu. Aiman ni pulak kalau batuk mesti sampai termuntah2..tu yg bermasalah tu. Tak mcm adiknya.

Tp malam tadi badan Aisy pulak panas, dah bagi ubat demam dia tp masih panas. Bagi tuala lembap atas kepala, lagi la dia tak nak. Tengah malam tadi bagi lagi ubat demam, pagi tadi dah ok. Badan dah tak panas. Jadi bolehlah ibu pegi keje. Malam tadi masa badan dia panas, ibu rasa malas nak g keje. Lebih baik jaga Aisy jer kat rumah. Tp Aiman pulak bila suruh g sekolah dgn Mak Nok dia tak nak. Nak juga ibu yg hantar. Jadi keje la jg hari ni..dah hantar Aiman ke sekolah, tak kan nak patah balik, lebih baik terus g pejabat dan keje. Aisy pun dah ok. Semoga anak ibu sihat dan kuat. Jangan susahkan hati ibu yer Aiman dan Aisy....

Ahad, 3 Mac 2013

Mak Ony

Sebelum ni mmg la Mak Ony selalu g Klinik Kempas utk check up darah tinggi dia..sebulan sekali. Pas tu sejak dia kena penyakit ketumbuhan di leher tu (tiroid), setiap bulan kena check up kat HSA pulak. Seminggu sebelum check up doktor kat hospital, dia  kena g check darah dulu. Maknanya sebulan 3 kali la dia g check up. Ini bermakna sebulan 3 kali juga la aku kena tunggu Aisy kat rumah, bila Mak Ony balik dari check up baru la aku g keje. Tp tak kan asyik nak datang keje lambat je, jadi terpaksa la bergilir2 jaga Aisy. Mula2 aku g hantar Aiman ke sekolah, pastu baru g keje - punch card. Aisy dok rumah dulu dgn ayah dia. Bila En. Shahrom dah dtg, aku bgtau dia yg aku ada hal berkaitan urusan anak. Ala...satu cawangan ni dah tau yg aku ada masalah pengasuh ni..sejak dia disahkan sakit tiroid, mmg setiap bulan aku kena masuk lambat ke pejabat la. Sebelum ni dia g check up hanya sekali sebulan tp bila tiroid dia dah semakin besar, makin kerap la dia kena g hospital. 

Dulu masa dia check up dia akan balik awal. Selalu sampai rumah dalam kul 10.00 pg dah siap. Jadi tak la lambat sgt aku tunggu..tapi sejak akhir2 ini, makin lambat la pulak. Sampai kul 12.00 tgh lebih. Sampai setengah hari jg. Kadang tu sampai kul 1.00 ptg. Nasib baik kawan secawangan ni faham. Aku dah terangkan yg pengasuh anak aku ni ada sakit dan kena check up selalu, jadi boleh la kawan tolong2 keje kat pejabat ni.

Sebelum nak g hospital, mak ony akan bgtau aku tarikh dia kena buat check up. Jadi aku dah catat dlm kalendar aku.. kat rumah dan kat pejabat. senang nak ingat. Tp mlm td tiba2 Mak Ony mesej, dia kata tak leh jaga Aisy esok dan lusa. Aduhhh....pening kepala  aku dibuatnya. Mana nak letak anak ni. Tak kan aku asyik nak bercuti jer. Apa lg Mak Uda la tempat buat aduan. Nasib baik la uda faham. Sebelum ni pun aku dah booking Uda awal2 suruh dia jagakan Aisy, sbb Mak ony kata dia nak operate 11 Mac 2013. Jadi ada seminggu lg la dia nak buat operation. Ingatkan aku nak g rumah Uda Sabtu ni, 9 Mac 2013 dgn anak2. Ahad -10 Mac 2013, ayah dia nak g jejalan ke Mersing dgn geng motor dia. Mmmm....jalan la aku tak kesah. Janji aku tak kacau dia. Mmg la ayah tu lawa aku suruh ikut dia naik motor ke Mersing. Tp cuba fikir, anak kita tinggal kan dgn makcik, pastu boleh pulak kita g berjalan2 sakan...mmmm...tak sampai hati aku nak buat anak2 aku mcm tu. Kalau aku jenis yang suka jalan dan tak kesah kan anak2, mesti aku ikut kan..tp ingatlah...hidup ni bukan kat dunia aja...kita ada alam lg satu. Kat sana nanti bila Allah swt tanya apa tanggungjawab kita pada anak2...mcm ner kita nak jawab. Kat sana nanti dah terlambat. Tak de sapa leh tolong. 

Berbalik citer pasal Mak Ony ni, bila dia sms tak leh jaga kan Aisy, aku terus telefon Uda. Nasib baik la uda leh tolong jagakan Aisy. Aiman lak, lepas balik sekolah, aku terpaksa bawak dia ke pejabat. Tp Mak Nok suruh hantar rumah acik. Aiman tak kesah dok rmh Tok Cik dia sbb dia suka main ipad kat sana.  Cumanya yg aku pelik napa Mak Ony tak cakap siang2 yg dia tak leh jagakan Aisy semalam. Kalau tak...tak der la aku kelam kabut sakan. Malam tadi bila dia sms pukul 9.22 mlm..aku apa lg terus kemas barang2 Aisy, Aiman dan baju2 aku. Lepas ni aku dok la rumah uda. Demi anak2 dan tugas, terpaksalah aku berkorban apa sahaja.. Pukul 4.15 pg aku dah bangun. Tak leh tido dah. Pukul 5.00 pg aku terus angkat barang2 ke kereta. Aku nak ke rumah uda kul 6 pg..tp ayah dia lom bangun lg. Alasannya belum kul 7.00 pg..mak ai..dah la nak hantar anak ke tempat jauh, dah tu nak patah balik hantar Aiman ke sekolah. Boleh pulak dia bermalas2an... Aku nekad, kalau dia tak nak hantarkan anak2, aku hantar sendiri jer. Tp hantar jg la dia...Bukan apa, pagi2 jalan jem...org sibuk hantar anak2 dan nak g keje...tu yg aku tak nak tu. 

Terpaksalah Aisy dok dgn Tok Uda..jgn nangis yer Aisy..
Demi anak2 ibu sanggup berkorban apa sahaja.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu