Rabu, 31 Julai 2013

Kek Lapis

Terujanya bila tengok gambar Kek Lapis yang menarik dan cantik. Haritu dah cuba buat sebijik untuk berbuka puasa dan menjadi. Rasanya pun sedap. Jadi cadang balik kampung minggu  depan nak bawak la Kek Lapis ni untuk sambut Aidilfitri. Bahan-bahan semua dah beli dan ada kat dapur. Tinggal tunggu mengadun jer. Jadi sekarang ni hari-hari bukak resepi kek lapis..Macam-macam resepi ada. Pagi ni tengok resepi di  

http://linapg.blogspot.com/search/label/Kek%20Lapis


Dengan warnanya yang terang dan berwarna warni membuatkan hati ni jatuh cinta dan tak sabar nak merasa kek lapis ni.


RRESEPI KEK VELVET KUKUS LAPIS HAWFLAKES/ASAM MANIS
Sumber : Lina pg

Bahan-bahan
  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (lina pg gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Cara-cara
  1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Loyang disapu minyak/butter dan dialas dengan baking paper.Ketepeikan.
  2. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut kaler pilihan.
  5. Tuangkan adunan yang telah diwarnak ke dalam loyang.Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya
  6. Kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterus
  7. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.(Untuk lapisan terakhir lina pg kukus selama 40min)
  8. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk

Harap-harap hujung minggu ni ada kelapangan untuk membuat Kek Lapis ni. Cadang nak buat 2 bijik...satu untuk rumah mak, satu lagi untuk rumah mak mertua. 

Selasa, 30 Julai 2013

Sandwich Telur

Semalam dah 21 hari umat Islam berpuasa, tinggal 8 hari jer Ramadan dan akan muncul Syawal tidak lama lagi. Sebab dah tinggal seminggu, malas nak pergi beli kuih-muih lagi. Berbuka secara sederhana sahaja. Sepanjang bulan Ramadan kali ni, baru sekali aku pergi Bazar Ramadan BBU. Tu pun sebab nak beli ayam golek yang diidamkan oleh En. Hubby. Kuih selalu buat kat dapur sendiri je. Kalau penyakit malas datang, maka beli je kuih di gerai  Kak Izah kat hujung taman ni. Macam-macam ada....dari nasi dgn lauk pauk, pelbagai jenis mee, puding dan kuih-muih, semua la ada. Jadinya tak yah pergi ke bazar yang sesak dan menyesakkan dengan jualan yang tak berapa nak memikat hati ku ini. 

Semalam tengah hari mata ni memang ngantuk sangat, sampai terlentok atas meja PC ni. Teruk betul la. Tapi kalau dah ngantuk sangat bukan boleh ditahan-tahan mata ni. Kalau nak terlentuk, maka letak jer la kepala atas meja ni...gerentii dapat mimpi yang indah-indah walaupun hanya seminit dua.....buruk betul perangai aku ni la. Satu hari tu sebab dah ngantuk sangat aku pun terlentuk atas meja ni sampai telefon atas meja berbunyi pun aku tak dengar...mak aiii...hebat betul tido ni. Disebabkan telefon dah lama berbunyi, maka En. Sam yang tolong angkatkan. Tu pun aku masih tak sedar juga. Rasa macam tido di atas tilam empuk, di bilik yang serba indah pulak....iskh..iskhh..

Disebabkan rasa mengantuk yang mengila-gila ni, maka Puan Wana ajak la aku keluar bersiar-siar di shopping complex...huhuhu...nak hilangkan ngantuk punya pasal, boleh pulak pergi bershopping sakan. Bukan setakat penyakit ngantuk yang hilang malah duit raya pun boleh hilang juga dibuatnya. Yer la sekarang ni kan semua shopping complex tengah buat Sale sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Maka untuk menjimatkan sikit duit,  aku ajak Pn. Wana pergi ke Giant, Tampoi  untuk membuat tinjauan apa yang ada di sana.

Sebenarnya, aku mmg takde niat nak berbelanja, tapi bila dah masuk shopping complex, dari niat takde apa-apa terus jadi apa-apa la. Mula-mula tengok baju di Peace Collection sbb Pn. Wana nak beli baju kurung. Harga baju semua mestila RM100 dan keatas..yer la baju semua dah macam artis....berkerlip-kerlipan dengan manik, labuci dan butang sana-sini. Semua guna kain crepe  rasanya...ala kain yang nipis jer tu..tapi aku tak minat pun.. sekadar mencuci mata jer la.

Lepas tu, masuk ke Giant, tengok baju  kurung juga, tapi sebelum tu aku sempat juga singgah di mesin penimbang badan..nak tengok berat badan ni dah susut ke tidak. Dah puasa dah nak sebulan, nak juga tengok hasilnya. Bila naik je ke mesin tu dan aku masukkan duit 20 sen...terus mesin beri bacaannya. Hasilnya masih sama je...tak susut walau sekilo pun...huhuhu...apa la aku makan ni sampai berat badan tak nak luak. Lemak kat badan ni makin degil la. 

Buat tak tahu jer la, malas nak layan berat badan yang tak nak susut ni. Terus ambik bakul untuk bershooping sakan. Banyak dah kuih  raya dijual kat Giant, tapi semua tu aku tak minat. Last sekali aku beli roti, mayonis, salad, tomato...balik nak buat sandwich telur la. Pn. Wana sibuk memilih  Pizza segera...tapi akhirnya dia beli Roti Prata je...Aku beli juga lada merah, lada hijau, cili api...sebab semua bahan tu dah abis kat rumah. 


Balik kerja semalam, singgah sekejap rumah Acik sebab nak ambik duit raya yang ditukar. Acik sempat goreng cekodok pisang untuk berbuka puasa dan beri segorengan untuk aku. Sampai rumah Aiman dan Aisy la tukang perabiskan cekodok tu. Aiman mmg berhantu dgn cekodok pisang ni. Sampai Aisy mintak pun Aiman tak nak beri.

Lepas mandi aku mulalah membuat sandwich telur  untuk berbuka puasa. Bahan-bahannya ialah :

Macam ni la rupa sandwich telur tu..tapi aku buat tak potong pun.

  1. 2 biji telur
  2. Dua sudu besar mayonis - untuk sandwich
  3. Sedikit lada hitam
  4. Salad
  5. 2 biji tomato
  6. Buttercup
  7. Roti Putih Gardenia
Cara membuatnya :
  1. Rebus telur hingga masak, kopek dan hancurkan telur dengan menggunakan garfu. Lebih mudah hancurkan telur masa panas sebab bila dah sejuk, telur lagi keras dan susah nak hancurkan.
  2. Masukkan mayonis dan sedikit lada hitam  yang telah ditumbuk. Kacau sebati.
  3. Sapukan roti putih dengan sedikit buttercup dan kemudian letakkan telur atas roti.
  4. Letakkan salad dan tomato yang telah dipotong-potong.
  5. Letak sekeping lagi roti  yang telah disapu dengan buttercup.
  6. Potong dua roti sandwich tu...kalau tak nak potong pun boleh juga.

Semalam Aiman tolong buat sandwich tu, tapi dia tak nak pun makan sandwich. Dia mmg rajin tolong ibunya buat kuih kat dapur, semua dia nak kacaunya. Aisy pulak tolong kemaskan dapur. Semua magkuk, periuk dan tupperware jadi mainan dia. Biar jer la, janji dia gembira. 

Malam, aku tak makan nasi pun sebab masih mengenangkan berat badan yang tak nak susut ni...hehehe...makan sandwich je la. Lagipun dalam satu sandwich dah ada karborhidrat, protein, vitamin dan segala-gala zat la. Alhamdulillah...kenyang masa berbuka semalam dgn sandwich telur. 

Ahad, 28 Julai 2013

Berbuka di Tasek Merdeka

Hari Khamis petang, lepas balik kerja Acik telefon ajak berbuka puasa di Tasek Merdeka, JB..depan RTM Johor. Acik nak booking tempat, jadi dia nak confirmkan sama ada aku nak ikut atau tak. Aku tak kesah sebenarnya buka kat mana-mana pun janji senang nak solat Maghrib. Aku pun call la En. Hubby yang belum balik dari pejabat lagi. Dia pulak tak nak pergi berbuka kat Tasek Merdeka, alasannya dia ada kerja. Tapi dia benarkan aku pergi berbuka dgn acik. 

Hari Sabtu, selepas solat Asar Mak Nok ambik aku untuk ke rumah Acik. Aku pergi dgn anak-anak dan acik sekeluarga. Mak Nok dan Uda pun ikut juga.  Lepas tu terus ke Tasek Merdeka, JB untuk tunggu waktu berbuka. Masa berbuka tinggal setengah jam, orang pun berpusu-pusu mengambil juadah yang disediakan. Aku pun ambik la juga. Mula-mula ambikkan nasi Aiman dgn Ayam Masak Merah...lauk kegemaran dia. Lepas tu baru aku ambik nasi untuk aku pulak. Bila aku nak ambik jer nasi, nasi kat buffet set dah licin....mak aiii..kejapnya abis. Ambik jer la apa yang ada. Aku ambik la sate 6 cucuk dan sedikit buah tembikai..tu jer.

Sampai penuh meja dibuatnya..semua nak dirasa 


Mak Nok ambik nasi putih, tapi lauknya pun dah abis. Lambat pulak catering ni nak tambah. Yer la, dia letak makanan sikit, orang pulak ramai...kejap jer la habisnya. Tambahan pulak bulan puasa, mesti orang teruja tengok makanan yang macam-macam. Rasa nak makan semuanya sebab tu ambik sampai penuh pinggan...last2 bukan makan sangat pun. 

Tapi rasa makanan kat sini macam tak berapa nak uummmpphh... la...tawar. Yer la, dah bulan puasa mesti la tak boleh nak merasa kan tukang masak tu. Tapi kalau dah setiap hari memasak mesti dia  tahu nak sukat bahan perasanya. Rasanya kalau makan kat rumah lebih kaww..kawww...

Lepas berbuka dan solat Maghrib, Aiman dan Aisy sibuk nak berjalan-jalan di kawasan Tasek Merdeka...Seronok Aisy dapat lepas bebas..selalu kena kurung je. Lepas tu kami semua pergi la ke Bazar Karat, JB. Pertama kali aku sampai ni walaupun Bazar Karat ni dah lama wujud tapi tak pernah pergi pun. Masa di Bazar Karat ni Aiman dah merajuk nak ajak balik. Dia kata ngantuk la...terpaksa la pujuk dia. Mak Nok ajak beli mercun pop..pop...dan bunga api....terus tak jadi balik. Habis mercun pop..pop...dia main kat depan Pejabat Pos...Aisy pun bukan main seronok dapat bebas berjalan-jalan. Terpusing sana sini dia....pukul 10.00 malam baru balik rumah. Aiman balik rumah Acik, aku balik la dgn Aisy...

Khamis, 25 Julai 2013

Kek Lapis Masam Manis

Selalu buat kek biasa je. Kek Carot, Kek Gula Hangus dan Kek Coklat...sebab kek ini semua simple je nak buat.. lepas tu mesti jadi punya. Jadinya My. Hubby cakap buatlah Kek Lapis pulak. Kan sedap..Mmmm....selalu Kek Lapis saya beli je. Tak pernah pulak nak cuba membuatnya sendiri. Disebabkan cabaran daripada My Hubby, maka semalam menggoggle la resepi Kek Lapis Masam Manis  tu. 


Ni la resepinya :

Terima kasih kepada pemilik resepi yg sudi kongsi ilmu untuk buat kek ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik  anda.


KEK LAPIS ASAM MANIS KUKUS
Oleh: Dapurku Sayang
(DJ menggunakan loyang 8 x 4.5 x 4.5)

bahan-bahan :
2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning (warna lain pun ok)

Cara-cara :
1.     Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.

2.  Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.

3.   Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.

4.  Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata. (Utk adunan ni saya buat 3 warna iaitu kuning, pink, hijau dan bg adunan sama rata).

5.   Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit). Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).

6.   Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.


Disebabkan beria-ia nak membuat Kek Lapis ni, maka rehat semalam pergi la cari bahan di Angsana. Petang balik jer kerja, terus mula la mengadun bahan dan mengukusnya. Sampai waktu berbuka dah masuk tp kek masih belum siap lagi...hehehe...apapun bila dah siap, rasa boleh tahan la juga. Cuma saya buat tak nampak pulak lapis-lapisnya. Yang nampak beza warna hijau, merah dan kuning...tu je..Lepas ni boleh la buat lagi sebab senang je...rasanya pun boleh la tahan..

Disebabkan terlalu khusyuk membuat kek ni, sampai tak masak lauk pun semalam. Makan nasi dgn lauk sahur jer...



Selasa, 23 Julai 2013

Apam Balik

Semalam petang sebelum balik kerja terpikir dalam kepala ni apa nak masak. Farah, PA bos kata dia nak buat Apam Balik dengan Air Jagung untuk hidangan berbuka puasa. Apam Balik...sedap juga tu...mmmm...cumanya Air Jagung tu rasanya takleh nak minum lagi sebab tekak ni tengah gatal la pulak. Batuk dan selesema masih belum sembuh. Lagipun kalau buka selalu suka minum air Teh O panas je...simple...

Sebelum balik kerja maka sempat la aku menggoogle resepi Apam Balik....

Ni la resepinya.


APAM BALIK


Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C
coklat chips
jagung cream

Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung. 
7. Lipat dan hidangkan.


Lebih kurang mcm ni le bentuknya...guna kuali ajaib

Sampai je rumah, singgah kedai kat bawah dulu. Beli kacang tanah kisar,  jagung manis dan gula...nak buat apam balik le katakan.  Sampai jer rumah, terus adun bahan-bahan dan tinggalkan sekejap sbb nak ambik Aiman  & Aisy. Lepas tu barulah masak apam balik guna kuali ajaib Vantage saya tu. 

Bila dah siap rasa boleh la tahan cumanya disebabkan nak cepat siap, saya buat tebal...jadinya kurang la sikit bentuknya. Yer la nak kejarkan waktu berbuka  yang dah nak masuk tu.

FIZA'S COOKING: KASWI KACANG HIJAU

FIZA'S COOKING: KASWI KACANG HIJAU: Assalamualaikum, Resepi ini bagi saya sangat sedap kerana rasa kacang hijaunya yang lemak-lemak amat sesuai bila di gandingkan dengan k...

Selasa, 16 Julai 2013

Kek Gula Hangus

Semalam Mak Ony  hantar Mee Putih untuk berbuka puasa. Aku buka ala kadar jer. Hanya dengan Mee Putih Mak Ony, Puding Roti dan Bubur Lambuk RTM Johor. Hari ini kena lah fikir apa nak masak untuk pulangkan semula pinggan Mak Ony tu. Tak kan nak hantar kosong pulak, tak elok rasanya. Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa. Kalau tahun-tahun sebelum ini, aku akan beli makanan kat bazar untuk pulangkan pinggan Mak Ony, tapi tahun ini aku nekad tak nak ke bazar Ramadan. Nak masak sendiri supaya lebih berkat puasa ni. Mudah-mudahan..

Lagipun tahun ini dapat balik setengah jam awal. Ok lah..tu sempat la nak sediakan makanan untuk berbuka puasa. Tak yah buat yang susah-susah, buat yang simple je. Janji sedap dan berkhasiat. Beli kat bazar pun kadang kuih tu tak de rupa macam kuih, tapi orang jual je...asal boleh jer kan... mmm...

Harini, aku cadang nak buat Kek Gula Hangus. Jadinya resepi kena la google dulu. Ok dah jumpa pun resepi kek gula hangus. http://resepicheff.blogspot.com/2013/05/resepi-kek-gula-hangus.html. Bahan-bahannya pun mudah dan dah ada kat rumah. Jadi tak perlulah cari kat kedai. Semua dah siap sedia di dapur rumahku.


Ni la rupa Kek Gula Hangus


Kek Gula Hangus

Bahan- bahan

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telor
2 camca besar mentega

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).


Ahad, 14 Julai 2013

Perut buncit tanda awal penyakit

Perut buncit tanda awal penyakit


Buncitnya perut..takutnya la hai..melambak...



SOALAN: 

Ketika bersembang dengan rakan-rakan, ramai yang mengutarakan masalah yang sama iaitu perut semakin buncit selepas berkahwin. Saya ingin bertanya, adakah perut buncit merupakan masalah kesihatan? Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini.

-Zubir, Kelantan.

Saudara Zubir,
Terima kasih atas soalan yang saya kira sangat penting untuk diketahui ramai, sama ada kaum lelaki mahupun kaum wanita. Mungkin disebabkan cara kehidupan kita yang tidak aktif ditambah dengan pemakanan yang tidak sihat, maka berlakulah masalah perut buncit ini.
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung. Lemak yang terkumpul di perut boleh diumpamakan lemak (viseral) di dalam organ-organ dalam badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti diabetes mellitus, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya. Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit.
Mungkin cara sedutan lemak atau 'liposuction' boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat. Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan, Insya-Allah.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

DONAT

Hari Sabtu, dah 4 hari berpuasa..dalam kepala ni memang bercadang nak buat Kuih Donat. Dari hari Jumaat dah terbayang-bayang kuih donat coklat yang gebu dan lembut. Apalagi, menggoggle la jawabnya resepi donut. Nak cari resepi yang paling simple dan mudah untuk dibuat. Tak nak la yang pakai gram/ timbang kati....salah timbang kan tak jadi le pulak.  Aku nak cari resepi yang sukat pakai cawan jer.  Mudah kan...tapi hasilnya nak gebu dan lembut....

Maka, rehat hari Jumaat aku pun pergi la ke Giant, Tampoi untuk mencari acuan donat. Ni macam nak buat berniaga pulak. Selalu buat tak pernah pakai acuan pun. Asal boleh jer tapi kali ni nak buat yang cantik sikit le. Pastu aku cari la coklat masakan untuk letak atas donatku nanti. Ok, bahan  untuk buat donat dah cari, terus la beli belanja lain. Telur sepapan, ayam A1 madu dan nugget ayam tempura bercheese.  

Setelah menggoggle, dapatlah resepinya dari sini.. http://sinaranmenu.blogspot.com/2012/03/donut-lembut.html 

Terima kasih la kepada tuan punya tanah sebab sudi kongsi resepi dengan tuan hamba di sini. Yang pasti selepas mencuba dan buat donat guna resepi ni, hasilnya memang memuaskan hati semua pihak. Bukan setakat penghuni di rumah sendiri yang memuji keenakan donut ini, malahan turut dipuji oleh jiran tetangga yang sempat merasa donat lembut dan gebu ku ini. Selepas ini tak perlulah hamba berkunjung ke Dunkin Donut,  Plaza Angsana atau ke Big Apple TESCO, Bukit Indah semata-mata untuk menikmati donut yang gebu dan lembut. Donut lembut dan gebu tu dah ada di dapur hamba sendiri. Sangat berpuas hati dengan hasil dan rasanya. Walaupun rupanya tak berapa nak cantik (percubaan kali pertama) tapi rasanya sungguh mengasyikkan...Abg Jenny (jiran sebelah) sampai tanya dengan Aiman, ada lagi tak donut? huhuhu...boleh tahan gak hasil tangan ku ini. Buka puasa hari ni, aku mengadap donut jer la, sampai 4 bijik aku makan...mak aiii....teruk betul la perangai aku ni, melantak sakan. Tapi disebabkan keenakan donut ini, nasi terus aku tak pandang. 


Lebih kurang macam ni le rupa donut aku..Aiman yang tolong taburkan coklat rice.

Pagi, bangun sahur pun aku makan donut lagi. Walaupun dah semalaman tapi rasanya masih sedap dan enak, lembut lagi...huhuhu...melantak donat jer la aku ni. 

 Resepi Asal :My resepi 

Bahan-bahannya

  • 3 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur 
  • Cara-cara

    1. Cairkan mentega dan ketepikan.
    2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
    3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
    4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
    5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
    6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
    7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...

Isnin, 8 Julai 2013

After 5 pm...: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...

After 5 pm...: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...: Hye.... wah semangat bukak blog hari ni....huhu...sajer nak tayang projek buat kuih bakar a.k.a bingka pandan santan yg kugodek pas balik k...

Ahad, 7 Julai 2013

After 5 pm...: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...

After 5 pm...: buat kuih bakar a.k.a bingka dengan pemanggang aja...: Hye.... wah semangat bukak blog hari ni....huhu...sajer nak tayang projek buat kuih bakar a.k.a bingka pandan santan yg kugodek pas balik k...

Khamis, 4 Julai 2013

Hari Terbuka Tabika Perpaduan

Hari ini 5 Julai 2013, Jumaat adalah hari terbuka Tabika Perpaduan Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Sebab hari ini hari terbuka, jadi aku bawak la Aiman pergi ke pejabat dulu untuk punch card. Lepas tu baru pergi ke sekolah. Rupa-rupanya Sek. Men. Bandar Baru Uda pun buat hari terbuka pada hari ini. Yer la....kan sekarang dah setengah tahun. Makanya cikgu-cikgu sekolah kena la bagitahu perkembangan anak murid masing-masing pada  ibu bapa.

Sambung pasal Aiman pulak. Disebabkan dah bawak dia pergi ke pejabat, makanya lambatlah sikit dia ke sekolah...dah pukul 8.30 pagi.  Rupa-rupanya sekolah sesi petang cikgu satukan sekali dengan sesi pagi untuk  hari terbuka ni. Penuhlah kelas  tu dengan ibu bapa dan murid-murid. Tapinya yang lebih ramai ialah golongan ibu. Bapanya yang aku nampak ada la 3 orang aje...yer la mungkin para bapa semua sibuk mencari rezeki untuk  keluarga, sebab tu para ibu yang datang ke sekolah  untuk ambik kad laporan anak.

Disebabkan aku datang lambat, maka lambatlah giliran aku. Tunggu jer la sampai giliran aku, tapi ada juga ibu yang bekerja ni minta kebenaran untuk jumpa cikgu dulu...mmm...tak per la...aku tak kesah. Tapi Cikgu Intan nak juga bagi aku awal tapi aku kata tak per, kesian pada yang dah menunggu lama. Jadinya aku bagi laluan dulu pada yang lain.

Masa tengah menunggu tu, ada la Pegawai MBSB yang buat promosi insurans untuk kanak-kanak. Ada juga  ibu murid yang ambik. Tapi aku buat tak kesah jer, sebab dulu dah pernah ambik insuran tapi kesudahannya hampa. Jadinya aku tak layan sangat. Lepas tu Pegawai MBSB tu suruh aku tulis nama dan nombor telefon pada kertas, tapi aku tak nak. Aku tolak juga sebabnya nanti macam-macam la bank suruh kita ambik. Suruh ambik insurans la, kad kredit la, pinjaman peribadi la dan macam-macam lagi la yang boleh menambah beban dan  hutang. Nak buat apa  tambah masalah...sebab tu aku tak layan.

Sekarang tiba masa untuk aku jumpa Cikgu Intan. Alhamdulillah, nasib baik rekod Aiman ni memberangsangkan juga. Cikgu Intan pun bagitahu aku yang Aiman ni tekun belajar. Kalau masa belajar dia belajar jer. Bila tiba waktu main dia akan main. Aiman ni kenal dengan huruf dan mudah faham. Dulu dia pendiam sedikit tapi sejak berkawan dengan Syukri dia jadi lasak..mmm...Cikgu Intan kata Aiman ni terang hatinya. Cumanya dari seri pertuturan jer yang susah difahami. Yer la...kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi....ikut aku la tu bab pelatnya. Tapi Cikgu Intan kata Aiman takde masalah dalam pelajaran. Dia boleh buat kerja dengan baik. Cikgu Norli (pembantu tadika) pun bagitau macam tu juga. Aiman tekun belajar....Alhamdulillah...seronok ibu dengar. Ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu Aiman dan Aisy menjadi orang yang cemerlang hidupnya di dunia dan akhirat.

Semoga Aiman & Aisy jadi anak yang berjaya & cemerlang dalam hidup



Gemok

Dengar jer perkataan GEMOK mesti ramai orang perempuan takut kan. Yer la, bila badan dah gemuk, banyak baju yang dah tak muat. Aku ni pun dah nak masuk kategori obes juga la. Dulu-dulu berat badan cuma 50-an aje. Bila ada anak satu berat dah naik ke 60-an. Sekarang ni, bila anak tambah lagi sorang berat dah nak cecah ke 70-an....mak aiii....mana la aku tak risau. Dan yang paling ketara bila semakin banyak baju yang dah jadi sempit walaupun dah macam-macam kaedah aku buat. Tapi hasilnya masih tak memberangsangkan. Bila baju dah sempit, jadinya aku bungkus baju-baju tu bawak balik ke kampung halaman, sedekah pada anak-anak buah yang nak pakai la. Kadang-kadang tu aku bagi kakak yang kat kampung tu sebabnya badan dia mmg slim dari dulu, kini dan selama-lamanya la...dia pun bujang lagi kan. 

Disebabkan tak nak GEMOK, aku sanggup beli produk menguruskan badan yang boleh buat orang kurus dalam sekelip mata sahaja. Wauuuuu...........mana la aku tak teruja bila tengok adik ipar jadi kurus dan slim bila amalkan produk itu. Siap jadi stokis lagi. Tapi bila keluar berita di surat khabar yang produk tu tak bagus untuk kesihatan dan boleh menyebabkan masalah jantung, terus aku stopkan. Takut la sebab anak kecik-kecik lagi. Kalau dah sakit sapa pulak nak jagakan anak-anak aku ni. 

Selepas itu, aku cuba kaedah ke-2 pulak. Aku tak makan nasi. Aku makan banyak sayur-sayuran aje. Walaupun setiap hari aku masak tapi aku masak untuk anak-anak dan hubby. Aku sanggup tengok jer diaorang makan. Tapi itu pun tak lama. Sekejap je aku amalkan sebabnya bila masak tak habis, makanan tu aku buang je. Kan membazir pulak. 

Bulan lepas, masa pergi chek up Aisy di Klinik Kesihatan, Aisy tak nak naik atas alat penimbang. Dia takut dan nangis. Jadinya, nurse suruh aku naik timbang sambil dukung Aisy. Lepas tu letak pulak Aisy dan aku timbang pulak. Bila dukung Aisy beratnya ialah 77 kg. Bila aku naik timbang sendiri beratnya ialah 68kg. Manalah aku tak takut tengok berat aku yang melampau-lampau ni. 

Apa lagi aku nak buat untuk turunkan berat badan ni. Dah beli tali skipping, tapi buat sekali je, lepas tu tak buat pun...mmmm....lepas ni kena la puasa banyak-banyak untuk buang lemak tepu yang lekat kat badan ni. Kalau tak berat ni makin naik dan naik la jawabnya. Takutnya la....dan  yang paling tak suka bila berat dah naik, badan pun gemuk, baju pun tak muat, nak jalan pun dah tak larat. Bila jalan dah tak larat makanya duduk je la kat rumah dan jadi orang yang malas...tak nak la jadi macam tu.....

Rabu, 3 Julai 2013

Wang, Duit, Money

Wang itu bukan segala-galanya tapi kalau takde wang pun tak boleh juga. Semua benda nak kena beli dan memerlukan wang. Rasanya zaman sekarang ni, semuanya nak kena bayar. Nak terkencing pun kena 20 sen. 

Dulu-dulu masa kecik-kecik selalu ikut mak pergi toreh getah. Bila getah dah dijual dapatlah hasilnya RM2.00. Yer la, kebun getah pun orang punya, jadinya mak jual getah yang beku kat mangkuk dan getah skrap je. Getah yang dah jadi keping-keping tu, tuan tanah la yang jual. Jadinya ikut suka hati tuan tanah la nak bagi berapa kat mak. Sebab tu  tak pernah tengok mak pegang duit banyak. Bila dapat duit jual getah skrap, mak belikan lah ikan masin timah (kitaorg panggil ikan layur). Itu je la lauk yang mampu mak beli untuk bagi anak-anaknya makan. Sayur mmg  tak pernah beli. Ambik jer belakang rumah...kalau tak pucuk paku, sayur pucuk ubi yang banyak tumbuh di tepi jalan. Tak pun ambik batang rebung yang tumbuh tepi jalan. Masak lemak cili api...pedas tapi sedap. Mmmm....

Beras mmg tak yah beli sebab bapak ada sawah, jadinya beras  tu tanam sendiri jer la kat sawah Sarang Buaya. Pokok padi tu kitaorg adik beradik la yang tanam. Sampai rentung muka sebab tanam padi. Bila dah dituai, padinya bapak simpan dalam kepuk yang ada kat anjung rumah. Bila beras kat tong dapur dah nak habis, ambik la tin minyak dan isi dengan beras. Lepas tu jemur padi sampai keras. Masa menjemur padi ni  terpaksa la jaga padi tu sebab nanti ayam patuk padi yang dijemur. Bukan pasal takut habis padi tu, tapi nanti  batu, tanah , kayu semua  masuk dalam padi yang dijemur. Bapak kata kalau tak jemur sampai keras nanti padinya hancur bila dimesin. Masa ni dah moden sikit sebab dah ada kilang padi dekat Pekan Parit Yusuf. Sebelum ada kilang padi ni, kitaorg terpaksa tumbuk padi guna lesung kayu untuk jadikan beras. 


Lesung kayu macam ni lah yang digunakan untuk tumbuk  padi.

Ehh...dah menyeleweng pulak cerita ni, daripada cerita wang jadi cerita mencari wang pulak. Apa tadi nak cakap...yer la bila gaji jer, mulalah nak jelaskan bil itu dan ini, belanja itu dan ini. Tak sampai seminggu, gaji pun dah abis buat jelaskan segala-galanya. Yer la...wang itu kan Allah swt pinjamkan sekejap je pada kita, lepas tu wang itu akan sampai ke tangan cikgu untuk yuran anak, tangan tuan kedai runcit, sampai ke bank untuk jelaskan kereta dan rumah dan tangan segala tangan la... Yang jadi hak kita  ialah bila yang masuk dalam perut...mudah-mudahan berkat. 

Kalau duit dah bersepah-sepah macam ni, mungkin duit tu dah takde nilai bagi kita.

Selasa, 2 Julai 2013

Aisy dah Merangkak

Aisy yg semakin lasak...buat ibu geram dan sayang dgn Aisy


Esok 20 Februari 2013..Aisy dah berusia 11 bulan. Bulan depan genaplah umur dia setahun. Kejapnya masa berlalu. Rasanya macam baru semalam Aisy lahir dari rahim ibu...skrg dah setahun. Bila dah hampir setahun ni, makin ligatlah anak ibu ni. Dah pandai merangkak, berdiri pun dah lepas tangan..duduk pun dah ok..dah tegak jer. Geram ibu tengok anak ibu ni...hari2 ibu akan cium anak ibu puas2..comel sangat anak ibu ni.

Isnin, 1 Julai 2013

Resepi Kek Carrot, Puding Roti dan Kek Coklat...

Bila dah beli oven, mula la aku teringin nak buat kek yg sebelum ni tak dapat nak buat. Mula-mula aku buat Kek Carrot, lepas tu buat Puding Roti, hari minggu lepas buat Karemel Custard semalam teragak nak buat kek coklat. Semua resepi aku google kat internet jer. Ambik resepi yang mudah2 jer ..yg penting hasilnya boleh tahan juga.  Semalam masa pergi belanja, nak beli la coklat, rupanya duit tak berapa nak cukup. Makanya terbantutlah cita-cita nak buat kek coklat tu. Tak pe....ada hari lain lagi untuk membuatnya. Resepinya macam ni la..simple jer kan.


KEK CARROT


Bahan-bahan ( 1 biji kek )
2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.


PUDING ROTI
BAHAN A
  • 2 Cawan susu segar *guna fresh milk dutchlady lagi best*
  • 8 keping roti putih *sebaiknya pilih jenama baik punya. supaya hasil dia nanti pun baik punya*
  • kismis
BAHAN B
  • 4 sudu makan gula halus
  • 2 sudu makan mentega
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan tepung jagung atau tepung gandum
BAHAN C
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan gula biasa
Cara2 nak buat pulak. Haaa jaga2 cara2 nak buat ni penuh dengan gambar. Senanglah untuk korang rujuk kan?
PERINGATAN : Sebelum korang mula buat resepi ni, panaskan dahulu ketuhar api atas bawah, suhu 180C. Supaya nanti korang tak payah nak tunggu lama2 lagi nak panaskan ketuhar ni. Ok? Dah panaskan? Bagus. Sekarang time adun mengadun!
1.       Koyakkan roti dan rendam dalam fresh milk selama 30 minit. Ketepikan.
2.       Letakkan semua bahan B tadi iaitu telur, mentega, gula halus, esen vanila dan tepung jagung ke dalam bekas pengadun macam gambar kat atas. Campak je semua sekali, takyah nak ikut urutan bagai.
3.       Lepas tu, korang tuang roti yang direndam. Dah tu, gaul rata2.
4.       Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan. Lepas tu, terus masukkan dalam ketuhar. Tak perlu tunggu lama2 lagi, sebab ketuhar dah dipanaskan awal2 kan?  Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
5.       Topping  untuk  tuang kat atas pudding.  Masukkan susu cair, tepung kastard dan gula ke dalam periuk atau pan yang tak melekat tu pun boleh. Gaul rata2 sampai satu masa tu, korang rasa berat je nak kacau. Itu maksudnya topping dah boleh di tuang.
6.       Tuangkan topping ke atas puding roti tadi. Lepas tu, biarkan sejuk.

KEK COKLAT

Bahan-bahan ( loyang 9" )
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak(sy gune butter cair)
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

**utk ganache**
2 cwn whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup

##utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara
tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
last skali masukkan air panas..kacau sebati
bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree.
boleh juga kukus slame lebih kurang 1 jam

**utk ganache**
dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup
ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sejuk

##utk whipped cream.
pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit




Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu