Hadiah Cabutan Bertuah buat En. Hubby
Pada 16 Januari 2015, Jumaat malam jam 7.45 malam telah diadakan Majlis Malam Secangkir Kasih Kenangan Bersamamu anjuran Jabatan Penerangan Johor bertempat di Hotel Puteri Pan Pacifik, Johor Bahru. Majlis ini diadakan bagi meraikan pegawai yang bersara dan berpindah.
No. En. Hubby ialah 76 tapi dapat hadiah yang ke 16.
Ada acara cabutan bertuah pada malam majlis ini. Nombor cabutan bertuah dah dapat masa kat pejabat lagi. Urusetia akan tanya berapa ramai yang datang dan terus bagi nombor cabutan bertuah. Untuk staff warna kuning, untuk ahli keluarga warna biru dan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun nombor warna pink.
![]() |
Hadiah Cabutan Bertuah buat saya. No. Saya 4 dapat hadiah yang ke-9 |
En. Hubby dapat nombor 76 dan saya punya nombor, nombor 4. Mula-mula nombor untuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang disebut tapi nombor untuk Aiman dan Aisy tak naik...dah takder rezeki tak per lah. Lepas tu nombor untuk ahli keluarga pulak disebut. Tapi yang ni saya takde kaitan ler sebab saya dan En. Hubby sama-sama staff di sini.
![]() |
Sampai rumah terus guna hadiah ni..alhamdulillah |
Akhir sekali nombor untuk staff jabatan. Masa ni tengok jam dah pukul 11.30 malam, tapi sampai sekarang nombor masih tak naik lagi. En. Hubby punya nombor kan 76...dia leh cakap dgn saya, belum-belum nombor dah terjunam (tujuhnam) mana nak dapat..hahaha...buat lawak pulak dia. Saya dah malas nak tunggu sebab kesian dengan anak-anak yang dah mengantuk. Tup..tupp tak sangka pulak nombor En. Hubby naik...dan dapat lah dia hadiah multi cooker...tak sangka pulak saya yang nombor terjunam pun ada tuah pada malam ni.
![]() |
Rosma menyanyi dgn suaminya masa majlis |
Tak lama lepas tu pengacara majlis panggil nama saya pulak, nombor saya 4 dapat hadiah cabutan bertuah yang ke-9...pemanas air. Besar juga hadiah yang saya dapat. Alhamdulillah sama-sama bertuah la malam ni. Urusetia jemput Rosma dan Khai menyanyi masa majlis ni tapi saya tak tengok sangat pun persembahan sebab sibuk layan anak-anak makan dan main-main. Lagi satu sibuk tunggu nombor samada naik atau tak.
![]() |
Majlis persaraan buat Pengarah, PPD Kota Tinggi, PPD Segamat dan Staff Muar |
![]() |
Cabutan bertuah yang utama dimenangi oleh En. Saiful Anuar..tahniah |
Dan, hadiah utama bagi majlis ini ialah sebuah Televisyen LED jenama Samsung...pemenangnya ialah En. Saiful Anuar bin Shuib dari Daerah Muar..tahniah buat Epol ..tak sia-sia datang dari Muar ke JB sekeluarga ..akhirnya dapat hadiah yang berbaloi-baloi.
![]() |
Cabutan bertuah utama untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dimenangi oleh anak En. Azian..tahniah |
Manakala hadiah cabutan bertuah untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dimenangi oleh anak En. Azian Kusnin dari daerah Kulaijaya..seronok juga tu dapat hadiah kereta dengan remote control, nak beli mahal juga tu..mana dapat puluh-puluh harganya. Mesti ratus-ratus juga tu.