Sabtu, 24 November 2012

perasaan ku harini

Hujung minggu bg ku sama je mcm hari keje biasa..seawal jam 6 pg aku dah bgun tido, solat subuh & terus kemas meja dan dapur (cuci cawan & pinggan yg digunakan dan tak dibasuh lg) dan kemas rumah sikit. Lepas tu terus bersiap2 utk g psar tani, sebelum budak2 & bapak budak bgun....tu lah rutin ujung minggu ku. Walaupun jam baru kul 6.30 pg tp aku dah turun ke pasar..sbelum tu cucuk duit kejap di petronas & terus ke pasar. Smlm aku masak nasi lemak & sambal sotong, harini aku nak masak nasi ayam pulak....begitulah tugas ku seorg ibu & isteri....nak bagi makan kpd anak2. Sampai je ke pasar, aku terus tuju ke kedai sayur..nak beli salad, timun, halia, serai & lada merah. Pas tu aku beli ikan sikit. Harini aku beli ikan kembung je sbb bajet tak berapa nak byk..yer la gaji bln dpan lama lg tp duit dah nak abis...bkn aku berkira tp aku ni pantang ada duit lebih..mesti nak beli mcm2. Jadi harini beli apa yg patut je. Lepas tu aku beli ayam sekor dan cari perencah sup Knorr. Sarapan tak yah beli lah sbb kat rmh dh ada roti canai segera & keledek manis.

Sampai jer rumah Aiman & ayh dia masih lena tido... Aisy lak dh celik matanya, terkebil2 dia atas katil, nasib baik tak jatuh...aku terus ambik Aisy....lepas tu aku tukar lampin & mandikan dia. Bagi dia susu & duduk kan dia dlm walker..yg penting dia tak nangis..leh la aku buat keje2 kat dapur pulak. Aku masukkan kain kotor dlm washing mechine & basuh baju..tau je la air kat rmh ni slow sgt2..jadi kena la tadah dulu air sblm basuh baju. Pas tu aku siang ikan & ayam..bersihkan semua. Harini aku nak masak nasi ayam jer..ayam aku dah rebus dgn halia & bwg putih atas dapur, beras dah basuh dlm periuk nasi. Aisy lak melalak je...aku masukkan la Aisy dlm buai biar dia tido...senang sikit nak wat keje nanti..tp dia tak nak tido pun..dlm buai asyik jerit2 jer..bila ayh nya dgar marah la dia sbb ayh nya nak tidoooo jer. "Aisy ayah rotan kan, baru tau"...sedih aku dengar..bkn nak tolong jagakan anak tp makin nak rotan budak tu..aku tak jadi nak tido kan Aisy, aku ajak dia tgok TV..yer la hati ibu mana yg tak sedih bila aku dah buat segala2 nya tp dia tau nak marah jer...kecik hati aku ni.

Aku biar kan dia tgok TV dgn Aiman..lepas mandikan Aiman aku buat kan dia sarapan (roti canai), pas tu aku sambung masak semula..sampai tgh hari jg la aku masak....aku biasalah dah masak tp aku takde selera nak makan, aku cuma hirup kuah sup ayam je. Ayah tgok TV dgn budak2 aku abiskan roti canai atas meja yg tinggal sekeping. " Hai ibu, tak ajak pun"  kata ayh...aku diam jer tak balas pe2, sbb aku cuma mkn roti canai pagi td...sayang pulak kalau buang, membazir nanti. Kul 1 tgh hari ayh nak mkan, aku pun siapkan nasi, lauk semua dah ada atas meja. "Ibu ambikkan sudu" Baru je aku ambik sudu, ayh dah tuang je kuah kicap tanpa guna sudu... Aku tanya ayh..sedap tak makan. Dia kata biasa2 jer. Kecik hati aku ni...mmg la aku tak pandai sgt masak tp aku dah berhempas pulas belanja, masak, siapkan semua..leh pulak dia ckp mcm tu. Aku jadi marah, kecik hati aku ni..aku bkn mintak dipuji tp cukup la ckp terima kasih kat aku ni..apa lagi yg aku harus korbankan utk sebuah kebahagiaan..atau aku yg terkorban. Aku jg punya perasaan..

Aku tak pernah minta apa2..semua aku usaha sendiri, mungkin sedari kecil aku hidup susah, sbb tu aku tak kesah kalau aku tak punya apa2..tp tolonglah wahai suamiku, kasihanilah aku, aku kagum dgn mak mertua ku..dia boleh hidup berdikari kesana sini sendiri. Mungkin aku jg akan jadi mcm tu jg.

Selalu aku berdoa, supaya Allah swt lembutkan hati dia dan anak2 aku, jadi org yg solleh..itu jer yg aku mampu.

2 ulasan:

Idah berkata...

sabar banyak2 misah, pengorbanan awak Allah tahu dan memberikan ganjaran setimpal dengan pengorbanan dan usaha awak untuk keluarga....

DESA PERMAI berkata...

saya berdoa jer semoga lembutkan hati dia..tu jer yang saya mampu. Kalau pikir byk2 boleh gila dibuatnya, kalau nak menangis, biarlah menangis di hadapan Allah swt. Kita boleh mengadu semuanya.

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu