Sempena Maal Hijrah ni, kita berdoa semua yang baik-baik. Minta pada Allah SWT semua yang baik-baik semoga perjalanan hidup kita yang tinggal ini semua baik-baik sahaja. Tapi kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya. Bulan ni, aku diuji lagi apabila anak-anak tiada pengasuh. Selalu bila Mak Ony tak boleh jaga, aku minta tolong pada Mak Uda dan Mak Nok...tapi kali ni mereka semua pergi bercuti...melancong ke utara tanah air selama seminggu. Seminggu tu dah macam bertahun aku rasakan apabila anak-anak tiada pengasuh dan terpaksa juga pergi ke pejabat untuk melaksanakan tugas. Kalau nak bercuti hari-hari, mesti orang akan bising...asyik bercuti jer. Tak kan masalah anak tak boleh settel.
![]() |
Ibu sayang sangat pada kamu, permata hati ibu. |
Selasa 21 Oktober, aku ada kursus di MPC....anak pulak takde sapa yang jaga. Bos pulak suruh pergi taklimat GST di Batu Pahat. Aku terpaksa cakap pada bos yg anak aku takde sapa yang jaga. Bukan aku tak nak pergi, tapi dah ada masalah, macam ner nak kerja dengan bawa anak-anak. Akhirnya aku pergi juga Kursus di MPC, BBU dengan membawa Aiman dan Aisy. Biasalah bila bawa budak tengah nak membesar ni, dah tu lasak, memang tak berkursus la jawabnya. Aku duduk pun di kerusi paling belakang supaya senang nak keluar masuk. Aiman dan Aisy pulak tak nak duduk diam. Aiman boleh dengar kata lagi, tapi Aisy apa yang dia tahu. Dia nak main dan main jer lah. Aku terpaksa melayan Aisy je la sepanjang berkursus di MPC. Bukan dengar ceramah tapi melayan karenah anak-anak aku. Aisy menjerit nak minta ultraman la, nak main tangga la, nak jajan la.
Selepas habis berkursus, singgah di pejabat sebab nak solat Zuhur. Aisy dah meragam dan tak terkawal lagi. Dia menangis dan menangis sebab letih. Sepanjang hari ni belum berehat dan tak tidur lagi. Biasanya kalau dia kat rumah Mak Ony, pagi dia akan tidur sekejap, bangun tidur makan dan main-main. Petang dia akan tidur sekali lagi barulah mandi dan main-main. Tapi kali ni, memang sedih sebab terpaksa bawa anak-anak ke pejabat. Dah puas aku pujuk tapi tak jalan. Aiman pun pujuk tapi dia tah mahu. Sebenarnya dia dah letih dan nak berehat dan tidur. Macam tu lah rutin harian dia bila berada di rumah Mak Ony. Bila Aiman pujuk dan dia tak mahu juga, habis dia meronta-ronta sampai terjatuh di halaman pejabat ni. Luka lah tangan dia terkena tar jalan.
![]() |
Bekal untuk anak-anak |
Lepas tu aku pujuk dia, aku cakap "ibu nak solat sekejap, lepas tu kita balik yer sayang" barulah dia diam sambil minum susu. Habis jer solat zuhur, aku bawa Aisy ke Klinik Kesihatan sebab dia kena checkup berat badannya 3 bulan sekali sebab berat tak naik-naik. Menunggu la juga di Klinik Kesihatan. Sepatutnya Aisy kena checkup pada hari Rabu tapi disebabkan Rabu cuti umum sempena Hari Deepavali, aku bawa dia awal. Lagipun dah dia ada dengan aku, terus jer la ke Klinik. Lepas habis checkup Aisy di Klinik Kesihatan, Aiman mengadu yang dia lapar. Aisy dah tertidur masa masuk jer dalam kereta. Memang dia letih sangat harini. Aku ajak Aiman makan di Medan Selera, BBU. Aiman nak makan roti canai tapi kedai pulak baru bukak, jadinya yang ada hanya nasi campur, nasi ayam dan mee. Maka aku ajak Aiman makan nasi ayam jer...Aisy pulak lena dalam pelukanku. Hujan turun dengan lebatnya masa tengah makan. Habis jer makan, aku terus bayar harga makanan tapi aku tak terus balik sebab nak tunggu hujan teduh. Yerlah dah Aisy tertidur dalam pelukanku, nak pandu kereta lagi, nak dukung Aisy bila sampai ke rumah lagi...tak kan aku nak redah hujan yang lebat tu. Tak sampai hati rasanya biarkan anak berhujan. Jangan kata anak, kita pun boleh demam bila kena hujan.
Sampai jer rumah, Aisy masih tak terjaga. Aku dukung dia naik ke rumah aku yang nun di atas kayangan. Tingkat 4 tu dengan dukung Aisy dan bawa beg lagi. Memang letih la tangan dan kaki ni. Sampai jer rumah terus masukkan Aisy dalam buaian. Aku terus kemas rumah sekejap dan basuh baju. Masak nasi dengan lauk sardin jer. Tu jer lah yang aku mampu sediakan untuk makan malam hari ni sebab dah letih sangat. Aiman mandi dah terus tertidur. Dia pun letih juga sebab seharian ikut aku berkursus. Sambil duduk berehat sekejap di atas sofa, menitis air mata aku ni sebab badan memang terasa letih sangat. Kaki lenguh mengejarkan anak. Walaupun letih tapi aku masih laksanakan tugas di rumah.Dah tanggung jawab kita, nak tak nak kita kena laksanakan juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan