Jumaat, 7 Disember 2012

Sapa mkn cili dia yg rasa pedas..

Tu la yg En. Shahrom ckp dgn aku smlm apabila AA nak ajak aku jumpa pengarah dgn ZZ &Fara. Aku tak de masalah apa pun, sbb tu aku tak kesah & tak takut per2 pun. Citernya mcm ni....
Dlm perjumpaan dgn semua staff di KSL Hotel, JB..ucapan pengarah berkenaan dgn cuti, mc, penggunaan laman sosial dan pasal keje. Sblm tu ada taklimat bertajuk Integriti dlm Kerja. Semua tu sebenarnya utk motivasi diri kita supaya jadi lebih baik drpd yg ada skrg. Aku pun setuju dgn pengarah & penceramah. Sbb apa, kita ni kalau takde org tegur, kita akan rasa semua perkara yg kita buat betul saja...walaupun pd hakikatnya salah. Penceramah bg tahu cara nak meningkatkan integriti..ni termasuklah mintak kebenaran bila nak keluar pejabat..walhal, nak g solat pun kena minta kebenaran drpd bos sbb "KEJE ITU IBADAH"....kita dah dibayar gaji dgn keje kita, jadi kena mintak kbenaran bila nak keluar.  

 Penceramah jg ada cakap ciri2 org munafik..antaranya, apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila dia diberi keperecayaan dia khianati. Betul la apa yg penceramah cakap kan tu sbb ramai antara kita tak jujur dlm segala hal semata2 utk jaga hati kawan. Ramai juga antara kita yg suka berdusta bila bercakap semata2 nak jaga status dan ramai juga antara kita yg  suka mengkhianati apabila diberi kepercayaan semata2 nak bgtau semua org yg kita adalah yg terbaik. Tp kita suka menuding jari kepada org lain utk menutup segala keburukan yg telah kita lakukan. Aku akui semua nya. Kalau tak byk, sedikit pun mmg kena batang idung sendiri tp itu semua aku jadikan motivasi diri kpd aku supaya keje dgn baik, tak curi tulang dan laksanakan keje dgn ikhlas.
Pengarah jg ada bgtau, kalau dah tak suka cara keje di pejabat, bolehlah mufarakah sendiri..maknanya letak jawatan. Ramai lg org berebut nak keje di pejabat ni kalau kita tak setuju dgn cara keje di jabatan. Ucapan pengarah ni sama dgn ucapan masa dia sampaikan waktu majlis penutupan kursus di melaka. Tp takde sapa pun nak complain ucapan bos tu sbb dah itu tanggungjwb bos utk ingatkan staff bawahannya. Kalau tak dia akan disoal di akhirat nanti.

Selama ni pun, kalau aku nak keluar pejabat aku akan bgtau dgn bos aku utk mintak kebenaran, kalau bkn En. Shahrom aku akan bgtau En. Sam. Kalau diaorg takde aku akan hantar sms. Selain itu, penceramah ada jg ckp bab cuti dan mc yg sering disalahgunakan oleh staff..aku akui semua tu. Mungkin ada antara kita suka beli MC dr klinik utk ponteng keje. Padahal kita sihat, kita tipu bos kata anak sakit, padahal anak sihat..penceramah kata tu semua doa kita..apa yg kita ckp akan jadi doa...napa kita mesti nak tipu utk elakkan tugas..kan dosa namanya tu. mmm... Penceramah bgtau, kalau nak solat sunat dhuha pun kita mesti minta kebenaran drpd bos, kalau bos bg kebenaran baru lah boleh keluar. Mungkin ada antara kita rajin beribadah tp tak laksanakan tugas, solat sampai berejam2 padahal solat dhuha 2 rakaat jer dan waktunya antara 8.30 pg -11.30pg...jadi 10 minit dah leh siap.  Kita semua lupa, nak kejar akhirat tp keje dunia kita tak ambil peduli, padahal malaikat akan catit segala amal kebajikan kita. Tu yg penceramah bgtau. Mmg aku setuju dan akui apa yg penceramah ckp.

Berbalik pd cerita awal aku td, AA nak ajak aku jumpa pengarah dgn ZZ dan Fara, AA   tak puas hati dgn aku. Sbb masa solat asar, ZZ tanya aku napa tak kesah dgn dia, aku ckp pd ZZ, AA dh bgtau semuanya, tp bila ZZ tanya pd AA, AA mcm salahkan aku pulak. Itu je sbbnya..sampai nak ajak aku jumpa pengarah...apalah diaorg ni, benda kecik pun nak dibesarkan. Aku tak kesah jumpa pengarah sbb aku tak salah pe2.. buat pe nak takut. ZZ pulak tak faham apa yg aku ckp..apa yg aku tak suka AA dah sampaikan pd dia pun..pasal aku diburukkan oleh org lain, pasl remove nama kat FB...ntah apa2 la diaorg ni. FB tu bkn keistimewaan bg aku, aku pun bkn 24 jam ngadap FB, byk lg keje lain yg aku nak layan drpd ngadap fb..kalau aku ni jenis suka berFB dah lama aku tukar phone aku yg tradisional kpd iphone...yg canggih dan ada segala2nya...tp takder pun...ZZ dah remove nama aku drpd list name dia..tu aku tak kesah la...aku pun bkn nak tahu sgt status org ni dan aku pun bkn gemar sgt tulis status aku kt fb  sampai nak bergaduh sakan.. Sbb apa, fb ni la tmpat org bergaduh, dh tulis mcm2 akhirnya terbongkar rahsia...ibaratnya mcm tu la. Bila aku call AA ajak g jumpa pengarah, dia tak angkat pulak...aku terus sms la dia, jadi tak nak jumpa pengarah. Tp dia kata tak jadi sbb dia takder masalah dgn aku pun...la..pulak, padahal td beria2 nak ajak aku jumpa pengarah. Aku dah bersemangat waja ni....

Sebenarnya kisah ni ibarat kata En. Shahrom la..."Sapa mkn cili dia yg rasa pedas"...sapa yg buat salah, dia yg terasa dgn ucapan pengarah. Aku selama ni keje mcm ni jer...yg penting tugas2 pejabat aku laksanakan dgn sebaik mungkin krn dr rezeki itulah aku bg mkn anak & keluarga, bg duit kat mak, bayar bil2 dan bayar upah pengasuh & mcm2 belanja. Jadi aku tak nak rezeki yg aku perolehi tak diberkati dan tak halal.. Tak halal tu bkn bermakna buat keje kotor tp kerana curi tulang masa bekerja..

Tiada ulasan:

Koleksi Resepi Internet

Mutiara

Mutiara

Untuk Suami

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah tidaklah setakwa aisyah pun tidak setabah fatimah justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan memu langit penaungnya isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya isteri adalah murid, kamu mursyidnya isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan takwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana justeru, kamu akan tersentak daripada alpa kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh ...amin...

Hari Raya Aidilfitri 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012
Hari Raya Aidilfitri 2012

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.


UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.

* Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel. Artikel ini disunting dari laman web beliau, www.zaharuddin.net

Perkahwinan

Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...

Permata hati ibu

Permata hati ibu
Permata hati ibu