Ahad, 5 Oktober 2014

Kali ke-2 Buat Keria

Kali ke-2 buat keria 


Keria Keledek Putih



Sebenarnya ni kali kedua saya buat kuih keria, Yang pertama buat tu tak jadi, sebab keria terlembik. Tak pandai nak adun antara tepung dan keledek. Memang sedih sangat bila masak tak menjadi ni, En. Hubby ni pulak perli-perli bila buat kuih tak jadi, lagi la sedih dan rasa geram semacam jer. 

Antara kuih kegemaran saya


Disebabkan memang saya gemar dengan kuih ini, saya pun buat untuk kali kedua. Kebetulan mak datang ke Johor Bahru dengan kakak untuk buat checkup di hospital Sultanah Aminah. Mak bawa kuih keria ni sebagai buah tangan dari kampung, memang sedap lah makan air tangan mak. Sebab tu saya  usaha dengan gigih untuk cuba membuat lagi kuih ni.

Untuk bawa balik ke kampung

Jadi sebelum balik kampung sempena Cuti Hari Raya Aidiladha, maka saya buat lagi kuih keria ni. Bukan main susah nak cari keledek putih ni. Kedai runcit memang banyak tapi yang jual keledek ni ada sebuah dua jer...tapi keledek yang dijual dah tak berapa nak elok. Kalau beli di pasar mesti banyak dan senang nak jumpa tapi malas nak pergi jauh punya pasal, beli jer la di kedai runcit depan rumah.



Nilah hasil air tangan saya, seronok macam nak menjerit jer bila masak menjadi dan saya pulak memang gemar makan kuih keria ni. En. Hubby suka yang tak bersira  saya pulak suka yang ada sira. Sedap makan masa panas-panas. Malam bawak balik ke kampung sebagai buah tangan untuk mak mertua. Mak mertua komen, "Kuih terkeras sikit, terlebih tepung, tapi tak per lah, ada juga buah tangan untuk bawak balik ke kampung" ...saya cakap "baru nak belajar buat kuih mak, sebab tu terkeras. Haritu  buat terlembik"

Sikit-sikit lama-lama habis juga


Bila balik kampung, tengok atas kabinet dapur ada surat Urusan Seri Paduka Baginda kepada saya. Surat daripada PTPTN khas buat saya. Sebab saya adalah antara peminjam PTPTN yang telah melangsaikan hutang yang diberikan. Alhamdulillah...sikit-sikit lama-lama habis juga hutang yang saya bayar kepada PTPTN. Tak sangka pulak PTPTN beri surat untuk pulangkan semula lebihan bayaran yang telah saya buat. Sebenarnya saya memang bayar lebih sebab malas nak layan apa-apa permintaan atau lain-lain bayaran yang dikenakan. Alhamdulillah, bila kita jujur ni, Allah SWT akan permudahkan urusan kita. Lagipun hutang wajib bayar. Bila kita mati, roh kita tidak akan masuk ke syurga selagi hutang tidak diselesaikan. Kita pun bukan tahu bila kita akan mati. Jadinya lebih baik settelkan semua hutang yang ada. Saya memang nak settelkan cepat hutang PTPTN ni...duit yang diberikan pun dah lama habis saya gunakan, saya dah buat bayar yuran pengajian, beli makan, beli baju, bayar muka kereta, gunakan buat cari kerja, buat rawatan ortodontik dan yang lebih penting duit PTPTN ni jugalah saya guna buat majlis kahwin...hehehe...jadi sebab tu saya nak settelkan hutang ni segera.



Disebabkan masa belajar dulu saya ni pandai berjimat..eh...pandai ke saya ni...tak pandai mana pun tapi sekurang-kurangnya duit tu ada lebihan yang saya gunakan untuk menyara diri sendiri sepanjang tak de kerja, jadi bila dapat jer kerja tetap, saya terus potong gaji untuk pulangkan semula apa yang telah saya pinjam. Saya tak nak menyusahkan orang lain. Dah jadi tanggung jawab saya untuk pulangkan hak orang lain itu. Mungkin sebab niat yang baik ni maka Allah SWT memudahkan saya untuk menjelaskan hutang PTPTN ni. Alhamdulillah, tak sampai 7 tahun buat pemotongan gaji, saya dapat selesaikan hutang belajar yang ada walaupun hakikatnya saya bukan pegawai besar, hanya pekerja biasa sahaja yang bergaji setakat RM653.00 semasa baru kerja. Tapi janji Allah itu pasti...bila kita tak menyusahkan orang lain, maka Allah akan bantu kita dalam segala hal. Inilah yang telah saya terima.,..Syukur sangat-sangat pada Yang Maha Esa sebab memudahkan perjalanan hidup saya. 

Lontong Segera Adabi

Kuah Lodeh 



Masa bertugas di Program Semarak Johor awal bulan lalu, YB Adun Endau bagi beg goodies kepada semua petugas yang mengandungi Ketupat Adabi, Kari Ayam dan Kurma Ayam Adabi.  Jadinya sebelum balik kampung sempena Hari Raya Haji maka aku sempat buat sarapan pagi dengan goodies pemberian YB Adun Endau...apalagi...makan lontong la jawabnya. Negeri Johor ni kan memang popular dengan sarapan lontong kering atau basah. 

Sambal Kacang 


Aku masak kuah lodeh dan sambal kacang jer. Ketupat tinggal rebus dalam periuk . Kari ayam pulak tinggal panaskan jer...makan untuk satu keluarga bukan banyak mana pun. Ni pun ketupat 10 biji tak habis juga makan anak beranak. Seharian makan lontong je la sebab tak nak membazir.

Ketupat segera Adabi


Sekarang ketupat segera dah berbeza rupanya. Kalau dulu bentuk segi empat kecil tapi sekarang dah berbentuk panjang. Sebatang boleh kongsi untuk dua orang makan. Puas makan dengan ketupat segera ni. Masa tengah rebus, semerbak harum jer bau daun pandannya....masak atas dapur gas jer. Dah bimbang nak masak kat periuk elektrik sebab masa kat hospital haritu, ada jiran sebelah katil bagitau ada orang ni rebus ketupat dalam periuk elektrik, lepas tu periuk meletup sebab overlimit. Habis sekeluarga kena percikkan air panas dari dalam periuk elektrik tu. 
Kari Ayam dan Kurma Ayam Adabi


Kari Ayam dan Kurma Ayam ni tinggal panaskan jer. Makan bukan banyak mana, jadi cukuplah ni untuk sekeluarga. Tak habis pun dua tin ni. 

Aisy Sayang

Selfie lepas mandi 



Rasanya macam baru semalam ibu lahirkan anak ibu Aisy ni... tapi sekarang Aisy dah berumur 2 tahun 6 bulan...dah besar dah anak ibu ni. Geram tengok anak ibu ni. Walaupun lasak tapi comel jer.


Tangan tu nak buat gaya apa ntah 


Tak puas nak gomol dan cium Aisy, sekarang dah besar. Dah pandai mandi sendiri pulak tu. Tapi ibu akan perhatikan anak ibu ni. Bimbang juga dia berendam dalam air...boleh membahayakan nyawa juga tu.  


Berkemban tapi sopan


Lepas mandi Aisy berkemban tapi masih sopan dan tidak menunjukkan aurat...hehehe...lepas mandi  bila time nak pakaikan baju dan pempes punyalah susah...asyik ligat bersilat jer kerjanya. Tak makan pujuk budak Aisy ni. Sikit-sikit dia akan cakap "Akulah Totoman tiga"....banyak sangat tengok Ultraman. 


Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu