Semalam dah 21 hari umat Islam berpuasa, tinggal 8 hari jer Ramadan dan akan muncul Syawal tidak lama lagi. Sebab dah tinggal seminggu, malas nak pergi beli kuih-muih lagi. Berbuka secara sederhana sahaja. Sepanjang bulan Ramadan kali ni, baru sekali aku pergi Bazar Ramadan BBU. Tu pun sebab nak beli ayam golek yang diidamkan oleh En. Hubby. Kuih selalu buat kat dapur sendiri je. Kalau penyakit malas datang, maka beli je kuih di gerai Kak Izah kat hujung taman ni. Macam-macam ada....dari nasi dgn lauk pauk, pelbagai jenis mee, puding dan kuih-muih, semua la ada. Jadinya tak yah pergi ke bazar yang sesak dan menyesakkan dengan jualan yang tak berapa nak memikat hati ku ini.
Semalam tengah hari mata ni memang ngantuk sangat, sampai terlentok atas meja PC ni. Teruk betul la. Tapi kalau dah ngantuk sangat bukan boleh ditahan-tahan mata ni. Kalau nak terlentuk, maka letak jer la kepala atas meja ni...gerentii dapat mimpi yang indah-indah walaupun hanya seminit dua.....buruk betul perangai aku ni la. Satu hari tu sebab dah ngantuk sangat aku pun terlentuk atas meja ni sampai telefon atas meja berbunyi pun aku tak dengar...mak aiii...hebat betul tido ni. Disebabkan telefon dah lama berbunyi, maka En. Sam yang tolong angkatkan. Tu pun aku masih tak sedar juga. Rasa macam tido di atas tilam empuk, di bilik yang serba indah pulak....iskh..iskhh..
Disebabkan rasa mengantuk yang mengila-gila ni, maka Puan Wana ajak la aku keluar bersiar-siar di shopping complex...huhuhu...nak hilangkan ngantuk punya pasal, boleh pulak pergi bershopping sakan. Bukan setakat penyakit ngantuk yang hilang malah duit raya pun boleh hilang juga dibuatnya. Yer la sekarang ni kan semua shopping complex tengah buat Sale sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Maka untuk menjimatkan sikit duit, aku ajak Pn. Wana pergi ke Giant, Tampoi untuk membuat tinjauan apa yang ada di sana.
Sebenarnya, aku mmg takde niat nak berbelanja, tapi bila dah masuk shopping complex, dari niat takde apa-apa terus jadi apa-apa la. Mula-mula tengok baju di Peace Collection sbb Pn. Wana nak beli baju kurung. Harga baju semua mestila RM100 dan keatas..yer la baju semua dah macam artis....berkerlip-kerlipan dengan manik, labuci dan butang sana-sini. Semua guna kain crepe rasanya...ala kain yang nipis jer tu..tapi aku tak minat pun.. sekadar mencuci mata jer la.
Lepas tu, masuk ke Giant, tengok baju kurung juga, tapi sebelum tu aku sempat juga singgah di mesin penimbang badan..nak tengok berat badan ni dah susut ke tidak. Dah puasa dah nak sebulan, nak juga tengok hasilnya. Bila naik je ke mesin tu dan aku masukkan duit 20 sen...terus mesin beri bacaannya. Hasilnya masih sama je...tak susut walau sekilo pun...huhuhu...apa la aku makan ni sampai berat badan tak nak luak. Lemak kat badan ni makin degil la.
Buat tak tahu jer la, malas nak layan berat badan yang tak nak susut ni. Terus ambik bakul untuk bershooping sakan. Banyak dah kuih raya dijual kat Giant, tapi semua tu aku tak minat. Last sekali aku beli roti, mayonis, salad, tomato...balik nak buat sandwich telur la. Pn. Wana sibuk memilih Pizza segera...tapi akhirnya dia beli Roti Prata je...Aku beli juga lada merah, lada hijau, cili api...sebab semua bahan tu dah abis kat rumah.
Balik kerja semalam, singgah sekejap rumah Acik sebab nak ambik duit raya yang ditukar. Acik sempat goreng cekodok pisang untuk berbuka puasa dan beri segorengan untuk aku. Sampai rumah Aiman dan Aisy la tukang perabiskan cekodok tu. Aiman mmg berhantu dgn cekodok pisang ni. Sampai Aisy mintak pun Aiman tak nak beri.
Lepas mandi aku mulalah membuat sandwich telur untuk berbuka puasa. Bahan-bahannya ialah :
![]() |
Macam ni la rupa sandwich telur tu..tapi aku buat tak potong pun. |
- 2 biji telur
- Dua sudu besar mayonis - untuk sandwich
- Sedikit lada hitam
- Salad
- 2 biji tomato
- Buttercup
- Roti Putih Gardenia
Cara membuatnya :
- Rebus telur hingga masak, kopek dan hancurkan telur dengan menggunakan garfu. Lebih mudah hancurkan telur masa panas sebab bila dah sejuk, telur lagi keras dan susah nak hancurkan.
- Masukkan mayonis dan sedikit lada hitam yang telah ditumbuk. Kacau sebati.
- Sapukan roti putih dengan sedikit buttercup dan kemudian letakkan telur atas roti.
- Letakkan salad dan tomato yang telah dipotong-potong.
- Letak sekeping lagi roti yang telah disapu dengan buttercup.
- Potong dua roti sandwich tu...kalau tak nak potong pun boleh juga.
Semalam Aiman tolong buat sandwich tu, tapi dia tak nak pun makan sandwich. Dia mmg rajin tolong ibunya buat kuih kat dapur, semua dia nak kacaunya. Aisy pulak tolong kemaskan dapur. Semua magkuk, periuk dan tupperware jadi mainan dia. Biar jer la, janji dia gembira.
Malam, aku tak makan nasi pun sebab masih mengenangkan berat badan yang tak nak susut ni...hehehe...makan sandwich je la. Lagipun dalam satu sandwich dah ada karborhidrat, protein, vitamin dan segala-gala zat la. Alhamdulillah...kenyang masa berbuka semalam dgn sandwich telur.