Sapa harus dipersalahkan bila benda gini berlaku??? Ibu Bapa, Kawan-Kawan Kelas, Pengasuh, Pusat Taska atau media sosial....sedih sangat-sangat dengan apa yang dah berlaku. Mmg tak sanggup nak cerita tapi sebagai ibu bapa, kena ambik tahu juga. Jangan biarkan anak-anak leka dengan kecanggihan gajet yang ada. Semua hanya di hujung kuku...bukan hujung jari dah...
Ceritanya begini, dua minggu lepas, dah lama la juga, dah setengah bulan, kalau makanan pun dah basi, tapi baru berkesempatan menulis di sini, aku jemput Aiman macam biasa di Taska. Sampai jer pintu pagar, Aiman berlari mendapatkan aku dengan mendukung beg sekolahnya. Pengasuh tolong bawakan beg sekolah agama dia menuju ke pintu pagar. Aiman memulakan cerita "Ibu tadi kan, FXYZ....(lupa nama budak tu) masa mandi, dia hisap KXXX...Aqeef".... Kitaorang mandi ramai-ramai dalam bilik air. Berderau darah aku bila Aiman yang baru darjah 1 bercerita macam tu. "Dia buat dengan Aqeef jer ke?" tanya ku...Ha ah...Ya Allah, nasib baik bukan Aiman yang kena. Apa masalah budak ni sebenarnya sampai boleh buat benda yang tak elok pada kawan-kawannya.
Pengasuh taska kata, FXYZ tu kecik jer orangnya, anak orang berada. Mak bapak belikan ipad, jadi dia salah gunakan ipad untuk tengok video yang bukan-bukan. Ya Allah, kenapa jadi begini. Sebelum ni, aku selalu baca kisah macam ni dalam blogg jer, rupa-rupanya ia betul-betul berlaku di hadapan anak aku. "Habis tu, Abg Aiman bagitahu cikgu tak??" ..."Dah, Abg Aiman dah bagitahu ustazah, bagitahu teacher Mar dan cikgu lain"... Habis tu apa cikgu cakap? "Cikgu panggil FXYZ dan tanya dia kenapa buat pada kawan macam tu"...
Setelah hampir 3 minggu kejadian itu berlaku, aku baru berkesempatan jumpa dengan papa Aqeef. Aku pun mulakan cerita apa yang telah berlaku pada Aqeef sebab papa Aqeef tu satu jabatan dengan aku. Tapi disebabkan dia banyak tugasan luar, barulah ni bersua muka. Ku fikirkan, ingatkan lah papa Aqeef tu tahu apa yang dah berlaku pada anaknya, rupa-rupanya dia pun tak tahu. Aqeef pun tak nak bercerita dengan papa dan mamanya. Taska pulak selagi boleh nak sorokkan cerita sbb tak mahu ibu bapa salahkan taska.
Disebabkan papa Aqeef baru tahu apa yang berlaku, maka dia pun buat aduan di taska...beritahu pada pengetua taska supaya dapat pastikan kejadian sama tak berulang kembali. Pengetua & cikgu taska pelik, macam mana ibu bapa Aqeef boleh tahu, padahal dia tak bagitahu pun. Dengan selamba mama Aqeef cakap, yang beritahu akulah, ibu Aiman. Apalagi, lepas tu pengetua tu cakap dgn Aiman, kalau ada apa-apa yang berlaku di taska, jangan beritahu pada ibu bapa lagi, nanti maluuuu... Selepas Aiman kena tegur macam tu, balik lepas ambik dia jer, dalam kereta lagi dia dah cakap, "Ibu, cikgu cakap, kalau jadi apa-apa kat taska, jangan beritahu ibu bapa, nanti malu"...."Eh....mana boleh tak bagitahu ibu bapa, semua ibu bapa kena ambik tahu hal anak-anak, bukan masalah malu, tapi biar jadi pengajaran dan jangan buat benda yang tak elok lagi".
Pada pandangan aku lah, Taska kena beritahu hal sebenar yang berlaku pada ibu bapa FXYZ yang dah buat perkara tak senonoh pada kawan dia, supaya ibu bapa dia boleh tegur, bukan nak sorokkan cerita, kalau disorokkan dan tidak ditegur, makin ligatlah FXYZ buat benda tak elok. Padahal umur baru 7 tahun tu....Lepas tu bagitahu perkara sebenar kepada ibu bapa Aqeef yang dah kena buat oleh kawan dia. Bila ibu bapa Aqeef tahu daripada org lain, kan dah tak sedap jadinya. Lepas di soal siasat mana, FXYZ tahu buat perkara tak senonoh macam tu, rupa-rupanya dia tengok hanset ibu bapanya, yang ada video 18SX...maknanya ibu bapa FXYZ lah yang suka tengok cerita tak senonoh sampai anak-anak ikut apa yang ada dalam video tu. Mak bapak ni pun satu, napalah buka benda yang bukan-bukan di hanset, kan ada anak yang sedang membesar, tak takut ker anak tu but benda yang sama?????
Ya Allah, lindungilah anak-anak aku daripada perkara-perkara yang keji dan maksiat, jadikanlah anak-anak aku orang yang solleh dan beriman, jadikanlah anakku orang yang sentiasa buat amal kebajikan, sesungguhnya aku hanya berharap padaMU Ya Allah.