Hari ini dah masuk 13 Syawal, dah naik kerja sejak Khamis yang lepas. Mood raya pun dah tak ada bila dah naik kerja ni. Aiman pun dah naik sekolah sejak semalam lagi. Raya tahun ni rasa macam tak beraya. Duduk je la kat rumah sebab En. Hubby kena demam sejak hari terakhir berpuasa. Masa hari terakhir puasa. 29 Ramadan yang lalu, lepas bersahur kat rumah, aku pun turunkan barang-barang untuk bawa balik ke kampung. Pukul 6.30 pagi dah kejutkan Aiman dan Aisy untuk bersiap-siap balik ke kampung. Balik awal pagi ni bagusnya mata tak mengantuk. Kali ni aku balik dengan anak-anak serta Mak Nok dan Uda. En. Hubby balik kampung dengan motor kesayangan dia tu. Pukul 7.00 pagi aku gerak ke rumah Uda untuk ambik Mak Nok dan Uda. Sebelum pukul 8.00 pagi dah gerak balik ke kampung. Sampai kampung pukul 10.00 pagi. Sepanjang perjalanan balik ke kampung, Aiman asyik tanya jer bila nak sampai rumah Nenek Yo. Dah tak sabar sangat Aiman untuk berjumpa dengan sepupu dia kat kampung. Biasalah nak ajak main dan bergasak.
Kat kampung terus tolong mak mertua masak ketupat dan lauk pauk. Ketupat Uda yang isi, aku tolong rebuskan je. Lepas tu masak rendang ayam, kuah kacang dan serunding. Pukul 5.00 petang En. Hubby baru sampai rumah kampung sebab dia tak larat. Aku dan anak-anak dah bersiap-siap untuk balik ke Semerah untuk berbuka puasa bersama mak. Biasalah...kalau hari raya pertama aku sambut kat rumah Mak Mertua, maka aku buka puasa untuk hari terakhir kat rumah Mak. Begitulah sebaliknya. En. Hubby tak ikut sebab dia tak larat. Lepas isyak aku terus gerak balik ke rumah Mak Mertua semula, kalau dah malam sangat risau pulak dengan keselamatan aku dan anak-anak. Yer la memandu kereta kat kampung ni kena berhati-hati sebab takde lampu jalan. Jadi jalan tu gelap gelita. Sampai rumah Mak Mertua semua orang dah keluar pergi ke rumah Mak Long. Yang tinggal Farah dan baby dia jer sebab masih dalam pantang lagi. En. Hubby call aku. Dia kata dia ada kat Semerah. La..pulak....aku dah sampai rumah Mak Mertua dia kat rumah Mak Semerah pulak....Tak lama lepas tu dia pun balik semula ke sini.
Aku bagitahu Hubby yang baju raya tak muat sebab Kak Long buat kecik sangat. Kak Long guna ukuran baju Azah. Mana nak muat. Azah tu anak dara yang baru Ting. 3 nak samakan saiz badan dengan aku yang dah ada anak 2. Yang sepasang tu muat tapi dah macam sarung nangka. Yang sepasang lagi terus tak muat langsung. Jadinya memang kena cari baju lain la. Malam dah dekat pukul 11.00 malam aku dan hubby keluar ke Pekan Parit Jawa untuk beli baju raya. Disebabkan kecemasan maka aku beli je baju siap yang ada dijual kat Pt. Jawa. Cantik-cantik dan murah baju kat Pt. Jawa. Baju yang sama aku tengok harganya kat Larkin, JB dah RM130 tapi kat Pt. Jawa aku dapat dengan harga RM80. Apalagi aku belilah baju ready made...test la baju kurung yang saiz L dan M. Tapi yang L besar sangat la pulak, jadinya aku ambik yang saiz M. Disebabkan baju kurung tu cantik dan memang memenuhi selera aku, apalagi aku pun mencuba banyak jenis la. Aku ambik dua pasang baju kurung yang bercorak bunga. Yang sibuk melayan karenah aku ni pulak amoi Cina. Dia kata kedai ni kakak dia punya. Kakak dia dah masuk Islam dan kahwin dengan tauke kedai ni. Wahhh...bagusnya la, walaupun adik masih non-muslim tapi masih baik dan tolong kakak dia berniaga. Kakak dia siap ambikkan baju lain untuk aku test. Mana ntah dia ambik stok. Dia bagi aku baju sulam-sulam. Dan akhirnya aku beli 3 pasang baju raya dengan harga RM240. Aku tengok kedai tu pun bajunya murah-murah, corak pun cantik-cantik. Yer la semuanya memenuhi selera aku. Masa masuk kedai ni aku pakai selipar, rupanya kena bukak selipar. Bila nampak amoi Cina tu tak pakai selipar aku pun minta maaf dan terus bukak selipar.
Pagi Khamis, adalah hari raya Aidilfitri. Hubby masih demam lagi. Nak pakai baju raya pun takde mood. Aku pakaikan Aiman dan Aisy dengan baju melayu sedangkan aku pakai T-shirt dan kain batik jer. Tengah hari anak Mak Long datang beraya ke rumah sebab Mak Long ada kat rumah Mak Mertua aku. Petang lepas asar aku pergi lah beraya di Semerah. Tapi aku tak ikut diaorang beraya keliling kampung sebab hubby tak sihat. Makanya raya rumah mak jer la. Sampai rumah mak aku nampak banyak buah durian. Apalagi aku makan la durian dengan En. Hubby. Sebelum maghrib aku dah gerak balik ke Pt. Jawa semula.
 |
Raya rumah Lek Basir |
Raya ke-2 malam barulah beraya rumah Mak Long dengan anak-anak dia. Malam raya ke-3 baru aku balik ke Semerah. Sampai je rumah mak, penuh halaman rumah mak dengan kereta anak beranak Wak Ju dan Keluarga Mertua Amy. Raya ke-4 barulah aku beraya ke rumah Lek Basir, rumah Mak Mertua Amy dan kakak kat BP. Lepas tu pergi ke rumah Nora kat Pt. Ponorogo. Tu pun En. Hubby tak ikut sebab dia hantar kereta ke bengkel untuk ketuk. Body kereta kemek sebab tergesel kereta lain masa duduk kat rumah Uda dulu. Nak cat kena tinggalkan kereta seminggu, jadinya ketuk jer la, tak cat pun.
 |
Rumah Nora kat Pt. Ponorogo |
Sampai raya ke7 aku kat Semerah. Sebelum balik ke JB aku sempat ambik buah rambutan kat belakang rumah mak. Masa kecik-kecik dulu nak makan buah-buahan pun susah sebab pokok pun takde. Tapi bila semua dah besar ni banyak pulak pokok buah-buahan yang berbuah. Bukan setakat rambutan, durian dan mangga pun banyak. Sampai tak termakan la pulak. Dulu-dulu kalau nak makan durian dan rambutan kena pergi ke rumah Nora sebab belakang rumahnya memang penuh dengan pokok durian dan rambutan, tapi sekarang semua dah ada kat rumah mak.
 |
Makan durian jer la kerjanya |