Selasa, 8 Disember 2015

Catatan akhir tahun ini.

Dah lama tak menulis dalam Blog ini yang ala-ala diari hatiku ini. Dah lebih sebulan tak menjengah ke blog ini dan harini diberi kesempatan untuk menulis dan menyelak blog ini. 

Macam-macam cerita dan macam-macam peristiwa yang berlaku dalam bulan ini. Tapi tak sempat nak share sebab sibuk dengan kerja. Selepas En. Hubby naik pangkat dan berpindah ke Putrajaya, aku uruskan anak sorang-sorang. Memang lah dah biasa uruskan kerja rumah sendiri, tapi bila takde ketua keluarga dalam rumah, rasa sunyi sepi juga. Dah takde kawan nak berbual dan bergaduh setiap malam. Sekarang gaduh dengan anak-anak jer la. Yer lah, dah rezeki suami di Putrajaya, kena lah ikut arahan. Begitulah adat selagi bekerja..."Saya Yang Menurut Perintah". Jadi ikut jer lah arahan ketua kita.

Bulan lepas majlis perkahwinan adik bongsu dan anak sedara di kampung. Adik dapat orang dari Negeri Cik Siti Wan Kembang dan anak sedara pulak kawin dapat orang kampung jer. Alhamdulillah, kedua-dua majlis dah selamat dan dah jadi pasangan suami isteri pun.

Taklimat Bajet 2016 di Persada Johor

Awal bulan ini, bos arahkan Mesyuarat di Hospital Permai, JB. Lepas tu ada Taklimat Bajet 2016 di Persada, Johor Bahru. Duduk dengar info dan maklumat yang disampaikan oleh SUK tentang Bajet 2016. Datang dengan kawan-kawan pejabat. 



Pada bulan ini juga, Johor kehilangan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang mangkat pada 5 Disember 2015 di HSA, JB kerana kanser hati. Sebagai rakyat Johor memang sedih kerana kehilangan Tunku Jalil yang berjiwa rakyat. Bila selak facebook dan banyak orang share gambar-gambar Allahyarham, menitis juga air mata ini. Sedihnya la haiii.... Ingatan ini tiba-tiba terkenang kepada Arwah Muhammad Syafiq bin Sanif, anak sedara yang meninggal dua tahun lalu disebabkan kanser tulang. Sebenarnya itulah perjanjian Allah SWT kepada semua insan di bumi ini. Yang hidup pasti akan mati cuma bila dan dimana kita tidak tahu. Hari kedua kemangkatan Tunku Jalil, aku dan rakan-rakan sempat menziarahi makam Allahyarham di Makam Mahmoodiah. Bau wangi semerbak jer bila melangkah masuk ke Makam Mahmoodiah. Yang pasti kita juga akan pergi ke sana satu hari nanti.
Melawat Makam DI Raja pada hari kedua 



Sebenarnya hari ini nak share berita gembira. In Sya Allah jika diizinkan Allah SWT pada tahun hadapan Aisy akan dapat adik. Alhamdulillah, aku pun tak sangka yang aku akan mengandung lagi. Ingatkan dah takde rezeki lagi. Bila tengok orang lain tambah anak dan ada baby lagi, memang rasa semacam jer jiwa ni. Yer la, Aisy pun dah besar, dah nak masuk 4 tahun. Aku pulak umur dah masuk 3 series, jadi peluang nak hamil semula memang semakin berkurangan. Tapi rezeki Allah nak beri. Syukur sangat-sangat. In Sya Allah, kalau betol tarikh yang aku kira ini, 22 Julai 2016 adalah tarikhnya. Mudah-mudahan diberi keselamatan dan kesihatan untuk bersalin semula. Anak lelaki atau perempuan aku tak kesah, yang penting sihat walafiat dan selamat. Kalau kira-kira, minggu ini dah 9 minggu ada baby dalam perut ini, tapi tak buat checkup klinik lagi. Aduhaiii la, apa lah malas sangat nak bukak buku merah, padahal klinik kat sebelah pejabat jer pun. Bukan apa, bila ke klinik  asyik nak kena test urin jer, tu yang malas tu. Nantilah kalau dah masuk 3 bulan baru ada semangat nak ke Klinik. Semoga diberi kekuatan untuk tempuh hari-hari mendatang dengan anggota keluarga yang baru...aminnnnnnn.....

Sabtu, 14 November 2015

MengePAU di Malam Hari


Sebab takde daun pisang untuk lapikkan kuih pau ini, jadinya pau yang dah siap letak kan atas loyang jer. Bila dah naik terus kukus.


Malam-malam hari tetiba tekak nak makan kuih pau. Inti kelapa ada dalam peti ais, mak mertua yang buatkan. Tepung dan mauripan pun dah ada kat dapur. Apa lagi mengadun pau la jawabnya malam-malam hari sambil tengok bola sepak antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Tajikistan. Nasib baik JDT berjaya menjuarai perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan. Dapat cuti peristiwa sebab JDT menang bola....yaaahooooooo...


Buat dalam 3 cawan, hasilnya memang memuaskan. Makan sampai kenyang 

Resepi kuih pau ini saya gunakan resepi donut yang selalu buat tu. Cumanya donat kena goreng, pau ini kena kukus, hasilnya memang gebu gebas dan memuaskan. 


Dan siap bagi rumah Mak Ony lagi. 


Sabtu, 3 Oktober 2015

Roti John



Roti john ni untuk sarapan pagi. Biasalah, sarapan kan biasa nak yang senang dimasak dan sedap dimakan, jadi buatlah roti john. Sebab takde daging cincang dalam peti ais, maka gunakan daging ayam cincang je.


Telur 3 biji, bawang cincang, sedikit garam dan daging ayam cincang untuk isi roti john kali ini. Dah bakar dan masak, letak mayonis dan sos. Kali ni lupa nak beli daun salad dan timun. maka tak bersayurlah roti john kali ni, yang ada cuma bawang. Ok lah tu. sedap juga bila dimakan.

Sup Tulang


Sup tulang, hidangan semasa cuti hujung minggu. Simple jer, makan dengan makaroni dan sambal kicap.



Tapi Aiman dan Aisy makan kentang dan kuah sup jer. Dia org makan dengan nasi.


En. Hubby memang tak berapa nak gemar makan sup ni. Jadi dia makan sikit jer la. Dah ibu juga jadi tukang perabiskan makanan. Tulang lembu ni Cik Haris yang beri sebab dia buat korban. Ada rezeki lebih, dia hantar ke rumah. Tu yang buat sup tulang. Daging dan tulang fresh, jadi sedap la bila dimasak. Lagi sedap bila dimakan.


Kek Coklat Kukus

Kek Kukus Di Hujung Minggu

Sempena hujung minggu, biasa la, asyik ke dapur nak godak makanan jer la. Bila cuti je lapar, bila lapar jer time cuti. Tu la kan, mana badan tak naik dan naik ....semakin kembang setaman la jawabnya. Sebenarnya baru dua hari lepas buat kek kukus coklat ni...bila makan, ehhh..sedap la pulak. Saya pulak mmg gemarkan coklat, jadi kek coklat ni mmg favourite la jawabnya.



Dua hari lepas buat kek ni, dah habis licin diperabiskan dua org hero ibu ...Aiman dan Aisy. Kalau suka mmg licin la diaorang makan. Badan Aisy tu, dah debap, dah montel sbb banyak sangat makan. Bila malam, En. hubby tanya kan kek yang dibuatnya. Saya cakap dah habis, ehhh..kejapnya habis...ingatkan sorokkan kek tu. Haiii...tak kan lah saya nak sorokkan makanan yang saya buat, dah kena makan, habislah ia. 

Sebenarnya kek ni saya buat sebab nak habiskan baki tepung naik sendiri yang ada kat rumah ni. Sayang pulak kalau biarkan lama-lama, nanti masuk dek kutu. Sebelum kena makan kutu, lebih baik kita gunakan dia. Jimat cermat kan amalan mulia.


Resepinya pun mudah dan simple je :

Bahan-bahannya :

Bahan A
  • Satu buku buttercup
  • 1 cawan gula pasir
  • setengah cawan susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk koko

Bahan B 
  • Tepung naik sendiri 1 1/2 cawan

Bahan C
  • Telur gred A 3 biji
  • sedikit perasa vanilla

Cara-cara membuatnya
  • Panaskan kukusan sampai mendidih sebelum adun bahan-bahan lain.
  • Panaskan bahan A dalam periuk dgn api sederhana sampai larut dan sebati semuanya. Jangan panaskan lama-lama, nanti hangus. Sejukkan
  • Lepas tu, pukul telur yg 3 biji tu sampai kembang, masukkan esen vanila.
  • Dah kembang, masukkan bahan A yang dah sejuk. Kacau sampai sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri dan kacau sampai rata.
  • Masukkan loyang. Bolehlah kukus selama 1 jam. Boleh tengok bila dah satu jam kukus. Cucuk dengan garfu atau lidi, tengok sama ada kek dah masak atau lom. Jangan buka tutup pengukus kalau belum sampai 1 jam, nanti kek bantat. 



Rabu, 30 September 2015

Sempena AidilAdha 2015/ 1436H

Mak Mertua sibuk melapah lembu korban

Tahun ni Raya Haji jatuh pada Khamis, 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436H. Negeri Johor cuti 3 hari ler sempena  raya haji dan cuti hujung minggu sekali  Tahun ni  Raya Haji tak balik kampung sebab En. Hubby kata tak nak balik, nak raya di bandaraya sahaja. Maka, dok jer la sambut  Raya Haji di rumah sendiri dan di rumah makcik. Lagipun, baru dua hari sebelum tu kitaorang balik ke kampung sebab hantar Cik Ijan kawin di Kelantan.

Kepala Lembu dan Kulit Lembu dari Segamat

Disebabkan tak balik kampung, tunggu jer la sampai zohor untuk dapat daging korban yang disedekahkan oleh pihak tertentu. Malam raya, Aiman & Aisy dah tido rumah Tok Cik mereka, makanya, aku & En. Hubby jadi pengantin baru ler kat rumah...hehehe. Malam raya tinggal berdua jer sebab anak-anak takde.

Aiman & Aisy jejalan tengok lampu2 dan air pancut

Aiman dan Aisy bukan main seronok lagi bila duduk dengan Tok Cik sebab ada anak dara sorang tu. Tu yang Aisy tak nak balik rumah. Tok Cik pulak rajin melayan karenah budak berdua ni. Lagi seronok la dia, siap pegi meronda bandaraya malam-malam raya. Yer la, bandaraya Johor Bahru kan cantik bila malam dengan lampu yang bergemerlapan dan air pancut berirama lagi....memang la seronok budak berdua ni. 

Dah ngantuk sebenarnya budak berdua ni.

Tengok tu, padahal dah mengantuk dah budak berdua ni, tapi sebab g jejalan, mmg sanggup tahan mata. Tapi bila masuk je dalam kereta Tok Cik kata Aiman & Aisy dah tertido. Terpaksalah Pak Cu angkat budak berdua ni yang boleh tahan juga beratnya. Sian Pak Cu Aizad...

Kepala lembu, sedap buat suppp

Kepala lembu ni sebenarnya kat kampung. Abg bawak balik ke kampung. Kakak hantar gambar je kat aku yang tak balik kampung ni. Dulu masa ada arwah bapak, dia memang suka dengan kelapa lembu. Setiap kali hari raya, bapak akan beli kepala lembu untuk buat sup. Otak lembu masak lemak cili api. Sup tu satu kawah dibuatnya, jadi kitaorang makan ramai-ramai. Yang otak lembu masak lemak cili api tu, bapak tak kasi makan. Bapak kata nanti bodoh macam lembu. Makanya, kitaorang pun takut nak makan otak lembu.

Rewang melapah kepala lembu

Bukan main hebat lagi menantu mak melapah kepala lembu. 



Ahad, 23 Ogos 2015

Pertama Kali MeROTI

Aisy tolong basuhkan pinggan mangkuk

Roti baru nak naik

Baki tepung diadun jadi donat

Roti sememeh je...sebab lupa nak sapu telur atas roti & tabur gula

Aisy makan dengan penuh selera

Donat yang dah siap goreng 

Selasa, 18 Ogos 2015

ReZeKi DaPaT NaiK PaNgKat

Alhamdulillah...pada 6 Ogos 2015, aku dapat watikah kenaikan pangkat. Watikah disampaikan oleh Dato' KP di KKMM. Walaupun bukan sebagai pegawai tapi syukur sebab Allah SWT beri peluang dan rezeki kepadaku untuk naik pangkat ke tangga seterusnya. Dan yang lebih ku Syukuri ialah aku masih ditempatkan di Cawangan yang sama dan di pejabat yang sama sedangkan orang lain perlu berpindah ke negeri dan daerah yang berbeza. Aku sangat bersyukur padaMU Ya Allah... Sesungguhnya rezeki yang ada ini adalah rezeki buat ibu dan keluarga di kampung halaman, anak-anak dan suami yang sentiasa bersamaku dalam susah atau senangku. 







Sabtu, 15 Ogos 2015

Hari Peperiksaan SKKU

Sebenarnya Periksa Setengah Tahun SKKU Abg Aiman dah lama dah...tapi baru harini sempat nak masukkan gambar dalam blog ni...nak simpan sebagai kenangan bila Abg Aiman dah besar besok.












GeNg Opisss Yg BoLeH LaYaN

Dengan CC yang Rajin BUat KeJe

Geng Purple...

Walaupun Lain Cawangan Tapi Kami Semua Sehati Sejiwa

GeNg KeJe Luar 

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu