Rabu, 12 Ogos 2009

Hati dan Perasaan



Mungkin Tuhan Sengaja Mahu

KitaBerjumpa Dengan Orang Yang Salah

Sebelum Menemui Insan Yang Betul

Supaya Apabila Kita

Akhirnya MenemuiInsan Yang Betul,

Kita Akan Tahu

Bagaimana Untuk Bersyukur

DenganNikmat Pemberian

Dan Hikmah Di SebalikPemberian Tersebut.


Apabila Salah Satu Pintu KebahagiaanTertu Tup,

Yang Lain Akan Terbuka

Tapi Lazimnya

Kita Akan Memandang PintuYang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama

Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu YangTelahpun Dibukakan Untuk Kita.


Kawan Yang Paling Baik Ialah

SeseorangYang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian

Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-Apa Pun

Dan Kemudian Berjalan Pulang

Dengan Perasaan Bahawa Itulah Perbualan Yang Paling Hebat YangPernah Dialami.


Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu

Apa Yang Telah Kita Punyai

SehinggalahKita Kehilangannya

Dan Juga Benar

Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita Rindukan

Sehinggalah 'Ia' Datang.


Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda

Bukanlah Satu Kepastian

Yang Mereka Akan Menyintai Anda Kembali!

Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.

Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar DiDalam Hati Mereka

Tapi Sekiranya IaTidak,

Pastikanlah Ia Terus Mekar DiDalam Hati Anda.

Ia Cuma Mengambil Masa Seminit Untuk Jatuh Hati PadaSeseorang,

Satu Jam Untuk Menyukai SeseoranG,

Satu Hari Untuk Menyintai SeseoraNg

Tetapi Ia Mengambil Masa Sepanjang Hidup Untuk Melupakan Seseorang.


JangaN Pandang Kepada KecantikanKerana Boleh Jadi Ianya Palsu.

JanganKejar Kemewahan Kerana Ianya AkanSusut.

Carilah Seseorang Yang Membuatkan AndaTersenyum

Kerana Ia Cuma MemerlukanSekuntUm Senyuman Untuk MencerahkanHari Yang Suram. Carilah YangMembuatkan Hati Anda Tersenyum.


AkanTiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan

Apabila Anda Teramatkan Rindukan SeseoranG

Sehingga Anda InginMenggapainyA Dari Mimpi Anda

Dan Memeluknya Dengan Sebenar.


Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,

PergilaH Ke Mana-Mana Yang Ingin AndaTujui

Dan Jadilah Apa Yang AndaInginkan

Kerana Anda Hanya Memiliki Satu Kehidupan

Dan Satu Peluang UntukMelakukan Semua Perkara Yang InginAnda Lakukan.


Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang Cukup Untuk Membuatkan Diri AndaMenarik, Percubaan Yang Cukup UntukMembuatkan Anda Kuat,

Kesedihan Yang Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah Seorang Insan

Dan Harapan Yang CukupUntuk Membuatkan Anda Bahagia.


Selalu Bayangkan Diri Anda Di Dalam Kasut Seseorang.

JIka Anda Rasa IanyaMenyakitkan Anda,

Fikirlah Ia MungkinMenyakitkAn Orang Lain Juga.


Kebahagiaan Seseorang Manusia TidakSemestinya Dalam Memiliki Segala YangTerbaik.

Mereka Hanya Membuat Yang Terbaik Dalam Hampir Apa Saja Yang Datang Di Dalam Perjalanan Hidup Mereka.


Kebahagiaan Terletak Kepada MerekaYang Menangis,

Mereka Yang Terluka,

Mereka Yang Telah Mencari

Dan MerekaYang Telah Mencuba.

Hanya Mereka Yang Boleh Menghargai Kepentingan Manusia

Yang Telah Menyentuh Hidup Mereka.


Cinta Bermula Dengan Senyuman,

MekarDengan Ciuman

Dan Berakhir DenganTangisan.


Masa Depan Yang Cerah Sentiasa Berteraskan Kehidupan YangLalu

Yang Telah Dilupakan.

Anda TidakBoleh Meneruskan Kehidupan Dengan Sempurna

Sehingga Anda MelupakanKegagalAn Dan Kekecewaan Masa Silam.


Semasa Anda Dilahirkan,

Anda Menangis Dan Orang Di Sekeliling AndaTersenyum.

Teruskanlah Hidup Anda Supaya Apabila Anda Mati Nanti,

Andalah Yang Akan Tersenyum

Dan OrangSekeliling Anda Pula Yang Akan Menangis

Tiada ulasan:

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu