Semalam, 20 Mei 2017 Tadika As-Sofea buat lawatan ke Zoo Johor & Malay Culture Village.
Seronok Aisy dapat naik bas dengan kawan-kawan & teacher Taska.
Banyak aktiviti yang dibuat di sana.
Teacher pun cantik dan manis jer orangnya.
Ada wayang kulit
Dalam bas
Dah penat dan letih berjalan di Zoo, rehat sekajap.
Di Malay Culture Village, Larkin, JB ... ibu pun tak pernah sampai ke sini.
Aisy dah letih tapi dia seronok dapat jalan-jalan. Sampai rumah Aisy kata dia pergi Zoo tengok singa takde rambut....hehee
Jalan-jalan dengan teacher dia elok jer, tapi bila jalan dengan ibu, tak cukup tanah ibu nak kejar dia.
Sabtu, 15 April 2017 jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang diadakan Sukaneka Tadika As-Sofea dan Ummiku Sayang di Dewan Sekolah Taman Tampoi Utama, JB.
Walaupun Aisy masuk 1 acara jer tapi seronok tengok dia bersukan. Comel jer budak2 ni masuk acara sukan. Aisy masuk acara jalan dengan trompah...dapat tempat ketiga. Bila nak balik tu teacher kata, hadiah nanti teacher bari kat taska, tapi Aisy tak sabar nak juga hadiah dia.
Sebelum bersukan ada acara perbarisan masuk semua kontinjen. Walaunpun masih anak-anak kecil lagi, tapi mereka bersemangat waja untuk bersukan. Ibu bapa pun ada acara sukaneka termasuk kanak-kanak transit yang duduk di Taska As-Sofea.
Sabtu, 15 April 2017 akan diadakan Sukan Tadika As-Sofea dan Ummiku Sayang. Sukaneka akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama, Johor Bahru.
Ni lah antara jalan yang ditunjukkan oleh Teacher Mar sebagai panduan kepada semua ibu bapa yang hendak ke sukaneka tersebut. Saya lah antara orang yang tak tahu sekolah tu kat mana. Teacher Mar kata kalau ibu bapa tak tahu jalan nak ke sekolah itu, boleh hantar anak ke taska dan anak akan naik dengan teacher Mar ke sukaneka. Tapi kesian pulak dengan Aisy kalau ibu tak teman dia ke sana. Dah lah ayah keje jauh, ibu pulak tak berapa pandai nak pergi jalan-jalan di JB ni.

Bangunan ni agak usang, Nampak macam villa Nabila pulak. Kisah seram yang berlaku dua tiga tahun lepas tentang remaja hilang tak balik-balik rumah selepas masuk ke villa Nabila. Polis, orang ramai, mak bapak, jiran tetangga semua sibuk mencari budak remaja ni. Bomoh pun dah dipanggil juga.. Sampai kecoh juga lah satu Johor ni terutamanya di Johor Bahru sampai jem jalan dibuatnya sebab semua orang berkumpul di villa Nabila nak cari remaja yang hilang. Rupanya budak tu bukan hilang, tapi duduk di rumah kawan dia....hehehe. Nak cerita pasal sukaneka tapi dah tercerita pasal misteri nusantara la pulak....adehhhh
Ni antara jalan nak ke Sekolah Kebangsaan Taman Tampoi Utama, JB. Walaupun saya ni dah duduk di Johor Bahru lebih 10 tahun tapi saya tak berapa perasan la pulak tempat ni. Tak berapa nak cam.
Tapi tempat ni saya tahu..ni kat Kip Mart Tampoi. Dulu selalu bayar hutang kereta kat sini sebab ada Hong Leong bank kat Kip Mart Tampoi ni.
Bannner program yang ada kat taska dan teacher Mar kongsi pada semua ibu bapa di whatsupp group Tadika Assofea.
Antara jalan yang teacher Mar tunjuk untuk ke sana Sabtu ni. Harap-harap ibu tak sesat lah ke sana yer. Aisy pun dapat bersukan dengan seronok dan dapat menyertai sukan hingga akhirnya.
Ibu mana yang tak sayangkan anak bila lihat anak membesar di depan mata. Dari sekecil tapak tangan, ibu dodoikan anak ibu ni. Nur Alisha Safiya, kini makin bijak, kuat dan sihat. Bila lihat wajah Alisha, hilang segala duka nestapa ibu, hilang segala masalah yang ada. Besarnya anugerah yang Allah SWT berikan pada ibu. Alisha pun anak yang baik, tak banyak meragam. Mungkin Alisha faham yang ibu sibuk, lepas balik kerja, masak untuk anak-anak dan terus ambik anak-anak di Taska. Lepas maghrib ajar anak-anak mengaji dan siapkan jadual untuk esok. Semoga Alisha jadi anak yang baik hingga dewasa.
Setiap hari ibu cium dan peluk anak ibu ni, tapi ibu rasa tak puas juga. Sayang yang teramat sayang ibu terhadap anak ibu. Ya Allah, berilah kesihatan, kekuatan dan keberkatan hidup pada anak-anak ibu. Bahagiakanlah anak-anak ibu di dunia dan akhirat.
Masa mula-mula masuk sekolah awal tahun haritu, ibulah orang paling risau bila Aisy tak nak ke sekolah. Keluar jer rumah, sampai traffic light jer dia menagis tak nak ke sekolah.
Aisy tak nak ke sekolah sebab nak duduk rumah tokde dia. Sampai sekolah, mulalah dia buat perangai, guling-guling depan taska, campak beg dan menangis semahu-mahunya.Ibu mana tak risau kalau anak asyik mengaruk jer setiap hari.
Tapi tu cerita awal tahun dulu, sekarang ni Aisy dah berubah. Dah semakin baik dan tak menangis lagi. Aisy makin seronok ke sekolah sebab dah dapat ramai kawan baru. Pandai menyanyi dan pandai bergaul, dah mula belajar menulis dan belajar macam-macam lagi.
Apa yang cikgu Siti pesan Aisy akan ingat. Kadang-kadang dah malam tu, dah nak tidur Aisy baru teringat dengan homework yang cikgu Siti bagi. Dia sanggup bangun balik siapkan kerja sekolahnya. Alhamdulillah...Aisy dah banyak berubah sekarang.
Harini genap umur Aisy 5 tahun. Ibu dah belikan beg goodies untuk bagi pada kawan-kawan sekolah Aisy, tapi sebab sekarang ni cuti sekolah, tak jadilah ibu bawa ke taska. Tunggu minggu depan, dah naik sekolah barulah sambut hari lahir Aisy sebab masa tu kawan-kawan dia semua ada. Selamat Hari Lahir anak ayah dan ibu, Muhammad Aisy Amirshah bin Muhammad Shah. Semoga Aisy sihat sejahtera, diberi keberkatan dalam hidup dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sentiasa sayang dengan Aisy.
Abg Aiman & Aisy...Permata Hati Ibu, Kawan ibu kala kesunyian, harta ibu, kawan gadoh ibu.
Ibu sayang Abg Aiman & Aisy.
Pejam celik pejam celik, dah lima tahun Aisy tahun ni. Dah masuk tadika dah. 1 Januari 2017 (Ahad) hari pertama Aisy mula bersekolah. Kalau dulu Abg Aiman tadika di Tadika Perpaduan, tapi Aisy masuk Tadika As Sofea. Senang sebab lepas habis kelas terus duduk jer kat taska sampai ibu datang ambik pukul 6.00 petang.
Hari pertama hantar dia ke tadika, dia tak nangis. OK jer. Tapi masuk hari ke dua sekolah, dia menangis sampai guling-guling depan tadika. Campak beg ke tepi & lari dari tadika. Dia tak nak pergi sekolah. Aisy kata dia rindu dengan tokde, nak tokde datang sekolah tengok dia. Rindu sangat dia dengan tokde. Dah lama sangat bermanja dengan tokde sampai pergi sekolah pun tak nak.
Hari ketiga sekolah, dia tak nangis sebab dah kena marah dengan ayahnya. Tapi dia asyik nak peluk & cium jer la. Tak beri ibu dia pergi kerja. Tengah hari bila nak bayar yuran tadika, Aisy suruh tepuk dia sampai tertidur. Kalau macam tu sampai petang ler ibu tak dapat buat kerja Aisy.
Hari ke-4 pergi sekolah, dia dah ok. Senang bangun pagi. Tak menangis lagi. Tapi bila sampai jer ke taska, dia tak kasi Abg Aiman pergi sekolah agama. Nak suruh Abg Aiman temankan dia main kat taska. Lepas tu dia suruh ibu peluk cium dia berkali-kali. Sampai nak tinggalkan dia pun ibu tak sampai hati. Aduhaiii la Aisy.....
Apa pun ibu ayah sayang dengan Abg Aiman, Aisy dan Alisha. Kalau ibu ayah tak kerja, macam ner nak teruskan hidup Aisy. Semoga Aisy & Abg Aiman rajin belajar dan jadi anak yang solleh. Cemerlang hidup di dunia dan akhirat. Aminnn
 |
| Kemas barang untuk angkat ke rumah sendiri. Tikar getah pun dah koyak rabak, mmg nak buang lepas ni. |
Dah lama nak pindah ke rumah sendiri, akhirnya semua termakbul juga. Alhamdulillah syukur sangat sebab sekarang dapat duduk rumah sendiri. Walaupun kecik jer rumah tapi senang sikir sebab rumah sendiri. Nak buat apa pun tak kesah ler.....dah rumah sendiri. Bayar guna duit yang kita cari sendiri.
 |
| Tinggal sikit barang yang nak diangkat. |
Barang-barang kecil, macam pinggang mangkuk, periuk belanga & baju-baju semua aku dah turunkan dulu. Mintak tolong adik angkatkan. Pinggan mangkuk memang kena angkat pakai tangan, tapi kain baju semua ikat pakai tali & turunkan sikit-sikit, macam dalam citer Do Re Me..lapompong watakumsi....hehehe
 |
| Tukang rumah tu angkat barang guna lori tong ni sebab dia keja kontraktor...ok lah juga, sebab pindah dekat jer. |
Disebabkan yang buat keje renovation rumah sendiri tu orang dari Seberang, jadi yang tukang angkatkan barang-barang pun upahkan dia juga. Dia panggil 2 orang pekerja & angkat barang-barang. Sebenarnya barang tak banyak mana, cuma almari dapur 2 buah, peti ais, mesin basuh, almari baju 3 buah, katil sebuah, tilam & peti tv. Tu jer yang nak diangkat ke rumah sendiri. Sofa, kabinet tv, rak-rak semua buang jer la.Malas nak memikirkannya. Almari solek & almari baju plastik untuk budak-budak pun tinggalkan jer kat rumah lama.
 |
| Barang dah sampai ke rumah sendiri |
Nasib baik la masa pindah & angkat barang ni cuaca panas. Bila sampai jer barang-barang ke atas rumah, hujan pun turun dengan lebatnya. Tapi alhamdulillah sebab semua dah masuk ke dalam rumah baru hujan turun. Lepas ni nak kemaskan pinggan mangkuk & baju-baju masuk dalam almari. Baru rumah nampak kemas, Kalau tak bersepak herak lah macam kapal karam. Sebelum naik sekolah rumah kena kemas dan semua settel. Baru selesa sikit nak duduk. Sekarang ni dah ok lah juga cuma barang banyak sangat sampai tak tahu nak simpan kat mana.
 |
| Penuh atas katil...tak per ada masa nanti kemas sikit-sikit |
Umur dah semakin meningkat, rasanya dah tak larat nak mendaki tangga rumah yang 4 tingkat ni. Dengan dukung baby lagi, bawa handbag, bawa beg taska Alisha, bawa beg sekolah Abg Aiman yang 4 buah tu, bawa baju sekolah Abg Aiman lagi, bawa sampah lagi. Penuh tangah ni bergentel-gentel dengan barang. Sebab tu bila hujung minggu jer siapkan semua baju sekolah Abg Aiman dan hantar dulu di kereta. Susun elok-elok dalam bonet. Malam hari baru turunkan beg sekolah Aiman dan beg taska Alisha. Jadinya pagi nak pergi kerja tu tak lah banyak sangat nak bawa barang. Dukung Alisha & bawa sampah jer.
 |
| Lantai dapur dan dinding dah siap |
Tapi sebab rumah tinggi sangat dengan bawa barang yang banyak, menangis pulak mak mertua bila memikirkan saya ni. Saya yang dah lalui hari-hari tak de masalah, tapi mak mertua pulak yang sedih bila mengenangkan saya ni. Jadinya dia suruh saya pindah ke rumah tingkat 1. Rumah tingkat 1 ni memang saya dah beli lama sejak Aiman baby lagi, tapi saya tak pernah duduk kat situ. Makcik yang duduk rumah tu. Saya pulak duduk rumah tingkat 4, rumah makcik ni. Yer lah, kesian pulak nak suruh makcik duduk rumah tingkat 4 dengan usia yang dah banyak dan sakit kaki. Jadinya biarlah saya mengalah.
 |
| Wak Aris lah yang banyak membantu, tq wak. |
Tapi bila baby Alisha lahir dan saya pun dah nak naik kerja, tetiba jer makcik cakap " kau duduklah kat rumah tingkat 1 tu, biar Mak Nok duduk dengan Uda". Kesian tengok ko bawa barang banyak dengan baby Alisha lagi bila nak pergi kerja. Sebab dia pun dah cakap begitu saya setuju jer lah. Kalau boleh sebelum naik kerja haritu makcik suruh saya pindah terus. Dia kata bawa jer peti ais dan dapur ke rumah tu sebab dapur yang ada dah rosak. Alang-alang nak duduk rumah sendiri, lebih baik saya renovate dulu. Pasang tile, buat singki dan betulkan bilik air. Selesa sikit. Kalau pakai tikar getah, penat nak tukar tikar getah jer lah setiap tahun sebab asyik koyak jer.
 |
| Bilik depan dah siap |
Makcik pun setuju nak kemaskan barang-barang yang ada kat rumah tingkat 1. Jadinya cuti hujung minggu jer saya kemaskan barang kat rumah tu. Buang apa yang patut untuk pasang tile. Suruh Wak Aris, tukang kebun pejabat ni carikan orang buat rumah. Sekarang pun dah nak siap buat rumah. Tak lama lagi boleh lah duduk rumah sendiri. Sebelum Abg Aiman masuk ke darjah 3 tahun depan, bolehlah duduk di rumah sendiri.
 |
| Lantai bilik belakang sikit lagi siap. |
Fenomena Hutang dan Keburukannya
Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;
Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net