Jumaat, 22 November 2013, jam 6.00 pagi Mohamad Syafiq bin Sanif telah pergi meninggalkan alam fana ini buat selama-lamanya setelah bertarung nyawa dengan penyakit Kanser Tulang yang dihidapinya. Terlalu sekejap masa berlalu, akhirnya Syafiq pergi jua.
Hari Jumaat tu memang hari cuti umum buat seluruh negeri Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Johor. Pukul 6.15 pagi, telefon berdering-dering dan bila aku angkat Haris, adik aku memaklumkan kepadaku yang Syafiq telah meninggal dunia. Kemudian, Amy dan Hafizan pun bgtau perkara yang sama. Selepas solat subuh aku terus berkemas untuk ke Jementah Segamat. Haris tumpang aku sekali sebab keretanya ada masalah. Sebelum ke Segamat, kami sempat bersarapan bersama di Restoran Remaja, BBU.
Dalam kereta, aku bagitau Haris yang aku baru termimpikan Syafiq. Dalam mimpi tu, aku lihat Syafiq boleh berjalan walaupun kakinya masih bengkak. Kemudia kitaorang beramai-ramai solat, tapi aku pun tak tahu solat apa. Rupa-rupanya hari Jumaat yang mulia ini, Syafiq telah kembali bertemu Allah SWT.
Sampai di Jementah, Syafiq baru siap dikapankan. Wajahnya bersih dan putih sangat. Syafiq pun bukan ada dosa apa-apa, dia seorang anak yang baik. Selalu tolong neneknya bila balik ke kampung. Pada mulanya aku cuba tahan air mata ni daripada jatuh, tapi aku tak mampu. Bila aku lihat muka Kak Ayu..air mata ni jatuh berguguran juga.
Aku hantar Syafiq sampai ke kubur sehingga habis proses pengebumian. Abg Anip & Kak Ayu menagis semahu-mahunya. Yer la, mana ada ayah dan ibu yang tak sayang dengan anaknya. Adik Rosmah yang baru sampai dari Perak tak sempat melihat wajah Syafiq buat kali terakhir sebab masa dia sampai Syafiq dah dikebumikan. Adik terlalu terasa kehilangan Syafiq sebab dia terlalu rapat dengan Syafiq dan Ashraff. Bila cuti sekolah, mesti adik akan singgah ke Jementah dan jemput Syafiq dan Ashraff untuk pulang ke kampung. Sepanjang cuti sekolah, kat kampung lah 2 beradik tu. Adik lah yang suka bawak dia pergi jalan-jalan. Sebab tu kehilangannya begitu dirasainya.
Beberapa minggu sebelum arwah pergi, arwah minta mamanya belikan kereta baru...4WD supaya senang ke sana ke mari. Yer la kereta MyVi mana nak muat untuk bawa kereta rodanya dan barang lain ke kampung. Mama dan papanya penuhi juga permintaan arwah. Kemudian, arwah suruh pasang air cond dalam bilik. Pagi sebelum arwah pergi, dia kejutkan mamanya. "Mama lepas ni Syafiq dah tak panggil mama lagi". "Kenapa Syafiq cakap macam tu. Syafiq jangan tinggalkan mama" " Mama, Syafiq sakit perut, panggilkan Tok Ton" Kak Ayu pun menyapukan minyak angin di perut Syafiq. Papanya bancuhkan air suam di dapur. Lepas tu Syafiq nazak. Papanya ajar dia sebut Allah...Syafiq ikut juga tapi kali ke-4, Syafiq dah tak dapat sebut lagi dan dia telah pergi buat selama-lamanya. Semoga Syafiq tenang di sana dan dimasukkan ke syurga.
Bila balik ke JB, Aiman akan berdoa buat Syafiq. Semoga Syafiq dimasukkan ke syurga. Kemudian Aiman menangis, dia kata dia rindu dengan Abg Syafiq. Aku ajar Aiman supaya banyakkan berdoa buat Abg Syafiq, semoga dia tenang di sana. Al-Fatihah buat Mohamad Syafiq bin Sanif.