Ni la resepinya :
Terima kasih kepada pemilik resepi yg sudi kongsi ilmu untuk buat kek ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik anda.
KEK LAPIS ASAM
MANIS KUKUS
Oleh: Dapurku Sayang
(DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)
bahan-bahan :
2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak
sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar
duit 50 sen)
sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain
pun ok)
Cara-cara :
1. Sediakan
pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan
taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap
minyak.
2. Satukan kesemua
bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan.
Putar hingga kembang dan gebu.
3. Kemudian
masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
4. Bahagikan
kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan
pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk
lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian
mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata. (Utk adunan ni saya buat 3
warna iaitu kuning, pink, hijau dan bg adunan sama rata).
5. Tuangkan
lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya
(JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang
5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus.
Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih
kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan
air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan
penutup kukus dgn menggunakan tuala).
6. Setelah masak,
tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.
Disebabkan beria-ia nak membuat Kek Lapis ni, maka rehat semalam pergi la cari bahan di Angsana. Petang balik jer kerja, terus mula la mengadun bahan dan mengukusnya. Sampai waktu berbuka dah masuk tp kek masih belum siap lagi...hehehe...apapun bila dah siap, rasa boleh tahan la juga. Cuma saya buat tak nampak pulak lapis-lapisnya. Yang nampak beza warna hijau, merah dan kuning...tu je..Lepas ni boleh la buat lagi sebab senang je...rasanya pun boleh la tahan..