Ahad, 23 November 2014

Majlis Graduasi dan Tabikarama Jabatan Perpaduan Daerah Johor Bahru


Seronok tengok Abg Aiman dah tamat pengajian di kelas Tabikanya. Ada gambar konvo dia yang comel sangat. Tahun lepas tak dapat gambar, tapi tahun ni dapat gambar konvo, gambar dengan kawan sekelas dan gambar pasport.


Ni gambar dengan pegang sijil..siap frame.


Ni gambar Abg Aiman masa Majlis Graduasi dan Tabikarama, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Johor Bahru. Majlis diadakan di Dewan IPK Daerah Johor Bahru pada 20 November 2014, Khamis jam 8.00 pagi. Nasib baik ibu datang ke dewan awal, kalau tak mesti tak dapat tempat parking. Masa datang ke dewan, kawasan lapang jer, tapi bila nak balik tapak parking penuh dengan kereta sampai nak keluar pun susah.



Sebelum ambil sijil, semua kanak-kanak berkumpul di luar dewan. Ibu tak tahu sebenarnya, jadi ibu dan abg Aiman tunggu di dalam dewan. Tengok kanak-kanak tadika lain semua cikgu panggil untuk pakai baju konvo tapi kenapa Cikgu Erin tak panggil anak muridnya. Akhirnya mama Farezz Adam, kawan sekelas Aiman panggil Aiman supaya berkumpul di luar dewan untuk pakai baju konvo. Nasib baik ada mama Farezz, kalau tak mesti Abg Aiman  tertinggal. Cikgu pulak tak maklumkan lebih awal supaya kanak-kanak berkumpul di luar dewan. 




Ni Abg Aiman ambil sijil kehadirannya. Ibu dapatlah juga ambil gambar Abg Aiman depan pentas. Semoga Abg Aiman berjaya dalam pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi. Ibu sentiasa doakan anak ibu supaya berjaya. 


Bubur Kacang Hijau & Ais Krim Kacang Hijau


Kadang-kadang bila duduk di rumah memang teringin nak makan macam-macam. Tekak ni asyik nak makan jer kerjanya. Tapi makan tak banyak mana, sikit jer. Hujung minggu lepas teringin pulak makan bubur kacang hijau. Kacang hijau memang dah ada dalam peti ais, tak banyak mana pun adalah dalam plastik kecik. 


Bila masak kacang hijau dan buat bubur kacang, makan sikit jer. Anak-anak pula bukan suka makan bubur-bubur ni. Buat satu periuk kecik pun tak habis, jadinya untuk mengelakkan kerugian dan pembaziran, masukkan bubur kacang hijau dalam plastik ais krim, simpan dalam peti ais jadi ais krim kacang hijau. 


Bila dah jadi ais krim pun, anak-anak tak suka makan. Abg Aiman dan Aisy mana makan ais krim bubur macam ni, mereka suka makan ais krim milo yang selalu Mak Ony buat jer.


Cuti Sekolah



Minggu lepas berakhirnya sesi persekolahan bagi tahun 2014 dan sebulan lebih lagi akan bermula sesi persekolahan bagi tahun 2015. Tahun ni Abg Aiman dah habis belajar di Sekolah Tabika Perpaduan selama 2 tahun dan tahun depan bermulalah sesi persekolahan baru bagi Abg Aiman.


Disebabkan sesi persekolahan dah tamat bagi tahun 2014, maka baju uniform Abg Aiman ibu lipat dan simpan dalam almari baju. Kalau Aisy sekolah Tabika Perpaduan juga besok boleh la juga pakai baju Abg Aiman ni....hahaha...untuk salin-salin kalau baju kotor. Tapi baju Abg Aiman ni saiznya besar sebab badan Abg Aiman montel. Kalau Aisy pakai mesti tak padan dengan badan Aisy yang kecik molek jer.


Tahun 2015 tinggal sebulan je lagi, sekarang dah bulan November dan  tak lama lagi bulan Disember. Akan jumpalah bulan Januari 2015 dan Abg Aiman akan masuk ke Darjah 1 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Macam mana lah rupa anak ibu bila dah sekolah besok...Ibu pulak mesti terkejar sana sini untuk uruskan anak ibu nanti. Sebab tu ibu akan ambik cuti awal tahun nanti untuk hantar Abg Aiman ke sekolah. Ibu cadang nak hantar Abg Aiman ke Taska Sofea di hadapan Sekolah Kebangsaan supaya senang abg Aiman nak ke sekolah agama pula. Lagipun Mak Ony tak sihat ..mesti nak kena buat checkup selalu.  Kalau harapkan emak, susah juga ibu nak pergi kerja kalau Mak Ony takde, tak pasal-pasal ibu asyik kena ambik cuti jer lah sebab uruskan anak ibu ni. 
  

Selasa, 11 November 2014

Ke Hutan Bandar Lagi


Sebenarnya cuti hujung minggu Abg Aiman ajak ke Jom Hebah. Bukan jauh pun, dekat jer dengan rumah..kat Plaza Angsana Johor Bahru. Hari Sabtu petang nak ajak ler Mak Nok pergi melawat Mak Ony di  HSA sebab Mak Ony baru lepas buat operation perut...buang rahim dia. Mak Nok ajak pergi melawat lepas asar sebab senang bila nak berjalan-jalan kalau dah solat. Bila keluar jer rumah pukul 4.15 ptg jumpa la Abg Jeny kat pintu rumah dia, tanya dia Mak Ony dah balik ke belum? Rupanya Mak Ony baru jer balik ke rumah tengah hari tadi. Disebabkan dah bersiap-siap dan Mak Nok pun dah siap dan dah tunggu di tepi jalan, maka Mak Nok ajak juga keluar ronda-ronda.



Abg Aiman ajak ke Jom Heboh, dia nak pergi tengok Banana Squad...bawa le kereta menghala ke Angsana Mall. Tapi sampai jer trafik light BBU, rupa-rupanya kereta dah jem sebab semua orang nak menuju ke Plaza Angsana. Orang ramai sanggup parking kereta sampai ke depan Mydin semata-mata nak tengok Jom Heboh. Kat kawasan Pusat Perniagaan BBU pun dah penuh dengan kereta, tepi jalan besar Skudai pun penuh dengan kereta orang parking. Jalan yang dua line jadi satu line semata-mata nak ke Jom Heboh. Ya Allah..mereka ni sanggup berjalan kaki jauh semata-mata nak pergi ke Jom Heboh. Aku yang duduk dekat ni pun tak sanggup nak jalan semata-mata Karnival Jom Heboh ni. Dah tu parking kereta tepi jalan jer. Kalaulah polis trafik a tau JPJ saman hari tu, memang kaya la sebab orang ramai ni sanggup parking di tepi jalan jer semata-mata nak tengok Jom Heboh.



Akhirnya, aku menuju ke Hutan Bandar jer. Nak pusing ke bandar pun tak boleh sebab jalan banyak tutup sempena majlis perkahwinan TMJ. Pergi ke Hutan Bandar, ajak anak-anak main buai dan gelongsor, kemudian makan Chicken Chop RM5.00 ...terus balik. Lagi happy ke hutan bandar, tak sesak, boleh beriadah dan dapat menikmati pemandangan yang indah ciptaan Yang Maha Esa. 

Semoga jadi Ustaz satu hari nanti

Abg Aiman...nak solat

Cita-cita nak jadi Ustaz


Harapan ibu dan ayah

Peperiksaan Untuk Masuk Darjah 1

Menghadiri Peperiksaan Untuk Masuk Darjah 1

Dulu masa ibu nak masuk darjah 1, arwah bapak daftarkan jer ke Pejabat Sekolah. Lepas tu hari pertama sekolah buka terus masuk ke kelas. Senang jer, tak banyak hal dan tak banyak syarat dan peraturan. Tapi zaman sekarang ni, baru nak masuk ke darjah satu, punya lah banyak syarat dan arahan. Nasib baik lah ibu ni senang nak ke sana sini, bolehlah uruskan semua hal persekolahan anak ibu ni. Kalau tak mesti ibu asyik kena mohon cuti jer la.

Rasa confident jer Abg Aiman ni

Abg Aiman nak masuk darjah satu tahun depan, 2015. Kena daftar sekolah dari tahun 2013 lagi...maknanya 2 tahun sebelum masuk sekolah dah kena booking tempat, kalau tak tempat penuh dan tak boleh ke sekolah tersebut. Kena cari sekolah lain. Lepas tu bulan Ogos 2014, kena buat pengesahan untuk kemasukan ke darjah 1 bagi tahun 2015. Pun dah selesai. Masa buat pengesahan ini, kerani yang bertugas siap bagitahu lagi, bulan Oktober 2014 ada peperiksaan untuk pemilihan kelas. Tapi bulan Oktober dah nak habis, kenapa surat untuk hadir peperiksaan masih tak diterima. Ibu terus tanya sekolah   mengenai hal ini. Pihak sekolah maklumkan, dia dah hantar surat seminggu sebelum peperiksaan dijalankan iaitu pada 8 Oktober 2014. Tapi sehingga ke hari ini surat tu saya tak terima. Kerani sekolah siap tanya saya alamat rumah lagi, dia seolah-olah tak percaya yang saya tak terima surat. Tapi itulah yang terjadi, walaupun setiap hari saya tengok peti surat untuk cari surat tersebut tapi masih tiada. Akhirnya sekolah telefon pada 26 Oktober memaklumkan yang peperiksaan kemasukan ke darjah 1 akan diadakan pada 30 Oktober 2014 pada jam 12.00 tgh - 2.00 petang. Lepas ambik Abg Aiman hari tu, ibu terus hantar dia ke Sekolah untuk mengambil peperiksaan pemilihan ke darjah satu. Ibu siap ajarkan dia doa untuk menghadapi peperiksaan, semoga anak ibu dapat menjawab soalan dengan tenang dan betul. Semua ibu bapa tidak dibenarkan berada di kelas sepanjang peperiksaan dan perlu menunggu di kantin sekolah. Ibu sempat berbual dengan seorang makcik yang hantar cucu sedara dia untuk mengambil peperiksaan juga. Sedang rancak berbual, Cikgu pun hantar Abg Aiman kepada ibu sebab dah siap menjawab soalan. Ibu tanya Abg Aiman, boleh tak jawab soalan tadi, dia kata Aiman boleh jawab ibu, senang je soalannya. Cikgu suruh mengeja, jawab matematik dan mewarna. Alhamdulillah...semoga Abg Aiman terus berjaya lepas ini. Abg Aiman lah harapan ayah dan ibu.

Kuali Baru Dari Langkawi

Kuali baru ole-ole dari Langkawi

Cantik..siap dengan penutup 

Balik dari Langkawi, Mak Uda bagi aku kuali  yang cantik ini sebagai oleh-oleh dari Langkawi. Tak tahulah harganya berapa ringgit, tak sampai hati pulak nak bertanya harganya sebab dah dia nak belikan, jadi terima kasih daun keladi jer lah buat Uda sebab ingat juga kat anak sedara menantu dia ni. 

Merasmikan Kuali Baru 
  
Semalam dah rasmikan kuali baru ni. Pagi-pagi macam biasa pukul 5.00 pagi mesti aku bangkit dari tidur dan menuju ke dapur untuk melaksanakan tanggung jawab harian. Pagi semalam masak Ikan Bawal Masak Sambal untuk anak-anak.  Jadi aku gunakanlah kuali baru ni. Rasa sayang pulak nak guna sebab cantik sangat kuali ni, tapi kalau tak guna nak buat apa pulak.  Tak kan nak buat pamern jer....Bila basuh pun senang jer kuali ni sebab tak melekat. Kuali mahal...mestilah bagus kan. 
Ikan Bawal Masak Sambal 

Isnin, 10 November 2014

Kabinet Baju Baru

Beli yang jenis laci jer..boleh muat banyak baju

Dah lama teringinkan almari baju untuk anak-anak tapi tak der rezeki lagi. Kalau ada duit lebih jer mesti ada nak guna untuk buat benda lain. Bulan ini ada rezeki lebih sebab buat kerja luar masa bulan September yang lepas. Overtime dah dapat awal tapi tuntutan perjalanan pulak lambat nak masuk. Nak gunakan OT jer memang tak cukup nak menampung untuk almari baru ni. Yer la...kelim bukan sampai ribu riban..ada la sikit jer. Tapi syukur sangat sebab dengan duit kelim inilah aku dapat beli almari baju untuk anak-anak. Bila OT dan TNT dah masuk, terus keluarkan kat ATM dan pergi pilih almari baju baru. Kalau lambat nanti duit habis kena belanja. Nama pun duit, tak tahu lah kemana dia menghabiskan diri...tau tau jerrr dah semakin susut dalam akaun. Sebab tu kena cepat beli apa barang yang kita impikan.

Sebelum ini baju Aiman dan Aisy simpan dlm kotak jer

Sebelum ini baju Aiman dan Aisy simpan dalam kotak dan bakul jer, sebab tu rumah tak kemas dan nampak bersepah-sepah. Dah lipat macam mana kemas sekalipun tetap nampak tak cantik sebab baju anak-anak ni makin lama makin banyak. Walaupun dah simpan lain baju yang dah tak pakai tapi masih tak kemas dan nampak bersepah-sepah rumah. Sekarang ni, bila dah ada almari baju yang baru, kotak tu simpan atas almari jer, buat isi barang yang tak berapa perlu tapi masih sayang nak buang. 

Skrg dah leh simpan dlm almari baru...kemas sikit rumah

Sekarang baju Aiman dan Aisy dah dapat disusun dengan kemas dan cantik dalam almari baru ini. Walaupun aku memang bukan pakar melipat baju, tapi sebab almari baju ni bertutup maka nampaklah kemas sikit rumah

Ahad, 2 November 2014

Tiada Pengasuh Lagi

Bulan lepas, Mak Ony jaga Aisy dan Aiman hanya 8 hari jer. Selebihnya Uda terpaksa jaga Aiman dan Aisy. Sebelum tu Mak Ony selalu asyik buat check up di Klinik Pakar, HSA, JB sebab ada masalah dengan period dia. Mak Ony cakap dia dah menopous setahun yang lalu  tapi sejak akhir-akhir ini dia kena period yang banyak dan tak berhenti-henti. Tengah malam pun dia pergi ke Bahagian Kecemasan, HSA, JB untuk buat pemeriksaan dan doktor suruh pergi buat check up di Klinik Pakar. Bermula saat dan ketika itu jugalah, Aiman dan Aisy takde sapa yang jaga. Bulan lepas Uda, Mak Nok dan Acik sekeluarga pergi melancong ke utara tanah air. Mereka makan angin ke Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama seminggu. Mak Ony pulak asyik keluar masuk hospital jer, makanya anak-anak terpaksa aku bawa ke pejabat. Nak buat macam ner, tak kan aku nak ambik cuti rehat jer. Cuti rehat selalu  aku ambik memang untuk anak-anak bila mereka tak sihat. Tapi kalau mereka sihat aku masih boleh hadir kerja dan melaksanakan tugas seharian dengan membawa Aiman dan Aisy ke pejabat. Bagi mereka kertas dan pen, pandailah mereka menconteng kertas tu. Cuma kesian pulak sebab mereka tak dapat rehat dan baring macam di rumah. Kat pejabat apa yang ada, meja komputer, kerusi dan aircond. Nak suruh dia berbaring atas lantai, tak sampai hati la pulak sebab keadaan bilik ni yang sejuk.

Aiman & Aisy tertidur di surau

Apa masalah Mak Ony sebenarnya sampai doktor asyik tahan dia kat wad?? Selepas pergi ke Klinik Pakar Puan, HSA doktor ada buat checkup pada bahagian rahimnya. Selepas buat pemeriksaan dengan menggunakan camera, doktor maklumkan yang rahim Mak Ony elok dan tiada masalah. Semua dalam keadaan baik. Lega rasanya bila dengar Mak Ony cakap macam tu. Yer lah, dah aku bekerja dan dia pulak yang jaga anak-anak aku sebab tu lega rasanya bila dia kata dia takde apa-apa masalah. Tetapi seminggu lepas tu HSA telefon semula dia dan suruh masuk ke wad untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut mengenai rahimnya. Nak buat scan perut dan tengok apa yang ada dalam perut. Lama juga dia masuk hospital, hampir seminggu sebab menunggukan mesin tu kosong. Keputusannya, doktor maklumkan yang ada ketumbuhan dalam rahim Mak Ony. Doktor maklumkan yang kemungkinan ketumbuhan itu adalah kanser. Aku yang dengar ni pun dah rasa ngeri dan macam petir jer bila dapat tahu yang Mak Ony ada kanser rahim. Di hospital lagi Mak Ony maklumkan pada aku melalui telefon. Doktor kata nak buang rahim Mak Ony dengan kadar segera supaya kanser tersebut tak merebak ke luar organ lain. Bila dengar kanser jer, aku teringat pada Arwah Syafiq, anak sedaraku yang juga telah meninggal pada 22 November 2013 disebabkan penyakit kanser. Arwah Syafiq meninggal dalam usia yang sangat muda iaitu pada usia 15 tahun disebabkan kanser tulang. Bos cawangan aku ni pun kehilangan isteri sebab kanser payu dara. Padaku kanser ini memang pembunuh cuma kita tak tahu berapa lama seseorang boleh bertahan bila kena kanser. Arwah Syafiq sakit 2 bulan jer sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Hari ini. 3 Oktober 2014, Mak Ony perlu masuk ke wad lagi sebab doktor dah tetapkan tarikh untuk membuat operation pada 5 Oktober 2014 (Rabu). Doktor perlu buat pembedahan segera bagi mengelakkan kanser tersebut merebak ke organ lain. Aku cuma mampu doakan semoga Mak Ony cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Tentang anak-anak aku tu, aku dah tak kisah kalau Mak Ony dah tak boleh jaga sebab Aiman pun dah besar, tahun depan dah masuk darjah satu. Aisy pulak dah nak masuk umur 3 tahun, dah senang nak urus dan jaga dia. Sekarang Uda dan Mak Nok yang tolong jaga. Aku cuma usahakan juga untuk Aiman dan Aisy masuk taska pada awal tahun depan sebab Aiman pun dah sekolah. Pagi kena masuk sekolah kebangsaan dan petang kena pergi sekolah agama. Jadi kalau masuk taska berbaloi juga sebab Aiman hanya transit sekejap di taska sebelum ke sekolah agama. 

Komputer bertukar jadi citer ultraman..Ultraman Dyna pun ada kat sebelah PC

Hari Sabtu, masa nak pergi ke rumah Uda, aku sempat bersembang dengan Mak Ony. Aku cakap dengan dia yang Aiman dan Aisy tak nak duduk di rumah orang lain tetapi kalau Taska dia kata nak. Jadi kalau Mak Ony tak boleh jaga pun tak pe sebab aku nak hantar Aiman ke Taska tahun depan. Tapi Mak Ony cakap semoga dia cepat sembuh dan boleh jaga anak-anak aku lagi lepas ni. Yer la, sapa tak sayang dengan budak yang membesar depan matanya. Sejak lahir sampai besar Aiman dan Aisy duduk di rumah dia, tetiba nak hantar tempat lain. Mesti lah dia sayang. Anak-anak aku pulak tu sayang sangat dengan mak dan abah dia. Setiap hari, lepas balik rumah pun mereka akan pergi balik ke rumah Mak Ony. Abah pulak rajin melayan Aiman dan Aisy sebab tu budak-budak ni tak kesah. Harapan aku semoga Mak Ony cepat sembut dan selamat dalam proses pembedahannya. Dapat kembali sihat seperti sediakala. 

Sabtu, 1 November 2014

Ubat di Pejabat

Krim untuk tumit kaki pecah.

Antara ubat-ubatan yang perlu ada di pejabat yang perlu saya gunakan setiap hari ialah krim untuk tumit kaki pecah dan retak. Beli jenama yang murah jer ...jenama lain semua mahal, harga mesti RM20 ke atas. Yang ni  harga baru RM15.00 beli di Watson's dengan isi kandungan 50ml.

Hand & Body Lotion

Hand & Body lotion juga perlu ada dan perlu disapu di tangan dan kaki sebab duduk lama dalam aircond. Kulit jadi kering dan kasar. Maka, sapu lotion untuk kurangkan kekeringan pada kulit. Kulit boleh jadi lembut, halus dan gebu.

Balm Pala

Balm Pala ni banyak juga fungsinya. Bila pening, bila gatal, bila selesema mesti nak cari minyak panas. Bukan saya saja yang guna balm pala ni, ramai jiran tetangga dalam pejabat ni pun selalu pinjam balm pala saya ni bila selesema. Saya suka guna balm pala ni sebab rasanya yang panas dan berangin. Bila gatal-gatal jer sapu kat tempat gatal tu, hilang terus rasa gatal dan tak perlu garu menggaru.

Ikan Gelama Pekasam

Ikan Gelama Pekasam


Minggu lepas sedara mara En. Hubby pergi melancong lagi.....tempatnya di utara tanah air. Mana lagi kalau bukan Perlis, Indera Kayangan, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Seminggu mereka berjalan dan melancong. 

Perahkan limau kasturi...mmg sedap


Antara buah tangan yang mereka bawa ialah Ikan Pekasam yang memang popular di utara tanah air. Ikan Gelama ni saya goreng dengan bawang besar dan cili api, kemudian perah dengan limau kasturi, memang sedap sangat bila makan dengan nasi putih panas-panas. Sebut jer ikan pekasam goreng perah dengan air limau memang dah terliur mulut. Belum lagi makan....sedap sangat. Terima kasih la makcik semua yang sudi beri saya buah tangan ni. 


Makan dengan nasi panas

Apam atau Muffin Pisang


APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT

Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]


Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak. 


Apam Pisang Coklat untuk rumah tokcik


Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu