Bulan lepas, Mak Ony jaga Aisy dan Aiman hanya 8 hari jer. Selebihnya Uda terpaksa jaga Aiman dan Aisy. Sebelum tu Mak Ony selalu asyik buat check up di Klinik Pakar, HSA, JB sebab ada masalah dengan period dia. Mak Ony cakap dia dah menopous setahun yang lalu tapi sejak akhir-akhir ini dia kena period yang banyak dan tak berhenti-henti. Tengah malam pun dia pergi ke Bahagian Kecemasan, HSA, JB untuk buat pemeriksaan dan doktor suruh pergi buat check up di Klinik Pakar. Bermula saat dan ketika itu jugalah, Aiman dan Aisy takde sapa yang jaga. Bulan lepas Uda, Mak Nok dan Acik sekeluarga pergi melancong ke utara tanah air. Mereka makan angin ke Perlis Indera Kayangan, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi selama seminggu. Mak Ony pulak asyik keluar masuk hospital jer, makanya anak-anak terpaksa aku bawa ke pejabat. Nak buat macam ner, tak kan aku nak ambik cuti rehat jer. Cuti rehat selalu aku ambik memang untuk anak-anak bila mereka tak sihat. Tapi kalau mereka sihat aku masih boleh hadir kerja dan melaksanakan tugas seharian dengan membawa Aiman dan Aisy ke pejabat. Bagi mereka kertas dan pen, pandailah mereka menconteng kertas tu. Cuma kesian pulak sebab mereka tak dapat rehat dan baring macam di rumah. Kat pejabat apa yang ada, meja komputer, kerusi dan aircond. Nak suruh dia berbaring atas lantai, tak sampai hati la pulak sebab keadaan bilik ni yang sejuk.
 |
Aiman & Aisy tertidur di surau |
Apa masalah Mak Ony sebenarnya sampai doktor asyik tahan dia kat wad?? Selepas pergi ke Klinik Pakar Puan, HSA doktor ada buat checkup pada bahagian rahimnya. Selepas buat pemeriksaan dengan menggunakan camera, doktor maklumkan yang rahim Mak Ony elok dan tiada masalah. Semua dalam keadaan baik. Lega rasanya bila dengar Mak Ony cakap macam tu. Yer lah, dah aku bekerja dan dia pulak yang jaga anak-anak aku sebab tu lega rasanya bila dia kata dia takde apa-apa masalah. Tetapi seminggu lepas tu HSA telefon semula dia dan suruh masuk ke wad untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut mengenai rahimnya. Nak buat scan perut dan tengok apa yang ada dalam perut. Lama juga dia masuk hospital, hampir seminggu sebab menunggukan mesin tu kosong. Keputusannya, doktor maklumkan yang ada ketumbuhan dalam rahim Mak Ony. Doktor maklumkan yang kemungkinan ketumbuhan itu adalah kanser. Aku yang dengar ni pun dah rasa ngeri dan macam petir jer bila dapat tahu yang Mak Ony ada kanser rahim. Di hospital lagi Mak Ony maklumkan pada aku melalui telefon. Doktor kata nak buang rahim Mak Ony dengan kadar segera supaya kanser tersebut tak merebak ke luar organ lain. Bila dengar kanser jer, aku teringat pada Arwah Syafiq, anak sedaraku yang juga telah meninggal pada 22 November 2013 disebabkan penyakit kanser. Arwah Syafiq meninggal dalam usia yang sangat muda iaitu pada usia 15 tahun disebabkan kanser tulang. Bos cawangan aku ni pun kehilangan isteri sebab kanser payu dara. Padaku kanser ini memang pembunuh cuma kita tak tahu berapa lama seseorang boleh bertahan bila kena kanser. Arwah Syafiq sakit 2 bulan jer sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Hari ini. 3 Oktober 2014, Mak Ony perlu masuk ke wad lagi sebab doktor dah tetapkan tarikh untuk membuat operation pada 5 Oktober 2014 (Rabu). Doktor perlu buat pembedahan segera bagi mengelakkan kanser tersebut merebak ke organ lain. Aku cuma mampu doakan semoga Mak Ony cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Tentang anak-anak aku tu, aku dah tak kisah kalau Mak Ony dah tak boleh jaga sebab Aiman pun dah besar, tahun depan dah masuk darjah satu. Aisy pulak dah nak masuk umur 3 tahun, dah senang nak urus dan jaga dia. Sekarang Uda dan Mak Nok yang tolong jaga. Aku cuma usahakan juga untuk Aiman dan Aisy masuk taska pada awal tahun depan sebab Aiman pun dah sekolah. Pagi kena masuk sekolah kebangsaan dan petang kena pergi sekolah agama. Jadi kalau masuk taska berbaloi juga sebab Aiman hanya transit sekejap di taska sebelum ke sekolah agama.
 |
Komputer bertukar jadi citer ultraman..Ultraman Dyna pun ada kat sebelah PC |
Hari Sabtu, masa nak pergi ke rumah Uda, aku sempat bersembang dengan Mak Ony. Aku cakap dengan dia yang Aiman dan Aisy tak nak duduk di rumah orang lain tetapi kalau Taska dia kata nak. Jadi kalau Mak Ony tak boleh jaga pun tak pe sebab aku nak hantar Aiman ke Taska tahun depan. Tapi Mak Ony cakap semoga dia cepat sembuh dan boleh jaga anak-anak aku lagi lepas ni. Yer la, sapa tak sayang dengan budak yang membesar depan matanya. Sejak lahir sampai besar Aiman dan Aisy duduk di rumah dia, tetiba nak hantar tempat lain. Mesti lah dia sayang. Anak-anak aku pulak tu sayang sangat dengan mak dan abah dia. Setiap hari, lepas balik rumah pun mereka akan pergi balik ke rumah Mak Ony. Abah pulak rajin melayan Aiman dan Aisy sebab tu budak-budak ni tak kesah. Harapan aku semoga Mak Ony cepat sembut dan selamat dalam proses pembedahannya. Dapat kembali sihat seperti sediakala.